Showing posts with label Kayak. Show all posts
Showing posts with label Kayak. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Mega Gathering X-UtmViking 2014 @ The Legend Resort, Cherating

Assalamualaikum...

Cuti Hari Pekerja lepas, kami sekeluarga bertolak ke The Legend Resort, Cherating, Pahang untuk sama-sama memeriahkan Mega Gathering X-UtmViking 2014

X-UtmViking ni adalah nama group yang diberi kepada semua ahli dan bekas ahli/alumni pasukan kayak/ sukan air UTM Skudai dari batch super duper senior sampailah adik-adik yang masih lagi bergelar mahasiswa di UTM sekarang.. 

Tak sangka juga yang hadir haritu super duper senior dari batch tahun 1992 lagi.. Saya pula dari batch tahun 2000.  1st time jumpa senior-senior ni..

Kami bertolak hampir 12 tengah hari.. Dan tak konvoi dengan sesiapa.. Jalan sendiri-sendiri.. Maklumla anak-anak ni ragamnya lain-lain. Taknak ada yang terpaksa menunggu kami pula.. Alhamdulillah selamat tiba di hotel hampir jam 5.00 petang.  Bilik memang amat selesa.. cuma banyak staff tak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia sebab bukan orang tempatan.


Malam pertama lepas dinner di Coffee House, ada taklimat program dan sesi memperkenalkan ahli-ahli yang hadir serta pembahagian goodie bag.  Setiap ahli termasuk anak-anak dapat t-shirt, mug & fridge magnet juga pendrive tajaan Greenfinder SB. T-shirt, mug & fridge magnet adalah hasil kerja oleh X-UtmViking sendiri iaitu pasangan Ayu Haris & Uzaini yang mempunyai biz design & printing ini iaitu NIA Custom Print






Hari kedua 
lepas breakfast, macam biasa, anak-anak ajak main kolam dan pantai la... Awal-awal lagi dah beli penyodok, baldi untuk main pasir tu kat Ikea.  Puas hati diorang dapat main pasir.. tapi nampak gaya macam ayahnya yang lebih excited :)

Lepas main kolam nak main pantai
Lepas main pantai nak main kolam pulak..
Ikutkan anak-anak, seharian pun mereka sanggup berendam dalam pool tu :)






Ammar mula tak berselera makan/minum masa pagi hari kedua.. Asyik menangis aje.. Memang tak tau nak buat apa.. Bila hubby check, nampak macam sakit sebab tumbuh gigi geraham atas (dua belah).. Kesian sangat tengok sebab dia lapar, nak makan, tapi bila makan je nangis je.. sudahnya pegang aje makanan tu. Ammar tak bagi ambil pula.. sedih sangat tengok.. So bagi die minum air yang sejuk-sejuk je bagi lega sikit..

Ammar nak makan kek batik yang auntie munirah buatkan.. tapi sakit.. huhuu

Petang 2nd day ada sukaneka..
Game untuk kanak-kanak
Game untuk ayah-ayah/lelaki
Game untuk mak-mak/wanita


Kategori 1tahun ke bawah cam Ammar kena duduk tepi je :)

Ammar jadi photographer aje la..

Game untuk ayah-ayah, makan kacang wasabi + tembikai & pecahkan belon yang diikat di kaki

Ammar leka tengok si Akmal makan kacang wasabi

Hubby kena 'dera' makan kacang wasabi hehe...

Lepas makan kacang, kena makan tembikai pulak..

Penutup aktiviti.. main layang-layang.. Mujur ada je simpan layang-layang dalam kereta..
Malam, BBQ dinner dan penyampaian hadiah..
Makanan nampak berlebih-lebihan..
Tapi sayang sekali dewan tu agak panas tanpa kipas (walaupun open air)..
Tapi layankan aje.. :)
Hadiah sukaneka kanak-kanak :)
Hari ketiga
Lepas breakfast anak-anak sambung main kolam. Saya packing barang untuk balik ke KL.

Rakan-rakan lain plan ziarah rumah salah seorang ahli X-UtmViking di Kemaman. Tapi kami sekeluarga decide balik lebih awal memandangkan Ammar makin tak sihat dan mula demam. Ada tanda-tanda ear infection pula..

Kalau anak-anak tak sihat, memang hilang mood nak berjalan ke sana sini.. nak sampai rumah secepat mungkin untuk bagi anak-anak rehat saja..

Alhamdulillah semua program berjalan lancar seperti yang dijadualkan.. syukur...
Terima kasih kepada semua sponsors untuk majlis kali ni..
Saya doakan rezeki anda semakin melimpah ruah, insyaAllah :)

Tuesday, 21 December 2010

Kami turut bersedih..

:: Ayu & family :: (gambar dari blog uzaini)

Jumaat lepas terima berita menyedihkan..

Fawwaz Syahmi, baby kepada sahabat X-UTMviking kami, Ayu & Uzaini telah kembali kerahmatullah..

Kalau mengikut cerita Uzaini, (disebabkan baby tak dijalankan bedah siasat), baby Fawwaz meninggal waktu tidur. So mungkin SIDS (sudden infant death syndrom), tapi Allah sahaja yang tahu..

Perginya baby yang sangat comel ini memang sangat mengejutkan kami semua. Kami turut menangis..

Buat Ayu & Uzaini,
Mungkin tiada kata-kata yang dapat menenangkan perasaaan korang sekarang ni..
kami hanya melihat, pedihnya tak sama seperti yang merasakan sendiri..

Walaupun luarannya korang nampak tabah, didalam hati mungkin menangis tak siapa yang nampak.
Sebagai kawan, hanya doa yang mampu aku titipkan..
Setiap kali teringatkan korang, aku jadi sebak..
aku sentiasa doakan agar Allah beri kekuatan untuk korang berdua..
dan semoga Allah memberi ganti yang lebih baik lagi..
insyaAllah..


