Friday, 11 July 2014

Cara Nak Buat Sendiri Ujian BSP (Blood Sugar Profile) Di Rumah ~ atau di mana sahaja :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nak share pasal ujian BSP atau Blood Sugar Profile Test.  Ujian ni time pregnant kalau MOGTT sangkut memang terpaksa buat gak lah.. Kalau keputusan ujian BSP pun sangkut, rutin BSP test ni memang jadi kerap.. macam setiap 2 minggu.. 

So kalau taknak kerap kena buat ujian BSP ni, haruslah pastikan dapat keputusan yang memuaskan :). Barulah ujian jadi sebulan sekali aje... :)

UJIAN BSP KU FAIL!!

Masa mengandungkan Ammar, mula-mula tu tak tahu macam mana diet pemakanan sebenar untuk ibu-ibu mengandung yang ada GDM (diabetes semasa hamil) ni.. So hari 1st test gi pulak belasah mee kicap dengan air teh O ais.. 

Sudahnya keputusan ujian yang pukul 10 pagi tu tak lepas... so terpaksa lah buat lagi test 2 minggu selepas tu..

Lepas jumpa pakar pemakanan dan cari maklumat tentang GDM di website, saya dah tahu macam mana pemakanan yang saya boleh ambil dan yang mana perlu elakkan terutamnya masa mengandung ni...

MASALAH SUNGGUH NAK BUAT UJIAN BSP

Lagi satu masalah nak buat ujian BSP ni adalah nak kena berulang alik ke klinik. Ye lah, dah kena ujian 4 kali sehari kan.. pukul 8pagi, 10pagi, 2petang dan 8malam.  Paling haru yang 8malam tu. 

Dulu ada sekali pergi Klinik 1 Malaysia nak buat BSP test 8malam. Tengok-tengok nurse kata takde buat. Dia suruh pergi cari farmasi.. bayarlah RM8

Sekali tu lagi test yang malam jugak.  Malam tu majlis nikah adik lelaki saya di Tanjung Malim. Pusing punya pusing, jumpa farmasi, tapi takde servis buat test BSP. Round lagi sana sini dapatlah jumpa satu-satunya klinik swasta yang buka malam tu. Dapatlah buat test. Tapi lagi mahal kena bayar... RM15 derrr..

Sudahnya saya decide beli aje la BSP test kit ni.. sebab masa tu ada hari ujian yang clash dengan hari nikah adik ipar saya di Papar, Sabah.  Fikir-fikir nanti susah nak cari farmasi/klinik yang buka malam-malam tu kat sana, baik beli aje test kit ni..

BSP TEST KIT SAYA PUNYA :)

So kat sini saya nak share je cara nak buat BSP test sendiri di rumah/ di pejabat/ di dalam kesesakan lalulintas (dalam kereta) :)

Saya beli BSP test kit model Accu-Check Active. Beli di Caring Pharmacy.

Dalam kotaknya ada dah instruction macam mana nak guna. Ni version simplified je ye... :)

CARA NAK BUAT BSP TEST SENDIRI DI RUMAH/ PEJABAT/ MANA-MANA LAH

Ni adalah alat-alat yang diperlukan
meter, test strip, lancet dan lancet device
mula-mula cabut penutup untuk isi lancet (jarum)
yang putih tu lancet tapi masih bertutup
slot masuk lancet ke dalam ruangannya sampai bunyik klik

pusingkan hujung lancet yang bulat tu untuk tanggalkan penutup lancet, baru la nampak jarumnya

Tutup semula lancet device. Pastikan 'lengkuk kecil' di penutup adalah selari dengan tanda di gambar atas

Di penutup tu ada nombor. Kalau di klinik biasanya guna no. 4. Ikut ketebalan kulit jari kita.
Pusingkan ikut nombor mana yang nak. Saya selalu  guna nombor 3.5 sebab kalau 4 rasa sakit sangat jari tu macam terlebih cucuk. Kurang dari 3.5, tak keluar darahnya... 3.5 ok untuk saya...

