Tuesday, 29 June 2010

Go Green!! : Moh kita berCDing

June 29, 2010 4 Comments
Setiap dari kita mesti ada matlamat untuk memperbaiki kehidupan or cara hidup kita dari masa ke masa.. dari detik ke detik dari hari ke hari.. kalau kita tak berusaha untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik..alangkah ruginya..

Kadang-kadang kita rasa malas nak berubah atau beranjak dari sesuatu tempat atau keadaan sebab kita dah berada dalam comfort zone.. or zon selesa.. ya lah kan.. kalau dah selesa buat apa nak ubah ya tak?..☺☻=D.. Ni termasuk le aku..

Contohnya penggunaan Cloth Diaper or CD.. (ni bukan CD lagu/movie eh.. ni lampin kain baby)

Pada asalnya, aku teragak-agak untuk menggunakan CD.. sebabnya mudah aje..
1. MALAS..
2. nampak cam susah

3. tak reti nak guna
+ leceh
4. guna disposable diapers (DD) lagi mudah

5. CD mahal


lamaaaa jugak la aku ambil keputusan untuk berCD. Beli CD sebelum ALiff lahir lagi (Oktober 2009) tapi mak aku aje yang guna (siang), waktu malam aku pakaikan DD.

So dengan tekadnya, bermula 1 Mei 2010, aku dan ♥hubby sama-sama bersetuju untuk mulakan penggunaan CD secara full time.. Ya, starting tu yang payah kan..

Sehingga sekarang, dah hampir 2 bulan Aliff berCDing secara full time. Kadang-kadang CD tak sempat kering, kene pakai DD (balance DD yg tinggal beberapa bulan lepas), alahaii rasa amat berat hati pulak dah.. ☺☻=D.

Pada awalnya aku just ada 5 keping CD Lunatots jenis velcro, selepas aku tulis entri ini, petang tu terus shoot ke Amcorp Mall beli lagi 5 keping CD Lunatots jenis snap button+2 inserts each and beli another 6 pcs jenama Wuddah bamboo dari kak amisah. So sekarang total ada 16 keping CD.

Untuk Lunatots, pada aku design die mmg adorable, warna yg cantik2.. aku ade 10 warna daa.. CD Lunatots jenis microfleece, ada baby tak berapa sesuai sbb kadang2 jd merah gak montot baby. Aku perasan Aliff kalau poopoo kalau pakai Lunatots, montot die akan jadi merah.

Wuddah yg aku ada tu rasanya design version lama. Mula-mula tengok tu, ♥hubby pun komplen apsal cam buruk aje.. jahitan pun tak kemas, tempat masuk insert pun tak kemas. Tapi sebab kak amisah let go dengan harga yang tak boleh ditolak, we decided to give it a try. Dari segi performance, agak baik la walaupun rupa tak se-cun Lunatots =D. Wuddah tu jenis bamboo and insert die pun one side bamboo, one side microfibre. CD Wuddah aku guna waktu malam masa Aliff tido aje.. kalau guna Lunatots, selalu bocor ☺☻=D.

So sekarang aku dalam planning untuk menambah CD jenis bamboo lagi.. target nak ada 30 pcs.. AlongAzrina ada promo CD Bamboolite.. adoii..tergugat ko..
So sehingga kini, belum beli sebarang DD lagi..yeehhooo!!

Rasanya paling melegakan adalah bila ♥hubby tak perlu angkut sampah DD yang berbau dari tingkat 5 ke tempat sampah.. betul tak ♥sayang? =D

:: Koleksi CD Aliff ::

Monday, 28 June 2010

☺☺Update Gambar : Dragon Boat Festival☻☻

June 28, 2010 2 Comments
Ya...

Akhirnya Uzaini telah berjaya meng'upload' gambar-gambar masa Dragon Boat Festival @ Putrajaya.. Tu pun dia tulis part 1.. ermm.. berapa part ye agaknya..

Gambar-gambar ni spesifiknya pada event hari Jumaat. Kira yang lain-lain belum upload lagi.. Takpela.. ini pun memadai =D
Terima kasih ye..

