Showing posts with label Pressure Cooker. Show all posts
Showing posts with label Pressure Cooker. Show all posts

Tuesday, 11 October 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Bubur Nasi Ayam

Assalamualaikum dan hello :)

Kali ni cerita masak dengan PHILIPS Pressure Cooker (PPC) lagi. Jangan jemu dehh...

Actually dah baaaaanyak masak memasak guna PPC ni. Sekarang rice cooker jarang guna, dapur jarang berasap hihi.. Tapi masih memasak ye. Guna PHILIPS Pressure Cooker lah..

Kali ni nak share resipi bubur nasi ayam. Simple version ok.  Simple pun sedap ape.. ala-ala McDonald je rasanya ;D.  


Masak bubur ni pun sebab Aliff tak sihat dok muntah-muntah tak tahu apa silap makan. So ingat nak masak benda yang mudah hadam. Aliff request belikan bubur McD tapi fikir baik buat sendiri aje lah. nak siap-siap tukar baju lagi, start kereta drive gi McD pun dah kot lebih setengah jam. Dah sampai takkan la nak beli bubur aje kan.. mau anak-anak lain nak juga order itu ini huhu.. Baik masak sendiri aje lah :D

Ikut pengalaman sebelum ni masak bubur guna pressure cooker stove-top Trio tu, masak 1 cawan tak cukup masa tu. Siap kena masak 2 kali untuk anak-anak pulak. So kali ni decide masak 2 cawan beras terus. Tapi end up jadi banyak la pulak hehe... 

Si lepas-lepas ni rasanya akan stick pada 1 cawan beras sahaja. Or paling banyak 1.5 cawan beras. For the whole family of 6 :D

Ok saya share kan resipinya ok :)

Bubur Nasi Ayam PHILIPS Presssure Cooker
oleh : Norliza Othman

Bahan :
2 cawan beras
12 cawan air
1 inci halia - hiris kasar (mudah nak asingkan selepas masak)
dada ayam - beberapa ketulan besar (akan dicarik-carik selepas masak)
1/2 batang lobak merah - hiris mancis (*optional)
1 1/2 tsp stok ayam
2 tsp garam
1/2 - 1 tsp serbuk lada hitam kasar

Cara :
  1. Masuk semua bahan ke dalam inner pot PHILIPS Pressure Cooker
  2. On Mode 'Congee' default 13 minit (*baca Nota)
  3. Tunggu siap masak. Off suis/plug PPC
  4. Biarkan pressure natural release (jangan pusing knob ke vent)
  5. Bila floating valve dah drop, buka penutup, keluarkan isi ayam dan carik-carikkan
  6. Hidangkan bubur nasi bersama isi ayam, daun bawang, minyak bijan dan bawang goreng.


Nota:
  1. Nisbah beras : air adalah 1 cawan beras : 6 cawan air (tak kisahlah cawan apa pun ;))
  2. Saya set kan masa memasak KPT 20 minit. Tekstur bubur sangat hancur dan air diserap sepenuhnya (tak berkuah). Saya rasa default timer 13 minit memadai kot :D
  3. Lepas masak, tak boleh pusing knob terus dari 'sealed' ke 'vent' sebab bubur akan tersembur keluar dari knob tu. Kalau masak sup/ berkuah yang banyak/ bubur disaran untuk biar pressure natural-release.
  4. Kalau nak percepatkan sikit pressure keluar, lepas off PPC, boleh cuba perlahan-lahan tolak sikiiiiiiiittttt aje knob tu bagi wap keluar sikit, bunyi berdesing sikit gitu. Sikiiiiiittttt aje tau.
  5. Pastikan paras maksimum inner pot PPC ditepati. Ada level maximum kan yang ditanda. Jangan melebih tanda maksimum tu, takut akan overflow.

Itu aje.. selamat mencuba :D


PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik..

Friday, 23 September 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Pulut Durian

Assalamualaikum dan hello :)

Busy minggu ni. Dah selesai kerja berkaitan audit dalaman, sekarang kena concentrate untuk anugerah pejabat pula.  Mula-mula nak marah juga bila dapat task yang sama ni, bertahun. Sebab dah bagitahu bos awal-awal bagi pada staf lain sebab asyik-asyik liza, asyik-asyik liza. Kerja pecah kepala je bagi kat liza emmm.. Lagipun idea sama, tak fresh. Kalau bagi pada staf lain, idea berbeza, nampak lah kelainannya, inovasinya, kreativitinya yang lain dari biasa. Tapi dah SYMP, terpaksa terima juga. Nak buat macam mana? kulikutif je :).


