Showing posts with label Business Opportunity. Show all posts
Showing posts with label Business Opportunity. Show all posts

Thursday, 13 November 2014

Master Celebration : Masters Maria Firdaus di Pullman, Putrajaya (Ahad ni, 16 Nov 2014)

Assalamualaikum :)

Tak sabar nak tunggu hari Ahad ni. Kenapa? 

Master Celebration untuk Mentor kami, Founder Empayar MariaFirdaus.. Siapa lagi? Tentulah Master Kam Maria & Master Mohd Firdaus.


Masa saya join team MFMS ni saya ingatkan Master Celebration mereka dah lepas.. Rupa-rupanya belum lagi.. 

Alhamdulillah.. dapat gak nak dengar sharing kisah kejayaan mereka dalam bisnes Shaklee ni..

ORANG BIASA YANG BERTINDAK LUAR BIASA

Nanti nak ambil gambar macam ni jugak lah dengan husband.. Tampal kat Vision Board!
Mentor kami ni sama je macam orang biasa lain-lain. Mereka mulakan bisnes Shaklee dari bawah, KOSONG. Master Maria sendiri tak pernah menjual hatta sebatang pen pun. 

Tapi mereka mula belajar, cari ilmu tentang bisnes, cari mentor yang bagus, bertindak luar biasa, mempunyai kemahuan yang tinggi dan paling utama meletakkan keyakinan sepenuhnya ke atas pertolongan Allah.

Masters Maria Firdaus ni antara Masters yang paling cepat capai MASTER COORDINATOR, rank tertinggi dalam Shaklee ni. Daripada rank pertama SUPERVISOR pada Mac 2013, mereka berjaya mencapai MASTER COORDINATOR  pada November 2013. .

Hanya 9 bulan! 

Dan sekarang, mereka berjaya dan membina empayar mereka sendiri dalam Shaklee.

Sebahagian team MFMS semasa program Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki : LUA & NLP
Dan untungnya saya dibukakan hati untuk re-join Shaklee di bawah Empayar MFMS ni.. 

MASTER CELEBRATION MEMANG BEST!

Saya pernah join Master Celebration lamaaaa dulu (tahun 2005) masa saya mula-mula kenal Shaklee (tapi bukan bawah team MFMS). Kalau tak silap saya di Pulai Spring Golf Resort, Johor. Itulah Master Celebration pertama yang saya join.

Jujur saya katakan, program Master Celebration memang BEST! Aura positifnya memang terrrlalu banyak. Semuanya POSITIF. Bila semua di sekeliling kita positif, kita sendiri secara tak sedar akan serap aura positif tu juga.

Our Mentors
Dan selepas 9 tahun, saya akan hadiri sekali lagi program Master Celebration ni. In Syaa Allah. Dan saya yakin, kali ni pasti lebih BEST lagi! .

Dalam Master Celebration akan ada perkongsian dari leaders yang telah berjaya. Segala rahsia kejayaan akan dikongsikan dengan semua yang hadir.  Master Maria dan Master Firdaus pun akan berkongsi kisah kejayaan mereka.

RM50,000 DITAJA SEPENUHNYA OLEH SHAKLEE

Kalau nak tahu, setiap program Master Celebration, Shaklee akan peruntukkan RM50,000 untuk kos program. Masters boleh pilih je hotel 5 stars mana yang mereka nak (dalam Malaysia sahaja ye :)) dan pilih tarikh mana yang berkenan. Semua urusan dengan hotel, pihak Shaklee akan uruskan terus.

Fuhhh best wehh.. Dah berangan ni :)


So Master Celebration untuk Masters Maria Firdaus ni akan di adakan di Pullman Hotel, Putrajaya. Kehadiran adalah PERCUMA ya.. Just walk-in pada masa event tu.. Boleh datang dengan suami, isteri, anak-anak, kawan-kawan.. Even lunch pun akan disediakan PERCUMA. 

Event ni bukan khas untuk ahli Shaklee je ye. Yang belum join Shaklee pun boleh sertai event ni. Mana tau lepas dengar perkongsian dari our Masters ni ada yang terbuka hati nak join team kami Empayar MariaFirdaus (MFMS) ke... :)

Boleh aje okay :)

Jom! Jom! :D

Empayar MFMS di program Seminar OMG

Monday, 20 October 2014

Tabung "Sedekah Subuh" Kami

Assalamualaikum..

Semoga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat dari Yang Maha Esa. Saya doakan Allah beri limpahan rezeki yang halal dan barokah kepada kita semua. 

SEDEKAH KUNCI REZEKI



Saya bersyukur kerana berada dalam team MFMS sebab team MFMS memang tak putus-putus mengingatkan ahli-ahlinya untuk sentiasa beramal dengan amalan-amalan kerohanian yang mendekatkan diri dengan Allah yang dipanggil "Master Checklist". 

Salah satu perkara yang ditekankan dalam Master Checklist adalah SEDEKAH. Memang diketahui umum, sedekah memang salah satu kunci rezeki. 

