Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

Dekorasi Kek Jimat Kos Cara Aliff, Husna, Ammar :D

Assalamualaikum dan hello :)


Actually dah agak lama dah cerita kek ni. Masa sebelum cuti sekolah lagi. Adhoc masa tu bila tiba-tiba Aliff kena bawa kek untuk sambutan hari lahir pelajar yang lahir bulan Oktober. Entah apa yang tak sempat masa tu. 

Aliff nak suruh ummynya buatkan kek. Taknak yang beli siap. Aliff ni agak cerewet jugak. Kalau dah tekad nak macam tu, memang susah nak tukar pilihan dia tu. Kadang-kadang boleh hangin juga la dok asyik nak ikut fi'il dia tu.

Entah macam mana terfikir idea nak beli kek kosong dan decorate sendiri. Tapi banyak juga alat deco kek tak dibawa ke Sunway. End up cari cara deko yang tak payah guna deco tools je. Simple. Just ganache coklat dan tabur-tabur hiasan.

Dan yang penting, Aliff setuju dengan idea ni hihi..
antara bahan yang digunakan (biskut bentuk huruf, kek chiffon, coklat masakan, wafer cloud 9, nips, dry cranberry, whipping cream)
Ummy just prepare ganache coklat sebab nak panaskan coklat dan whipping cream. Then curah atas kek. Susun biskut bentuk huruf tu atas kek, lepas tu serahkan pada Aliff, Husna dan Ammar untuk selesaikan semuanya.

Kalau ikutkan style saya, tak berapa suka anak-anak masuk campur tangan dalam kerja-kerja kat dapur especially part memasak dan proses-proses terlibat. Dan kalau benda tu untuk hidangkan pada orang lain. Untuk makan sendiri, no problemo.

Hmm.. tapi terpaksa mengalahlah juga kadang-kadang dengan diorang ni. Masing-masing nak buat sendiri. Nak buat macam mana? Huhu.

 

final touch
berposing bersama kek :)
Idea ni bolehlah jadi aktiviti bersama-sama anak-anak gak. Dan kalau nak jimat kos kek hehe..

Thursday, 17 September 2015

Frozen Birthday : Marshmallow Lollipop

Assalamualaikum...

Another sharing antara snek masa jamuan birthday Husna & Zara tema Frozen yang lepas. Konon-konon nak buat makanan pun tema ala-ala Foren la..

Standard warna tema Frozen ni biru, silver, putih dan ada juga pink purple melambangkan warna Princess Anna. Tapi yang ni ada extra sikit letak warna coklat. Kontra sikit hihi..

So antara snek yang disediakan adalah Marshmellow Lollipop.  


Bahan-bahan:
Marshmellow
Batang lollipop 
coklat putih (cairkan dalam mangkuk)
chocolate rice/ sprinkles berwarna - masukkan dalam mangkuk kecil

Bahan-bahannya

1. Cairkan coklat putih

2. Celup batang lollipop dalam coklat putih, dan cucuk marshmellow


2. Susun yang dah siap cucuk
3. Celup separuh marshmellow dalam coklat putih dan celup dalam bekas sprinkles/ chocolat rice.
4. Siap hidang





Wednesday, 16 September 2015

Tutorial : D.I.Y. Goodie Bag Olaf Frozen

Assalamualaikum dan hello :)

Kali ni seperti yang dijanjikan, saya nak share cara saya buat goodie bag olaf untuk birthday husna dan zara akhir Ogos lepas. Senang aje pun tapi kadang-kadang kita pun tak terfikir kan :)


Banyak juga saya cari idea ikut google. Dalam banyak-banyak tu idea ni yang jadi pilihan. Sebab mudah dan tak banyak kos terlibat. Comel pulak tu :)

Dan anak-anak pun boleh join sekali dalam proses buat goodie bag ni. Macam saya, Aliff ada gak tolong warnakan hidung Olaf dan potong 'rambut' Olaf. Tapi tak ada lah pulak gambar dia menolong tu huhuu..

Barang yang diperlukan pun tak banyak. Antaranya adalah :


1) Paperbag/snackbag putih
Paperbag putih ni saya beli di Daiso Aeon Big Subang Jaya. Satu pek harga RM5.30 dan ada 30 keping dalam satu pek tu. 

2) Marker pen hitam & oren
Beli di Sogo bahagian alat tulis. Kat kedai alat tulis lain pun ada biasanya. Marker pen hitam tu saya ambil yang jenis mata besar sikit. Senang nak warnakan a.k.a cepat siap :)

3) Gambar olaf
Google je gambar olaf, crop untuk ambil bahagian kepala sahaja. Adjust saiz gambar tu supaya ngam dengan saiz paperbag.

4) Kertas warna coklat (untuk rambut olaf)
Just potong memanjang dalam 3inci. Setiap 'Olaf' perlu 3 keping. Atau boleh juga potong jadikan sekeping je (semua bercantum). Ikutlah mana-mana yang mudah :)

5) Gam/ Double-sided tape/ stapler (mana-mana ikut selesa)
Ini untuk lekatkan rambut Olaf ke paperbag.

Caranya mudah aje. Just potong gambar Olaf tu ngam-ngam lebar paperbag. Tujuannya supaya tak bergerak-gerak gambar dalam tu. 


Masukkan gambar Olaf ke DALAM paperbag. Then just trace/ lakar semula muka Olaf ke paperbag menggunakan marker.


Lakaran tu hanyalah mata, hidung, mulut, gigi sahaja. Tak perlu detail dengan bentuk muka pun. Warnakan bahagian yang perlu diwarnakan.


Dah siap lakar, just tampalkan rambut Olaf guna gam/double-sided tape/stapler. Siap!


Dah boleh isikan goodies nya. Paperbag Daiso ni agak nipis dan mudah kedut. Jadi last minute baru saya isikan goodies dan stapler. Saiznya pun agak kecil so tak boleh nak isi macam-macam benda.

Senang aje kan? Comel pulak tu. Mesti anak-anak suka :D

...................................
Terima kasih sudi baca. 
Feel free to 'like' and 'share' kiranya bermanfaat pada orang lain juga :)
Wassalam

Wednesday, 9 September 2015

Sambutan Birthday Husna & Zara Tema Frozen

Assalamualaikum dan hello :)

Hari Kemerdekaan lepas 31 Ogos 2015, kami adakan majlis sambutan hari lahir buat Husna & Zara.  Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So  jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.

Princess Elsa

Princess Anna
Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So  jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.

Kali n i pun kali pertama jemput kawan-kawan sekolah kebangsaan dan sekolah agama Husna. 1st time, tak tau nak expect apa.. Risau jugak kalau tak ramai yang hadir. Dok tanya Husna siapa kawan yang cakap nak datang, tak tau aje memanjang jawapannya...

Refer gak dengan makcik yang selalu buat birthday jemput kawan-kawan anaknya.. Dapatlah tips-tips berguna :)

Dalam kad dah mention nombor telefon tapi tak siapa pulak bagi confirmation nak datang.. mungkin patut tulis mesej suruh inform kot.. 

So ni ala-ala redah aje lah...

nanyi lagu birthday :)

Alhamdulillah.. tak sangka juga ramai yang hadir. Kawan-kawan Husna pun ramai juga.. Sepupu, dua pupu, tiga pupu pun ramai yang sama-sama memeriahkan.. Siap ikut tema lagi... :D


Dengan kawan sekolah

Planningnya punyalah lama.. 1bulan jugak. Tapi disebabkan tenaga kerjanya boleh kata 85% kerja dibuat oleh tuan tanah ni.. or seorang, so ambil masa lama jugak la.. tambah pulak kalau tiba-tiba mood kelaut, haru jugak.. tak buat apa jadinya...


Husna nak buat tema Frozen.. Nak pakai baju Elsa.. 

Masa tu tak terfikir pulak nak beli baju or survey baju.. Decide untuk jahit sendiri je.. Mujur jugak En.Google sangat-sangat membantu.. Rupa-rupanya memang melambak orang yang D.I.Y costume Frozen ni.. tapi kebanyakkannya memang orang obersi (oversea) lah.  So untuk tema ni saya jahitkan baju Elsa untuk Husna, Zara baju Anna, Aliff nak jadi Olaf dan Ammar jadi Kristoff.

Masa hari majlis, Ammar pakai sekejap aje baju Kristoff. Maybe panas kot. So takde langsung 1 gambar pun dengan baju tu.. Later nanti bila-bila kenalah ambil gambar semua orang dengan costume masing-masing.



Aliff je yang paling semangat dengan baju Olaf nye.. Sampaikan tidur pun still pakai topi Olaf ni... Masa potong kek, si puteri Anna (Zara) tidur pulak. Lena sungguh sampai habis majlis, orang dah balik, barulah bangun..


Mostly semua yang ada di majlis adalah D.I.Y. Nak save bajet lah kononnya :). Next entri saya akan share ok :). Pagi-pagi lepas subuh dah kumpulkan semua costume dan props nak angkut ke rumah mak. Empat kali ulang alik angkut barang.


Makanan utama Nasi Lemak CikJah Keramat. Mak saya order. Dah habis majlis baru saya dapat rasa. Sedappp!!. Boleh makan bertambah-tambah ni.. Tapi siapa-siapa tengah diet tak boleh lah melantak ye... hehe.. sekadar rasa je ok lah... Ada juga masak Nasi Mendy Arab sikit. Ayah nak suruh buat jugak sikit.

