Showing posts with label Resipi : Western Style. Show all posts
Showing posts with label Resipi : Western Style. Show all posts

Wednesday, 19 August 2020

Resipi Waffle Yang Senang Aje Pun :) (Buttermilk Waffle)

Assalamualaikum dan hello:)

Hai waffle 😋

Rasa lama tak buat waffle kat rumah. Hampir terlupa waffle maker Russell Taylor dalam gerobok 😀😂. Tiap kali nak buat waffle mesti google balik resipi. So kali ni simpan sini senang nak rujuk sendiri.

Tak susah mana pun nak buat waffle sendiri walaupun tak guna tepung premix. Guna bahan-bahan yang biasa je kat dapur.  Resipi ni ambil dari Anna Olson my favourite chef hehe. Resipi Buttermilk Waffle.

Wednesday, 9 October 2019

Waffle Maker Russell Taylors & Tepung Premix Pancake / Waffle D'Rosni

Assalamualaikum dan hello :)

Nampak gayanya sekarang macam 1-2 post je setahun ek 😂.

Ok tak payah cerita panjang-panjang lah. Saje aje nak cerita pasal waffle maker ni. Lamaaaaaa dah survey waffle maker tapi lepas tu terhenti. Sampailah ada sekali tu shopping groceries kat Mydin USJ terpandang kotak tepung premix pancake keluaran D'Rosni kat rak produk IKS. Teruja nampak ada produk IKS muslim yang keluarkan tepung premix ni, belilah satu sebab memang selalu buat pancake kat rumah untuk breakfast anak-anak.

Tepung premix pancake / waffle D'Rosni

Waffle boleh, pancake boleh. 12 keping waffle tu tak pasti besar mana. Kalau tak silap dapat 4/5 keping haritu. Lupa dah

Lepas belek-belek kotak nampak ada mention 2 in 1, boleh buat pancake dan boleh buat waffle. Mulalah trigger balik perasaan nak beli waffle maker tu. Bukak balik survey....

Lepas dok survey, berminat nak beli brand Trio sebab kalau buka Lazada or Shopee, Trio banyak yang beli and banyak star  hehe.

Tapi tu la ada penyakit sikit perangai saya ni bila rasa nak beli tu kalau boleh time tu dapat barangnya hehe. Kalau time bersabar tu boleh takat survey sampai 4 tahun. Tapi time datang nak beli tu memang macam terdesak benau haha.

Tapi malang sikit semua Trio shipping ambil masa 3 hari ke atas. Hahaha mak tengah panas punggung nak beli tak sanggup nak tunggu haha.

End up beli Russell Taylors. Sebab kat Lazada, brand ni ada pilihan 'express delivery'. Means dapat hari yang sama. Cuma kalau order lewat petang tak dapat la hari yang sama. Kalau nak, order pagi. Petang tu insyaAllah akan  terima barangnya.


Russell Taylors pun banyak positive reviews dan stars so sebenarnya pilihan yang baik juga. Tapi Trio boleh pusing hihi.. tapi tujuan pusing pun tak pasti kenapa 😅.

So 9 pagi order, dalam 5 petang sampai. Yabedabeduuuu hahaha!!

The next morning try buat waffle guna premix D'Rosni ni. Ada juga bahan yang tak ada, adjust je la mana yang ada hehe...

Sedikit kekurangan bila kabel wayar sedikit pendek 😬

Siap dah waffle

Sapu peanut butter dan choc chip


Mudah sangat nak guna waffle maker ni. On je then sapu minyak sikit kat kedua-dua plet. Tunggu heating dalam maybe 3 minit. Tuang 1 cawan adunan, tutup. Biar masak ikut suka masa kita lah. Tapi at least dalam 3 minit juga. Kalau taknak perang sangat lah. Kalau suka perang sikit maybe dalam 6 minit ke atas lah (kalau sanggup tunggu hihi).

