Assalamualaikum :)
Happy birthday to me!!
Selamat hari lahir untuk diri sendiri hihii... 5 Jun. Tahun ni dah bertambah umurnya jadi 33 tahun sudaa...
Alaaa muda lagi.. ;)
Emm... tak pasti apa makna 33 tahun untuk saya. Rasa macam takde apa-apa yang penting pun. Ia hanya satu nombor, tanda pertambahan umur. Takde apa-apa perubahan yang drastik pun dalam hidup.
Tapi yang pasti, pada umur 33 tahun, saya tak mahu berhenti untuk bersyukur kepada Allah.. berterima kasih kepada setiap jiwa yang memberi erti dalam hidup saya. Walau siapa pun anda, walau semuda atau setua mana pun anda, walau dimana jua anda berada..
Bersyukur bersyukur bersyukur... Alhamdulillah...
Since tahun ni umur 33, saya listkan 33 perkara yang saya syukuri.. Okey, bukan ni aje ye.. Memang berjuta lagi nikmat yang Allah beri saya syukuri tapi tidak lah mampu disenaraikan disini :)
Saya bersyukur untuk...
- 9 tahun dan 2 hari perkahwinan (anniversary 3 Jun ;))
- Pembaca-pembaca blog saya :)
- Memiliki rumah sendiri
- Jiran-jiran saya yang baik-baik
- Pekerjaan saya yang tidak mengganggu tugas saya sebagai isteri dan ibu
- Kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga
- Makanan dan pakaian yang lebih dari cukup
- Punya kenderaan yang selesa untuk anak-anak
- Join NowEveryoneCanKURUS (NECK) dan berjaya capai berat 50an selepas 9 tahun sejak kahwin tak pernah lagi capai berat tu :D
- Anak-anak yang sihat, aktif, sempurna, soleh, solehah
- Suami yang memahami minat dan perangai saya ;)
- Mempunyai seseorang yang saya boleh cerita apa sahaja, iaitu suami saya ;)
- Mempunyai seorang tukang kritik yang sangat jujur dan lurus, iaitu anak sulung saya Husna
- Mempunyai seorang yang sentiasa membuatkan hati saya gembira kerana sentiasa terima ucapan terima kasih darinya untuk apa sahaja, iaitu anak ketiga saya Ammar
- Dapat menjejakkan kaki di bumi China secara percuma untuk seluruh ahli keluarga
- Dapat menyusukan anak-anak dengan susu ibu secara ekslusif
- Direzekikan dapat belajar macam-macam cabang ilmu
- Mak & ayah yang masih sihat dan mude .. Semoga Allah sentiasa memberi kebahagian dalam hidup mak & ayah
- Mak & ayah mertua yang sangat baik dan sentiasa melayan menantu seperti anak sendiri
- Semua ahli keluarga yang lain; adik beradik, ipar duai, biras, makcik pakcik yang sporting dan banyak membantu dari segala segi, anak-anak buah yang comel-comel dan macam-macam keletah, atok nenek, sepupu sepapat yang best best best
- Adanya IKEA.. hihii.. suka jalan-jalan walaupun tak membeli. Suka meatball, salmon & kopi free hihiii
- Sepanjang kerja dapat berjalan seluruh negara, dok hotel 2,3,4,5 bintang.. Merasa lah jugak kan ;)
- Bos KPI yang baik dan senang bekerjasama
- Rakan-rakan sekolah, universiti, pejabat.. korang semua mengindahkan hidup ini
- Kayak team UTM. Disebabkannya dapat banyak merasa pengalaman indah panjat gunung, camping, berkayak di merata tempat. Kenangan yang sangat manis
- MFMS team. Dengannya saya mula melihat dan menyimpan impian yang tak pernah termimpi untuk dibuat.. terasa hidup mula ada tujuan :)
- Dapat mengenali dan join program DAO. Membangkitkan semangat untuk berniaga dan kaya berjaya!!
- Berada di Malaysia yang kaya dengan makanan dan mudah dapat makanan halal
- Dapat banyak belajar ilmu baking dan decorating. Punya skil walaupun tak sehebat chef terkemuka :)
- Ilmu dan kebolehan yang Allah beri. Tak ternilai semuanya..Semoga dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain
- Dapat jadi pemberi zakat dan sedekah. Moga dari hari ke hari dapat meningkatkan lagi jumlah zakat dan sedekah
- Dilahirkan sebagai Muslim. Semoga saya dapat menunjukkan akhlak Muslim sejati..kekal Islam dalam hidup dan mati.
- Dan yang paling penting, terima kasih Allah.. Alhamdulillah.. apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan dan kasih sayangNya pada saya
Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Walaubagaimanapun, masih ada baaaanyak impian yang saya nak lakar dan nak dicapai..
Ya, masih banyak. Senarai 101 impian kena review ni :)..
InsyaAllah.. dengan izinNya
Since ada FB, memang banyak ucapan
hari lahir. Kalau dulu-dulu takde FB takde sape yang ingat/ nak wish
kecuali keluarga sendiri hihii...
Bagus juga laman sosial ni kan :)
Terima kasih buat rakan-rakan yang tak lupa wish..
Bagus juga laman sosial ni kan :)
Terima kasih buat rakan-rakan yang tak lupa wish..
Dan
terima kasih juga pada Pengarah CSFJ. Tahun ni dapat juga kad ucapan
dari pejabat Pengarah. Rasa bersemangat gak nak kerja kalau macam ni..
Walaupun kadang-kadang asyik nak komplen je pasal Pengarah hihii...
Apapun semoga Allah merahmati kalian semua dan dikabulkan segala hajat anda semua juga...
Pada tarikh ini 5 Jun 2015, juga mencatat sejarah menyedihkan bila gempa bumi melanda Ranau yang mengakibatkan kematian pendaki-pendaki Gunung Kinabalu dan banyak kerosakan harta. Bumi Malaysia yang asalnya selamat dari bencana sebegini tiba-tiba berubah. Bumi makin tua dan mungkin perubahan yang kita sendiri tidak sedar. Allah Maha Mengetahui...
Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.. Semoga Allah melindungi kita semua.. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment