Wednesday 9 October 2019

Waffle Maker Russell Taylors & Tepung Premix Pancake / Waffle D'Rosni

Assalamualaikum dan hello :)

Nampak gayanya sekarang macam 1-2 post je setahun ek 😂.

Ok tak payah cerita panjang-panjang lah. Saje aje nak cerita pasal waffle maker ni. Lamaaaaaa dah survey waffle maker tapi lepas tu terhenti. Sampailah ada sekali tu shopping groceries kat Mydin USJ terpandang kotak tepung premix pancake keluaran D'Rosni kat rak produk IKS. Teruja nampak ada produk IKS muslim yang keluarkan tepung premix ni, belilah satu sebab memang selalu buat pancake kat rumah untuk breakfast anak-anak.

Tepung premix pancake / waffle D'Rosni

Waffle boleh, pancake boleh. 12 keping waffle tu tak pasti besar mana. Kalau tak silap dapat 4/5 keping haritu. Lupa dah

Lepas belek-belek kotak nampak ada mention 2 in 1, boleh buat pancake dan boleh buat waffle. Mulalah trigger balik perasaan nak beli waffle maker tu. Bukak balik survey....

Lepas dok survey, berminat nak beli brand Trio sebab kalau buka Lazada or Shopee, Trio banyak yang beli and banyak star  hehe.

Tapi tu la ada penyakit sikit perangai saya ni bila rasa nak beli tu kalau boleh time tu dapat barangnya hehe. Kalau time bersabar tu boleh takat survey sampai 4 tahun. Tapi time datang nak beli tu memang macam terdesak benau haha.

Tapi malang sikit semua Trio shipping ambil masa 3 hari ke atas. Hahaha mak tengah panas punggung nak beli tak sanggup nak tunggu haha.

End up beli Russell Taylors. Sebab kat Lazada, brand ni ada pilihan 'express delivery'. Means dapat hari yang sama. Cuma kalau order lewat petang tak dapat la hari yang sama. Kalau nak, order pagi. Petang tu insyaAllah akan  terima barangnya.


Russell Taylors pun banyak positive reviews dan stars so sebenarnya pilihan yang baik juga. Tapi Trio boleh pusing hihi.. tapi tujuan pusing pun tak pasti kenapa 😅.

So 9 pagi order, dalam 5 petang sampai. Yabedabeduuuu hahaha!!

The next morning try buat waffle guna premix D'Rosni ni. Ada juga bahan yang tak ada, adjust je la mana yang ada hehe...

Sedikit kekurangan bila kabel wayar sedikit pendek 😬

Siap dah waffle

Sapu peanut butter dan choc chip


Mudah sangat nak guna waffle maker ni. On je then sapu minyak sikit kat kedua-dua plet. Tunggu heating dalam maybe 3 minit. Tuang 1 cawan adunan, tutup. Biar masak ikut suka masa kita lah. Tapi at least dalam 3 minit juga. Kalau taknak perang sangat lah. Kalau suka perang sikit maybe dalam 6 minit ke atas lah (kalau sanggup tunggu hihi).

Setakat hari ini dah 4 kali dah la buat waffle 😁

Ok tu je lah haha.. silalah beli satu 😂

Saturday 18 May 2019

1st Time Beli Kurma Di Yusuf Taiyoob Shah Alam

Assalamualaikum dan hello ☺

Super busy sekarang. Tak sempat nak tengok/update medsoc. Blog apetah lagi 😅.
Selamat berpuasa semua. Sekejap aje dah hampir separuh Ramadhan. 

Standard kalau Ramadhan tak lari la cerita kurma kan. Macam tahun-tahun sebelum ni memang beli kurma dalam 15kg. Lepas tu agih-agih la nak bagi sesiapa. Untuk makan sendiri dalam 2kg ok dah.

Tahun ni lambat sikit cari kurma. Biasa sebulan awal sebelum puasa dah beli. Tahun ni Isnin puasa, Sabtu baru cari 😂.

Plan nak ke Yusuf Taiyoob Kota Damansara hari Jumaat waktu rehat tengah hari tapi call katanya waktu solat Jumaat tutup. Tapi sempena Ramadhan, branch tutup lewat pukul 7.30 malam dan dibuka setiap hari termasuk Ahad.  So fikir ok lah kena pergi Sabtu.

Kebetulan Sabtu ada hari sukan tadika anak-anak kat Seksyen 24 Shah Alam, lepas habis sukan terus ke Yusuf Taiyoob Shah Alam.  Sebenarnya baru tahu dah ada branch Shah Alam kat Seksyen 21. 

Macam biasa saya beli kurma mariami natural je. Mariami tapi kecil sikit saiznya. Ada jenis mariami jumbo dan gred AA juga. Tapi kami memang suka kurma yang ni. Cuma biasa beli kotak 5kg tapi staf kata dah habis. So belilah yang kotak 10kg je (RM180). Beli juga kurma safawi medina untuk makcik 5kg (RM155). 






Kat branch ada juga jual yang loose pack dan kacang-kacang ada jual pek kecil-kecil. Cuma kurma timbang tak ada. Still kena beli by kotak. 





Saya share kan harga-harga untuk tahun 2019 ni. 















Ni pula maklumat alamat dan no telefon Yusuf Taiyoob branch Shah Alam.

Yusuf Taiyoob Shah Alam
6 Jalan Serendah 26/41, Seksyen 26, Sekitar26, Hicom Industrial Estate, 40400 Shah Alam, Selangor
03-5614 4722
Google map :
https://goo.gl/maps/85bWsU89PHupLzFcA

Salam Ramadhan semua. Semoga semua amalan kita diterima Allah. InsyaAllah 😊

Wassalam..