Menu lain Fettuccine Carbonara, Takoyaki (by Hani), mini donut La Boheme, aiskrim malaysia,  dadih (by mak), jeli kelapa muda (by Makngah Tg Karang), cupcake & chocolate lollipop (by Andak), sandwich (by Yan & Shidah), Tembikai (by siapa eh?:)), brownies (by LinaLicious), air mineral Olaf, Marsmallow Lollipop, Biskut celup coklat dan lain-lain.. (dah tak ingat hehe..)



Gambar makanan pun mostly tak sempat nak snap.. (Acaner nak tulis blog ni huhuu...)... Tak sempat.. Orang dah ramai datang sebelum habis setup tempat.. Terpaksa lepaskan je pada sesiapa yang boleh handle masa tu.. huhu..


Kek ni saya buat sendiri.. Tak berapa cantik.. 1st time nak try buat frills, tengok youtube je.. Tapi kena pergi berguru gak ni... Dah berkarat dah skil mem'baking'.. Lama sangat tak buat kek.. 

Saya suka buat kek, makan kek.. Anak-anak pun suka.. Sayang jugak dengan ilmu baking yang dah ada bila tak digunakan... Tapi untuk birthday anak-anak, saya memang akan buat kek tu.. letakkan sepenuhnya perasaan kasih sayang dalam tu.. seikhlas hati dan doa-doa.. mana tau sampai pada jiwa anak-anak :)




Sven & Olaf :D. Dua-dua ni D.I.Y eh.. bukan beli ;)


Disebabkan sedikit kesilapan teknikal, banyak aturan yang saya plan tak menjadi. Huhu.. Sedih gak.. Dan disebabkan dari pagi majlis saya dok sibuk kat dapur, tetamu pun saya kurang layan.. Ada silap kat situ.. Banyak yang saya belajar lepas organize birthday ni..

So lepas ni dah belajar dari pengalaman... insyaAllah akan diperbetulkan :)




Bila semua dah bersurai, masa untuk buka hadiah.. ada yang tulis nama, ada yang tak ada... Zara siap dapat soft toy OCTOPUS dari Tok Anjang!.. Haha! Saja lah tu suruh ummy buat takoyaki selalu hihiii...
 
Zara dapat Octopus. Simbolik anak tauke takoyaki haha!!



Saya berterima kasih pada semua jemputan yang hadir memeriahkan majlis.. kepada yang banyak menyumbang dan membantu kerahan tenaga dan kepada yang memberi hadiah dan angpow, Terima kasih banyak-banyak.. 

Pada mak ayah juga, sponsor venue dan tak henti-henti tolong dan berpenat lelah... maaf kalau menyusahkan :)

Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan anda...  Semoga diberi ganjaran syurga tanpa hisab.. insyaAllah amiiiin.. :)


Untuk Husna & Zara,

Ummy dan Ayah sentiasa mendoakan kebaikan dunia dan akhirat buat kamu berdua...
Semoga Allah sentiasa melindungi Husna dan Zara dalam setiap perkara di dunia dan di akhirat..
Jadilah hambaNya yang bertaqwa, jadi anak-anak yang solehah pada ibubapa..
InsyaAllah, Husna dan Zara berjaya dan bahagian dunia akhirat..
amiin..

Ummy & Ayah sayang Husna & Zara
xoxo

Friday, 5 June 2015

Happy 33th Birthday To Me!!

Assalamualaikum :)


Happy birthday to me!!

Selamat hari lahir untuk diri sendiri hihii... 5 Jun. Tahun ni dah bertambah umurnya jadi 33 tahun sudaa...
Alaaa muda lagi.. ;)

Emm... tak pasti apa makna 33 tahun untuk saya. Rasa macam takde apa-apa yang penting pun. Ia hanya satu nombor, tanda pertambahan umur. Takde apa-apa perubahan yang drastik pun dalam hidup.

Tapi yang pasti, pada umur 33 tahun, saya tak mahu berhenti untuk bersyukur kepada Allah.. berterima kasih kepada setiap jiwa yang memberi erti dalam hidup saya. Walau siapa pun anda, walau semuda atau setua mana pun anda, walau dimana jua anda berada..

Bersyukur bersyukur bersyukur... Alhamdulillah...
Since tahun ni umur 33, saya listkan 33 perkara yang saya syukuri.. Okey, bukan ni aje ye.. Memang berjuta lagi nikmat yang Allah beri saya syukuri tapi tidak lah mampu disenaraikan disini :)

Saya bersyukur untuk...