So semua gambar-gambar ni adalah ihsan Uzaini dari FB dan photoblognya. Kalau nak lihat gambar full dan bahagian2 lain (yang akan diupload) boleh lawat photoblog uzaini ye.

.

Aliff Rayyan : 8 bulan

June 28, 2010 0 Comments
Lama tak menempek gambar anak-anak.. Actually dah lama tak ambil gambar pun..
Aliff Rayyan kalau ikutkan hari ni dah 8 bulan 3 minggu 3 hari..

Pagi ni badan Aliff rasa panas. Badan pulak penuh kesan nyamuk gigit. Uh..banyak pulak nyamuk malam tadi.. Sebelum keluar rumah hubby check suhu badan Aliff, 36.5 degree. Erm.. masih terkawal. Baru tadi dapat sms dari hubby, suhu 38.4. Terus call mak. Mak kata masih ok, sedang lap-lap badan Aliff nak kasi turunkan suhu. Hubby dah bekalkan ubat demam and coolfever. Dah pesan kat mak kalau masih panas, call. Nak bawak pergi klinik pulak. Harap-harap turunla suhu badan Aliff..

ok.. taknak hilang mood lagi.. back to perkembangan Aliff..

sekarang ni Aliff paling suka main mainan cam dalam gambar tu. Tu hadiah dari ex-officemates (terima kasih =D). Selalunya kakak Husna sibuk nak main jugak. Suka rampas barang dari adik.. Aliff dah mula panjat-panjat. Dia paling suka panjat orang. Kalau kita tengah baring ke, die akan panjat nak melangkau badan kita.. Kalau kita dok atas kerusi, die nak panjat tapi stop kat tahap melutut aje.. belum boleh nak berdiri sendiri. Duduk kalau melunjur kaki tu belum boleh lagi.. kalau cam antara dua sujud tu boleh la..

Perkataan yang Aliff selalu sebut.. "At-ta", "Am-ma" dengan bunyi-bunyi lain la.. Aliff sebut "at-ta" tu kadang2 rasa cam die sebut "akak".. Selalu kalau Husna ada la.. Kalau "am-ma" tu selalu die guna kalau nak ummy die.. kalau ummy wat taktau, nangis la dengan sebut "am-ma".."am-ma"...

Kalau kita cakap "Lailahalillallah" banyak2 kali cam tahlil tu, Aliff akan goyang2kan kepala dengan badan2 skali kiri kanan.. Tapi ni ikut mood die.. kadang2 buat muka blur aje hehe..
Kadang-kadang Aliff angguk-angguk cam headbanging.. kadang-kadang die wat time ada lagu2 rancak kat tv ke.. kadang2 die buat sesaje.. apsal ntah.. kita tengok pun seriau takut terhantuk kepala kat lantai tapi takde pulak =D..

Kalau BF pulak, die suka nak masukan jari die dalam mulut ummy. Nak main-main.. Pastu tengah BF, kaki sebelah suka buat cam tendang2.. tendang angin la.. ntah fi'il ape taktau la.. macam-macam..

Sebagai ummy, apa lagi yang diharapkan.. hanya doa semoga anak-anak ummy membesar dengan sihat sentiasa..

Friday, 25 June 2010

Anak & carseat : wajib ke? leceh laaa...

June 25, 2010 10 Comments
Salam..

Saya dapati amalan meletakkan anak di dalam carseat belum lagi jadi sesuatu yang penting dan amat patut diamalkan atau diwajibkan.Saya memang ajar kedua-dua anak saya untuk duduk dalam carseat bila naik kereta. Memang sejak habis pantang saya dah ajar, masuk kereta je..wajib duduk dalam carseat.

Masa baby kecik lagi saya guna carrier cum carseat tu (sbb jenis baring sikit)..

::Husna - dalam perjalanan ke KL dari Pulau Kapas::

dah besar sikit beli utk toddler punya pulak (bila baby dah boleh duduk).

::Husna gak..dalam perjalanan nak gi majlis nikah ayuz kat klang::

::Husna - nak balik Kelantan::

So sekarang ada 2 carseat, Aliff (8bulan) dok dlm carrier tu letak seat depan rear facing. Husna (3tahun) pulak dok kat toddler carseat kat seat belakang, front facing.

