Wednesday, 27 February 2013

Ammar Naufal : Batuk kahak selsema..

February 27, 2013 5 Comments
Assalamualaikum...
Hari ni Ammar Naufal dah berusia 45 hari.. means ummy die dah abeh time pantang yeehuuu :)


But 2 minngu sebelum ni memang agak serabut dan ummy ni takde gaya orang pantang.. sebabnya? Ammar tiba2 kena batuk kahak selsema ni 16/2 baru ni, just hari yang sama dia ambil imunisasi 1 bulan kat klinik. Uhuuu super duper stress dan Ammar jadi sangat meragam sampai la ke hari ni... ummy die pun sampai makan pun ntah kemana, mandi pun kadang2 tak sempat huhuuu...


Ammar harini.. Bila diriba baru boleh tidur.. kalau tak memang menangis aje la kejenye

3 hari lepas batuk dia tak baik2, kami bawa ke klinik kanak2.. tapi doktor pun tak advice untuk bagi ubat sebab Ammar baru 1 bulan..terlalu kecil nak bagi ubat. Tapi dia bagi gak Fluimucil A 100, sejenis serbuk perlu larutkan dalam air and bagi Ammar sekali sehari. Ni untuk cairkan kahak. Saya cuba delay kan dari bagi ubat, dan praktiskan nasihat doktor tu dulu macam tinggikan kepala Ammar masa baring/tidur, atau cuba tidurkan meniarap (tapi Ammar tak suka). Tapi sebab takde perubahan, cubalah bagi ubat tu.. Dah bagi few days tapi tak nampak kurangnya even malam tadi menjadi2 pulak batuknya.. asyik terjaga dari tidur dan nangis.  

Hari ni saya google info pasal hospital sebab nak ready utk hospital visit dah ni.. terjumpa pulak satu blog pasal teknik tepuk Dr. Nadir ni.. Blog Jiha : Steaming Dr.Nadir Style . Terus teringat seorang kawan saya pun pernah post kat wall FB dia masa dia bawa baby dia jumpa doktor ni.. so ingat nak try la dulu.. 

Memang sebelum ni google ramai yang suggest untuk duduk dalam bilik air berdua dengan baby dan pasang water heater bagi macam mandi wap tapi malangnya water heater rosak pulak hmm.. dalam blog Jiha tunjuk guna rice cooker je..haihh apesal la tak terfikir langsung? otak ni dah over serabut kot tak dapat nak berfikir lagi.. nak try sekarang tapi rumah lak takde letrik.. dah lapor kat TNB, harapnya letrik cepat le ade... karang habeh la EBM kat freezer tu cair.. 



Cepat sembuh ya Ammar Naufal...