  1. 9 tahun dan 2 hari perkahwinan (anniversary 3 Jun ;))
  2. Pembaca-pembaca blog saya :)
  3. Memiliki rumah sendiri
  4. Jiran-jiran saya yang baik-baik
  5. Pekerjaan saya yang tidak mengganggu tugas saya sebagai isteri dan ibu
  6. Kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga
  7. Makanan dan pakaian yang lebih dari cukup
  8. Punya kenderaan yang selesa untuk anak-anak
  9. Join NowEveryoneCanKURUS (NECK) dan berjaya capai berat 50an selepas 9 tahun sejak kahwin tak pernah lagi capai berat tu :D
  10. Anak-anak yang sihat, aktif, sempurna, soleh, solehah
  11. Suami yang memahami minat dan perangai saya ;)
  12. Mempunyai seseorang yang saya boleh cerita apa sahaja, iaitu suami saya ;)
  13. Mempunyai seorang tukang kritik yang sangat jujur dan lurus, iaitu anak sulung saya Husna
  14. Mempunyai seorang yang sentiasa membuatkan hati saya gembira kerana sentiasa terima ucapan terima kasih darinya untuk apa sahaja, iaitu anak ketiga saya Ammar
  15. Dapat menjejakkan kaki di bumi China secara percuma untuk seluruh ahli keluarga
  16. Dapat menyusukan anak-anak dengan susu ibu secara ekslusif
  17. Direzekikan dapat belajar macam-macam cabang ilmu
  18. Mak & ayah yang masih sihat dan mude .. Semoga Allah sentiasa memberi kebahagian dalam hidup mak & ayah
  19. Mak & ayah mertua yang sangat baik dan sentiasa melayan menantu seperti anak sendiri
  20. Semua ahli keluarga yang lain; adik beradik, ipar duai, biras, makcik pakcik yang sporting dan banyak membantu dari segala segi, anak-anak buah yang comel-comel dan macam-macam keletah, atok nenek, sepupu sepapat yang best best best
  21. Adanya IKEA.. hihii.. suka jalan-jalan walaupun tak membeli. Suka meatball, salmon & kopi free hihiii
  22. Sepanjang kerja dapat berjalan seluruh negara, dok hotel 2,3,4,5 bintang.. Merasa lah jugak kan ;)
  23. Bos KPI yang baik dan senang bekerjasama
  24. Rakan-rakan sekolah, universiti, pejabat.. korang semua mengindahkan hidup ini
  25. Kayak team UTM. Disebabkannya dapat banyak merasa pengalaman indah panjat gunung, camping, berkayak di merata tempat. Kenangan yang sangat manis
  26. MFMS team. Dengannya saya mula melihat dan menyimpan impian yang tak pernah termimpi untuk dibuat.. terasa hidup mula ada tujuan :)
  27. Dapat mengenali dan join program DAO. Membangkitkan semangat untuk berniaga dan kaya berjaya!!
  28. Berada di Malaysia yang kaya dengan makanan dan mudah dapat makanan halal
  29. Dapat banyak belajar ilmu baking dan decorating. Punya skil walaupun tak sehebat chef terkemuka :)
  30. Ilmu dan kebolehan yang Allah beri. Tak ternilai semuanya..Semoga dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain
  31. Dapat jadi pemberi zakat dan sedekah. Moga dari hari ke hari dapat meningkatkan lagi jumlah zakat dan sedekah
  32. Dilahirkan sebagai Muslim. Semoga saya dapat menunjukkan akhlak Muslim sejati..kekal Islam dalam hidup dan mati.
  33. Dan yang paling penting, terima kasih Allah.. Alhamdulillah.. apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan dan kasih sayangNya pada saya 

Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Alhamdulillah...


Walaubagaimanapun, masih ada baaaanyak impian yang saya nak lakar dan nak dicapai..
Ya, masih banyak. Senarai 101 impian kena review ni :)..
InsyaAllah.. dengan izinNya

Since ada FB, memang banyak ucapan hari lahir. Kalau dulu-dulu takde FB takde sape yang ingat/ nak wish kecuali keluarga sendiri hihii...
Bagus juga laman sosial ni kan :)
Terima kasih buat rakan-rakan yang tak lupa wish..

Dan terima kasih juga pada Pengarah CSFJ. Tahun ni dapat juga kad ucapan dari pejabat Pengarah. Rasa bersemangat gak nak kerja kalau macam ni.. Walaupun kadang-kadang asyik nak komplen je pasal Pengarah hihii...
Apapun semoga Allah merahmati kalian semua dan dikabulkan segala hajat anda semua juga...
Pada tarikh ini 5 Jun 2015, juga mencatat sejarah menyedihkan bila gempa bumi melanda Ranau yang mengakibatkan kematian pendaki-pendaki Gunung Kinabalu dan banyak kerosakan harta. Bumi Malaysia yang asalnya selamat dari bencana sebegini tiba-tiba berubah. Bumi makin tua dan mungkin perubahan yang kita sendiri tidak sedar. Allah Maha Mengetahui...

Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.. Semoga Allah melindungi kita semua.. InsyaAllah...