Dah siap pasang

Tekan atas lancet device tu macam pen tekan

Tekan sampai habis. Warna bulat situ akan tukar jadi kuning. Bermaksud dah sedia digunakan
Dah ready untuk digunakan. Ketepikan. Nak guna nanti tekan butang kuning tu je
Sekarang beralih kepada Meter.  Setiap botol test strip ada kod yang berbeza dan ada cip yang disediakan untuk slot di bahagian anak panah merah tu

slot kan cip tu ke dalam ruangan yang disediakan

Buka botol test strip dan ambil satu strip
masukkan test strip ke slot yang disediakan - anak panah menghala atas

Meter akan display kod di screen. Pastikan kod di screen adalah sama dengan kod di botol

Lepas tu akan keluar blink-blink gambar titisan darah. Maksudnya dah boleh letak sampel darah atas strip di bahagian warna hijau tu

Letak lancet device menyerong di tepi jari tengah atau jari manis.  Tekan 'butang kuning'.
p/s: saya pilih jari ni sebab rasanya kurang sikit sakit berbanding tempat lain

Picit-picit sikit jari bagi darah keluar



Titiskan/sentuh kan darah ke bahagian berwarna hijau. Kena buat dalam masa 2 minit sebelum blink-blink tu hilang.

Tunggu sebentar sampai keluar result di screen
Apa lagi?? tulis la result nya kat buku pink hihiii

Sekarang ada promo kat Caring Pharmacy.. rm99 je untuk satu set BSP kit

Dalam box tu ada semua benda-benda ni..
Sekian...
Terima kasih kerana membaca :)

Wednesday, 9 July 2014

Yusuf Taiyoob Kota Damansara - Hajat Tak Kesampaian...

Salam 11 Ramadhan..

Allah sudah hari ke-11 ye..
Adakah matlamat Ramdahan kali ni telah tercapai atau masih sama aje macam bulan-bulan terdahulu?
Jom muhasabah diri :)

Okay, 
Bukan nak bagi tazkirah Ramadhan pun entri ni. Just nak share lawatan ke gudang Yusuf Taiyyob minggu terakhir sebelum Ramadhan yang lepas (25 Jun 2014).

Kurma Yusuf Taiyoob
Kenapa lawatan? Sebab tak tercapai hajat beli kurma yang diidamkan huhuu... 

Saya berhajat nak beli Kurma Mariami Natural sama macam yang saya beli tahun lepas [klik sini]. Tapi nampaknya jenis tu dah tak dijual dah.. Sebab saya call Yuta tadi, memang diberitahu yang ada hanya Mariami Prima dan Mariami Jumbo sahaja.. :(

Add caption

Memang apa yang saya perhatikan banyak jenis kurma baru yang terpamer kat almari pameran tu.. Pelanggan yang datang pun memang ramai sungguh.  Nak ambil gambar kurma di display cabinet pun susah sebab ramai pula yang berkumpul depan tu untuk ambil gambar.. 

Disebabkan kekangan masa nak berkejar untuk hantar bos ke aiport lepas zuhur tu, masing-masing balik dengan tangan kosong.

Saya tanya adik kat kaunter tu, katanya apa yang ada kat display cabinet tu la sahaja yang ada stok buat masa tu. Silap saya juga dah nak masuk Ramadhan baru nak beli. Sedangkan tahun-tahun sebelum ni awal Syaaban dah borong dulu sebab takut kehabisan jenis kurma yang diminati.

Dan kalau dari segi harga, memang saya perasan setiap tahun Yusuf Taiyoob akan naikkan harga.  Jadi tak perlu terkejut :D

Kurma Mabroom & Safawi


Pelbagai jenis kismis
  
Kurma siap pek dalam kotak kecil - sesuai untuk hadiah
 Selain kurma, ada juga dijual pelbagai jenis kismis, figs (buah tin kan?), kekacang macam pistachio, apricot kering dan lain-lain.





Produk terbaru Yuta yang baru kali pertama saya tengok adalah pes-pes, serbuk perencah dan jeruk untuk makanan arab macam serbuk Ayam Tandoori Masala dan pelbagai yang lain.  Tak pernah dengar pun ada. 


Pelbagai pes, pickles..

 Ada juga cuka kurma, pati delima, minyak zaiton dan lain-lain.. Ni pun semua macam produk baru je..

