Tuesday 13 March 2018

Resipi Airfryer : Ikan Bakar Tomyam -2 bahan aje

Assalamualaikum dan hello :)

Hehe over dak tajuk?
Tengah bajet-bajet belum busy ni,meh kita update blog sikit-sikit hihi :D.

Ni menu time tak de benda sangat kat rumah. Simple je 2 bahan.
Ok ok 3 bahan kalau termasuk ikan nya lah..

 AirFryer : Ikan Bakar Tomyam 2 Bahan Je

Bahan:
Ikan
Perencah tomyam Adabi
Daun limau purut
2 bahan aje ni
Cara:
1. Lumurkan perencah tomyam kat ikan
2. Koyak-koyak sikit daun limau purut dan susun sekali dengan ikan dalam aluminium foil. Tak ada aluminium foil boleh guna daun pisang atau apa-apalah. Tujuan nak 'tadah' kuahnya sikit je hehe..
3. Air fryer suhu 200darjah 15 minit. Check dah masak belum, kalau belum boleh tambah sikit lagi masa.
guna ekor ikan siakap je
ikan siakap kami tu saiz besau punya :)
guna airfryer je
Simple dan instant sungguh kan.. Dan rasanya sedap. Sesuai la untuk mak-mak berkerjaya yang tak menang tangan nak buat segala benda. 

Sebelum ni saya tak rajin sangat beli pes-pes segera ni. Selalu bajet buat dari scratch konon-kononnya.. Tapi dah anak berderet ni kena minimumkan masa kat dapur. Sebab banyak lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan dan lebih priority.

Hidup ini bukan setakat untuk makan hehe...

Monday 12 March 2018

Rezeki 2018, Alhamdulillah.. setelah 9 tahun kontrak

Assalamualaikum dan hello ;)

Macam biasa dah ada sawang-sawang sikit ni huhu.

Alhamdulillah berkat kesabaran selama almost 9 tahun to be exact 8 tahun 11 bulan 12 hari (walaupun tak lah berapa nak sabar pun), dengan izin Allah saya berjaya mendapat lantikan tetap dan dah lapor diri bermula 26 Februari 2018 yang lepas.


Ya, memang tempoh yang lama hampir 9 tahun kontrak di Jabatan ni. Tak apa, saya redha dan anggap ini ujian dan dugaan untuk saya dan keluarga saya.  Kalau tak, 16 Mac akan datang ni merekodkan saya 9 tahun kontrak huhu.

Saya tak anggap ini hasil usaha saya sendiri, tapi entah mungkin sahaja mana-mana doa individu-individu tertentu yang Allah makbulkan.. Wallahua'lam.. Memang ramai saudara, rakan dan bosses yang mendoakan.. :D

Saya sendiri sebenarnya dah tak ambil kisah dengan status kontrak saya. Saya dah berserah, saya cuma setkan dalam hati saya, saya akan buat kerja terbaik yang saya boleh sumbangkan dan Lillahita'ala..

Walaupun tiada manusia yang iktiraf, biar Allah sahaja yang balas.. Asal rezeki walaupun tak banyak, tapi masih berkat untuk seisi keluarga..

Saya percaya semua ini rezeki. Just buat yang terbaik. Improve mana-mana kesilapan dan interview sebelum ini. Interview memang banyak kali dah. Entah berapa kali saya sendiri tak kira. Maybe 7 atau 8 atau 9 kot?

Kalau asyik mengira-ngira kegagalan, takut buat kita lebih down..

Ada seorang rakan interview yang bagi tips kat saya so tak rasa down sangat kalau gagal interview. Katanya anggap pergi interview tu macam hobi. So taklah rasa ralat sangat kalau gagal hehehe.. mujarab juga barangkali :) Dan rezeki juga rakan tu juga berjaya interview ini.. Alhamdulillah..

Apa pun saya bersyukur sangat walaupun masih sedih sebab masih ada rakan seperjuangan yang masih sangkut dengan taraf kontrak. Saya doakan mereka diberi kekuatan dan kesabaran dan insyaAllah berjaya juga mendapat lantikan tetap dalam masa terdekat.

InsyaAllah amin...