Thursday, 22 September 2011

Raya Ep2 : Hari Lahir Husna

September 22, 2011 4 Comments
Salam..
Hari ni baru masuk ofis. Semalam EL, rasa letih sangat. Isnin Selasa saya di Machang, untuk audit penyerahan jambatan Sg. Kweng Hitam. Lepas naik cuti raya tak henti2 dengan audit sana sini. Lepas raya seminggu di Terengganu, next week 3 hari di Seremban pulak. Naik menyampah pun ade, nasib la...

hari ni try layout blogger yg baru ni..

Sambung cerita raya? episod 2 lak...

Kali ni just nak tulis pasal birthday Husna yang ke-4.  Untuk tahun ketiganya birthday Husna jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun ni 26 Ramadhan.  So saya decide nak sambut on 1st raya.  Husband cam tak setuju sebab katanya tak sempat nak buat, almaklumlah kene wat kek cupcakes untuk kakaknye kan.. tapi saya nekad jugak, demi anak saya.. lagipun dah lama janji dengan Husna nak celebrate birthday dia kat kampung. Anak sekecil itu pun tahu erti janji kan.. 

:: Not a purple cake ::

So tengah hari lepas dah kurang busy melayan tetamu yang datang beraya, saya terus start hias kek.  Tak sempat nak buat yang fancy2..ala kadar aje.. simple aje.  Husna komplen takde kaler purple, sebab die nak cake kaler purple.. alahai.. tak sempat le ummy nak buat segala.. apa yang ada aje and yang sempat capai.. asalkan janji celebrate birthday tu tercapai ;D.

 :: Husna with Aliff & cousins ::
 Sepupu2 Husna tak semua ada, takat Alia Maisara. Danish & Zakir. Tu pun mengejar sebelum diorang bertolak balik ke kampung biras. Ipar2 lain beraya kat belah keluarga pasangan masing2.  Husband and adiknya berhempas pulas nak pam belon (guna pam beskal lagi..haha..). Saya mintak siapkan 10 belon jadi laa.. sambil tu saya goreng ayam goreng, fries & nugget buat syarat untuk party hehe..


 Untuk puteri kesayangan saya ni.. Asyrani Husna, ummy & ayah sentiasa mendoakan agar Husna hidup dalam keredhaan & rahmat Allah.. semoga Husna sentiasa dilindungi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.. Ummy dan ayah sentiasa sayangkan Husna sampai bila2.. =D

:: Asyrani Husna ::







Tuesday, 13 September 2011

Cerita Raya episod 1 (dah outdated pun =D)

September 13, 2011 3 Comments
Assalamualaikum....

Selamat hari raya semuaaa..
kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan perbuatan harap dimaafkan ye..

Dah masuk 2 minggu raya baru nak update blog.
Bulan puasa memang kurang bukak blog pun. Lepas raya, ni la baru bukak blog ni. Sorryla.. blog kawan2 pun saya tak dapat jenguk =D.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raya tahun ni 8 hari 8 malam saya di Tanah Merah, Kelantan, kampung suami saya. Alhamdulillah 12 jam perjalanan pergi, 9 jam perjalanan balik ke KL lancar dan tiada masalah.
Barang banyak tak hengat, yang banyaknya barang-barang nak buat dan hias kek.

Cerita pasal kek ni, mula-mula saya stress gak pasal kena buat kek & cupcakes ni sebab asalnya saya ingat kena buat satu set cupcakes untuk hantaran kahwin aje. Tengok-tengok ahad malam, seminggu sebelum raya, kaka ipar confirmkan kene buat kek 2 tingkat, cupcakes 2 set hantaran & tat nanas bentuk buah (utk 2 set hantaran juga). Rupanya ada majlis tunang & kahwin sekali, and semua kene buat 2 set..mak aiiii...

Tepuk dahi jugakla.. sebab rasa macam tak sempat nak buat semua2 tu dalam masa singkat. Ditambah pulak persiapan raya langsung tak mula lagi. Biskut raya pun tak siap lagi huhu...
dann helllooo, cuti raya okayy.. nak berehat2 sambil menziarah saudara mara la kan?? tauke2 kek lain semua pun cuti maaa.. hehe..

So minggu yg stress tu, 3 hari (isnin - rabu) spend untuk cari & beli barang kek (maklumlah nak dekat raya byk dah takde stok), isnin pas kerja pergi PKNS shah alam cari baju anak (baju mak ayah takde tahun ni..), 2 malam (selasa & rabu) spend buat tat nanas & warnakan. Balik kerja jumaat baru start packing barang/baju, and gerak pukul 2.30 pagi tu. Serius rasa cam kerja gila la.. saya lebih suka plan tersusun kalau nak berjalan jauh2/lama ni.. tak suka kelam kabut macam ni.. Mintak husband tunda satu hari utk siapkan semua dengan tenang, tapi memang tak dapat laaaa kannnn... walaupun bini kelam kabut tak cukup tangan & masa, takde makna la nak kompromi pun...dah namanya balik kampung diee.. huhuu..

Biskut raya terus stop production. so tahun ni sempat buat 2 jenis aje yg banyak, choc chip & snow almond. (biasa2 buat 6-7 jenis ). mazola & makmur buat sebalang aje utk mak. Untuk mak mertua takde, pasal tak sempat nak buat hehe...

Ahad pagi-pagi, saya dan husband ke pekan Tanah Merah, pergi pasar borong untuk beli barang2 keperluan juadah raya, dan stok2 barang dapur yang perlu. Dan husband akhirnya decide untuk cat dinding rumah yang penuh dengan 'hasil kreatif' anak saudaranya Alia Maisara =D. So bekerja keras la husband dan adiknya untuk cat ruang tamu selama 2 hari berturut2 =D.

:: gigih gigih.. ::

Tahun ni menu raya adalah... nasi ayam orang KL hehe.. aparaaa, kita balik kelantan nak rasa masakan diorg dok, tapi kita lak kene jadi chef. Malam raya tu buat semua sorang2, rebus ayam 4 ekor tu, masak sup, potong segala tomato. salad timun, perap ayam, buat sambal cili..
Teringat2 kalau raya kat K.selangor malam raya ramai2 gotong royong buat itu ini sampai kol 4-5 pagi baru tidur untuk siapkan juadah raya.. terkilan gak bila tengok masing masuk tidur aje..terkontang kanting ku didapur huhu.. sadis sadis..ni raye ke tak raye wehh!!

Subuh raya mak mertua tolong sekali ngan my husband masak nasi and potong ayam yang dah goreng. Baru ade semangatt!! =D.. Baru le rayee =D

Okla.. layan gambar2 masa raya.. tak banyak snap gambar.. ramai saudara mara yang berkunjung..


:: sempat beli baju anak2 je.. tu pun capai mana yang sesuai aje.. ummy pakai baju raya 3 tahun lepas, ayah pakai baju nikah hahaha!! ::

:: haaaa..kan dah comel dinding kat belakang tuu =D ::

:: my kids dengan 3 cousins, Danish, Zakir & Alia ::

bersambung... (pada bila2 masa rajin hehe...)