Minyak zaitun, cuka kurma, pati delima etc
 Geng-geng UKPIUB ni masing-masing tertarik nak beli chocodate tapi masing-masing dok berkira-kira juga hihii... sudahnya tak beli jugak.. :)

khusyuk membelek chocodate :)
Saya pun belum lagi membeli tahun ni sebab kononnya nak tunggu juga Kurma Mariami Natural ada stok tapi nampak gayanya terpaksa pergi beli apa yang ada aje lah...

Stok untuk makan sendiri bersahur dan berbuka masih ada banyak lagi.. Ni beli sebab nak bagi orang lain je :)

Macam mana nak pergi gudang Yusuf Taiyoob di Kota Damansara ni?
Actually saya dah share kan di entri lepas [klik sini]

Tapi since saya pernah dapat mesej bertanyakan waktu operasinya, saya dah call untuk dapatkan maklumat..

Waktu Operasi Yusuf Taiyoob Kota Damansara
Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu - 9.00 pagi - 1.00 petang
Ahad - Tutup

Sekian....
Thanks for reading :)

Tuesday, 8 July 2014

Testimoni : Vivix Membantu Pesakit Diabetes

Assalamualaikum..

Kali ni nak share testimoni dari seorang sahabat kami berkenaan ayahnya yang merupakan penghidap diabetes.

Testimoni : Vivix Membantu Pesakit Diabetes

Testimoni Vivix Membantu Pesakit Diabetes

Biasa-biasa bacaan gula mesti dalam lingkungan 20.  Tapi sejak dihadiahkan Vivix oleh sahabat ini, walaupun belum sampai sebulan penggunaannya, bacaan gula telah menurun kepada 13.

Syukur Alhamdulillah..
Vivix memang membantu mengawal paras gula dalam darah..
Jom doakan ayah sahabat ni dapat bebas dari belenggu penyakit diabetes ni :)

Kesihatan mak ayah kan paling utama buat kita anak-anak..
Famili Sihat, Famili Bahagia !!
Untuk anak-anak prihatin yang ingin mendapatkan Vivix untuk mak ayah, boleh hubungi kami okey!
Memang tepat sekali sebagai hadiah Ramadhan yang mulia ni atau hadiah Aidilfitri buat mak ayah tersayang :)

Dan paling best!!
Bulan Julai 2014 adalah bulan PROMOSI VIVIX BELI 6 PERCUMA 1 BOTOL!!!
Cepat! Sebelum Out of Stock!

Thanks for reading :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjanan pendapatan 4-5 angka sebulan dari rumah?
Hubungi kami untuk :

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!




Sunday, 6 July 2014

Dah Takde Nasi Untuk Sahur!

Assalamualaikum wbt..

8 RAMADHAN 1435H

Alhamdulillah dah masuk hari 8 kita berpuasa.. Alhamdulillah Allah masih izinkan kita panjang umur untuk meraikan Ramadhan tahun ni.. Semoga Allah izinkan kita bertemu lagi Ramadhan di tahun-tahun akan datang..

Ramadhan tahun ni saya berpuasa disaat kandungan masuk trimester ke-3 dalam 30 minggu.

Makanan wajibku setiap pagi = NASI

Entri lepas saya ada luahkan rasa risau juga dan harapan untuk dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadhan ni.. Maklumlah previous pregnancy kalau ditakdirkan kena masa puasa, memang ada lompong sana sini bilamana terlajak bangun dan tak sempat nak bersahur atau sahur bukan nasi macam bihun atau mee atau roti etc.

Sebabnya bila pregnant saya jadi banyak angin.. So bila tak sahur/ tak makan nasi tu start pukul 9 pagi dah mula muntah-muntah, berlarutan sampailah saya decide untuk buka puasa.. huhuu.. dugaan sungguh...

PENGALAMAN KALI PERTAMA

Tahun ni saya prepare Set Puasa Shaklee atau namanya Set Mighty 3 Gems. Dalam set ni ada Energizing Soy Protein (ESP), Mealshakes & Performance Drink (PD).