Ok, kali ni just nak share percubaan masak pulut durian. Honestly, saya tak pernah makan pulut durian. Dan actually, pulut sendiri pun saya kurang gemar sebenarnya. Tapi anak-anak saya memang suka makan pulut. Maybe ikut selera ayah mereka kot. Durian, saya suka. Tapi anything yang masak bersama durian, saya tak suka hehe... 

Husband request masakkan pulut durian masa cuti Aidiladha haritu. Pening juga nak layan permintaan masakan yang saya tak pernah masak/ makan ni. Tapi jarang sangat (or tak pernah) saya kata 'no' bila husband/ anak request nak makan itu ini. Kalau boleh diusahakan, saya usahakan juga lah. So lepas google sana sini, husband pun guide sikit-sikit... Taraaaa.... inilah hasilnya. 


Dah siap tu saya cuba juga makan, tapi emmmm tak lalu tekak lah. Maaf huhu... Saya cakap dengan husband, tak makan tak apa kan.. janji apa yang dia nak makan, saya boleh buatkan...hehe... 

Pulut Durian ni saya masak guna PHILIPS Pressure Cooker sahaja. Memang mudah sangat dan cepat. Pulut jadi lembut dan gebu sampai ke malam pun masih lembut lagi. Saya makan dengan sambal ikan bilis baru lalu hehe...


Mudah je..

Pulut Durian PPC
oleh : Norliza Othman

Bahan :
4 cawan pulut
4 cawan air
(nisbah pulut : air = 1 : 1, jadi boleh kurangkan ikut suka)

Cara :
Pulut dibasuh, tos dan masukkan dalam inner pot (tak perlu rendam)
Masukkan air ikut sukatan
On mode 'steam/stew'
Ubah KPT (Keep Pressure Time) kepada 7 minit
Knob di 'sealed'
Lepas siap masak, boleh gembur dan hidangkan.

Bahan lain:
Gula melaka/ gula kabung/nisse yang diparut
Santan segar dimasak sebentar dengan sedikit garam
Isi durian




Pulut 4 cawan sebenarnya terlalu  banyak untuk kami sekeluarga. Biasanya kalau masak nasi pun maksimum 2 cawan beras dah memadai. Ni sebab nak habiskan stok pulut yang ada :)
Jadi sukatan pulut tu ikutlah biasa makan banyak mana hehe....

Ada kawan yang bagitahu, pulut yang dia masak ada yang jadi kurang masak. Saya tak pasti jenis-jenis pulut yang ada kot berbeza-beza. Pulut ni saya beli dah siap timbang (pre-pack) di Hero Market je. Belum cuba lagi pulut jenama lain. :D

Apapun saya bersyukur sebab berbaloi adanya PHILIPS Pressure Cooker di rumah sekarang. Even husband  pun puas hati gadjet ni digunakan sepenuhnya hehe... Terima kasih abang sebab sponsor :).. Lepas ni boleh sponsor Air Fryer pulak hihihiii....

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni saya beli dari website Lazada je. Mudah dan dapat harga terlajak best! RM299 aje tau.

Hehe... Rajin-rajin la tengok link tu ye kot dapat offer terbaik.. 

Thursday, 1 September 2016

Yeayyy!! Philips Pressure Cooker in the house :D

Assalamualaikum dan hello ;D

Hehe.. baru aje tulis entry mengidam nak beli Philips Pressure Cooker ni.. Tup tup dah pun sampai rumah. Dah guna 3 hari dah pun untuk masak 3 kali dinner. :D


Sejak mengidam nak beli tu hari-hari kejap-kejap tengok website nak tengok harga kot-kot tiba-tiba ada offer menarik. Tengok website Lazada, 11street, Gemfive, Blipmy.  Dalam sejarah yang orang-orang dok pernah beli ni kat Lazada paling rendah pernah offer RM259. Kedua rendah RM299. And so on.. biasa-biasa offer pun RM349 untuk model warna bronze HD2139 ni. 

So dengan tak semena-mena, Jumaat lepas petang dalam pukul 4 lebih jugak la gatal tangan bukak Lazada. Tengok-tengok ada offer RM299. Terus tak keruan, nak beli ke tak. Nak tunggu RM259 ke tak.. Aihh memang terasa kalut hati tu, berbelah bagi. Karang dok tunggu lagi melepassss... So klik je beli. Try nak guna voucher, tak boleh! sebab produk kategori Best Seller. Tak boleh guna baucer.. Caitt.. Ada delivery caj jugak. Tapi kira-kira masih murah. Dengan kos delivery total harga RM312.20. 


