Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Thursday, 22 December 2022

Menonton Mechamato The Movie - Hall MBO Kecil (Family / Kids Friendly Hall)

Mechabotttt Mechanize!!

Sebelum masuk hall

Ahad lepas bawa 12 rakyat jelata menonton Mechamato The Movie. Anak-anak dan sepupu-sepupu masing. (Missing Nauraa seorang).

Ramai 'rakyat' kecil-kecil so kami cari MBO Cinema, hall MBO Kecil (family friendly/ kids friendly hall). Hall MBO Kecil ni ada playground dalamnya. Lampu pun malap je tak gelap sepenuhnya. Cuma suasana riuh sikit la ramai budak-budak layan playground 😆. 

Friday, 30 September 2022

Pulau Pangkor : Hari 3 - Syurga Bilis Mata Biru, Food Court Jeti Lumut, Hasil Laut Jamilah

Assalamualaikum dan hello 🌹

Sambung post Jalan-jalan Pulau Pangkor Hari ke-3. 

Feri balik ke Lumut jam 12.00 tengah hari jadi pukul 10.00 pagi dah check out. Naik van pink RM20. Alkisahnya pakcik van ni datang ke chalet kami, so kami load barang masuk. Tengok-tengok rupanya pakcik tersilap ambil penumpang. Dia datang sebab ada orang book tapi tak pasti yang mana. Kami pula, style gamble, husband yang keluar pagar RPP tahan mana-mana van pink sebab dok call tak dapat-dapat.

Thursday, 29 September 2022

Pulau Pangkor : Hari 2 - Shopping Coklat di CK Duty Free, Trip Snorkeling, Teluk Nipah

Assalamualaikum dan hello ✌

Pulau Pangkor Hari ke-2. 

PANTAI PASIR BOGAK

Pagi pukul 9.00 dah turun Pantai Pasir Bogak. Memang tujuan asal nak main air je budak-budak ni. Layan pantai sambil piknik. Husband menapak cari sarapan sambil riki jalan sampai ke Coral Bay. Siap singgah kedai runcit mini beli snorkeling kit murah-murah untuk budak-budak try.

Wednesday, 27 September 2017

Bila anak-anak tak sabar ke Cameron Highlands

Assalamualaikum dan hello :)

Syukur! berjaya book Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland.  Lama dah sejak berpeluang booking RPP Langkawi tahun 2015 dulu (baca sini). Sebab lepas tu tak dapat booking dah sejak kena daftar guna HRMIS. Almaklumlah masa taraf CFS memang tak ada HRMIS. Masa daftar akaun kat BPH pun tak ada pilihan penjawat awam, just dapat daftar under kategori orang awam.  Untuk tempah dewan/gelanggang bolehlah huhu..

Sekarang bila dah tukar kontrak taraf COS, ada HRMIS maka bolehlah booking RPP semula. Syukur Alhamdulillah..

Berjaya tembus booking masa awal Julai lepas. Hari 1st buka pendaftaran, memang haru langsung hang aje memanjang website. Bila dapat masuk semua dah fully booked. Sadis.  Tapi kalau nak kata memang rezeki, dapat jugalah tempah akhirnya. Plan nak booking apartment dapat ajak keluarga lain.. tapi just dapat bilik biasa sahaja yang available. Tak apa lah.. lain kali kita cuba lagi :D

Dan sejak bagitahu anak-anak, memang hari-harilah si Zara dan Ammar tanya bila nak pergi. Nak pulak kalau hari kita cuti je, bangun pagi je dah tanya, "hari ni kita nak pergi tempat stoberi ke?" Fengsannn... Masing-masing dah siap keluarkan baju sejuk untuk maknye pack dalam beg. Alahai lambat lagi nak oii.. bulan 10.. so 2 bulan ni tadah telinga aje la dengar soalan anak-anak haha... dan jawablah dengan sopan santun dan sabar. 

Mak nye pun excited jugak sebab lama dah plan nak bawa anak-anak pergi Cameron tapi tak menjadi-jadi dari dulu.

Sekarang tengah merancang-rancang mana tempat-tempat yang nak dilawati.  Ada idea?? :D

Gambar masa zaman UTM gi panjat Irau dengan geng-geng kayak :D

Tuesday, 19 September 2017

Perancang Keluarga - Mana Satu Nak Pilih

Assalamualaikum dan hello :)

Adeh, bila time nak pilih perancang keluarga, jadi pening dan dilema. Siapa sama?? ;D

Anak dah 5 kan, rasa tak mampu dah nak menambah-nambah sebab tak mampu dari segi ketahanan emosi dan mental. Diri sendiri rasa tak mampu. (Don't judge me ok :))

Selama-lama ni guna 'rancang sendiri' yang mana paling berisiko. So sebab tu lah boleh jadi sampai 5 orang huhu.

Ada beberapa pilihan yang dipertimbangkan. Mula-mula ingat nak cuba injection depo dulu, kalau sesuai boleh try implan. IUCD asalnya memang tak masuk list sebab macam ngeri pulak nak masukkan alat-alat dalam uterus. Nak pulak bila kawan pernah kena minor operation untuk keluarkan IUCD tu sebab terlekat ke apa entah. Eww Takuutt..



