Showing posts with label Babywearing. Show all posts
Showing posts with label Babywearing. Show all posts

Wednesday, 29 November 2017

Cameron Highlands - Tips Bercuti Dengan Anak Ramai dan Kecil

Assalamualaikum dan hello :)

Macam gempak aje kan nak bagi tips. Niat nak share sahaja pengalaman sebab saya tahu bukan senang nak uruskan trip dengan anak ramai ni nak pulak masih kecil.  Mana yang boleh dijadikan panduan, dipersilakan..

Ni cuma coretan pengalaman dari seorang ibu dengan 5 orang anak. Tak ada orang gaji/helper. Just saya dan husband dan anak-anak saya 5 orang ni.. Umur mereka:
  • 10 tahun - perempuan
  • 8 tahun - lelaki
  • 4 tahun - lelaki
  • 3 tahun - perempuan
  • 11 bulan - lelaki
So ini tipsnya ok :D

TIPS BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS DENGAN ANAK RAMAI DAN KECIL

*boleh diaplikasi juga untuk bercuti ditempat lain :)

1. Mulakan perjalanan awal pagi.

Ada yang cadang mulakan perjalanan sebelum subuh so sampai di Simpang Pulai tu Subuh. Lepas solat subuh boleh naik ke Cameron dan bersarapan seterusnya mulakan trip melawat di kawasan menarik seawal pagi.

Tapi kami pun lewat juga. Gerak 8.30 pagi Jumaat dari Subang. Tak cantik sebab clash dengan trafik jam orang pergi kerja hihi.. Tapi still rules nya gerak pagi seawal yang boleh :)

Awal pagi anak-anak biasanya masih sambung tidur. So kuranglah 'gangguan' masa pemanduan contohnya berhenti buang air sepuloh kali haha..

Jangan lupa baca doa tau hihi :)

2. Rancang bercuti pada hari bekerja

Terbaiknya gitu. Jalan tak sesak.

Sebab weekend dan hari cuti umum/cuti sekolah jalan sesak di Cameron Highlands. Tapi kita yang ada anak-anak sekolah ni fikir panjang gak nak mencutikan anak banyak-banyak hari ni. Ni pun cutikan Jumaat 1 hari (sori cikgu ;D).

Kami pergi Jumaat hingga Ahad. 

3. Standby makanan dan minuman dalam perjalanan 

Makan di luar dengan anak ramai akan ambil masa panjang dan lebihan kos. Saya bawa nasi goreng, air masak, air kotak, biskut dan lain-lain yang sesuai. Ni untuk breakfast je.

4. Simpan beg pakaian dan barangan lain dalam kereta pada waktu malam

Pagi perjalanan just bawa beg kecil-kecil dan anak-anak. Saya akan asingkan beg diapers/lampin, beg makanan.

Beg makanan ni untuk dalam kereta. Senang 1 'station' je. Dalam tu biasanya ada
  • Botol air masak besar
  • Susu anak-anak
  • Biskut/roti/makanan
  • Botol susu/berus botol
  • Cawan/sudu dll 

Untuk beg diapers, rujuk bawah.

5. Bawa beg galas semasa berjalan

Bawa 1 boleh, 2 pun boleh (mak ayah carry). Biasa kami rotate, kalau saya carry Ali, husband carry beg. Kalau husband carry Ali, saya carry beg.


Beg diapers ni beg galas biasa yang multipurpose. Setiap kali berjalan mana-mana, beg ni akan diisi dengan:
  • diapers 3 keping seorang (Ali & Zara), 
  • tisu basah, 
  • vicks/balm, 
  • telekung (saya dan husna)
  • powerbank & kabel
  • botol air kecil
  • benda-benda lain (yang bersesuaian)

6. Bawa baby carrier

Stroller sukar digunakan di kebanyakan tempat pelancongan sebab mostly semua lokasi bertangga.  Kami just dapat guna stroller di Taman Agroteknologi MARDI, tempat lain kami tak bawa stroller.


Tempat lain yang nampak sesuai dengan stroller adalah Pasar Malam Sg. Ruil dan Kea Farm. Ladang BOH Sg. Palas tak pasti, maybe boleh tapi kena jalan ikut laluan bertar tu (sebab kami ikut tangga, pakai carrier aje).