Entri kali ini saya nak kongsikan artikel yang juga dikongsikan oleh salah seorang team MFMS kami. Ianya tentang SEDEKAH SUBUH. Kebetulan pula group kami masa tu memang sedang

Monday, 9 June 2014

Ku ingin jadi Work-At-Home-Mom!

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah hampir sampai ke penghujungnya.  Tak lama lagi Husna dan Aliff akan mulakan semula persekolahan..

So minggu ni husband decide nak balik kampungnya.. ermm actually dia dah buat keputusan awal-awal lagi tapi dok diam-diam tak bagitau ;)

Saya lah rasa tersepit sikit sebab ikutkan full jadual setiap weekend.  

Macam 1st weekend ada kenduri aqiqah anak buah, baby Thaqif Naufal.  Sebab dah janji nak buatkan sikit cupcake dan takoyaki, kenalah tunaikan.. 


2nd weekend ada Shaklee National Conference (NC) di Sunway Pyramid Convention Centre.  Berhajat sangat nak pergi jumpa the team.  Lagipun dekat sangat dengan rumah parents.. Rugi rasanya tak ambil peluang yang datang setahun sekali je..

Our Team, The Most Happening Shaklee Team in Malaysia!!
CEO Shaklee, Roger Barnett
 Dan 3rd weekend dah register untuk hadir program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di MIECC Seri Kembangan. Hmm lagi lah tak boleh nak let go.  Dah register siap.

Mulanya memang dah cari jalan macam mana nak slot in lagi hal balik kampung. Tapi tak jumpa jalan terbaik. Sudahnya terpaksa let go NC.  Sambil berdoa agar Allah beri ganti yang terbaik sebab nak penuhi hajat suami dan mertua yang menggembirakan hati mereka sekeluarga. :)

Itulah dilema saya.. 

Rasa kasihan juga kat suami sebab saya yang tak boleh nak berlama-lama cuti.  Dah la balik sekali sekala aje.. Nak buat camne, bekerja makan gaji huhu.. cuti pulak sikit je..

Tengah-tengah cuti ni pun berdesup-desup emel dari bos masuk.. alahai... bikin stress!!

Kalaulah kerja saya fleksibel, tak terikat dengan waktu pejabat, cuti tahunan yang terhad.. tentunya saya tak kisah kemana-mana sahaja, bercuti je bila-bila masa..

Tapi bisnes tetap jalan.. sebab semua dihujung jari (online)
Gaji/pendapatan tetap masyuk..
Tanggung jawab sebagai isteri, ibu tetap sempurna..
Tanggung jawab sebagai hamba kepadaNya dapat di upgrade dari masa ke masa..

Tu yang menyebabkan saya lebih serius untuk lihat peluang menjadi work-at-home-mom.. 

.
Alhamdulillah Allah tunjuk jalannya melalui Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS).  Ia bermula pada saat saya menghabiskan  membaca ebook yang sangat memberi motivasi ini  [klik sini untuk download PERCUMA].

Saya telah dipertemukan dengan mentor yang banyak membantu saya dan team kami untuk mencapai impian kami..

InsyaAllah saya akan usahakan sebaik mungkin agar semua impian saya tercapai.. 
Pastinya dengan izin Allah..

Sekarang ni hari-hari pasakkan dalam minda..
"Saya adalah Work-At-Home-Mom yang Kaya, Berjaya & Bahagia!!"
InsyaAllah soon... :)
Mohon doakan :)

Tuesday, 27 May 2014

Seminar OMG - Online & Offline Marketing Strategy & 3 Tips Bisnes

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..
Weekend lepas Allah beri kesempatan kepada saya untuk sama-sama join satu seminar yang dianjurkan oleh Empayar Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) iaitu Seminar Online & offline Marketing Strategy atau nama glamornya Seminar OMG.



Seminar ini dianjurkan oleh leaders Shaklee kami dalam Empayar Maria Firdaus ni khas untuk ahli-ahli yang berdaftar dibawah susur galur kami.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik/tips/strategi dalam menguruskan bisnes kami. Beruntung sungguh kami anak didik dalam susur galur ini, dapat banyak ilmu dari mentor-mentor yang berusaha menjadikan kami berjaya dalam bisnes ini..

Mari saya kongsikan TIGA TIPS TERPENTING  :)

[TIPS 3 - WAJIB ADA MENTOR]

Dalam menjalankan bisnes, kami acapkali diingatkan untuk mempunyai mentor yang betul dan tepat!

Ini adalah untuk mengelakkan kita dari menjalankan bisnes secara membuta tuli, langgar dinding/tembok berkali-kali.
Kalau kita nak jalankan bisnes dobi, carilah mentor yang sangat berjaya dalam bisnes dobi. Kalau nak berniaga nasi lemak, carilah mentor yang memang hebat dalam bisnes nasi lemak :)

Mentor-mentor ni merupakan orang yang dah punya pengalaman banyak dalam bisnes yang kita ingin usahakan. Mana laluan 'berlubang' atau 'tembok' yang perlu dielak, mereka dah arif!

Tugas kita hanya tiru dan tiru rapat-rapat apa yang mentor ajar. Kalau kita tak punya mentor yang bagus, kita akan 'termasuk' pula dalam 'lubang', melanggar 'tembok' yang patutnya dah dapat elak dari awal-awal.