Kereta kecil saya tu edisi lama.. so masa zaman Husna dok carseat dulu, saya terpaksa ikat carseat dengan belt dan sangkut kat satu besi kat bonet. Masa tu saya call perodua dan bengkel sana sini nak tanya kot-kot diorang boleh pasang seal belt kat kerusi belakang (passenger seat). Memang hampeh la.. takde yang boleh buat. Ada sekali tu ada satu bengkel tu call, bagitau boleh pasang seatbelt belakang, bayar rm250.

Just in time masa tu kerajaan umum wajib pakai seatbelt belakang, so utk kereta lama2 yg takde, leh pasang seat belt belakang percuma.Tapi agak malang jugak sebab kereta saya lahir sebelum 2003, so die takde belt utk shoulder tu.. hanya kat lap aje.. so still guna belt lain utk ikat (as tambahan aje). But lebih baik dari takde..=D

Buat perangai taknak duduk carseat?
Husna ada jugak buat perangai masa awal2 lahirkan ALiff. Ada time2 dia taknak dok dlm carseat. Saya mmg agak tegas sikit dengan bende2 ni.. dulu suami kadang2 cam mengalah gak ngan anak tp mmg saya tak kasi can jugakla.. But sekarang ni en.suami pun jadi tegas jugak dah..

Sekarang ni Husna dah ok je.. tu pun lepas saya cakap
"
kalau taknak duduk kat carseat, ummy tinggalkan adik kat umah nenek, takmo bawak balik umah"..
Husna tu takboleh org tinggalkan adik dia.mesti kene bawak sama2.. so start tu die ok..
pastu selalu cakap/tunjuk kat dia yg ayah dia pakai seatbelt, ummy pun pakai seatbelt, adik pun pakai seatbelt/carseat.. setiap kali die maragam kene bgtau ayat yg sama ni..
sekarang die naik sendiri carseat, kita just buckle kan aje..

kadang2 Husna masuk2 kereta siap cakap "ayah, pakai cikbek (seatbelt)" . so dia dah faham la bila kita kata bahaya.saya mmg drive hantar anak2 gi umah mak (mak asuh anak sy). dua2 dok dlm carseat. Alhamdulillah..takde masalah..takde meragam sbb dah biasa. saya pernah gak drive sorg2 dgn anak2 dari sunway-keramat-melawati-sunway. Masa Husna dulu pun saya pernah drive sorang2 dari Sungai Buloh-Bukit Beruntung-Ampang-Sungai Buloh.

Tapi saya lebih prefer ada org temankan jugak la masa saya drive, tak kesah la sape2 pun.. kalau Aliff nangis, saya berenti tepi jalan utk BF dulu then sambung drive. Even kalau en.suami drive pun, saya minta berhenti mana-mana untuk BF Aliff..then only sambung drive semula..

Pada saya kene paksa anak dok carseat/pakai seatbelt, kene keraskan hati walaupun anak meronta2 ke.. sbb itu utk keselamatan dia... saya memang selalu kene perli ngan sedara mara/kawan2 sebab takleh tumpang kereta saya gi mana2 sbb kereta penuh carseat aje.. (kereta kancil aje, carseat ada 2,dok depan belakang), memang takleh ada penumpang lain.. tapi saya pekakkan telinga aje..

Sebabnye.. keselamatan anak-anak saya, tanggungjawab saya dan en.suami.. bukan orang lain..


:: Anak-anak kesayanganku ::

Kenapa eh penumpang belakang diwajibkan pakai seat belt tapi anak2 kecik tak wajib ?

Thursday, 24 June 2010

Dragon Boat Festival @ Putrajaya

June 24, 2010 0 Comments
Salam..
lately ni tak sempat nak mengarang patah lagi ber'blog hopping'..
camne la orang lain banyak masa ye..
Laa ni baru siap report untuk Piagam Pelanggan ni.. so agak lega sikit la..