Fawwaz Syahmi, syurga adalah PASTI untuknya.. alhamdulillah..


Monday, 28 June 2010

☺☺Update Gambar : Dragon Boat Festival☻☻

Ya...

Akhirnya Uzaini telah berjaya meng'upload' gambar-gambar masa Dragon Boat Festival @ Putrajaya.. Tu pun dia tulis part 1.. ermm.. berapa part ye agaknya..

Gambar-gambar ni spesifiknya pada event hari Jumaat. Kira yang lain-lain belum upload lagi.. Takpela.. ini pun memadai =D
Terima kasih ye..

So semua gambar-gambar ni adalah ihsan Uzaini dari FB dan photoblognya. Kalau nak lihat gambar full dan bahagian2 lain (yang akan diupload) boleh lawat photoblog uzaini ye.

.

Thursday, 24 June 2010

Dragon Boat Festival @ Putrajaya

Salam..
lately ni tak sempat nak mengarang patah lagi ber'blog hopping'..
camne la orang lain banyak masa ye..
Laa ni baru siap report untuk Piagam Pelanggan ni.. so agak lega sikit la..

Last weekend berkampung kat Pusat Rekreasi Air Putrajaya sempena 1 Malaysia International Dragon Boat Festival.
Start hari Jumaat dah berkampung kat situ. Jumaat game mula jam 3petang. Asalnya aku ingat berkumpul kat Pusat Maritim la.. rupenye kat Pusat Rekreasi Air. So aku tak sempat join untuk game open tu.. untuk kategori mix baru dapat join.

aku gi ngan en.suami (yang setia menemani =D) dan Husna dan Aliff..
oh..aku mana boleh berpisah ngan buah2 hati aku semua ni.. =D

Menang ke??
hehe.. bak kata Hailwa, "kalah tu memang dalam tangan"..
menang tu menang jugak..
menang bergambo memanjang.. macam saiko amat tapi.. chett..
menang pasukan paling banyak org boroi hehe..
semangat tu ada tapi kebanyakannya dah tak fit..
kalau nak banding masa kat utm dulu la.. jauh menyimpang =D.

so aku kat sana jumaat and sabtu. buah2 hati semua aku tak bawak masa hari sabtu. en.suami tolong jaga anak2 kat umah.. thanks sayang..
and actually aku selalu cam pelik sebab anak2 semua well behaved kalau dengan ayah derang. takde wat perangai pun.. kalau aku sorang yang jaga..mak aiii boleh pecah kepala dengan macam2 perangai nye..

aku selalu ada masalah kalau masuk putrajaya ni.. sebab aku selalu tak jumpa jalan asal yg aku masuk tu.. mesti ntah ke mana2 lah jalan keluarnya.. kadang2 tersimpang jauh.. ade sekali tu aku dok berpusing2 dalam putrajaya setengah jam..sesat hehe.. 10 kali masuk 10 kali sesat.. camno tu??

nota: gambo takde.. aku tak snap sebarang gambar.. tengah tunggu tuan2 kamera lain yg upload kat FB..

Monday, 7 June 2010

Training Dragon Boat @ Pusat Maritim Putrajaya

Salam..

Semalam bebudak x-utmviking wat training untuk 1 Malaysia International Dragon Boat Festival 2010 18-20 Jun nanti.

Mula2 rasa cam berat hati gak nak pergi sebab badan dah penat giler lepas buat birthday party Husna semalamnya, en.suami pulak kata sakit kepala, ingat nak bawak semua gi Putrajaya pasal takkan nak suruh mak jaga anak2 hari minggu.. tak sesuwaii..

Pujuk ala-ala paksa gak la soh pergi sekali.. ye la.. dah en.suami sakit kepala, aku pulak takut sampai umah malam ke.. ape yg derang nak makan kat umah tak.. so angkut la semua2.. ala-ala nak balik kampung jugakla beg nye..

Jadual asal 3.30pm start. Aku sampai pun dah lewat dekat kol 4pm. Yang ada masa tu Jakpo & famili, Rim & famili, Fairuz, Fahmi, Nik, Bapak, Zack. Yang lain2 sampai kemudiannya cam Abg Halim, Uzaini & famili, Zal, Wari, Najmah & brother.

Dah le tak wat stretching, akibatnya hari ni menanggung kesakitan seluruh badan haha!! Urgghh dah lamaa sungguh tak 'turun air'.. rasa cuak gak la.. next week ada lagi skali training.. lom pasti dapat pergi tak..

ermm.. tapi perasaan 'turun air' tu .... SUNGGUH BEST!!

nota: semua gambar adalah dari Facebook Najmah..










:: sedang dengar penerangan pengurus sambil BF Aliff (cover dgn shawl)::

:: husna berlegar-legar ::

Wednesday, 25 November 2009

:: U.T.M.V.I.K.I.N.G ::

errmmm..
baru nengok blog nozie, entry baru die pasai kitorang dolu2..

syiokk arr mase dolu2.. banyak aktiviti luar.. cam sekarang dah terperap dah.. aktiviti bersama keluarga pulak hmm.. pas grad dulu bebudak utmviking ni still buat aktiviti biase2.. sebab ramai yang still bujang2.. sekarang kebanyakan dah ade anak kecik, mungkin jadi limited la...

ermm..rase2nye kene amek satu hari cuti, dari job sebagai ummi & wifey.. ajak geng2 lama (ladies ajer la..), gi merewang mane2 ke, pape aktiviti lah..

ermmm.. nampaknya memang dah lame aku tak mem'bujang'kan diri.. huhu..