Ni memang kali pertama cuba Set Puasa Shaklee Mighty 3 Gems.  Sebab saya memang jenis susah nak pilih benda yang kena bancuh/ minum-minum ni... Kalau ubat-ubat ke, lagi sanggup telan 30biji pil dari makan 1 sudu ubat cecair hihii...

Tapi tu dulu laaa.. Sekarang saya dah ok. Kan kata nak sihattt :D

Husband pun masa sahur Jumaat lepas dia demam. Saya masakkan nasi juga untuk husband untuk sahur tapi dia tak ada selera pula.. So saya bancuhkan Set Puasa Shaklee Mighty 3 Gems ni untuknya sebagai sahur. 

Saya ingatkan husband tak dapat teruskan puasa haritu tapi syukur Alhamdulillah, walaupun demam, masih dapat teruskan hingga masuk waktu berbuka. Husband cakap, dia tak rasa lapar pun hari tu walaupun tak sahur nasi..

So sekarang kami ber'together-gether' (ayat ape entah ;p) masa sahur ambil Set Puasa Shaklee ni..
Nak sediakan pun super mudah dan cepat.. daaahh dapat pahala bersahur :)

Tuntutan bersahur.
AMAZING !!

Sebenarnya saya sendiri pun quite amazed (betul ke ayat ni?) juga lah.  Kagum! Super kagum!! Kenapa? Sebab kalau bulan-bulan tak puasa masa pregnant ni, saya WAJIB breakfast nasi.. Tak kiralah nasi lemak ke nasi goreng ke nasi putih ke.. janji, NASI.  

Kalau lain dari tu macam bihun, mee, roti dll, sebelum pukul 11 pagi saya dah start menggeletar dan badan berpeluh-peluh seram sejuk macam nak pitam! (Ye, saya pernah pitam depan pintu rumah sebab lapar..)

Kalau tak breakfast langsung lagilah... sepanjang masa muntah sebab dah pernah terjadi sampai-sampai ofis je Pengarah panggil meeting mengejut, tak sempat breakfast. Dalam meeting pun tak ada makanan/minuman (sebab mengejut kan..).  Habis-habis meeting pukul 11.30 berkejar pergi tandas sebab muntah-muntah angin...

Selalu time pregnant camtulah...

So camne saya tak kagum?? Memang kagum!! Memang terbaik lah Set Puasa Shaklee Mighty 3 Gems ni!

MENU SAHUR KAMI SEKARANG

Kalau ditakdirkan ada lebihan menu berbuka, sahur jugalah dengan nasi tapi sikit aje.. tak macam dulu-dulu sepinggan penuh!  Sekarang ni ala kadar aje.. macam topup topup je..
Kalau tak ada rasa nak makan nasi, kira tak ada lah..

Yang wajib sekarang kami suami isteri ambil Set Puasa Shaklee Mighty 3 Gems

Husband saya suka je ESP + Mealshakes + Performance Drink..
Saya pula ngada-ngada sikit.. suka ESP + Mealshakes + Oat + Milo, Performance Drink kalau nak, saya bancuh asing sebab perisa oren ;)
Then tambah makan kurma 3 biji dan minum air masak sebanyak yang boleh :)

Alhamdulillah kenyang sampai ke petang :)

Testimoni orang lain :)

Friday, 4 July 2014

Saat Saya Tersedar Dari Lena

Assalamualaikum...

Hari ni 4 Julai bersamaan 6 Ramadhan..
Hari ni juga kandungan dah mencecah 32 minggu..

TRIMESTER KE-3 : MINGGU 32 

It's 32 weeks!
Perubahan diri.. 
Oh ni memang tempoh yang dirasakan terlampau perlahan :)
Dan saya memang perasan bila masuk 3 trimester ni perut memang besawww
Ramai sangat dah tegur..
Kalau tidur terlentang tu, senak perut dan tulang belakang.
Memang kena tidur mengiring je time ni..

Baby pun sangat aktif mengeras dan meng'karate' ummy die di sana sini hihii...