Last weekend berkampung kat Pusat Rekreasi Air Putrajaya sempena 1 Malaysia International Dragon Boat Festival.
Start hari Jumaat dah berkampung kat situ. Jumaat game mula jam 3petang. Asalnya aku ingat berkumpul kat Pusat Maritim la.. rupenye kat Pusat Rekreasi Air. So aku tak sempat join untuk game open tu.. untuk kategori mix baru dapat join.

aku gi ngan en.suami (yang setia menemani =D) dan Husna dan Aliff..
oh..aku mana boleh berpisah ngan buah2 hati aku semua ni.. =D

Menang ke??
hehe.. bak kata Hailwa, "kalah tu memang dalam tangan"..
menang tu menang jugak..
menang bergambo memanjang.. macam saiko amat tapi.. chett..
menang pasukan paling banyak org boroi hehe..
semangat tu ada tapi kebanyakannya dah tak fit..
kalau nak banding masa kat utm dulu la.. jauh menyimpang =D.

so aku kat sana jumaat and sabtu. buah2 hati semua aku tak bawak masa hari sabtu. en.suami tolong jaga anak2 kat umah.. thanks sayang..
and actually aku selalu cam pelik sebab anak2 semua well behaved kalau dengan ayah derang. takde wat perangai pun.. kalau aku sorang yang jaga..mak aiii boleh pecah kepala dengan macam2 perangai nye..

aku selalu ada masalah kalau masuk putrajaya ni.. sebab aku selalu tak jumpa jalan asal yg aku masuk tu.. mesti ntah ke mana2 lah jalan keluarnya.. kadang2 tersimpang jauh.. ade sekali tu aku dok berpusing2 dalam putrajaya setengah jam..sesat hehe.. 10 kali masuk 10 kali sesat.. camno tu??

nota: gambo takde.. aku tak snap sebarang gambar.. tengah tunggu tuan2 kamera lain yg upload kat FB..

Tuesday, 22 June 2010

Jangan Jangan Jangan

June 22, 2010 1 Comments

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

...................
Terima kasih Farahidayu kerana berkongsi email ini..
Kadang-kadang kita terlupa atau terlalai seketika...

Friday, 18 June 2010

SMS only, please...

June 18, 2010 0 Comments
salam..

buat kawan2ku yg tersayang...

"tolong jangan call saya ye. sms aje ok"

bosannye bile handphone rosak. ntah ape la penyakitnye.. jgn call sbb nanti korang akan dengar suara cam lelaki yg cakap and tak jelas gak.. dan jangan berani2 cuba sbb nak dgr suara ku yg dah bertukar jd suara jantan itu hehe :D

apapun.. please sms aje.. tenkiu

Wednesday, 16 June 2010

buntu

June 16, 2010 4 Comments
dah lepas anugerah pejabat terbaik ..
ada pulak tandas terbaik ..
laa ni piagam pelanggan terbaik pulak ..
kepala jadi mengong dah..
aku blur la.. takde idea camne nak wat report ni..
dateline dah dekat tapi aarrgghh buntu

Tuesday, 15 June 2010

Resah Bila Overdue

June 15, 2010 10 Comments
Untuk kedua-dua anak saya, keduanya dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Dengan itu, saya tak berpeluang merasa 'overdue'. Husna dilahirkan pada usia kandungan 35 minggu 5 hari, manakala Aliff pada 36 minggu 5 hari.

Malah, masa mengandungkan Aliff terlebih satu minggu dari Husna. Pun begitu saya dah rasa resah sangat =D. Inikan pula lebih dari 40 minggu. Uh.. tak tahan dan tak sabar rasanya..

Bila kandungan masuk trimester ketiga memang rasa lambatnya masa berlalu.. lambat betul nak bersalin kan?.. =D
Macam mana saya boleh bersalin awal ye? entah la.. actually saya pun tak tahu apa sebab musabab yang menyebabkan saya bersalin awal. Ada pendapat yang saya dengar, kalau minum banyak air kelapa masa pregnant akan bersalin awal.. memang saya suka sangat minum air kelapa masa pregnant tapi tak tahulah apa kaitannya..

Dalam hati ni memang tak mahu merasai 'overdue'. Tak mahu tertunggu-tunggu..