Setakat hari ini dah 4 kali dah la buat waffle 😁

Ok tu je lah haha.. silalah beli satu 😂

Friday, 29 September 2017

Easy Egg Muffin (Muffin telur mudah)

Mudah sangat!

Assalamualaikum dan hello :)

Saja-saja je cuba buat egg muffin ni. Egg muffin lah sangat kan hehe..

Sebab ada terlebih kobis cincang daripada buat takoyaki subuh tadi, cepat-cepat adunkan jadi egg muffin. Bajet nak bekalkan Husna dan Aliff tapi kedun benau maknya nak menyiapkan... So rezeki Zara lah bawak rumah nenek untuk breakfast ;D


Bahannya mudah aje takyah susah-susah fikir... Guna apa yang ada kat rumah sudah :D

Egg Muffin (5 biji)

2 biji telur - kacau
1 sudu tepung gandum (saya taknak telur melimpah-limpah sangat)
capsicum, kobis cincang, sosej, cheese (apa-apa bahan ikut suka)
garam
serbuk lada hitam
sos cili/tomato
mayonis


Cara:
1. Acuan sapu minyak/butter atau lapik dengan muffin cup
2. Semua bahan campur dan kacau sekali (kecuali sos cili/mayonis)
3. Masukkan dalam acuan
4. Bakar dalam air fryer/ oven 180C selama 18-20minit
5. Keluarkan sekejap, drizzle sos cili/tomato dan mayonis, masukkan semula sambung bakar 5 minit.

Siap!
Makan panas-panas sodap.. Dah sejuk tak tau la apa rasanya... kat rumah ni semuanya tak sempat sejuk dan habis licin :D

Saya guna Air Fryer Pensonic muatlah beberapa biji je, kalau nak banyak masak sekali bolehlah guna oven besau :D

ok bai :)


Monday, 19 May 2014

Homecooked Ala-ala western :) : Resipi Mixed Herbs Roasted Chicken, Sos Black Pepper, Grilled Vege, Mediterranian Rice & coleslaw


Assalamualaikum...

Dah lama tak masak set ala-ala Nandos.  Dulu-dulu pernah try buat set ala-ala Nandos ni [klik sini].  Kali ni teringin nak buat tapi tukar style sikit.  Kali ni tak guna sos Nandos, ganti dengan sos black pepper pulak.  


 Aliff Rayyan memang pandai ambil hati Ummy dia ni.. asyik cakap "sedapla ummy masak, terima kasih ummy".. suruh dia tukar, cakap Alhamdulillah dulu, syukur pada Allah dulu baru berterima kasih pada makhluk.. walaupun ibu sendiri :D

Ammar Naufal pun berselera makan (Ammar memang suka makan). Tapi yang paling dia suka, coleslaw! Siap kena sorok bawah meja (kami makan bersila, meja rendah ala-ala jepun).  Ammar nampak coleslaw dalam pinggan orang lain pun dia boleh 'kaut' terus masuk mulut.. hihiii..

So saya share resipi disini.. boleh olah ikut selera masing-masing :)

Resipi ni Alhamdulillah boleh kata ngam-ngam untuk kami 2 dewasa 3 kanak-kanak. Cuma nasi ada berlebih sikit. Semua pakat ratah lauk je :)

###################


Mixed Herbs Roasted Chicken

Tak pasti nak bagi nama roasted ke grilled.. Tapi saya masak guna pemanggang/kuali ajaib HIG tu


1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian
1 tbsp herba campuran kering (mixed herbs)
1 tbsp serbuk bawang putih
2 tbsp sos tiram
sedikit garam

Cara :
Gaul/ratakan ayam dengan bahan perap
Masukkan dalam pemanggang ajaib, tutup dan masak dengan api perlahan
Selepas dalam 8 minit, terbalikkan dan teruskan memasak sehingga ayam masak sepenuhnya

Notakaki : Boleh potong kecil semasa menghidang macam style nasi ayam atau biarkan je seketul besar. 