Lepas je klik checkout, cash on delivery, terus tup tup harga jadi RM319. Bukak balik Lazada harga dah jadi RM349 dah... fuhhhhh legaaaa... sempat grab offer walau dalam kekalutan hihi... Hari Isnin pressure cooker idaman pun dah sampai rumah :D.

Asalnya ingat nak terjah warehouse sale Philips kat PJ yang mula esok. Kot lah kan harga Philips Pressure Cooker ni murah ke dari wabsite yang ada. Tapi ada yang bagitau warehouse sale Philips ni takde offer sangat pun untuk produk yang banyak permintaan ni. Tu yang berbelah bagi nak beli ke tak. Tapi memang tak tahan lah weh bila dah join FB group pengguna-pengguna Philips Pressure Cooker ni dok post gambar-gambar makanan yang mudah dan 'menggiurkan' hehe...

update :  
Dah pergi Philips Warehouse Sale (2 September lepas). Memang tak ada pun pressure cooker HD2139 yang konon2 tunjuk dalam gambar bawah ni (model yang saya dah beli tu). Salesperson tu kata periuk model tu takde stok. Just ada model HD2178 (silver 6l) dan jenis 5l punya. Harga pun lebih mahal berbanding Lazada... erkkk....

Oklah lain kali saya tunjuk apa ada dalam set Philips Pressure Cooker ni dan later maybe share resipi-resipi yang saya guna. Sekarang ni dok pening pulak nak masak apa haha...  

Buat masa ni saya dah masak sup ayam, nasi ayam all-in-one-pot, nasi briyani ayam dan kurma telur. Amacam?? hehe...

Notakaki:
PHILIPS pressure cooker ni boleh beli dari website Lazada. Mudah dan kalau ada rezeki offer bagus dapat harga terlajak best! Rajin-rajin la tengok link tu eh

Friday, 19 August 2016

Makyong Mengidam Philips Pressure Cooker ;D

Assalamualaikum dan hello :)

Sekarang tengah penyakit ngidam nak beli pressure cooker (PC) elektrik.
Pulak dahhh.  Haritu kata nak beli jenis biasa masak atas dapur je macam mak punya sebab harga jauh lagi murah berbanding PC jenis elektrik.

Ginilah cerita tiba-tiba tukar fikiran tu...

Alkisahnya, lately ni anak-anak dok request nak bawa bekal gi sekolah macam dulu. Sebelum pregnant dulu rajin siapkan bekal Aliff & Husna tapi sejak mabuk pregnant dah tak larat nak bangun awal siapkan bekal/ bento.

Dok mengelamun fikir kalau la boleh masak pagi-pagi dengan cepat tapi tak perlu tunggu kan senang. Dok terfikir cepatnya masak guna pressure cooker sejak mencuba haritu, bolehlah nak masak pagi-pagi dengan pressure cooker. Macam masak nasi goreng just 7minit je (tak termasuk preparation).

Cuma masalahnya bila guna PC stove-top ni, nak kena mengadap/menunggu kat dapur. Tak boleh nak biarkan je. Kena tutup api karang hangit pulak kan... Sedangkan pagi-pagi lah masa yang super duper busy dan nak pantas macam lipas kudung nak buat segala-galanya hehe..


So sekarang tengah consider untuk beli pressure cooker jenis elektrik. Tekan-tekan set timer, tinggalkan je. Boleh buat macam-macam kerja lain. Boleh mandi, solat, tukar pampers anak, siapkan baju-baju anak..  Ececehhh...hihi

Dalam kepala dah set dah aim pressure cooker elektrik jenama Philips. Ada orang kata kapasiti kecil je 6L kalau banding dengan PC yang glemer tu lagi besar (8L kot).  Tapi ok je pada saya untuk kegunaan harian sekeluarga. PC Trio mak saya pun kapasiti 9L tapi selama ni saya tak guna full pun sebab tak masak banyak sangat macam kenduri :).

Ok sekarang tengah gigih hari-hari survey harga Philips Pressure Cooker HD2139 nak tengok mana-mana ada offer baik hehe... Dah siap join group pengguna Philips Pressure Cooker kat FB lagi haha!. Semangat sangat weh.. 

Jangan nanti jadi tukun tiruan sudahhh hehe...

Wednesday, 3 August 2016

Bestnya Masak Guna Pressure Cooker :)

Assalamualaikum dan hello :D

Masalah! Masalah!

Sekarang tengah kemaruk gak masak guna pressure cooker hehehe.. Asal kisahnya mula dok survey pasal pressure cooker ni bila member sekolah up status masak nasi daging guna pressure cooker dia model Noxxa keluaran Amway. Walaupun ia part of marketing dia sebab saya tau dia dealer Amway (hehe).. tapi the idea tu yang menangkap minat saya nak explore pasal pressure cooker ni.