SOLAT DUDUK & DIABETES SEMASA HAMIL (GDM)

Masa pregnant Aliff dan Ammar, badan agak lesu sikit.  Even ada masa tak boleh nak berdiri lama. Jadi saya solat duduk je. Masa Aliff dan Ammar, agak awal juga saya dah terpaksa solat duduk.. Emmm kalau tak silap seawal kandungan 5 bulan. Pelik kan?

Kali ni Alhamdulillah sampai ke hari ni, baru-baru ni je saya terpaksa solat duduk dan hanya sekali sekala sahaja bila tulang belakang rasa sakit dan tak boleh nak berdiri lama..  Saya yakin ia kesan positif dari pengambilan supplemen yang saya amalkan sekarang iaitu Set Hamil Shaklee

Dan yang paling menggembirakan saya adalah ujian pertama MOGTT (minum air gula) LULUS!! Maka saya tak perlu berulang-ulang menjalani ujian Blood Sugar Profile (BSP) setiap 2 minggu. Syukur Alhamdulillah!!

rutin saya masa pregnant Ammar .. ujian BSP
 Sedangkan masa mengandung Aliff saya siap kena ambil insulin sebab lambat detect diabetes dan bacaan terlampau tinggi iaitu 13.8.  Masa Ammar pula, saya perlu kawal diet pemakanan untuk kawal diabetes. Saya sememangnya amat risau untuk kandungan kali ni sebab jarak pregnant dengan Ammar agak dekat.  

Masa pregnant Aliff kena cucuk insulin sendiri

Doktor ada nasihatkan untuk jauhkan jarak mengandung sebab takut diabetes tu makin tinggi/susah nak kawal kalau terlalu awal hamil semula.  Malah doktor yang saya jumpa di klinik bersalin swasta siap suruh jangan pregnant lagi dah.. Sayu sungguh.. :'(

Tapi bila ujian MOGTT lulus, syukur sangat-sangat... tak tau nak cakap apa.. SPEECHLESS..

Dulu-dulu mengandung saya tak ambil sebarang ubat/vitamin sebab masa pregnant biasalah pembawakan budak lah konon kan.. (sebenarnya banyak songeh/ngada-ngada) hihi.. masa tu segala macam vitamin/ubat yang klinik bagi saya taknak makan.  Malas! Tapi kesannya, SMI (Sendiri Mau Ingat) la...

KOMITED MENGHARGAI KESIHATAN TUBUH 

Prof. Muhaya
Apa yang membuatkan saya jadi komited untuk ambil supplemen sekarang ni adalah sejak saya dengar ceramah Prof Muhaya dalam segmen Islam Itu Indah di Ikim.fm tahun lepas.  Prof kata (lebih kurang ginilah maksudnya..)
Salah satu cara kita BERSYUKUR dengan Allah adalah dengan menjaga/memelihara sebaik mungkin segala nikmat/pemberian Allah. Yang mana salah satunya adalah TUBUH KITA SENDIRI.
Ya, jika kita bersyukur kepada Allah, maka kita akan tidak abuse tubuh kita.. Kita akan layan tubuh kita dengan baik-baik..

Contohnya, kita akan pastikan udara yang kita hirup adalah bersih so maybe kita invest air purifier di rumah.  Air yang kita minum bersih, so kita ada water filter terbaik di rumah. Pakaian kita, kita pakai yang elok-elok. 

Juga makanan/minuman yang dimasukkan dalam tubuh kita! Pilih makanan/minuman terbaik (yang kita mampu), ambil supplemen terbaik dan semulajadi, bersenam, jaga kesihatan kita.. sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya..

Allah kata, bila kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat kepada kita.. 

Cuba bayangkan bila kita tiba-tiba sakit?, kita akan berusaha sungguh-sungguh untuk sihat. Malah kadang-kadang sanggup pula guna pelbagai teknik/petua berubat walaupun tak masuk akal/ menghampiri syirik atau makan apa sahaja ubat walaupun kita taktau dari sumber mana ubat tu.. Nauzubillah..

Jadi semasa kita masih diberi nikmat sihat, jagalah..peliharalah.. 

Moga, bila kita berusaha menjaga kesihatan kita, maka Allah tambah nikmat kesihatan dan kekuatan menyempurnakan tiap ibadah serta tanggungjawab kita di muka bumi ini... InsyaAllah.. :)

ummy perlu sihat untuk kamu kamu kamu juga :)

Wednesday, 2 July 2014

Resipi : Kimchi

Assalamualaikum...