7. Bawa payung

Cuaca tak menentu, hujan kadang-kadang. Sepanjang kami di Cameron, hujan petang tapi tak lebat mana. Boleh lah setakat redah hujan tapi tak basah mana pun :). Kami standby 2 payung.

8. Baju sejuk

Wajib. Kalau ada yang berhud tu pun bagus. Kalau hujan gerimis, tak perlu payung boleh cover kepala juga. Kalau takde hud, pakai topi/snowcap



9. Stokin tebal

Wajib. Untuk masa tidur. Masa berjalan-jalan tak perlu pun tak apa, cuma kalau baby kenalah pakai. Masa tidur, walaupun tak on aircond, guna selimut, masih super sejuk. Kami sekeluarga semua tidur pakai stokin, baju sejuk dan berselimut.

Untuk anak-anak kecil, saya sapu vicks/balm pada tapak kaki dulu sebelum pakai stokin.

10. Botol air kecil

Bawa beberapa. Kalau bawa air mineral 500ml tu pun boleh. Standby beberapa dalam kereta. Setiap kali masuk kawasan berjalan, masukkan 1-2 botol dalam beg. Anak-anak dok haus bila berjalan lama ni. Kalau botol besar tak terdaya nak pikul nanti.

Kalau botol besar (cth 1.5liter keatas), saya cadang simpan dalam kereta, tapi bawak botol kecil kosong 1 biji ke (untuk masuk beg). Bila habis, refill air dari botol besar tu. Ok jugak kalau camtu :)

11. Selimut, bantal extra dan toto (optional)

Selimut ni kalau tempat menginap tu tak sediakan extra. Macam RPP Cameron Highlands saya tak pasti boleh request tambahan selimut/bantal ke tidak. Tapi saya bawa 1 helai extra. Selimut jenis nipis je tapi memang bagus. Tapi saya rasa next time kalau menginap situ juga saya kena bawa 2 selimut. Berebut anak-anak haha.

Kalau anak kecil-kecil tidur bawah ok guna toto. Yang suka golek-golek jatuh katil hehe.. Tapi saya tak bawa. Guna selimut yang ada untuk lapik tidur. Tu yang kena bawa extra selimut. Saya pilih bawa selimut je sebab tak tebal dan besar.


Bantal memang perlu extra tapi kami dalam kereta memang sentiasa ada bantal 4segi 3-4 biji kadang-kadang sebab anak nak tidur. Keluarkan itu je dari kereta untuk guna kat bilik.

12. Monopod

Kalau nak bergambar tapi tak nak susahkan orang lain untuk ambilkan gambar kita. Kalau takde, guna aje lah tangan kita tu hihi..

13. Vicks/Balm/Minyak gamat/ Ubat-ubatan

Saya standby je. Tapi sangat berguna.

Ammar tak taulah mana dia pegang/main sampai beberapa kali macam kena gigitan apa entah sampai nampak merah, lepuh dan naik gatal, sapu balm/vicks beberapa kali Alhamdulillah hilang.
Husna sapu vicks pada badan, leher, kepala sebab mabuk pening perjalanan.
Dan Aliff pulak jatuh masa main kat padang permainan. Biasalah anak-anak tengah lasak

Depends. Anak kita style macam mana, taulah kita nanti.

Untuk ubat-ubatan boleh bawa minyak angin, ubat demam, koolfever dan ubat cirit birit (smecta) pun mungkin boleh dibawa.

14. Rancang perjalanan sebaik mungkin dan fleksible

Penting. Sebab anak-anak bila letih kemungkinan akan crancky/buat perangai. So sebagai mak kita tau bila anak dah ngantuk, dah tak larat nak jalan. Kalau buat perangai dalam kereta dengan tengah sangkut trafik jam tak gerak, boleh panas hati jugak kan.. Nak jalan-jalan bawa anak-anak happy, just be fleksible. Tak perlu pergi semua tempat pun, lain kali boleh repeat tempat yang belum dapat pergi tu ok :D

Siapa ada tips lagi meh share kat komen.. boleh update bagi panduan rakan-rakan kita kat luar sana :D

