Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, 19 June 2015

Tips Minum 8 Gelas Air Kosong Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan hello :)
Alhamdulillah 2nd day Ramadhan..
 

Okay harini nak share pasal AIR KOSONG :)

MINUM AIR KOSONG BOLEH KURUS!
Umum memang tahu kebaikan minum air kosong dan keperluan minum sebanyak 8 gelas air kosong setiap hari. Even antara tips untuk kurus atau menurunkan berta badan adalah dengan minum air kosong secukupnya 2-3 liter. Ada yang up sampai 4 liter. Percaya tak? :)

Tapi bulan puasa ni kita pun garu kepala juga, macam manalah nak minum cukup 8 gelas air ni atau 2-3 liter air ni.. dan realiti yang sadis nya sebenarnya bila berbuka puasa mesti kita minum minumam manis kan.. hehe.. tuan tanah ni pun same je..

Malang sekali untuk pengetahuan semua, minuman bergula atau yang manis ni melambatkan proses penurunan berat badan tau. Sebabnya minuman bergula ni mempunyai kalori manakala air kosong 0 kalori. So memang la betul teori kalau banyak minum air kosong boleh turun berat badan dengan cepat!.

Jom bulan puasa ni kita ubah sikit rutin. Kita berbuka puasa dengan AIR KOSONG je. Elakkan minuman bergula tau.. Kata nak KURUS.. bukan nak gemuk kan ;)

AIR KOSONG ITU MEMBOSANKAN!
Kalau rasa air kosong tu tak best or boring, boleh SEJUKkan. Dan kalau nak rasa lain sikit boleh letak sepotong hirisan lemon (bukan perah lemon tau) atau boleh juga letak daun pudina dalam botol air kosong. Then simpan dalam peti sejuk. Lain tau rasa dia. Rasa segar. Husna pun suka. 


TIPS MINUM 8 GELAS AIR KOSONG DI BULAN RAMADHAN / PUASA
Disini saya share gambar yang kawan kongsikan di FB. Tips nak minum cukup 8 gelas air kosong di bulan Ramadhan ni... kredit kepada empunya Nurul Azlyana. Moga Allah beri kebaikan padanya..

Selamat beramal :)
Wassalam...

Wednesday, 8 April 2015

NowEveryoneCanKurus : Semangat Hampir Rebah

Assalamualaikum dan hello :)
Semoga anda semua sentiasa dalam peliharaan Yang Maha Esa.

Hari ni just nak stori pasal liku-liku perjalanan bersama program NECK, Now Everyone Can Kurus.. Liku-liku lah sangat kannnn :)

Dah hampir 10 minggu saya berada dalam program NECK ni.  Banyak ups and downs juga tapi matlamat nak turunkan berat badan sehingga mencapai berat ideal masih tetap akan digenggam.. Cuma sebagai manusia biasa memang kejap ok kejap tak ok lah kan...

SAAT PALING KRITIKAL RASA NAK GIVE UP?
Kalau ditanya, tak pernah rasa nak give up ke?
Sejujurnya, pernah. Bila tau?? Minggu pertama program. To be exact, hari ke-2 hahaha!!!


Hari pertama agak kalut nak buat ape, nak buat camne..

Hari kedua, dok pening apa makanan yang boleh makan niii?????!!!!  Masa tu, pandang makanan ni nampak “TINGGI KALORI”, pandang makanan sana, nampak “TINGGI KALORI”

Sudahnya rasa aarrrrgghhhh tak boleh makan apa-apa la camni... TENSION gillerr kot haha!!!

Memang saat tu terasa nak hantar mesej kat coach dan organizer, nak cakap nak tarik diri dari program hehe... Tapi set dalam kepala “AKU MESTI TURUNKAN BERAT BADAN, MESTI!!”. Kuredahi juga..

Alhamdulillah.. Masuk hari ketiga, baru nak mula nampak caranya. Dan seterusnya semua menjadi lebih mudah dan mudah..

Nak pulak coach dan organizer ajar guna apps MyFitnessPal. Boleh track berapa kalori yang dah diambil untuk hari tu. So banyak membantu..