Mixed Herbs - beli kat Tesco. Serius saya rasa memang sedap buat perap ayam atau apa-apa western food


###################
Black Pepper Sauce

  

1 peket Perencah Berlada Hitam (Black Pepper Mix) Maggi
2.5 cawan air
2 tbsp sos tiram
1 tbsp sos tomato
1 tbsp tepung jagung + 2 tbsp air (optional)

Campurkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung (sekiranya guna), dan masak sehingga mendidih.
Kecilkan api dan biar reneh dalam 5-8minit sehingga agak-agak pekat.

Notakaki: sos nampak cair bila panas. tapi akan lebih likat/pekat bila dah sejuk 

Kalau buat sos black pepper saya suka guna yang ni berbanding yang botol. Tak pun buat from scratch je.. Sos lebih tu boleh simpan makan ngan burger ke..sandwich ke.. masak daging black pepper ke..


###################

Grilled Vege


1 batang timun jepun (zucchini) - hiris
1 batang lobak merah saiz kecil - hiris
1 labu bawang holland (bawang besar kuning) - potong dadu besar
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu besar
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
1 tbsp mentega
secubit garam
secubit serbuk lada hitam

Panaskan mentega dan tumis bawang putih dalam pemanggang ajaib dengan api sederhana kecil
Masukkan semua bahan lain dan gaul rata
Tutupkan pemanggang ajaib, kecilkan api dan biar masak dalam 3-5 minit sehingga agak-agak layu sikit.

###################




Mediterranian Rice

2.5 pot beras - dibersihkan
Air secukupnya - seperti masak nasi biasa
1 cawan sayur campuran beku (frozen mixed vege)
1 tsp serbuk stok ayam (optional)
3 tbsp mentega
2 ulas bawang putih - cincang/tumbuk
Setitik pewarna kuning telur (optional)
Garam secukup rasa

Cairkan mentega dan masukkan bawang putih
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak seperti biasa.

Coleslaw

Kobis - hiris halus
Lobak merah - hiris batang mancis halus
Mayonis - secukupnya
Gula - secukup rasa

Gaulkan semua bahan
Simpan dalam peti sejuk sehingga masa menghidang

Notakaki : coleslaw sedap dihidang semasa sejuk

###################

Tu aje :D
Selamat mencuba..

Tuesday, 16 October 2012

Homemade Dinner ala Nando's : Resipi ~ Ayam Bakar, Mediterranian Butter Rice, Potato Salad, Coleslaw, Grilled Vege & Jagung Bakar


Assalamualaikum...

Salah satu my fav tempat makan adalah di Nando's.  Tapi makan selalu boleh rabak poket :)
So cuba nak buat sendiri set ala Nando's.  

Definitely tak boleh kata sejibik 100% rasa serupa macam di restoran tapi yang pasti tak perlu nak pergi restoran dah :)

Tapi yang pasti perlu ada sos peri-peri Nando's baru la ada feel yang sama :)


Dinner set saya ni ada half chicken, mediterranean rice, potato salad, coleslaw, grilled vege & jagung bakar.. dan yang tak masuk dalam gambar adalah ice lemon tea :)

Saya share kan resipi untuk dicuba.. tapi maaf kalau takde sukatan tepat.  Biasalah kita ni masak banyak campak2 je :)

Ayam bakar ala nando's


Bahan-bahan :
Setengah ekor ayam - dibersihkan
Sos garlic peri-peri nando's - 1/4 - 1/3 cawan
Perahan dari 1/2biji Lemon
Garam & gula secukup rasa

Cara :
Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bagus.
Bakar ayam sampai masak.
Tuang sos peri-peri di atas ayam semasa menghidang..


*Saya bakar ayam atas dapur gas menggunakan kuali/pemanggang ala-ala pemanggang ajaib. Saya beli di Hj Ismail Group (HIG), Langkawi. Guna api kecil aje.