Entri Post berkaitan:
Cameron Highlands - Ringkasan Tentatif 3 hari 2 malam (elak traffic jam)
Cameron Highlands - Hari 1 - Dari Subang ke Brinchang
Cameron Highlands - Hari 1 - Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands
Cameron Highlands - Hari 1 - Landmark I love Cameron Highlands & Pasar Malam Sg. Ruil
Cameron Highlands - Hari 2 - Ladang Teh BOH Sungai Palas 

Thursday, 23 April 2015

Babywearing ~ Dari Husna ke Zara

Assalamualaikum dan hello :)

Baru-baru ni terpandang status kawan lama yang cerita pasal nak beli maybe baby carrier baru untuk baby baru...

Sepanjang saya ber'babywearing' ni, saya hanya ada 3.

1st time masa Husna baby. Jenis yang sokong cawat aje tu.. Masa tu belum glemer lagi jenis-jenis baby carrier yang lain. Yang ni saya dah lebur kan.. sebab info kata tak sesuai untuk pertumbuhan tulang ke apa entah..

Then masa time Aliff lahir, tahun 2009 dah up sana sini pasal Ring Sling. So saya ada la beli 1. Brand MamaPatch. Kisahnya di sini [gadjet-baru-mama-patch-ring-sling].
Later ada Soft Structured Carrier (SSC). So beli juga brand Pognae. Masa tu time Aliff baby jugak la.. Kisahnya di sini [saya-punya-pognae-baby-carrier].


Aliff memang puas hati guna Pognae dan Mama Patch tu. Tapi masa Ammar, kurang sikit guna carrier. Sebab Ammar ni jenis nak bebas. Tak suka terikat macam tu.

Sekarang Zara pulak yang guna. Zara ok, Alhamdulillah memang suka dok dalam carrier. Dia lagi selesa di'carry' berbanding duduk dalam stroller. Lain anak lain ragam kan.. :)
Saya pun sekarang suka carry Zara dengan carrier. Sebab tu pun boleh jadi sebahagian dari pembakar kalori walaupun workout tak sehebat geng-geng program Now Everyone Can Kurus (NECK) lain. Sekarang memang suka ajak en.suami jalan-jalan mana-mana shopping complex ke masa weekend sambil-sambil carry Zara. Sambil spend masa dengan famili, sambil bakar kalori dalam diam :)

Masa Master Celebration Masters Maria Firdaus di Pullman, Putrajaya ~16 November 2014
Jalan-jalan cari pasembor di Penang ~ 1 Dis 2014
Ummy balik kerja. We-fie :)
Nak keluar jalan-jalan :)
Airport KLIA2, nak gi jalan Langkawi ~5 Mac 2015

Family time di Sunway Lagoon ~19 April 2015

Baby carrier yang ada kat pasaran ni banyak jenis tau.. Tapi sekarang saya pun tak tahu apa jenis baby carrier yang ada. Jenama yang tengah hot pun saya tak tahu. Sebab buat masa ni, 2 jenis baby carrier yang saya ada tu masih kukuh, masih praktikal dan sangat berguna..

Saya jenis tak suka beli barang yang sama banyak kali. Beli sekali aje, paling puas hati, paling berbaloi, paling berpatutan dan paling praktikal.. berdasarkan hasil kajian dan pendapat saya sendiri lah.. Setelah dok survey, kaji, fikir, baca review sana sini.. 2 tu aje lah yang saya ada beli. Jenis lain tak menarik minat saya nak beli. Dan saya pun tak minat nak ikut trend.

Sama jugak la dengan kes pam susu. Saya hanya guna Medela dari dulu hingga sekarang.. Bila orang tanya pam apa yang bagus? Errrr... tak leh jawab. Sebab saya guna Medela je :)

Takpe, ikut trend pun takpe. Ikut poket masing-masing hehe...
Ada juga yang tanya certain seller tu jual carrier yang original ke tiruan?? Ermmm... kalau saya, saya akan cari info dari pengeluar carrier (cth: website atau emel diorang and tanya), siapa authorized dealer diorang kat Malaysia ni.

