Assalamualaikum dan hello :)
Kali pertama booking Rumah Peranginan Persekutuan. Terjebak selepas baca blog seorang member yang booking kat RPP Fraser's Hill. Masa tu baru tahu kewujudan RPP ni.. hihii dah bertahun kerja tapi tak tau.. auchh
So Januari lepas berjaya booking RPP Langkawi. Alhamdulillah dapat gak. Sebabnya RPP ni bukak aje bulan baru, kejap aje dah habis. Memang la rezeki, masa tu AirAsia pun ada promo tiket flight. RM39 sehala.
RPP Langkawi a.k.a Federal Villa ni diuruskan oleh Holiday Villa Langkawi. Check in - check out semua di lobi Holiday Villa. Kemudahan macam swimming pool pun gunasama.
Saya book bilik Deluxe. Satu malam hanya RM77 sahaja RM100(update 2017). Rate biasa (kat website) dalam RM200++. Murah giler kentang kan RPP ni? Patutla memanjang penuh ditempah orang huhuu...
Gambar-gambar just ambil guna phone. Lupa pulak nak bawa kamera. Nak pulak sampai Langkawi dah malam so gambar pun suram aje..
Booking dua bilik. Connecting room. Bilik memang luas dan selesa. Dekorasi memang nampak lama la tapi yang penting bersih. Kira ok la kan dengan rate yang murah camtu. :)
Kemudahan dalam bilik lengkap. TV dengan Astro, mini fridge, cerek elektrik, tuala mandi, tuala muka, pemanas air, aircond, extra bantal, toileteries, teh & nescafe. Seterika takde. Sejadah takde. Request la ye kalau nak :)..
Siaran tv pun not bad juga. Selain TV1, TV2 (TV3 takde pulak), ada FOX movie, Sports, National Geographic.. dan lain-lain.. tapi yang penting ada Disney Junior hehe...
Kami duduk di bilik 355 dan 356 di blok Sigal. Tingkat 1. Bloknya 3 tingkat dan takde lif lah.. Tak pasti macam mana nak request bilik tingkat bawah huhuu..
Tak sempat nak explore sekeliling hotel/villa sebab terkejar-kejar masa kat sana. Maklumlah percutian singkat. :)
InsyaAllah ada rezeki boleh pergi lagi.. Sebab walaupun dah dua kali ke Langkawi, still belum merasa pergi island hopping dan main pantai :)
Nak tengok gambar-gambar Federal Villa? Saya ambil dari website diorang dan tempek sini ye.. lebih clear :)
Bilik Standard - |
Bilik Deluxe - |
aerial view |
aerial view\ |
blok |
Tadaaa :)
Thank you for info😄
ReplyDeletenak tny lah utk penginapan RPP pihak hotel sediakan sarapan pagi tak ??
ReplyDeletekalau sekali dalam pakej rasanya memang tak ada.
Deletebilik pun murah je rm50.
tak logik pulak ada sarapan..
sbb hotel biasa2 pun harga sarapan sorang rm30++ gak
kalau nak sarapan di hotel jugak, biasa boleh je walk-in ke cafe hotel.
bayar je dulu kat cafe tu then boleh la enjoy sarapan kat hotel tu..
:)
rasanya pekej utk sarapan penjawat awam rm15 kot utk dua org..dan bahagian makanan jgk ditentukan..kalau tak silap la
Deleteterima kasih untuk inf ni ye @suri solehah
Deletesaya pun tak tahu..
:)
Kak...bhp nie dh tukar ke dia punya website?? waktu kak book dlu dlm bln brp yer sblm kak checkin??? atau kak link yg tbaru x website bhp nie????
ReplyDelete@diana 8397
Deleterasanya tak tukar. tapi memang lately ni tak dapat masuk website tu. kat FB page diorang pun dah ada yang komplen. tapi macam takde apa2 perubahan pun...
sekarang dia ada set tarikh tertentu untuk booking. biasa memang cepat sangat penuh.
booking biasa dalam 3 bulan sebelum tarikh check-in. kalau lambat2 selalu takde kosong
Assalam Liza, nak tanyallah. awat harga bilik kat website dgn yg kita bayar tu tak sama ya? mmg boleh dpt diskaun ke? Kat website la ni, harga bilik deluxe RM100 satu malam. Ain ingat nak booking 2 deluxe room utk 3 hari 2 malam. Alangkah bahagianya kalau ada diskaun.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Ain..
Deletetakde diskaun. memang rasanya diorang dah naikkan harga.
Memang bahagia kalau ada diskaun. Tapi rm100 tu masih murah berbanding harga yang dia offer utk orang luar :)
skang dah naik harga skit.. RM80 untuk bilil standrd RM100 untuk bilik deluxe. tp berbaloi sbb check kt website federal villa utk new year 1 mlm RM 700++
ReplyDeletebetul. memang berbaloi sangat :)
DeleteO0o maknanye dia kira harga utk per night ye? So klu 3 malam rm300 la kan..
ReplyDeleteya betul. 3 malam rm300 tu murah sangat. Biasa-biasa 1 malam je rm300 :D
Deletesalam kak..terima kasih info ni. sy dah booking.. cume tak faham..dia suruh bankin duit semua total 240.00..jadi..saya bani in deposit je ke..atau semua...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau tak silap bayar semua/full
ReplyDeletePuan..diorg ada sediakan tuala tak? Saya nak backpack je
Deletetak ingat hehe.. rasa-rasa tak ada
DeleteMacam mana cara nak booking
ReplyDeletebooking di website
Deletehttp://www.bph.gov.my/sbbphv2/c/?rndId=1506420848544
Nik tambah katil boleh tak? Caj berape?
ReplyDeletetak pasti pulak. kena tanya operator yang uruskan RPP ni
Delete