Saya doakan Ayuz and sesiapa yang sedang melalui tempoh overdue ni selamat melahirkan bayi masing-masing.. =D

Bila melihat wajah bayi yang baru lahir..anda akan tahu..ianya berbaloi-baloi untuk menunggu =D.
Sabar ya

Friday, 11 June 2010

Info pasal road signages : part last

June 11, 2010 0 Comments
hai.. kembali bersiaran... hari ni full day ada mesyuarat anggota BSFJ kat Blok A, KKR.

well ok.. nak sambung sikit aje lagi..

kat bawah ni contoh jalan persekutuan utama kat semenanjung malaysia. Ni pun mungkin tak up to date sehingga 2010. seperti yg pernah diinfrom sebelum ni tanggung jawab penyenggaraan jalan persekutuan ni dibawah JKR persekutuan..


Untuk jalan negeri (dibawah tanggung jawab kerajaan negeri) 'nombor laluan' atau 'route no' jalan tu bermula dengan huruf dan kemudian nombor. Huruf2 tu adalah sama dengan plat pendaftaran kenderaan kat negeri masing..
contohnya
M11 (melaka),
B23(selangor),
C34(pahang) dan seterusnya..

Ok yang cam laporan trafik tu camne nak tau?

laporan trafik yg kita dok dengar tu agak teknikal sikit kan.. info macam tu digunakan untuk memudahkan pihak berkuasa cam polis, bomba ke untuk tahu secara spesifik kat mana kejadian contohnya kemalangan dsb..

so die akan cakap.. kemalangan berlaku di laluan 5, kilometer 123.. ala2 gitew la kan..

untuk jalan persekutuan, kita ada satu bende yg dipanggil Kilometer Post atau shortform nye KM Post..
ada 2 jenis KM Post.. Type A dan Type B..

Ok tengok gambar dibawah.. boleh bezakan dari bentuk KM Post tu sendiri.. satu tu kepala die cam mereng sikit.. satu lagi rata hehe..

::KM Post Type A (every 5km)::

so kalau korang jumpa KM post cam atas ni.. maka anda berada di
Route No 5, kilometer 215 arah selatan..
camne nak tau arah selatan? sebab bandar terakhir adalah JB

Maksudnya anda sedang memandu di laluan no. 5.. kalau anda terus kekal ikut laluan ni.. lagi 34km anda akan jumpa Muar dan untuk sampai JB lagi 222km..

katakan korang jumpa kemalangan ke..sesat ke.. kalau call polis tu boleh inform secara jelas dan tepat kat mana kedudukan korang ok..

::KM Post Type B (every 1 km)::

KM post type B ni kurang sikit info die berbanding KM Post Type A.. yang takde just info pasal bandar terakhir aje.. bandar terdekat ade aje =D..

Km post ni diletakkan setiap km.. yang akan berubah will be nombor seksyen die tu.. but kalau tak jumpa km post tu mungkin patah ke hilang ke.. sorry la yer.. =D

Ok itu untuk jalan persekutuan, kalau untuk highway lain sikit.. die tak guna km post, die guna 'penanda seksyen lebuhraya'

contohnya seperti ni..


so selalu jumpa kan?
sama jugakla kegunaannya tapi takde la info banyak2..just nombor seksyen aje..
so kalau cam gambar tu.. korang kat lebuhraya utara selatan (E2) di Kilometer 200.1
bende ni die letak setiap 100 meter.. selalunya kalau highway samada die letak kat tepi jalan or kat tengah2 kat median/pembahagi jalan tu..

so kalau dengar info trafik pasni, dah boleh agak la ye lagi berapa jauh korang akan sampai ke lokasi2 tarffic jam ke..kemalangan ke.. so boleh beware sikit ok.. kalau nak report apa2 pun lebih tepat k..

so aku harap dengan info ni membantu korang menggunakan jalan2 kat malaysia ni..
so balik kerja nanti/balik kampung boleh tinjau2 apa yg ada kat sekeliling jalan korang yer..