Macam-macam jenis ada

Sebelum ni actually agak takut-takut nak beli/ guna pressure cooker sebab teringat ada sorang member FB pun up status daputnya berkecah teruk lepas pressure cooker nya entah nak sebut ape eh? meletup? emm lebih kurang gitu lah. 

Tapi lepas dok surf, baca, survey, tengok video bla bla bla.. rasa konfiden lak nak guna pressure cooker ni tapi tak beli pun.  Decide pinjam mak punya pressure cooker brand Trio yang saya tolong belikan kat Lazada quite sometime jugak. Mak pun beli sebab terpengaruh dengan makcik yang dah cuba guna. Tapi yang saya tahu selama ni mak just guna untuk masak bubur kacang je. Bubur kacang memang favorite ayah. 1kg kacang hijau tu masak dalam 10 minit je (kalau tak silap). Tapi later kurang dah guna sebab mak kata ayah tak suka kacangnya terlebih lembut. Pulok dahhh hehe...

Sejak dari tu saya cari resipi-resipi yang guna pressure cooker ni. Just nak tau anggaran masa memasaknya. Tapi ada yang bagitau setiap pressure cooker berbeza masa memasak. Kenalah try and adjust ikut pressure cooker masing-masing.

1st time saya cuba masa raya kedua lepas. Rebus nasi impit segera sebab masa tu ketupat dah almost habis. Ikut guide dari FB (maaf tak ingat penyumbang), rebus nasi impit 40minit. So saya cubalah. Lepas 40 minit, release wap etc, tengok tekstur dah ok tapi saya suka tekstur bila add lagi 10 minit. So anggaran saya untuk rebus nasi impit segera pek mini tu 40-50 minit.

gambar hiasan ihsan google
Then saya cuba rebus ikan untuk buat laksam. Ada banyak blog saya baca kalau rebus ikan guna pressure cooker tak perlu nak asingkan tulang dah sebab tulangnya lembuttt macam sardin dalam tin tu. So saya cuba macam saranan, rebus 60minit. Dah siap, tengok ikan, mak aiii memang lembutnya lah hai.. so blend aje terus ikan dengan tulang tu. Senang jadinya nak buat kuah laksa/ laksam hehe..


Lepas tu saya try untuk rebus kentang dan carrot nak masak kuah lontong/lodeh untuk jamuan raya CSFJ tingkat 10. Dah siap potong kiub kecil-kecil semuanya, rebus. Silap pulak tak timing masa. Rasanya dalam 15minit, bila wisel start bunyi, biar kejap then tutup api. Kejap dah empuk kentang/ carrot. Syok aihh hihi..


Projek seterusnya masak bubur nasi. Kebetulan masa tak sihat disebabkan keracunan & keletihan lepas jamuan raya cawangan haritu, try resipi masak bubur nasi ni. Ikut saranannnya 1 cawan beras + 6 cawan air, masak selama 15 minit.  Pergh kejap aje kan.. tak lah lama menunggu nak siap bubur. Siap masak 2 kali lagi sebab anak pulak nak makan lepas balik sekolah. Nasib baik siap dalam 15minit je haha.. Senang kerja ummy hehe..

Tekstur buburnya tak hancurlah tapi dah lembut.  Masa buka periuk tu air memang ngam-ngam dah kering. So saya decide lepas ni  maybe saya nak add lagi 1-2 cawan air dan masa memasak tambah lagi 5-10minit ke.. Sebab saya suka bubur yang agak hancur dan berair sikit hihi..

Sudahnya sekarang pressure cooker mak dah macam tukar milik jadi saya punya lak haha.. Sebab saya lak yang lagi banyak guna periuk ni.. Banyak lagi resipi nak try lepas ni tapi belum ada masa nak try.  Lepas ni saya nak buat label resipi-resipi makanan yang saya masak guna pressure cooker ni lah. Sebelum ni tak ada snap gambar bagai. Rugi pulak :)
Pressure cooker Trio ni jenis periuk tekanan yang biasa-biasa, jenis masak atas dapur gas. Bukan macam Noxxa / Philips yang guna elektrik. Harganya pun amatlah berpatutan. Kalau kat Lazada kalau ada offer bagus, periuk kapasiti 9L boleh dapat bawah RM100 je.  Teringat satu status dari kawan FB, katanya tak perlu beli periuk mahal-mahal pun takpe. Fungsi sama je hehe.. Kira orang kata menang membeli menang juga memakai :D

Tu je. ok bai :)