Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, 2 January 2015

11 Peringatan Buat Si Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya terima perkongsian ni dari seorang sahabat lama. Pemilik asalnya adalah rakan beliau sendiri tapi enggan pula diberikan nama untuk diletakkan kredit.. Katanya just letak 'Hamba Allah'aje..

Perkongsian ni memang menjentik hati saya. Memang satu reminder untuk orang-orang yang mudah lupa seperti kita..

Saya rasakan bersalah kalau saya tak share kan dengan semua. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dalam usaha menjadi ibu bapa yang terbaik dan mendidik anak-anak seperti yang dianjurkan dalam Islam..

Berikut adalah perkongsiannya..

Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi di Surau Al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. 1 Januari 2015.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak, bersabarlah. 



Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari, puasa sunat Isnin Khamis dan sebagainya.. tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain.. maka bersabarlah dalam mendidik.

Dalam banyak keadaan, matlamat kita untuk anak-anak sudah benar, tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah Ilmu Berterusan

Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan melabel anak

Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. 

Misi & Visi = Jadi hamba Allah yang baik. 

Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. 

Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi AMANAH kepada kita. 

Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, bawalah anak-anak kepada Allah.

6. Ibu SAMA dengan Ramadhan. 



Sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 



Yang sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dengan Al-Quran. 

Ibnu Sina hafiz pada masa umurnya 7 tahun. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah didik oleh ibu yang hafizah.

Kita bukan hafiz..tapi pastikanlah anak-anak sekurang-kurangnya kenal huruf Al-Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. 

Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. Sekarang ni anak-anak tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya. 

Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yang mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

10. Niatkanlah kebaikan yang kita lakukan seperti sedekah banjir dan sebagainya sebagai tawasul anak-anak menjadi baik

Contoh: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..

11. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. 

Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-warkan..anak yang tak dapat elok didiamkan dan dimarah kerana memalukan kita..

Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai..

Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama. 

#Hamba Allah




Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Monday, 8 December 2014

Buku : Perbaharuilah Solat Anda

Assalamualaikum...

Saya doakan agar rakan-rakan sekalian dalam limpah rahmat Yang Maha Esa,,

Entri kali ni agak ringkas aje. Saya just nak share satu buku yang saya rasa banyak manfaatnya especially sebab solat adalah ibadah yang paling utama dan akan ditanya mula-mula masa hari akhirat nanti..

Ramadhan tahun lepas, Alhamdulillah, Department saya menjemput Ustaz Don Daniyal bagi ceramah Ramadhan dan topik hari tu adalah tentang solat.  Rupanya masih banyak yang perlu diperbaiki...

Dan beberapa minggu selepas tu, masa kuliah muslimah hari Jumaat, Ustazah Norhafizah Musa rekomen buku ni untuk dijadikan rujukan.. Buku ni sekejapan aje dah habis. Saya pun mungkin direzekikan Allah untuk dapat jugak beli buku ni.. Masa tu hanya tinggal 2 buah buku terakhir.

Jujurnya saya belum khatam lagi buku ni.. Saya nak bagi review pun tak berani. Cuma sepanjang yang saya baca ni memang menyentuh hati, membuka minda.. Banyak rahsia-rahsia hikmah disebalik solat yang bermula dengan rahsia-rahsia didalam seruan azan, masjid dan lain-lain.. 

Since Ustazah favorite saya rekomen :), so saya pun nak rekomen juga pada kawan-kawan untuk dapatkan buku ni..


Buku ni merupakan terjemahan dari buku asalnya dalam Bahasa Arab. Diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication.

Dapatkan buku ni okay :)

Semoga kita dapat sentiasa memperbaiki gred amalan kita dari masa ke masa...
In syaa Allah...


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Wednesday, 26 November 2014

Bertanya Allah Dahulu : Undang Allah Dalam Setiap Yang Kita Lakukan

Assalamualaikum semua..

Saya doakan rakan-rakan semua dalam limpahan kasih sayang Allah..

Awal Subuh tadi saya terbaca status yang dikongsikan oleh 'moyang' Shaklee saya iaitu Master Hafsah dari FB Ustazah Siti Khadijah. Ianya tentang sentiasa berkata-kata, berdoa, mengadu, berharap kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan.

Mari kita baca apa yang dikongsikan tu..