So rules utamanya wajib ada MENTOR!


[TIPS 2 - KEUTAMAAN SOLAT SUNAT DHUHA]

Mentor kami Master Firdaus setiap pagi sebelum memulakan seminar akan bertanya pada kami..

"Dah solat Dhuha?"

Dalam group kami Empayar Maria Firdaus, kami sentiasa diingatkan untuk instiqomah dalam menyempurnakan 'Master Checklist' iaitu amalan kerohanian setiap hari seperti zikir-zikir dan semestinya Solat Dhuha.

Antara sebab UTAMA yang membuatkan hati saya terpaut untuk join Empayar Maria Firdaus adalah bila mana terbaca post FB dari Master Maria berkenaan kewajipan solat sunat dhuha yang diterapkan dalam Empayar MFMS ini.


Solat dhuha selalu dikaitkan dengan limpahan rezeki dari Allah.. Kalau nak rezeki, laksanakanlah solat sunat dhuha setiap hari.

Mentor kami turut mengatakan,kebanyakan jutawan muslim yang beliau jumpa dan tanyakan tips, pasti mereka akan menyarankan solat sunat dhuha 4 rakaat setiap hari.

Kalaulah jutawan sendiri pun masih melaksanakan solat dhuha, kenapa  kita yang belum jutawan ini tak mahu malah ada yang malu nak solat dhuha?? 

Patutlah kita belum kaya :)

Alhamdulillah saya mula berjinak-jinak solat dhuha sejak Ramadhan tahun lepas.. dan sejak join Empayar MFMS, saya lebih komited untuk laksanakan solat dhuha, malah kalau selama ni tak pernah tahajjud, syukur Allah beri kesempatan kepada saya untuk mendirikan solat tahajjud sekarang ni :)
[TIPS UTAMA - NIAT KERANA ALLAH]

Kalau diikutkan memang baaaanyak lagi tips yang diajarkan kepada kami. 

Tapi yang paling UTAMA adalah NIAT kita menjalankan bisnes tu yang akan menentukan sama ada kita BERJAYA atau tidak.

NIAT kita menjalankan bisnes WAJIB KERANA ALLAH bukan untuk mendapat wang semata-mata.

Jadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain..
InsyaAllah Allah akan melorongkan rezeki kepada kita..


Rezeki kita tak penah salah alamat..
Rezeki kita tak pernah diambil orang lain..
Usahakan kerana Allah..
Serahkan kepada Allah untuk membalasnya.. 

Friday, 18 April 2014

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee !!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
Saya mula mengenali Shaklee sejak awal-awal kewujudan Shaklee di Malaysia.  Masa itu, mak saya yang menjadi Distributor nya..

Saya sendiri mula menjadi ahli dan mengambil supplemen Shaklee sejak 2004.  Disebabkan produk Shaklee telah banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada kesihatan diri saya, saya memutuskan untuk menjadi ahli. 

Kini saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee sepanjang kehamilan iaitu Set Kehamilan.. dan insyaAllah akan diteruskan dengan Set Bersalin dan Set Menyusu pula.. :)

Set Kehamilan, Set Bersalin dan Set Menyusu memang sangat-sangat mendapat sambutan luarbiasa.. Semuanya kerana ramai orang telah sedar kepentingan mengambil supplemen..

Tapi, saya just nak share, sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua.




Kiranya produk Shaklee ni memang sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga.

Alhamdulillah, berdasarkan feedback dari customer. Memang ramai yang sudah merasai kesannya. Mereka berpuas hati dengan set yang mereka makan.  Dan syukur Alhamdulillah, ramai kini  berminat untuk menjadi ahli..

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee, jadi dalam entry kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang bagaimana dan kebaikan menjadi ahli Shaklee.

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?

Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.

Anda boleh hubungi kami untuk mendaftar..

Nak jadi ahli Shaklee adalah sangat mudah.

Cuma daftar, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan. Makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus.

Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat kat situ.

MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN

Just nak share, yuran keahlian yang anda bayar tu cuma SEKALI SEUMUR HIDUP. Tak payah renew every year. Boleh pakai seumur hidup.

Kalau anda cuma nak makan sendiri, tak payah maintain points bulanan atau minimum belian.

Cuma gunakan produk, dan share dengan kawan-kawan dan saudara-mara je. Kalau mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah. Iaitu 25% lebih murah daripada Retail Price.

Tapi kalau anda ingin mulakan business dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price)

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.

3) BERPELUANG membuat bisnes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.

4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.

5) Mereka yang register dengan saya, saya akan masukkan mereka dalam sebuah group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini.

Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.

Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.

Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah.

Sebab itulah saya rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan ni.


SELAMAT DATANG


Saya nak ucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli Shaklee yang baru mendaftar di bawah group kami.  Jom jadi lebih sihat dengan supplemen Shaklee!!

HEALTHIER, WEALTHIER and HAPPIER WITH SHAKLEE!!




Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah pengalaman sebenar mentor kami menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DI:-



Thanks for reading! :)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya untuk:-


FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!