Thursday, 10 June 2010

Info pasal road signages : part1

June 10, 2010 6 Comments
Pernah tak korang guna google map?

nampak tak bentuk heksagon kaler kuning tu?..tau tak apa makna die?

aku sekarang kalau guna google map ni, akan tulis nombor2 dlm heksagon kuning tu and pastu tengok signboard la masa drive..

ape guna nombor2 tu?

hari ni info teknikal sikit..

secara jujurnya, sebelum aku menjadi salah sorang warga BSFJ (walaupun kontrak post aje =D).. aku tak tahu satu mende pun pasal road signages ni.. selalu refer pada wording die aje.. segala mak nenek lain aku pun taktau/tak faham..aku ingin percaya korang kat luar pun sama juga.. =D
Sebenarnya kat papan tanda jalan ada maklumat2 lain yang berguna pada users (tapi bak kata aku..orang tak tau..)

kalau dengar info trafik kat radio mesti ada dengar ayat2 cam...
"terdapat kemalangan berlaku di Laluan 123 di kilometer 105.3 arah selatan.." gitu2 la..kalau aku dengar dulu2 mesti aku pikir"menatang ape kilometer 105.3 tu? kat mana?"

so kat sini just to share info..

jalanraya kat Malaysia ni ada 3 kategori
1. Jalan Persekutuan
2. Jalan Negeri
3. Lain-lain jalan

Tanggung jawab pengurusan jalan raya pun lain2..
tak semua jalan kat Malaysia ni under JKR.. sebab kalau ada jalan rosak ke, depan rumah kita pun kita kata JKR punya kerja hehe..


So, jalan2 under tanggungjawab
1. Menteri kerja raya -jkr
2. KP Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
3. Kerajaan Negeri
4. Pihak berkuasa tempatan (PBT)

Jalan2 kita ada sistem nombor laluan nye sendiri or kitorang panggil as 'Route No'.. (nombor yang diletak dalam bentuk heksagon kuning tu..)
contohnya gambar ni..
Ok perasan tak ada nombor kat sebelah wording tu?
yang macam bawah ni..


nombor2 tu yang disebut "route no." tu.. (ni yg ade dlm google map tu..)
untuk semua highways (jln dibawah tanggungjawab LLM), route no die start ngan huruf 'E'
contoh :
E2 - lebuhraya utara selatan
E1 - NKVE
E10 - NPE
E8 - lebuhraya pantai timur & karak highway

untuk tengok peta highway klik sini

Kalau jalan persekutuan (under tanggung jawab JKR), route no die takde sebarang huruf kat depan. Just numbers..
cam bawah ni..


bersambung lain kali... hehe penat nak taip =D

Wednesday, 9 June 2010

Tag dari Ayu : Penyusuan Susu Ibu

June 09, 2010 2 Comments
Salam..
ni tag dari Ayu.. (ayu, saya dah jawab..dengan penuh emosi ni haha)..

Actually saya tak nak ingat kenangan silam yang tak best especially yang related dengan BF. Rasanya perasaan frust kene tinggal ngan boifren pun tak seteruk perasaan gagal BF anak (btw, saya takde boifren lain selain en.suami saya ye.. perumpamaan aje tu =D)

Perjalanan saya utk berjaya BF adalah sangat sukar (pada saya..) sebab yang paling susah nak ditepis adalah xxxx saya. Kenapalah dia tak boleh terima hasrat saya untuk BF anak dengan berlapang dada?? kenapa la dia nak halang sangat2.. kenapa dia tak boleh terima apa saya kata? kenapa? kenapa? kenapa?

So ayu, thanks sebab tag saya
so ini la jawapannya =D..


--> 1. Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
Saya tak faham apa-apa dan tak peduli apa-apa selain dengan yakin “SUSU IBU ADALAH TERBAIK!!, susuibu tu hak anak dan dalam Al-Quran ada disebut tentang galakan menyusukan anak dengan susuibu. Kalau Allah dah sebut dan galakkan, tentulah itu yang terbaik kan? =D..”

2. Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?

Masa Husna amatlah singkat hanya 2 minggu fully breastmilk. Husna mmg reject direct feeding (amat sedih ok..) so saya feed thru bottle.. saya buat relaktasi juga, pergi kursus utk relaktasi, beli PISA utk exclusive pumping, telan beratus ubat tapi tak berjaya.
Masa decide utk stop en.suami kata, "takpela.. iza dah cuba sedaya upaya kan..bukan rezeki Husna".. nangeh aje la.. :'(

Untuk Aliff Rayyan, sehingga hari ini 8 bulan 5 hari. Walaupun bukan dalam kategori exclusive breastfeeding tapi masih bersyukur.. Alhamdulillah.