 

Myfitnesspal ni ada baaanyak database makanan tau. Makanan melayu pun ada. Search aje "asam pedas"... haaa keluar la nanti hehe..

Lagipun sejak join program NECK ni, saya dah tau apa formula dan rahsia sebenarnya macam mana saya boleh menjadi BAMBAM hehe... Bila kita dah tau apa puncanya, kita akan tahu macam mana nak turunkan berat badan dan kemudiannya bagaiman nak kekalkan berat badan ideal kita tu.. bagus kan? :)

PENTINGNYA SOKONGAN
Tapi syukur Alhamdulillah, dalam program NECK ni ada Telegram Group. Bila terasa down tu memang jadi bersemangat balik bila baca perkongsian rakan-rakan seperjuangan dalam NECK. Memang betul, tiap benda yang perlu semangat tinggi ni perlu dibuat secara berjemaah. Kalau seorang diri memang sekejap je boleh rebah kalau tak kuat semangat. 

 
Cer tengok geng-geng dalam Batch 1 masing-masing sentiasa update makanan dan workout masing-masing. Kalau baca je memang bole rasa terbakar gak la.. Dan bila update makanan, sebenarnya dapat guide ahli-ahli lain yang tak tau nak makan apa.  Kalau ada makanan yang kureng sesuai, nanti coach akan tegur lah dan nasihat apa yang patut.

Dalam grup Batch 1 NECK ada beberapa orang yang memang tak jemu-jemu berkongsi. Antaranya Kak Shar, Shiemz, Zara, Balkis, Kak Soljer, Kak Yam, Kak Laila, Kak Halimatun. Banyak kakak-kakak ni tau hehe.. Tapi semangat diorang, memang thorbaikkk!!

Termasuklah coach Abang Ketak.  Walaupun kena handle 3 Batch NECK sekarang ni tapi kami di Batch 1 langsung tak terasa terabai pun.. Tiap masa kalau apa-apa soalan atau masalah diajukan, cepat aje coach membantu.

DOAKAN SAYA
Doakan saya dapat capai berat badan ideal saya ok.  Saya bukan bersaing dengan sesiapa, tapi hanya bersaing dan berlawan dengan diri sendiri.

Ada ofismate saya yang KURUS bagitau, beliau dah jemu dan puas KURUS.  Saya pulak belum pernah kurus hehe... Jemu dah GEMOOOK a.k.a. BAMBAM

Walaupun lately banyak lak orang dok viral hashtag #gemokisawesome, pada saya mesti jauh disudut hati penyokong-penyokong hashtag ni PASTI nak berat badan ideal, kurus dan semestinya SIHAT!

So saya doakan anda yang masih bergelut dengan masalah berat badan ni akan KURUS dan SIHAT juga.

Pastikan hanya follow pelan diet yang sihat ok, jangan semberono ikut orang :)

Wednesday, 14 January 2015

FREE!! : Ebook Now Everyone Can KURUS (NECK)

Assalamualaikum dan hello :)
Semoga anda semua sentiasa dalam pemeliharaan Yang Maha Esa..

Saya adalah sangat excited!! Teruja nak berkongsi dengan semua anda berkenaan satu EBOOK baru yang baruuuu aje dilancarkan.. 

Ebook tu adalah NOW EVERYONE CAN KURUS!


Tajuk aje pun dah best kan? Saya dah pun baca ebook ni. Memang best!. Dah baca tu memang rasa bersalah kot kalau tak share dengan semua orang. Macam kejam aje simpan ilmu sorang-sorang..

Tu yang saya nak share kan info tu di sini! So semua orang berpeluang dapat ilmu ni, malah boleh dapat secara PERCUMA lagi.. Nak tau macam mana nak dapatkan secara PERCUMA?? HAAAA....

Baca sampai habis okayy.. :D

TENTANG EBOOK NOW EVERYONE CAN KURUS

Ebook ni ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri tau.. Kira kisah sebenar yang dibukukan.  Macam mana dari awal-awal kurus, pastu jadi gemuk then usaha beliau untuk kurus semula.