Acaner?? ok tak :)

Tuesday, 23 November 2010

Jalan-jalan dan Berhujan di i-City ;D

Assalamualaikum...

lame pulak tak jenguk sini.. memang kemalasan ya amat melanda... tak tau pun nak tulis ape =D

ok ok.. cuma cerita ceriti last week aje ni..

hari khamis lepas, keluarga abang ipar dan kakak ipar saya datang KL, ade appointment kat IJN. So diorang ber'hotel' kat rumah saya lah kan.. Disebabkan saya dan husband tak cuti raya haji aritu, khamis dan jumaat memang kerja la.. so diorang hanya melepak kat rumah aje.. since diorg nak balik sabtu pagi, husband cadang pergi i-City.. ooo yaaa.. saya tau le korang sumer dah pergi.. cerita basi dokk? tapi saya tak pernah pergi, almaklumlah husband busy ala-ala managing director giteww.. kalau tak disebabkan family husband datang, konpem kami tak jejak i-city tu sampai kesudah..;D

petang jumaat tu memang hujan giler lebat.. even sampai rumah pun masih renyai2 lagi.. husband dah tukar plan gi pyramid (ajeerr?).. hishh, saya tak setuju le.. baik gi IKEA hehe.. so malam tu nampak hujan dah reda je, kitorang pun gi le i-City dalam kol 8malam camtu dengan 2 kereta. sampai seksyen 7, singgah KFC dulu makan sebab semua orang pun dah lapar.. dekat kol 10 lebih gak kot baru masuk i-City..

jalan punye jalan punye jalan..

dalam kol 11.15malam, tengah syok bergambar kat tempat yang ade replika binatang2 tu, dah ada tanda2 nak hujan dah.. so husband ajak gerak balik je.. tengah2 jalan nak cari tempat teduh tu tak sempat berapa langkah dah tiba2 hujan turun mencurah2 lebatnye.. perghhh... semua orang lari lintang pukang!!..

husband dah lari hilang ntah kemana dengan aliff, saya lak terhegeh2 dokong husna jalan cepat2.. almaklumle husna tu dah le berat, tak larat nak lari2 pun. tutup kepala husna dengan ringsling aliff, ummy die kuyup aje lah ;D..

so berteduhlah kami dengan semua umat yg datang i-City malam tu kat kakilima shoplot situ... daripada ramalan saya le.. memang takde gaya hujan nak berenti.

husband?? ntah! saya pun tak tau kat mane.. yg ade ngan saya mase tu, husna dengan famili abang ipar.

nampak adik ipar datang bawak payung, ajak die gi kereta, nasib baik le kunci kereta kat saya (satu kereta lagi tu kereta adik ipar) , tinggalkan husna dengan abang ipar, gi amek kereta, bawak naik gi amek semua2 orang (parking kat open area kat bawah bawah tu).

pastu?? balik daaaa.. sampai rumah dekat kol 12malam..

kesimpulan, misi tak tercapai sepenuhnya.. harus ku ajak husband pergi lagi tour sampai habis.. tak puas hati lorr!!


:: husna with cousins ::














:: chett!! hujan daa ::

:: sebahagian manusia yg berteduh ::

Wednesday, 20 October 2010

Saya punya Pognae Baby Carrier =D

Dulu lamaaa saya ushar2 mende alah ni.. mase tu menimbang2 nak amek Pognae atau Ergo. Dua2 nampak cun tapi Ergo harga die 2 kali ganda Pognae. Siap rasa nak beli ikut ebay pasal lagi murah and lebih banyak choice dari segi warna dan pattern. Pognae ni adalah keluaran Korea.

Bende ni adalah sejenis baby carrier dari keluarga SSC (soft structured carrier). sebelum ni saya just guna RS (ring sling) dan masih guna lagi RS ni. Decided untuk rembat SSC sebab tak larat nak gendong aliff dengan sebelah bahu aje. aliff makin berat dan lasak. hubby lak tak reti nak guna RS, so saya je yg guna RS. Sekarang RS guna kalau untuk jangka masa pendek boleh la.. macam dari parking ke rumah kat tingkat 5 tu ke..

so beli Pognae ni kat MLO kat Wangsa Maju bulan puasa lepas. Habis keje 4.30 terus shoot gi sana tapi sesat barat pulak. kedai bulan puasa ni tutup kol 6pm. sampai kedai dalam 5.50 dah. terus tengok2 jap, pilih color, soh salesperson tu terangkan sikit2 (sebab saya dah abeh survey kat internet sebelum tu) and bayar terus.. pantas dan tuntass!! hehe..