3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?

Husna lahir di Pusat Perubatan Damansara Damai, Aliff Rayyan di Pertiwi Materniti.
Dua-dua pun BUKAN rakan bayi. Tapi Pertiwi masih layan jugak kalau kita mintak baby. Yang Damansara Damai tu hampeh, memang tak allow rooming in. Kalau berniat nak BF, baik toksah terfikir nak bersalin kat sini..

4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?

Sepatutnya baby disusukan secara direct dalam 1jam pertama selepas dilahirkan. Untuk mempercepatkan rangsangan pengeluaran susu.

Rooming in = baby dok skali ngan ibu sepanjang masa kat wad selepas lahir. Dua-dua tempat saya bersalin tak amalkan rooming in.

5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.

Masa pantang sangat mencabar & stressful. Sebab belum ada susu kan/susu sikit.. so orang sekeliling asek nak sumbat ABM aje..

Masa Husna tak tau apa2 so ikut aje walaupun hati memberontak.. masa Aliff dah ada ilmu tapi kene bergaduh jugak nak fully BF. Kat hospital for sure dah disumbat dengan ABM walaupun dah pesan nak BF aje.. (camne nak kontrol ye??)

Masa Aliff hari 1st balik dari hospital tu ade gak la mak saya bagi ABM 1oz, ade 3kali. Saya behempas pula pam supaya ALiff tak kene sumbat dgn ABM (tu pun selepas puas bergaduh takmo bagi ABM).

6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
Nak menerangkan hasrat kita nak fully BF especially pada mak sendiri sbb tak berapa sokong . Tak menyokong takpe lagi tapi menghalang tu yang tak sanggup tu.. Pernah cakap saya bodoh.. bodoh ye saya nak nak bagi yang terbaik utk anak saya.. kalau begitu, memang la saya bodoh =D. So what haha?

7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda ?

Internet, buku, forum, kawan2.. semua la..

8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?

Saya memang ibu yg berkerja. Saya dah siapkan stok EBM sejak dalam pantang lagi sebab nature kerja memungkin saya untuk tak berada dekat dengan baby..

9. Kenapa anda menyusukan anak anda ?

Sebab nya sama cam jawapan soalan no.1 =D..

10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa ?

Saya rasa perjalanan BF adalah TAK MUDAH.. banyak cabaran dan dugaan.. tapi dengan ILMU baru kita boleh tanganinya dan dengan banyak2 doa kepada Allah.. semoga dipermudahkan..

tapi.. memang mudah kalau nak gi jalan2.. tak payah hangkut segala mak nenek air panas segala hehe =D

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan saya.. masih jauh target 2 tahun tu.. amiinn..


Monday, 7 June 2010

Training Dragon Boat @ Pusat Maritim Putrajaya

June 07, 2010 5 Comments
Salam..

Semalam bebudak x-utmviking wat training untuk 1 Malaysia International Dragon Boat Festival 2010 18-20 Jun nanti.

Mula2 rasa cam berat hati gak nak pergi sebab badan dah penat giler lepas buat birthday party Husna semalamnya, en.suami pulak kata sakit kepala, ingat nak bawak semua gi Putrajaya pasal takkan nak suruh mak jaga anak2 hari minggu.. tak sesuwaii..

Pujuk ala-ala paksa gak la soh pergi sekali.. ye la.. dah en.suami sakit kepala, aku pulak takut sampai umah malam ke.. ape yg derang nak makan kat umah tak.. so angkut la semua2.. ala-ala nak balik kampung jugakla beg nye..

Jadual asal 3.30pm start. Aku sampai pun dah lewat dekat kol 4pm. Yang ada masa tu Jakpo & famili, Rim & famili, Fairuz, Fahmi, Nik, Bapak, Zack. Yang lain2 sampai kemudiannya cam Abg Halim, Uzaini & famili, Zal, Wari, Najmah & brother.

Dah le tak wat stretching, akibatnya hari ni menanggung kesakitan seluruh badan haha!! Urgghh dah lamaa sungguh tak 'turun air'.. rasa cuak gak la.. next week ada lagi skali training.. lom pasti dapat pergi tak..

ermm.. tapi perasaan 'turun air' tu .... SUNGGUH BEST!!

nota: semua gambar adalah dari Facebook Najmah..










