Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Monday, 26 October 2015

Idea Dekorasi Laman Rumah

Assalamualaikum & hello :)

Saya tengah dalam proses delete gambar-gambar yang ada dalam external harddisk. Tapi dilema sebab kebanyakannya macam berguna juga lagi. So ingat nak simpan dalam blog ni lah.. Senang nak cari balik. Dan orang lain pun mungkin dapat manfaat juga.
:D














Wassalam..
:)

Friday, 26 September 2014

Idea Deko : 56 Inspirasi Deko/ Hiasan Ruang Bawah Tangga

Assalamualaikum dan hello :)

Saja-saja tengok balik gambar-gambar dalam external harddisk nak delete mana-mana gambar yang 'boleh' delete.. Terjumpa balik folder idea-idea deko/ hiasan rumah. 

Saya memang suka google cari idea untuk deko-deko ni walaupun tak semua sesuai dengan rumah sendiri mungkin dari segi kos atau keluasan yang terhad.. tapi inspirasi tu yang penting :)

Since saya ingat nak clear kan sebahagian besar hard disk, saya rasa kalau simpan dalam blog pun ok jugak kan.. Later bila perlukan idea semula dah tau nak cari kat mana. Lagipun boleh share dengan pembaca blog juga.. kot dapat gak sikit 'saham' pahala sharing :) (in sya Allah)..

IDEA DEKO RUANG BAWAH TANGGA

Ok, kali ni saya nak share ni adalah idea deko khas untuk bawah tangga. Kebiasaan rekabentuk rumah yang mempunyai tangga ni, bawah tangga tu mesti dijadikan ruangan menyimpan barang atau biasa orang gelar stor.

Jaranglah kan ruang bawah tangga dibiarkan kosong. Tapi ni saya jumpa rumah yang bawah tangganya kosong. Masa tengok rumah ni memang tertariklah kan.. cuma lepas tu blur pulak nak deko macam mana :)

Ruang bawah tangga yang kosong
Dengan ruang yang agak besar begini, memang rasanya banyak idea yang datang tapi nak dapatkan inspirasinya, kenalah tengok gambar-gambar menarik.. Selepas di google, memang

Wednesday, 11 July 2012

Kedai lampu glemer & murah di Puchong (House of Lights/House of Lightings)

Assalam...

Beberapa bulan lepas survey tempat untuk beli lampu & kipas untuk rumah kami. Selepas banyak men'google' dan baca forum-forum kebanyakan orang suggest tempat ni.. House of Lights/ House of Lightings di Puchong.  Banyak feedback kata harga memang lebih murah dan berpatutan..

Jadi saya dan en.somi sepakat untuk terus pergi, pilih & beli di sini. Takmo survey dari satu kedai ke kedai lain.. jimat masa. 

Kebanyakan info bagi alamat/lokasi kedai yang agak basic macam Jalan BPU 6, dekat kedai perabot jati, sebelah LDP.. mula-mula tu terus terjah aje, sudahnya sesat hehe... tapi lepas tanya orang sekitar baru dapat jumpa..

Since kami dari Bandar Sunway, kena ikut LDP ke arah Puchong then susur ke arah Putrajaya/Cyberjaya. Tak jauh lepas susur tu akan ada 1st exit/flyover ke Bandar Puchong Utama. Ambil exit tu dan ambil untuk arah ke kanan (berhenti di traffic light). Dah masuk kanan, teruskan sampai jumpa 1st susur kiri ke Bukit Puchong. Pas dah masuk kiri tu ade lagi satu simpang kiri kecik aje jalan die then masuk situ la.. ade signage kecik tulis Jalan BPU6 kat simpang tu.. simpang tu kira masuk kawasan rumah kedai dah... jalan terus sampai deret kedai yg berhadapan dengan LDP.. Kedai tu memang berdepan dengan highway LDP.

Ok kalau yang ada GPS tu boleh try key-in koordinat ni 2.99019, 101.620475. InsyaAllah boleh sampai..(kalau tak sampai, tolong bagitau, boleh saya check balik :))

Kami pergi sekeluarga 2 kali tapi tak dapat memilih dengan teliti/tenang sebab Husna berlari/menyorok/memanjat sana sini, Aliff nak ikut kakak die, tak dapat nanti menjerit/menangis/mengamuk. Sudahnya lepas2 tu en.somi pergi seorang aje untuk beli lampu-lampu lain.. Ditambah pulak dengan mabuk pregnant ni, lagi la saya takde mood nak keluar rumah.. Saya letak sepenuhnya kepercayaan pada en.somi untuk pilih walaupun kalau ikutkan saya ni cerewet gilerr part memilih/membeli barang ni sebab saya tak suka beli banyak kali, just beli sekali yang paling puas hati :)

Memang seperti yang diberitahu ramai blogger, kedai ni memang akan sesak dengan orang ramai. Even kami pernah sampai sebelum kedai bukak, dah ramai menunggu kat luar kedai terutamanya kalau pergi hari cuti. Jadi kalau nak senang lenang memilih, silalah datang hari bekerja.  Kat kedai ni ada sistem ambil nombor giliran, tapi haruslah pilih dulu segala lampu yang dihajati dan bagitau lampu/kipas mana & bilangan kat salesperson yang bertugas (dia akan  mengekori aje kita untuk catat semua yg kita pilih). Then lepas die check stok ada ke tak, dibawa keluar, salesperson tu ambilkan nombor. Dah check segala barang & puas hati, tunggu nombor dipanggil untuk buat bayaran. Ada pekerja yang tolong bawakan ke kereta..dan selesai sudah..

Saya lupa nak snap gambar depan kedai & masa operasinya.. Tapi yang terpentingnya, (kalau tak silap) TUTUP Hari Isnin & Public Holiday. Dan hari AHAD kedai bukak kol 12.00 - 5.00 petang. Hari lain standard la ye bukak pagi sampai kol 5pm camtu la.. nanti kalau saya pergi lagi saya snap lah kot..kot la pergi lagi hehe...

Updated :
Baru ni gi singgah kedai ni lagi tapi tutup daaa lupe cuti chinese new year lama daaa :)
Waktu operasi (as terpampang kat signage die)..

Selasa - Sabtu : 10.30 pagi - 8.00 malam
Ahad :12.00 tgh hari - 5.00 petang
Isnin & Public Holiday : Tutup

Dan ade yg minta contact no.. 
Hunting Line : 012-266 3790
Tel/Fax : 03-5882 3790



Gambar-gambar disnap sesuka hati sahaja, tak menggambarkan sepenuhnya apa yg ada dalam kedai :).  




:: Lampu laman/ gate ::



:: Downlights!! ::

:: Cadang2 nak letak lampu ni kat tepi tangga.. kononnye laa..  ::
:: lampu siling /candelier ntah macam2 pesen lah ::
    


:: lampu siling biasa2 ::
:: loceng rumah ting tong, pilih la bunyi mana yg berkenan ::
::harga kipas KDK/Panasonic. ::

Ada perbezaan harga kipas kalau bayar cash/credit card. Kalau nak murah, sila bayar CASH sebab saya dah banding dengan 1 (aje) kedai, harga kipas akan jadi SAMA kalau kita bayar guna credit card ye..

:: sesi checking lampu2 pilihan tengok cukup sifat tak, pecah ke ape ke... ::
:: sudah bayar kan? ada helper tolong angkat barang ke kereta, no worries ::