Showing posts with label Bacalah. Show all posts
Showing posts with label Bacalah. Show all posts

Thursday, 23 February 2023

Buku 1/2023 - Nine to Five. Ragam Kerjaya | #Baca2023

 Assalamualaikum dan hello πŸ˜‰

Macam biasa, azam untuk setiap kali bermula tahun baru mesti termasuk 'Banyak membaca buku. Kurangkan hadap media sosial'. Gitu. Tapi selalu kelaut azamnya. Susah juga nak tukar habit hadap phone kan? Tapi kita cuba πŸ’ͺ.

So azam ini akan selari dengan lawatan secara berkala ke perpustakaan sebab nak pinjam buku. Rasanya tahun ini nak kurangkan pembelian buku baru sebab almari buku pun dah tak ada ruang. Kena sisih buku-buku lama untuk bagi ruang bagi buku-buku baru. Perpustakaan komuniti terdekat adalah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Kampung Lindungan, PJS 6, Petaling Jaya. Nanti saya up post berkenaan perpustakaan comel ini. PPAS ini dah jadi antara my favourite place dengan nak-anak.πŸ’œ

Ok nah. Kita simpan rekod membaca di blog. Macam program NILAM sekolah 😁

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Baca2023 - Buku 1/2023 

Tajuk - Nine to Five. Ragam Kerjaya.

Penyelenggara - Khairi Tajudin.

Review :

Buku ini mengandungi kompilasi cerita-cerita pendek hasil penulisan peserta bengkel penulisan (kalu tak silap). Kebanyakan penulis ada kerjaya sendiri tapi berminat dalam bidang penulisan. Cerita-cerita dan watak banyak berkait dengan kerjaya asal penulis-penulis. 

Penulisan santai-santai dan ada potensi untuk berkembang bakat masing-masing insyaAllah.

Sekian. Wassalam.



Sunday, 16 August 2020

Asbab PKP berjaya membaca..

Baca novel aje lah pun. Fiksyen πŸ˜…

Antara buku yang berjaya dihabiskan

Assalamualaikum dan hello 😁.

Masa berkurung start PKP Mac tempoh hari memang banyak keluar kempen membaca kan. Walaupun mula-mula agak suam sikit nak mula maklumlah bertahun juga tak buka buku ni. Ralit dengan segala macam media sosial. Rugi. Berjam juga habis menghadap sudahnya.

Banyak apps yang offer untuk baca buku online tapi banyak jumpa yang kena beli ebook tu. Yang boleh baca novel free, tak jumpa. Sehinggalah jumpa apps PNM eReader. PNM stands for πŸ‘‰ Perpustakaan Negara Malaysia. Means, boleh pinjam buku TANPA keluar duit (or beli). Yeahh boleh baca novel free😍.