Thursday, 24 June 2010

Dragon Boat Festival @ Putrajaya



Salam..
lately ni tak sempat nak mengarang patah lagi ber'blog hopping'..
camne la orang lain banyak masa ye..
Laa ni baru siap report untuk Piagam Pelanggan ni.. so agak lega sikit la..

Last weekend berkampung kat Pusat Rekreasi Air Putrajaya sempena 1 Malaysia International Dragon Boat Festival.
Start hari Jumaat dah berkampung kat situ. Jumaat game mula jam 3petang. Asalnya aku ingat berkumpul kat Pusat Maritim la.. rupenye kat Pusat Rekreasi Air. So aku tak sempat join untuk game open tu.. untuk kategori mix baru dapat join.

aku gi ngan en.suami (yang setia menemani =D) dan Husna dan Aliff..
oh..aku mana boleh berpisah ngan buah2 hati aku semua ni.. =D

Menang ke??
hehe.. bak kata Hailwa, "kalah tu memang dalam tangan"..
menang tu menang jugak..
menang bergambo memanjang.. macam saiko amat tapi.. chett..
menang pasukan paling banyak org boroi hehe..
semangat tu ada tapi kebanyakannya dah tak fit..
kalau nak banding masa kat utm dulu la.. jauh menyimpang =D.

so aku kat sana jumaat and sabtu. buah2 hati semua aku tak bawak masa hari sabtu. en.suami tolong jaga anak2 kat umah.. thanks sayang..
and actually aku selalu cam pelik sebab anak2 semua well behaved kalau dengan ayah derang. takde wat perangai pun.. kalau aku sorang yang jaga..mak aiii boleh pecah kepala dengan macam2 perangai nye..

aku selalu ada masalah kalau masuk putrajaya ni.. sebab aku selalu tak jumpa jalan asal yg aku masuk tu.. mesti ntah ke mana2 lah jalan keluarnya.. kadang2 tersimpang jauh.. ade sekali tu aku dok berpusing2 dalam putrajaya setengah jam..sesat hehe.. 10 kali masuk 10 kali sesat.. camno tu??

nota: gambo takde.. aku tak snap sebarang gambar.. tengah tunggu tuan2 kamera lain yg upload kat FB..

No comments:

Post a Comment