UNDANG ALLAH DAHULU DALAM SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada ketikanya kita berhadapan dengan kesulitan dan kesusahan yang menduga amal dan iman kita. Saat kesulitan tersebut mahu didepani, alangkah baik kita mengundang Allah dahulu (meminta atau bercakap-cakap dengan Allah terlebih dahulu) sebelum meminta pertolongan insan lain.Kerana Allah yang menghadirkan kesulitan, Allah jualah yang akan memberikan penyelesaian.
Betapa ramai di antara kita, yang lebih cenderung mencari penyelesaian dengan cara sendiri tanpa mengundang Allah terlebih dahulu. Lalu kita sibuk bertanya dengan seseorang yang kita percaya. Kita berkeyakinan bahawa dia mempunyai masa untuk mendengar dan menyelesaikan kisah susah kita. Namun kita kecewa saat harapan dan kepercayaan kita tidak dilayani mereka.
Kita fikir, Allah hanya boleh kita temui hanya di dalam solat, doa dan zikir-zikir tertentu sahaja. Allahu akbar! Allah sentiasa mempunyai masa untuk kita di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Belajar undang Allah dalam setiap kerja kita, biar di luar solat mahupun doa.
Saya tertarik dengan ebook yang ditulis Cikpuan Insyirah Azhar, berkenaan Bertanya Allah Dahulu (BAD). Tulisan beliau dalam ebooknya ini, banyak menyedarkan saya bahawa Allah harus ada dalam setiap apa jua perkara yang kita lakukan. Daripada sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-sebesar masalah yang tiada sudahnya, sebenarnya kita mampu mengundang Allah pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu saat di timpa kesusahan, baru mahu mencari Allah.
Cara mengaplikasi teknik BAD ini cukup mudah. Apabila kita mahu melakukan sesuatu, bercakaplah dengan Allah dahulu.
Sebagai contoh (saya beri contoh biasa-biasa sahaja),
1.Kita mahu keluar bekerja, cakap pada Allah, "Ya, Allah, saya mahu pergi kerja ya Allah. Pelihara saya, jadikanlah jalan saya mahu ke tempat kerja tidak sesak dan saya boleh sampai sebelum jam sekian-sekian."
2. Kita mahu buat kerja, namun anak tidak mahu dengan orang lain, cakap pada Allah, "Ya Allah, saya mahu buat kerja rumah ini ya Allah. Tetapi anak saya menangis, dia tidak mahu dengan orang lain. Tolong saya ya Allah. Pegang hati anak kecil ini, saya serahkan urusan ini pada-Mu ya Allah."
Kemudian, buatlah kerja seperti biasa. Jangan difikir-fikir. Allah akan buat kerja-Nya. Apabila kita benar-benar yakin pada Allah, Dia akan bantu kita selesaikan apa juga permintaan kita tidak kira cepat mahupun lambat.
Saya telah berulangkali mengaplikasikan teknik BAD ini. Dan subhanallah, kesannya luar biasa.Saya kongsikan di sini, kerana mahu mengajak rakan-rakan Fb merasai ketenangan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah.
Berminat mengetahui teknik ini, boleh hubungi Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah. Insya-Allah, saya akan kongsikan keajaiban mengaplikasi teknik BAD ini selepas ini.
*Untuk makluman semua, Teknik BAD bukan dikaji oleh Tim Hadith Psikologi (Teknik Nabi) ya. Kerana ia bermanfaat maka kami kongsikan.
‪#‎BertanyaAllahDahuluUSK‬



Alhamdulillah..

Sebenarnya sejak tahun ni saya sebenarnya dah mula praktikkan apa yang Ustazah Siti Khadijah share kan cuma mungkin tak perasan sangat. Dan kesannya pun tidaklah saya perasan sangat. 

Tapi lepas baca coretan Ustazah ni, saya berazam untuk lakukannya sepanjang masa dan mungkin nak tengok kesannya supaya dapat dikongsikan kemudian nanti.


Contohnya pagi ni jam 6.45 pagi, sebelum bertolak untuk hantar Zara dan ke pejabat, saya cuba lakukan (dengan sedar). Saya cakap, "Ya Allah, saya nak bertolak ke pejabat. Mohon Ya Allah agar dilancarkan perjalanan dan dapat punch kad sebelum 7.25 pagi".

Alhamdulillah.. saya dapat punch kad 7.30 pagi. Walaupun bukan 7.25 pagi seperti diharapkan, tapi masih tidak lewat. (Biasanya kalau keluar time gitu, harapan nak sampai sebelum 7.30 pagi memang sangat sangat tipis).

Sebelum-sebelum ni kebiasaannya saya praktiskan sebelum tidur. Berdoa mohon Allah kejutkan saya untuk tahajjud. Alhamdulillah, kebanyakan masa memang tersedar sebelum alarm berbunyi.

Memang betul pun, kebanyakan masa kita cari manusia lain untuk luahkan perasaan/masalah. Sedangkan Allah Yang Maha Mendengar sentiasa ada bersama kita untuk dengar segala masalah kita. Kita je yang lupa.

Semoga dengan ini saya dan rakan-rakan dapat lebih 'berkomunikasi' dengan Allah. In syaa Allah, hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.

Wassalam..


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.



Monday, 20 October 2014

Tabung "Sedekah Subuh" Kami

Assalamualaikum..

Semoga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat dari Yang Maha Esa. Saya doakan Allah beri limpahan rezeki yang halal dan barokah kepada kita semua. 

SEDEKAH KUNCI REZEKI



Saya bersyukur kerana berada dalam team MFMS sebab team MFMS memang tak putus-putus mengingatkan ahli-ahlinya untuk sentiasa beramal dengan amalan-amalan kerohanian yang mendekatkan diri dengan Allah yang dipanggil "Master Checklist"

Salah satu perkara yang ditekankan dalam Master Checklist adalah SEDEKAH. Memang diketahui umum, sedekah memang salah satu kunci rezeki. 

Entri kali ini saya nak kongsikan artikel yang juga dikongsikan oleh salah seorang team MFMS kami. Ianya tentang SEDEKAH SUBUH. Kebetulan pula group kami masa tu memang sedang