Lama dah buat kimchi ni dan kali ni dapatlah juga snap gambar proses membuatnya tapi masih macam tak berapa nak lengkap.. Tapi harap-harap dapat membantu lah kan...

Dulu dah ada post resipi Kimchi ni [klik sini].  Basically memang resipi yang sama tapi dulu saya buat 1 paun kobis, kali ni buat 5 paun kobis.. banyak sikit sebab bajet nak peram sampai bagi masam nak  buat Stew Kimchi (Kimchi Jjiggae).

Homemade Kimchi
Husband saya sekarang ni pun apa-apa makan pun suka nak letak kimchi jugak. Anak-anak pun suka je.. Even Ammar pun boleh makan walaupun agak pedas.. kena standby air aje la untuk Ammar tu..

So mari kita teruskan :)

RESIPI : KIMCHI

Ada beberapa steps kat sini, penyediaan kobis, penyediaan 'bubur', penyediaan pes kimchi, penyediaan sayur-sayuran dan akhir sekali proses gaul semua bahan..

A) Penyediaan Kobis

Bahan-bahan :

  • 5 paun (2.25kg) Kobis cina/ kobis panjang ~ lebih kurang 2 biji kobis
  • 1/2 cawan garam

Bahan-bahan
Cara :

  1. Buang kelopak kobis yang tak cantik
  2. Belah 2 kobis memanjang, lepas tu belah 2 lagi.. (kira belah memanjang 4 bahagian/suku)
  3. Potong buang bahagian keras (empulur??) dan potong-potong kobis selebar lebih kurang 1"
  4. Rendam semua kobis dalam satu besen besar, paras air hanya ngam-ngam paras kobis aje
  5. Taburkan garam ke atas kobis
  6. Setiap 30 minit, gaulkan kobis supaya semua dapat 'merasa' garam :)
  7. Selepas 1½ jam, bilas kobis 3 kali sambil perah sikit
  8. Letak semua kobis dalam tapis besar untuk bagi baki-baki air menitis keluar dan ketepikan.

Rendam kobis dengan garam
B) Penyediaan 'bubur':

Bahan-bahan :

  • 1½ cawan air
  • 1/4 cawan tepung pulut
  • 1/8 cawan gula

'bubur'

  1. Campurkan air dan tepung dalam periuk dan kacau sehingga larut
  2. Didihkan campuran air dan tepung tadi sambil dikacau selama 5minit (sehingga keluar bubble/buih bunyi plup plup..)
  3. Masukkan gula. 
  4. Kacau dan masak lagi beberapa minit sehingga nampak berkilat.
  5. Matikan api dan sejukkan.

C) Penyediaan Pes kimchi

Bahan-bahan:

  • 'bubur'
  • 1 1/4 cawan serbuk cili (kalau nak kurang pedas, kurangkan serbuk cili ni.. bergantung kepada tahap kepedasan yang diingini)
  • ½ cawan sos ikan
  • ½ cawan bawang putih cincang
  • 1 tbsp halia cincang
  • ½ cawan bawang besar kuning/holland yang didadu

~ Kalau nak mudah, kisar aje semua bahan di atas, kecuali bubur & serbuk cili

Bahan kisar : sos ikan, bawang putih, halia, bawang besar
Campurkan semua bahan pes kimchi dalam mangkuk saiz sederhana

Dari kiri ke kanan : Bahan kisar, 'bubur', serbuk cili
D) Penyediaan Sayur-sayuran

Dari atas ikut jam : Daun bawang, Lobak putih, Lobak Merah, Leek

  • 1-2 pokok Daun bawang - hiris kasar serong
  • 1 cawan Leek - dihiris serong (lebih kurang 1 batang leek)
  • 1 cawan Lobak putih - dipotong mancis ( saya guna penyagat)
  • 1/4 cawan Lobak merah - dipotong mancis (guna penyagat juga)

Gaulkan pes kimchi
Campurkan semua sayur-sayuran ke dalam pes kimchi dan gaul sebati.