Mediterranean Butter Rice (4-5 org)

Bahan :
5 cwn beras (saya cuma buat 2 cawan)
5 tbsp mentega (saya guna 5 tbsp juga)
2 mangkuk mix vege (ikut suka nak letak banyak mana)
2 tsp garam (atau secukupnya)

Cara
Basuh beras dan sukat air seperti memasak nasi biasa. 
Masukkan mentega, mix vege & garam kedalam periuk nasi.
Masak nasi seperti biasa.

Potato Salad

Bahan-bahan:
5 biji kentang saiz sederhana (jenis kulit licin & coklat kekuningan)
garam 
mayonis
1-2 helai daun bawang - dihiris halus

Cara :
Kentang dicuci bersih (tak perlu kupas kulit) dan dipotong dadu 1inci.
Rebus kentang bersama garam
Bila kentang dah empuk, toskan kentang dan alirkan air paip ke atas kentang. Toskan.
Gaul kentang bersama mayonis dan hirisan daun bawang.
Simpan potato salad dalan fridge sehingga masa serving.


Simple Coleslaw

Bahan :
Kobis
Lobak merah
Sos coleslaw / mayonis + gula

Cara:
Kobis & lobak merah di sagat halus. 
Gaul bersama sos coleslaw atau mayonis + sedikit gula

Grilled Vege

love this! :D
Bahan :
1 biji lada benggala hijau - didadu kasar
1 biji bawang besar kuning/holland - didadu kasar
1 batang lobak merah (saiz sederhana) - hiris kasar
1 batang zuccini - hiris kasar
beberapa kelopak kobis bunga
2-3 tbsp mentega
sedikit serbuk lada putih & lada hitam
garam

cara :
Panaskan mentega dalam non-stick pan. Campurkan semua sayur dan balik-balikkan sehingga agak layu.
Masukkan serbuk lada hitam & lada putih & garam secukupnya.
* Saya guna kuali HIG tu juga. Dah gaul2 butter & sayur tu, saya tutup kuali tu dan biarkan kejap then last baru letak garam & serbuk lada hitam/putih tu..

Jagung bakar


Bahan :
2 biji tongkol jagung - potong 3
mentega
garam

Cara :
Rebus tongkol jagung.
Golekkan jagung + mentega + garam di dalam non-stick pan dengan api sederhana..
*saya guna kuali HIG tu jugak ;)

makan sampai puas.. but tak terhabis pun... :)

kuali HIG ala-ala pemanggang ajaib yag famous tu..

Saturday, 21 April 2012

Homemade Cheezy Wedges.. hahh makan le puas2 :)



One thing yang saya suka makan kat KFC selaian egg tart ialah cheezy wedges.. tapi la kan.. harga boleh tahan, tapi tak dapat banyak hehe...

Selama ni dok dengar orang cakap, cheezy sauce tu boleh beli kat luar. Kira boleh buat sendiri. Sorang member ada bagitau adik dia pernah beli but ambil masa nak order sebab selalu sold out.. Arghh kempunan den..

Tiba2 tak semena-mena, terjumpa sorang member kat FBnya tulis ada jual Jalapeno Cheese Powder ni, terus la order dari dia. Try beli satu, ye la kot-kot rasa tak sama/best ke... Tapi memang sama la... wallawehh... Combination mayonis & cheezy sauce tu mmg serupa dengan cheezy wedges KFC.  Wa wa waaa... kompom lelemak tepu bertambah2 tepu kat badan ni :)..

Senang aje pun penyediannya, just bancuh cheese powder ni dengan air panas sama sukatan, means if 3 sudu serbuk, 3 sudu air panas la gitunya...kacau sampai larut, then tadaaaa...curah atas wedges lah..siapp!!

1 peket nampak tak banyak tapi sebenarnya banyak (errr kompius den..).. Anggaran saya 1 peket boleh guna up to 2-3kg wedges. Bergantung pada penggunaan seseorang lah...

Amaran: jangan makan selaluuu huhu...saya tak bertanggungjawab di atas kenaikan berat badan or pertambahan lemak anda haha!!

Jalapeno cheese powder boleh beli dari MokhZamOnlineStore.  Kalau di FB,boleh search nama tu...