Macam mana dari berat 79.5kg dapat turun sampai 11kg. Hanya ambil masa 100 hari!

Perubahan berat badan penulis dalam tempoh 100 hari
Saya memang teruja dengan ebook ni sebab saya dan husband pun dah patut start projek 'menguruskan' diri. Masing-masing dah saiz XL dah ni..

Asyik kena tanya aje.. "bila nak kurus??" hmmm....

Yang bestnya, saya dapat tau akan diadakan group coaching untuk KURUS nanti. Ada personal trainer yang akan guide.. siap ada reward lagi.. ahhh pasti nak join lah..
nanti saya stori lain hari pasal ni...

Nak stori banyak pun tak guna... baik korang baca sendiri ebook mini ni dulu.. barulah judge sendiri okeyy.
            
Sila Tonton Video Ini

MACAM MANA NAK DAPATKAN EBOOK NI?

Ada dua cara ye..

1. BERBAYAR

Ebook ni berharga RM10 sahaja.. Murah aje tau.. ilmu yang dikongsikan tu lagi mahal.. Sebab pengalaman sendiri adalah ilmu yang paling mahal harganya.

Korang kena bank-in RM10 ke akaun di bawah ni.

Bank in RM10 ke akaun:-
Maybank 151306670678
Norliza Othman
illieaza@gmail.com

ATAU...

2. PERCUMA!!

Korang boleh juga dapatkan secara PERCUMA!!.. Tapi ada syarat yang perlu dipatuhi ye..

Syaratnya korang WAJIB klik button 'SHARE' di akhir entri ini ye.
(Please please please.. Ianya adalah AMANAH untuk anda yer)

Lepas dah BANK-IN atau SHARE,

Boleh dapatkan ebook ini di link di bawah ni.. sila klik ya:


AKHIR KATA

Saya harap ebook ni dapat membantu kebanyakan kita orang Malaysia yang memang ramai ada masalah berat badan ni.. Biasakan kita tengok kebanyakan penyakit adalah dari perut atau habit kita yang kurang menjaga part pemakanan kita.

Saya pun sekarang cuba mengubah cara masakan ke arah yang lebih sihat. Tapi memandangkan lebih banyak masa di luar rumah dan makan di luar, saya perlukan ilmu tambahan bagaimana nak memilih yang terbaik..

Saya yakin ramai kita punya masalah yang serupa..
Jom ubah!!

Apa kata kita mulakan dengan download ebook ini ??
Klik link di bawah okay :)



Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. 

Friday, 2 January 2015

11 Peringatan Buat Si Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya terima perkongsian ni dari seorang sahabat lama. Pemilik asalnya adalah rakan beliau sendiri tapi enggan pula diberikan nama untuk diletakkan kredit.. Katanya just letak 'Hamba Allah'aje..

Perkongsian ni memang menjentik hati saya. Memang satu reminder untuk orang-orang yang mudah lupa seperti kita..

Saya rasakan bersalah kalau saya tak share kan dengan semua. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dalam usaha menjadi ibu bapa yang terbaik dan mendidik anak-anak seperti yang dianjurkan dalam Islam..

Berikut adalah perkongsiannya..

Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi di Surau Al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. 1 Januari 2015.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak, bersabarlah. 



Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari, puasa sunat Isnin Khamis dan sebagainya.. tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain.. maka bersabarlah dalam mendidik.

Dalam banyak keadaan, matlamat kita untuk anak-anak sudah benar, tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah Ilmu Berterusan

Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan melabel anak

Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. 

Misi & Visi = Jadi hamba Allah yang baik. 

Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. 

Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi AMANAH kepada kita. 

Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, bawalah anak-anak kepada Allah.

6. Ibu SAMA dengan Ramadhan. 



Sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 



Yang sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dengan Al-Quran. 

Ibnu Sina hafiz pada masa umurnya 7 tahun. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah didik oleh ibu yang hafizah.

Kita bukan hafiz..tapi pastikanlah anak-anak sekurang-kurangnya kenal huruf Al-Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. 

Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. Sekarang ni anak-anak tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya. 

Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yang mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

10. Niatkanlah kebaikan yang kita lakukan seperti sedekah banjir dan sebagainya sebagai tawasul anak-anak menjadi baik

Contoh: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..

11. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. 

Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-warkan..anak yang tak dapat elok didiamkan dan dimarah kerana memalukan kita..

Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai..

Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama. 

#Hamba Allah




Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Wednesday, 26 November 2014

Bertanya Allah Dahulu : Undang Allah Dalam Setiap Yang Kita Lakukan

Assalamualaikum semua..

Saya doakan rakan-rakan semua dalam limpahan kasih sayang Allah..

Awal Subuh tadi saya terbaca status yang dikongsikan oleh 'moyang' Shaklee saya iaitu Master Hafsah dari FB Ustazah Siti Khadijah. Ianya tentang sentiasa berkata-kata, berdoa, mengadu, berharap kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan.

Mari kita baca apa yang dikongsikan tu..

UNDANG ALLAH DAHULU DALAM SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada ketikanya kita berhadapan dengan kesulitan dan kesusahan yang menduga amal dan iman kita. Saat kesulitan tersebut mahu didepani, alangkah baik kita mengundang Allah dahulu (meminta atau bercakap-cakap dengan Allah terlebih dahulu) sebelum meminta pertolongan insan lain.Kerana Allah yang menghadirkan kesulitan, Allah jualah yang akan memberikan penyelesaian.
Betapa ramai di antara kita, yang lebih cenderung mencari penyelesaian dengan cara sendiri tanpa mengundang Allah terlebih dahulu. Lalu kita sibuk bertanya dengan seseorang yang kita percaya. Kita berkeyakinan bahawa dia mempunyai masa untuk mendengar dan menyelesaikan kisah susah kita. Namun kita kecewa saat harapan dan kepercayaan kita tidak dilayani mereka.
Kita fikir, Allah hanya boleh kita temui hanya di dalam solat, doa dan zikir-zikir tertentu sahaja. Allahu akbar! Allah sentiasa mempunyai masa untuk kita di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Belajar undang Allah dalam setiap kerja kita, biar di luar solat mahupun doa.
Saya tertarik dengan ebook yang ditulis Cikpuan Insyirah Azhar, berkenaan Bertanya Allah Dahulu (BAD). Tulisan beliau dalam ebooknya ini, banyak menyedarkan saya bahawa Allah harus ada dalam setiap apa jua perkara yang kita lakukan. Daripada sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-sebesar masalah yang tiada sudahnya, sebenarnya kita mampu mengundang Allah pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu saat di timpa kesusahan, baru mahu mencari Allah.
Cara mengaplikasi teknik BAD ini cukup mudah. Apabila kita mahu melakukan sesuatu, bercakaplah dengan Allah dahulu.
Sebagai contoh (saya beri contoh biasa-biasa sahaja),
1.Kita mahu keluar bekerja, cakap pada Allah, "Ya, Allah, saya mahu pergi kerja ya Allah. Pelihara saya, jadikanlah jalan saya mahu ke tempat kerja tidak sesak dan saya boleh sampai sebelum jam sekian-sekian."
2. Kita mahu buat kerja, namun anak tidak mahu dengan orang lain, cakap pada Allah, "Ya Allah, saya mahu buat kerja rumah ini ya Allah. Tetapi anak saya menangis, dia tidak mahu dengan orang lain. Tolong saya ya Allah. Pegang hati anak kecil ini, saya serahkan urusan ini pada-Mu ya Allah."
Kemudian, buatlah kerja seperti biasa. Jangan difikir-fikir. Allah akan buat kerja-Nya. Apabila kita benar-benar yakin pada Allah, Dia akan bantu kita selesaikan apa juga permintaan kita tidak kira cepat mahupun lambat.
Saya telah berulangkali mengaplikasikan teknik BAD ini. Dan subhanallah, kesannya luar biasa.Saya kongsikan di sini, kerana mahu mengajak rakan-rakan Fb merasai ketenangan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah.
Berminat mengetahui teknik ini, boleh hubungi Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah. Insya-Allah, saya akan kongsikan keajaiban mengaplikasi teknik BAD ini selepas ini.
*Untuk makluman semua, Teknik BAD bukan dikaji oleh Tim Hadith Psikologi (Teknik Nabi) ya. Kerana ia bermanfaat maka kami kongsikan.
‪#‎BertanyaAllahDahuluUSK‬



Alhamdulillah..

