Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Nak share pasal ujian BSP atau Blood Sugar Profile Test. Ujian ni time pregnant kalau MOGTT sangkut memang terpaksa buat gak lah.. Kalau keputusan ujian BSP pun sangkut, rutin BSP test ni memang jadi kerap.. macam setiap 2 minggu..
So kalau taknak kerap kena buat ujian BSP ni, haruslah pastikan dapat keputusan yang memuaskan :). Barulah ujian jadi sebulan sekali aje... :)
UJIAN BSP KU FAIL!!
Masa mengandungkan Ammar, mula-mula tu tak tahu macam mana diet pemakanan sebenar untuk ibu-ibu mengandung yang ada GDM (diabetes semasa hamil) ni.. So hari 1st test gi pulak belasah mee kicap dengan air teh O ais..
Sudahnya keputusan ujian yang pukul 10 pagi tu tak lepas... so terpaksa lah buat lagi test 2 minggu selepas tu..
Lepas jumpa pakar pemakanan dan cari maklumat tentang GDM di website, saya dah tahu macam mana pemakanan yang saya boleh ambil dan yang mana perlu elakkan terutamnya masa mengandung ni...
MASALAH SUNGGUH NAK BUAT UJIAN BSP
Lagi satu masalah nak buat ujian BSP ni adalah nak kena berulang alik ke klinik. Ye lah, dah kena ujian 4 kali sehari kan.. pukul 8pagi, 10pagi, 2petang dan 8malam. Paling haru yang 8malam tu.
Dulu ada sekali pergi Klinik 1 Malaysia nak buat BSP test 8malam. Tengok-tengok nurse kata takde buat. Dia suruh pergi cari farmasi.. bayarlah RM8
Sekali tu lagi test yang malam jugak. Malam tu majlis nikah adik lelaki saya di Tanjung Malim. Pusing punya pusing, jumpa farmasi, tapi takde servis buat test BSP. Round lagi sana sini dapatlah jumpa satu-satunya klinik swasta yang buka malam tu. Dapatlah buat test. Tapi lagi mahal kena bayar... RM15 derrr..
Sudahnya saya decide beli aje la BSP test kit ni.. sebab masa tu ada hari ujian yang clash dengan hari nikah adik ipar saya di Papar, Sabah. Fikir-fikir nanti susah nak cari farmasi/klinik yang buka malam-malam tu kat sana, baik beli aje test kit ni..
BSP TEST KIT SAYA PUNYA :)
So kat sini saya nak share je cara nak buat BSP test sendiri di rumah/ di pejabat/ di dalam kesesakan lalulintas (dalam kereta) :)
Saya beli BSP test kit model Accu-Check Active. Beli di Caring Pharmacy.
Dalam kotaknya ada dah instruction macam mana nak guna. Ni version simplified je ye... :)
CARA NAK BUAT BSP TEST SENDIRI DI RUMAH/ PEJABAT/ MANA-MANA LAH
|
Ni adalah alat-alat yang diperlukan |
|
meter, test strip, lancet dan lancet device |
|
mula-mula cabut penutup untuk isi lancet (jarum) |
|
yang putih tu lancet tapi masih bertutup |
|
slot masuk lancet ke dalam ruangannya sampai bunyik klik |
|
pusingkan hujung lancet yang bulat tu untuk tanggalkan penutup lancet, baru la nampak jarumnya |
|
Tutup semula lancet device. Pastikan 'lengkuk kecil' di penutup adalah selari dengan tanda di gambar atas |
|
Di penutup tu ada nombor. Kalau di klinik biasanya guna no. 4. Ikut ketebalan kulit jari kita. |
|
Pusingkan ikut nombor mana yang nak. Saya selalu guna nombor 3.5 sebab kalau 4 rasa sakit sangat jari tu macam terlebih cucuk. Kurang dari 3.5, tak keluar darahnya... 3.5 ok untuk saya... |
|
Dah siap pasang |
|
Tekan atas lancet device tu macam pen tekan
|
Tekan sampai habis. Warna bulat situ akan tukar jadi kuning. Bermaksud dah sedia digunakan |
|
Dah ready untuk digunakan. Ketepikan. Nak guna nanti tekan butang kuning tu je |
|
|
Sekarang beralih kepada Meter. Setiap botol test strip ada kod yang berbeza dan ada cip yang disediakan untuk slot di bahagian anak panah merah tu |
|
slot kan cip tu ke dalam ruangan yang disediakan |
|
Buka botol test strip dan ambil satu strip |
|
masukkan test strip ke slot yang disediakan - anak panah menghala atas |
|
Meter akan display kod di screen. Pastikan kod di screen adalah sama dengan kod di botol |
|
Lepas tu akan keluar blink-blink gambar titisan darah. Maksudnya dah boleh letak sampel darah atas strip di bahagian warna hijau tu |
|
Letak lancet device menyerong di tepi jari tengah atau jari manis. Tekan 'butang kuning'. p/s: saya pilih jari ni sebab rasanya kurang sikit sakit berbanding tempat lain |
|
Picit-picit sikit jari bagi darah keluar |
|
Titiskan/sentuh kan darah ke bahagian berwarna hijau. Kena buat dalam masa 2 minit sebelum blink-blink tu hilang. |
|
Tunggu sebentar sampai keluar result di screen |
|
Apa lagi?? tulis la result nya kat buku pink hihiii |
|
Sekarang ada promo kat Caring Pharmacy.. rm99 je untuk satu set BSP kit |
|
Dalam box tu ada semua benda-benda ni.. |
Sekian...
Terima kasih kerana membaca :)
Tq. Clear baca entri ni.
ReplyDeleteTq
ReplyDelete