Sekarang!!! 
Step terakhir!!

E) GAULKAN SEMUA

Masa untuk campurkan kobis dan pes kimchi!!

  1. Sediakan 1 besen besaaaaarrrr (kalau takde, gaulkan sikit-sikit kobis dan pes kimchi)
  2. Campurkan pes kimchi dan semua kobis de dalam besen dan gaulkan sebati
  3. Gunakan sarung tangan getah/plastik semasa menggaul nanti pijar pula..
  4. Simpan kimchi dalam bekas kedap udara atau balang kaca 
  5. Simpan dalam fridge untuk bagi kimchi peram secara perlahan-lahan (lambat masam)

Gaulkan.. siap!
Saya suka simpan kimchi dalam balang kaca macam Ikea punya ni.. sebab selain kedap udara, bau kimchi tu tak melekat kat botol kaca. Kalau tupperware, memang bau la basuh pun.. ala.. macam kita simpan ciliboh.. kan bau cili tu kuat...

Kimchi ni boleh je makan dengan apa-apa.. nasi boleh, mee boleh.. 
Antara yang saya paling suka (walaupun kurang sihat) adalah di bawah ni!!


Mi segera perisa kari/ asam laksa + telur + kimchi!!!

sekali sekala aje okayy :D

Tuesday, 1 July 2014

Strok/ Angin Ahmar : Apa Yang Kita Patut Tahu

Assalamualaikum...

Arwah Atok Tan (datuk) saya telah mengalami strok/ angin ahmar kalau tak silap saya selama setahun sebelum beliau pergi menemui Yang Maha Pencipta pada hari Maulidur Rasul tahun 2009..


Saya masih ingat lagi hari mak saya sambil menangis call bagitau atok meninggal di rumah makcik di Puteri Subang.  Petang hari yang sama juga saya telah menerima berita kematian seorang rakan pejabat akibat kanser tapi saya tak dapat nak menziarah arwah kerana sedang alahan teruk mengandungkan Aliff Rayyan. Terbaring aja sepanjang hari, nak angkat kepala pun tak larat.

Rasa baru nak mententeramkan perasaan dengan berita kematian sahabat tu, tiba-tiba sejam kemudian pula terima berita tentang Atok Tan.

Allah.. Allah..
Rasa lemah longlai lutut saya tak mampu nak berdiri.. Mak pula dihujung talian menangis tak henti-henti..
Saya pun dengan lemah longlai bersiap untuk ke Puteri Subang dan seterusnya balik ke Kuala Selangor untuk urusan pengebumian jenazah.

Ya, memang perkara tu dah lama berlalu..

Tapi masih teringat-ingat lagi keadaan Atok bilamana beliau diserang strok, bagaimana rawatan yang pernah diterima, bagaimana anak-anak Atok yang perempuan semuanya menguruskan Atok dengan kederat yang terhad.. (Atok ada 8 anak perempuan dan 1 orang lelaki, tapi yang jaga atok kebanyakan masa adalah anak perempuan)

Keluarga besar saya memang banyak perempuan aje
Bagaimana melihat atok makan menggunakan tiub di hidung.. dan sepanjang masa perlu berkerusi roda.. Bagaimana anak-anak atok berusaha agar atok dapat buat fisioterapi, bawa berubat disana sini..
Semuanya dikorbankan demi ayahanda tersayang..

Sayang sekali... dulu tak tahu ilmu tentang strok/ angin ahmar ni.. Apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dielakkan, rawatan, dan lain-lain.

Disini saya nak share artikel dari laman portal myhealth berhubung penyakit angin ahmar / strok.  Moga kita semua mendapat manfaat darinya..

APA ITU STROK / ANGIN AHMAR ?



Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.

Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.

Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Strok/ Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/ Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/ Angin Ahmar yang dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap strok seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

APAKAH FAKTOR RISIKO YANG MENYUMBANG KEPADA STROK / ANGIN AHMAR ?



Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:
  1. Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
  2. Jantina Lelaki - lebih berisiko tinggi dari wanita.
  3. Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:

  1. Tekanan Darah Tinggi
  2. Kencing manis
  3. Paras kolesterol tinggi
  4. Merokok
  5. Berat badan yang berlebihan
  6. Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  7. Tekanan/stress
  8. Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  9. Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

BAGAIMANA SAYA TAHU YANG SAYA DISERANG STROK/ ANGIN AHMAR ?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.

Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

APAKAH GEJALA STROK / ANGIN AHMAR ?



Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan

APAKAH JENIS-JENIS STROK/ ANGIN AHMAR ?



Terdapat 2 jenis utama strok/angin ahmar:
  1. Thrombotic/ischaemic stroke - Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat.
  2. Haemorrhagic stroke - Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah


APAKAH RAWATAN UNTUK STROK / ANGIN AHMAR ?

Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :

  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
  • Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat

BOLEHKAH SAYA MENGELAK DARI SERANGAN STROK / ANGIN AHMAR ?



Ya!

Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :

  1. Kawal tekanan darah
  2. Kawal tahap Kolesterol
  3. Kawal penyakit Diabetes
  4. Amalkan cara pemakanan sihat
  5. Berhenti merokok
  6. Kerap bersenam
  7. Menangani tekanan mental
  8. Kurangkan pengambilan minuman keras
  9. Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.

Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar.

Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti berikut :

  • Jurupulih Pertuturan - membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
  • Jurupulih Cara Kerja - mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
  • Jurupulih Anggota - mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

DIMANAKAH KUMPULAN SOKONGAN PESAKIT STROK ATAU ANGIN AHMAR BOLEH DEPEROLEHI ? 

Nasam - National Stroke Association of Malaysia

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU PESAKIT STROK / ANGIN AHMAR ?

ADA TAK PRODUK SHAKLEE YANG SESUAI DENGAN PESAKIT STROK / ANGIN AHMAR ?

Ya! Ada!!

Ia adalah Vivix Shaklee!!

Alhamdulillah.. Shaklee mempunyai produk yang digelar sesetengah orang sebagai Tonik Ajaib iaitu Vivix Shaklee..

Kenapa? Ia kerana Vivix Shaklee adalah satu-satunya supplemen yang dapat menembusi DNA tubuh manusia dan sekaligus dapat membaikpulih sebarang kerosakan pada DNA kita. Ia melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

Selain itu, Vivix Shaklee turut merangsang pembentukan sel-sel baru disamping memberikan perlindungan antioksidan dalam tubuh badan kita.  Banyak lagi khasiat dan manfaat Vivix Shaklee..

Antara bahan yang terkandung di dalam Vivix Shaklee adalah Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum.

Alhamdulillah, banyak masalah kesihatan dapat dibantu dengan pengambilan supplemen Vivix Shaklee malah ada pesakit yang sembuh.  

Di sini, saya juga berkongsi testimoni-testimoni pengguna Vivix Shaklee yang telah membantu pesakit strok/ angin ahmar.  Kesannya memang amat mengagumkan..

Testimoni 1 :  Vivix Shaklee Membantu Pesakit Strok/ Angin Ahmar


Testimoni 2 :  Vivix Shaklee Membantu Pesakit Strok/ Angin Ahmar


Testimoni 3 :  Vivix Shaklee Membantu Pesakit Strok/ Angin Ahmar


Testimoni 4 :  Vivix Shaklee Membantu Pesakit Strok/ Angin Ahmar


Testimoni 5 :  Vivix Shaklee Membantu Pesakit Strok/ Angin Ahmar


Testimoni 6 :  Vivix Shaklee Membantu Pesakit Strok/ Angin Ahmar


Alhamdulillah,
Semua customer telah mendapat manfaat dari pengambilan Vivix Shaklee untuk membantu pesakit strok/ angin ahmar yang merupakan ahli keluarga masing-masing.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca..

Sila 'like' dan 'share' sekiranya bermanfaat buat anda dan rakan-rakan anda :)

Ingin mencuba Vivix Shaklee untuk keluarga anda?
Ingin mendapatkan supllemen yang sesuai untuk anda dan keluarga ?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dari rumah?

Hubungi saya untuk :
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Liza Othman
SMS/Whatsapp/Telegram 0192722977
Emel : illieaza@gmail.com