Sebenarnya sejak tahun ni saya sebenarnya dah mula praktikkan apa yang Ustazah Siti Khadijah share kan cuma mungkin tak perasan sangat. Dan kesannya pun tidaklah saya perasan sangat. 

Tapi lepas baca coretan Ustazah ni, saya berazam untuk lakukannya sepanjang masa dan mungkin nak tengok kesannya supaya dapat dikongsikan kemudian nanti.


Contohnya pagi ni jam 6.45 pagi, sebelum bertolak untuk hantar Zara dan ke pejabat, saya cuba lakukan (dengan sedar). Saya cakap, "Ya Allah, saya nak bertolak ke pejabat. Mohon Ya Allah agar dilancarkan perjalanan dan dapat punch kad sebelum 7.25 pagi".

Alhamdulillah.. saya dapat punch kad 7.30 pagi. Walaupun bukan 7.25 pagi seperti diharapkan, tapi masih tidak lewat. (Biasanya kalau keluar time gitu, harapan nak sampai sebelum 7.30 pagi memang sangat sangat tipis).

Sebelum-sebelum ni kebiasaannya saya praktiskan sebelum tidur. Berdoa mohon Allah kejutkan saya untuk tahajjud. Alhamdulillah, kebanyakan masa memang tersedar sebelum alarm berbunyi.

Memang betul pun, kebanyakan masa kita cari manusia lain untuk luahkan perasaan/masalah. Sedangkan Allah Yang Maha Mendengar sentiasa ada bersama kita untuk dengar segala masalah kita. Kita je yang lupa.

Semoga dengan ini saya dan rakan-rakan dapat lebih 'berkomunikasi' dengan Allah. In syaa Allah, hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.

Wassalam..


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.



Monday, 20 October 2014

Tabung "Sedekah Subuh" Kami

Assalamualaikum..

Semoga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat dari Yang Maha Esa. Saya doakan Allah beri limpahan rezeki yang halal dan barokah kepada kita semua. 

SEDEKAH KUNCI REZEKI



Saya bersyukur kerana berada dalam team MFMS sebab team MFMS memang tak putus-putus mengingatkan ahli-ahlinya untuk sentiasa beramal dengan amalan-amalan kerohanian yang mendekatkan diri dengan Allah yang dipanggil "Master Checklist"

Salah satu perkara yang ditekankan dalam Master Checklist adalah SEDEKAH. Memang diketahui umum, sedekah memang salah satu kunci rezeki. 

Entri kali ini saya nak kongsikan artikel yang juga dikongsikan oleh salah seorang team MFMS kami. Ianya tentang SEDEKAH SUBUH. Kebetulan pula group kami masa tu memang sedang

Monday, 15 September 2014

Hikmah Dari Seguni Paku

Assalamualaikum..

Kita manusia tak lari dari sifat marah. Biasalah dah nama pun manusia kan?.

Malah nabi juga telah mengajar kita bagaimana untuk mengawal marah. Tatkala marah kita sedang berdiri, maka kita perlu duduk. Kalau sedang duduk, kita berbaring.

Marah itu bersifat seperti api dan api asalnya dari neraka. Maka untuk memadamkan api kemarahan itu kita perlukan air. Maka jika kita marah, kita disarankan untuk mengambil wudhu' untuk mengawal marah.

Saya nak kongsikan kisah bagaimana seorang pemuda yang pemarah akhirnya dapat mengawal sifat pemarahnya..

KISAH PEMUDA YANG PEMARAH

Alkisahnya, ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pemuda ini terlalu mengikut nafsu