Gambar2 ni antara aksi kesayangan2 saya dengan Pognae.. gambar saya tak banyak sebab saya le tukang amek gambo hehe =D


:: mase mula2 beli try test jalan2 kat Pyramid::

:: Aliff tengah test drive Pognae ::

:: kalau budak kecit, tangan dok bawah lagi ok ::

:: kat Floating,Semporna - tengok le gaya posing Husna kat belakang nun ::

:: try back carry aliff ::

:: dok le terliuk lentok camtu.. seriau ayahnya ::

:: cakk!! aliff kat belakang ni ummy.. ::

:: kalau malas/penat nak babywear, bawak diorang dlm stroller aje camni hehe ::

Thursday, 3 December 2009

Gadjet baru : Mama Patch Ring Sling =D

salam sumerr...

ni aku nak memperkenalkan gadjet baru aku iaitu ring sling produk keluaran mama patch =D..
bende alah ni aku beli kat Fabulous Mom TTDI ari Isnin baru ni tapi baru je sempat posing depan kamera semalam..
"barnsling red ditte" (gambar dari mamapatch)

setelah mencari2, surf sana sini.. akhirnya dapat jugak aku rembat sling ni.. mule2 aku dah survey kat Babyland SS2 tapi ade satu jenis brand ni (tak ingat ape..), tak berapa menarik tapi leh tahan gak rege die.. kupikir2 baik aku carik lain..

so aku dah jenguk2 kat tenet ni jumpe macam2..

slingmemama
snuggbaby
mamapatch
peekaroobaby
ezmama shoppe

1st choice aku mase tu adalah ring sling dari snuggbaby sebab cun2 jer rupe sling die..tapi diorang tgh stop amek order pulak.. 2nd choice adalah sleepy wrap dr ezmama shoppe tapi takut tak reti nak gune pulak..

disebabkan aku cam memerlukan sling ni dengan segera.. nak purchase online amek masa gak.. so tengok2 fabulous mom reseller untuk mama patch, so balik keje terus je gi sana..

nape aku perlukan bende ni?
1) Aliff takmo dok dalam stroller..
dahle kakak Husna kedekut bagi pinjam, kalau letak Aliff pun sekejap je diam pastu start berbunyi daaa.. takmo tido die dalam tu. kalau letak dalam carrier sweet cherry (aku namakan disini as CSC) die mau tido tapi kesian dok terlentok pale die.. so dengan ringsling, aku leh buat cradle hold
Aliff in CSC.. CSC ni dari zaman Husna lagi yer..

2) senang nak kuar masuk baby (banding dgn CSC)
awal2 masuk keje dulu aku memang bawak Aliff dgn CSC. bentang CSC atas katil, letak baby, klip sana sini.. pakai.. selalunye perlu en.suami tolong pasangkan klipkan CSC kat aku. boleh je nak pakai sendiri tapi leceh sikit dan kene pro sket hehe =D
dengan sling, senang nak pakai kat badan dan baby senang masuk/kuar.. but still kene master teknik die.. aku still practise lagi..

3) senang nak breastfeed baby
kalau pakai CSC aku kene bukak semua klip pastu baru leh BF Aliff, dengan sling tak payah kuarkan baby dari sling, terus aje BF. (ni pun aku tengah practise lagi..). dan tak perlu carik kerusi/ baby room utk BF Aliff.. tengah berjalan2 pun boleh =D

btw, tujuan utama aku beli adalah utk nombor 3 tu..

aku tengok kat tenet ni, ade org pro-babywearing ni tapi age gak yang tak suke.. well, ikut pendirian masing2 yer.. kalau aku suke, aku punyer suker lah ehh.. =D


Balik-balik keje terus posing hehe..
Aliff tengah BF dalam sling tuu..