Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Berkenalan dengan Google SketchUp

As Salam....

Hari Isnin lepas, adik saya Hani a.k.a Nani sms bertanyakan permintaannya.. Sebelum ini Nani minta tolong saya atau en.suami untuk lukiskan layout floor plan dan 3D view kedainya. 

Oh, bukan kedai betul-betul tapi mungkin projek tahun akhir untuk kursusnya Business Management.  Dia minta untuk lukiskan menggunakan Autocad. Ya lah kan.. kalau lukis guna komputer lebih elok lah nampak berbanding hand drawing kan... Dia minta tolong dan dah emel dah lamaaaa sangat  tapi kakaknya yang sibuk sangat ni tak ingat. So last minute baru terkejar-kejar nak buatkan.  Nak download Autocad tak dapat pula. Jadi untuk floor plan saya cuma guna Microsoft Visio saja.  

Cuma dengan Visio saya tak dapat lukis 3D image tu, so saya cuba surf mana-mana drawing software yang ada. Akhirnya, saya terjumpa Sketchup.  Memang ni kali pertama dengar la.. Sorry lah sebab tak pernah/perlu menggunakan software begini jadi memang tak tau :)

So saya download..dan install.. Buka dan cuba nak buat.. perghh... tak reti.. Cari tutorial.. tengok video basic nya.. ok, jadi la.. basic aje..
gambar asal yang nak ditiru

Jadi, saya cuba-cuba buat.. Hasilnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

siap dilukis!! bilangan aras hanya 2 tingkat as instructed ;)

siap dicat pulak!!

dah letak signboard company 
pandangan sudut kiri
Alhamdulillah.. jadikkkk!! Walaupun tak la canggih sangat..kira aci lah kan.. baru aje belajar petang tu..ambil masa sepanjang malam juga lah.. =D. Rasa mudah aja guna software ni... budak-budak sekolah pun boleh buat.

Kena caj service fee ni.. betul takk?? =D

Thursday, 9 February 2012

Gemersik Kalbu : drama vs novel

As Salam...
uit lama dah tak update apa2.. memang terlebih dos vitamin M...


wawawaaa... tetiba tulis pasal drama?? err.. sebenar-benarnya memang la saya bukan peminat drama melayu (k-drama layan le..) or follow hari2 drama kat TV ni.. tapi ni terlekat pas tertengok masa outstation kat melaka last month. Tu pun dah lepas episod Wan Arifin mati haha!! lambat giler baru nak tengok..

Tertarik nak tengok pun sebab novel ni memang antara favourite masa study dulu.. lepas aje tengok sekali terus carik novel ni kat rak buku... and terus selak-selak sambil baca sikit-sikit. Confim lah kan memang tak ingat... lama sangat dah...
tengok!! siap balut lagi tauu novel2 saye =D.. sayang punye pasal

tengok bile beli?? 28 april 2005 @ mph jusco tmn U, skudai
Mula-mula cam agak tak best jugak nak tengok sebab terlalu banyak yang kontra dari novel. But lepas tengok dia mention 'adaptasi longgar' dari novel, so start boleh terima la jalan cerita yang dah tambah tolak itu ini. 

Tapi yang pasti, tak minat langsung watak Hisyam dalam tu..menjengkelkan hehe... banyak yang diubah pun dalam drama ni sampaikan pada saya ada antara babak2 tu cam tak masuk akal langsung.. tapi bolehlaaaa...

Antara drama dan novel, saya lebih suka novelnya. Pada saya lebih 'sampai' ke hati..

Saturday, 30 July 2011

{{ Ramadhan Ya Ramadhan }}

Syukur Alhamdulillah...
Allah mempertemukan Ramadhan kali ini kepada kita.. semoga Allah memanjangkan umur kita untuk sentiasa bertemu dengan bulan yang barakah..

Ramadhan tahun ini, saya berhasrat untuk lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.. semoga Allah mempermudahkan...

PERISTIWA YANG TERJADI DALAM BULAN RAMADHAN

  1. Turunnya Al-Quran pada 17 Ramadhan
  2. Lailatul Qadar
  3. Perang Badar
  4. Penaklukan Kota Makkah

AMAL IBADAH YANG DIKERJAKAN PADA BULAN RAMADHAN

  1. Kewajipan berpuasa
  2. Mengerjakan solat tarawih
  3. Mengerjakan solat sunat witir
  4. Beriktikaf 10 hari terakhir Ramadhan
  5. Memperbanyak amal dan sedekah
  6. Memperbanyak istighfar pada malam terakhir Ramadhan
  7. Memperbanyak tadarus Al-Quran
  8. Membaca doa ketika bertemu lailatul qadar
sumber : Rahsia & Amalan Bulan Islam : Muharram - Zulhijjah

Monday, 9 August 2010

I'm like a bird

Bila membuang pandangan ke luar tingkap dari tingkat 10..

tiba-tiba terfikir..





"burung2 yang berterbangan kat luar tu tak de rasa gayat ke ehh? siap terbang tinggi2 pastu terjun menjunam cam buat bungee jumping aje.. hebat!! subhanallah!!

motif entri? takde motif.. cuma cuba membunuh kebosanan =D