:: sedang dengar penerangan pengurus sambil BF Aliff (cover dgn shawl)::

:: husna berlegar-legar ::

:: Asyrani Husna's Birthday Party ::

June 07, 2010 7 Comments
Salam..

Sabtu lepas 5 Jun 2010..
Ummy dan Ayah telah mengadakan party kecil-kecilan untuk Asyrani Husna, puteri sulung kami di teratak kami yang kecil itu..
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir
dan maaf sekiranya ada terkurang sana sini ya..

Gambar-gambar pun tak banyak dalam kamera ummy sebab ummy ke hulu ke hilir tak sempat nak pegang kamera pun..Layannn (apa yg ade je yer..=D)






Tema party Husna adalah Oren. Ummy, Ayah, Aliff & Husna just pakai t-shirt aje.. sebab kitorang decide nak wat sulam nama kat belakang baju.. kalau kat gaun buat embroidery cam sayang ler pulak kan.. so t-shirt ajer la.. hehe..wat kat pyramid ajer.. tapi sebab org tu mintak sejam, kitorang pun bagi t-shirt lambat, sama2 la melepak sampai pyramid nak tutup dah. lama bebenau carik t-shirt =D

:: baju kami (source = FB Fathin) ::

Ummy coti Khamis & Jumaat..
Khamis sebab nak wat kek Husna..
tu pun kejap2 tak jadi sini.. kejap2 tak jadi sana..
tiang senget la.. nak tercabut la.. macam2..last2 ummy pun surrender la.. penat..
ada cacat2 yg ummy biar aje tak touch-up.
pemalas ummy ni.. =D
:: kek Husna ::

:: goodie bag ::

Jumaat ummy & ayah pergi beli barang2 basah..ermm dan macam2 kerja lagi..
kol 4 pagi baru tidur..
lepas siap tampal backdrop dan tiup belon2 tu..

:: teratak kecil kami ::

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung..
"\(^__^)/"

Wednesday, 2 June 2010

Tahniah Sham & Munirah!!

June 02, 2010 3 Comments
salam...
sedang bersiaran melalui hp aje..
berokband celcom kat mentari court ni memang hampeh tahap cipan..
langsung xdpt online pun..
weekend aje yg ok sket. betul ke terbaik di wilayah anda??

ok..dah off topic. actually nak ucapkan tahniah kepada Munirah kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.9kg pada 6.20petang tadi.. tahniah utk Sham juga..

Tahniah!!!

Kek yang tak jadi..

June 02, 2010 0 Comments
::kek tak jadi::

Urgghh frust giler nengok kek ni..

Pagi2 Isnin dah nak pergi kerje dah ni, bukak2 fridge tengok cream die luruh pulak.. ade kesilapan teknikal lah ni.. Call kak amisah, ingatkan nak guna kek ni malam, leh la nak repair.. rupenye nak pakai pagi.. ermm takde rezeki lah nampaknya (sorry ye kak).. rezeki Husna ngan ummy die la dapat makan kek ni..

So memang kitorang berdua aje yang balun kek ni.. huh..banyak kalori ni.. habeh laa.. lom gi timbang lagi..mau naik berat badan hehe..=D..

Kitorang makan degan tambah chocolate cair (ganache) lagi.. hmmm.. sedapp.!! nyaman ditekak hehe.. dengan rasa masam, manis, lemak2, coklat..fuhh.. bestt..

So semalam tinggal sepotong aje simpan untuk mak shu Husna & nenek hehe..

Forum RatuHati

June 02, 2010 4 Comments
Saya baru join forum ni Ratuhati.com .. sebelum ni hanya berforum di Susuibu.com aje..
(actually banyak jadi ahli tingkap aje.. carik info..)..

Saya masih mengkaji cara2 menggunakan forum ini.. belum cukup paham camne caranya..
Untuk ahli2 lama..sila tunjuk ajar hehe..

::ini ler saya::


Btw, aku dah join forum Bincang RAKAN jugak.. bebudak JoKeR, jom join!! (promo =D)