Lepas bersalin biasanya ambil pil Noriday. Nurse pun suggest guna 6 bulan je. Lepas 6 bulan guna cara lain. Masa check up selalu cakap kat nurse, lepas 6 bulan nak cuba depo. Kalau serasi tak banyak side effect, insyaAllah ambil implanon. Tapi masa baby Ali 3 bulan kot, nak pergi ambil pil Noriday, KK kata out of stock kat semua KK. Kena beli kat farmasi sendiri. Dah selesa beli kat farmasi, berlanjutan beberapa bulan so tak pergi buat appointment kat KK lagi. Tak lama lepas tu, stop ambil Noriday sebab macam tak boleh nak kawal selera makan. Badan makan naik je.

Masa Ali umur 5 bulan husband suruh pergi pasang implanon tapi saya suruh cuba guna kondom dulu. Rasanya macam ramai tak selesa kalau diskusi anything relate dengan kondom. Especially orang2 Melayu. Apesal ekk.. Tapi ia salah satu cara pencegahan kehamilan jugak. Realiti. Masa suggest husband pun reaksi menolak jugak. Leceh la.. malu nak beli la.. adehhh (tepuk dahi).  Saya balas, leceh lagi kalau ter'pregnant'.  Bukan berdosa pun kalau beli kondom. Apa punya mind set la orang2 kita ni..

So lepas mula guna kondom ingat dah ok lah. Tapi bila tiba-tiba period tak datang-datang, kerisauan melanda. Macam-macam dok fikir, tak berkesan ke guna kondom ni. Leak ke.. Dah la baby baru 10 bulan. Tunggu punya tunggu, dengan risau, dengan stress lagi, akhirnya lepas lewat 7 hari baru period datang.

Dah niat, kalau tak pregnant (datang period) akan cepat-cepat pergi klinik ambil kaedah perancang keluarga yang lain. Segera buat backup!

Bila survey dan baca review dari blog, memang bertambah pening tak tau nak pilih. Ada beberapa pilihan perancang keluarga ni. Ini maklumat jenis perancang keluarga dan kos sekiranya memilih khidmat LPPKN (Klinik Nur Sejahtera).

Perkhidmatan Perancang Keluarga
Bil
Perkhidmatan
Warganegara & Penduduk Tetap (RM)
Orang Asing (RM)
1.
Fi Pendaftaran (Kes Baru)
5.00
5.00
2.
Perundingan
10.00
10.00
3.
PIL KONTRASEPTIF
Ethinylestradiol 30mcg/ Levonorgestrel 150MCG
5.00
5.00
Ethinylestradiol 30mcg/Desogestrel 150MCG
7.00
7.00
Ethinylestradiol 20mcg/ Levonorgestrel 100MCG
16.00
16.00
Ethinylestradiol 20mcg/Desogestrel 150MCG
16.00
16.00
Progestin-Only Pill
10.00
10.00
Desogestrel 75mcg
40.00
40.00
Drospirenone 3mg / Ethinylestradiol 30mcg
52.00
52.00
Cyproterone Acetate 2mg / EthinyestradioL 35mcg
40.00
40.00
4.
SUNTIKAN KONTRASEPTIF
Medroxyprogesterone Acetate
36.00
36.00
Norethisterone
18.00
18.00
5.
KONDOM LELAKI
3 keping
1.00
1.00
12 keping
4.00
4.00
6.
Alat dalam Rahim termasuk pemasangan (tempoh 3 tahun)
80.00
80.00
Alat dalam Rahim termasuk pemasangan (tempoh 5 tahun)
110.00
110.00
pengeluaran
20.00
20.00
7.
Implan termasuk pemasangan (tempoh 3 tahun)
pengeluaran
500.00
100.00
500.00
100.00
8.
Vasektomi
Bius Setempat
300.00
300.00
Bius Am
550.00
550.00
LAIN-LAIN
1.
PRODUK
Vaksinasi Human Papilloma Virus (HPV)
180.00/Dos
180.00/Dos


Dah buat keputusan sangat dah nak pilih implanon. Call Klinik Nur kat PPUM nak tanya dan book tarikh. Tapi tak berangkat-angkat pulak. Sambil-sambil tu whatsapp kawan-kawan yang pernah guna perancang keluarga apa yang diorang guna.

Sudahnya tukar keputusan!

ok. bersambung... ;D

Thursday, 10 August 2017

Tukar plan postpaid baru.. akhirnya..

Assalamualaikum dan hello :)

Uihh lama bersawang blog. Sori my blog hehe..

Ok just nak story lately ni bil telefon makkk aiiii mencanak2 tak tau la apesal. Tengok bil pun tak faham mana datang figure banyak2 tu.. Then 1 day mak snap gambar bil dia and whatsapp me tanya apa detail setiap satu yang ditulis. Bila tengok makkk aiii awat banyak sangat?.

Seingat-ingat masa daftar line family dulu commitment fee nya kalau tak silap RM5, lepas tu lama-lama naik jadi RM15 sebulan. Line ni tak including data. So yang add on data just me and my dad.  Mak tak ambil data sebab kat rumah dah ada wifi. So katanya takyah. Kalau tak silap jadi monthly commitment dalam RM45 kot.

Tapi last bill yang diterima mak punya monthly fee RM58, ayah RM78. My bill sendiri pun tak berapa pasti berapa commitment fee. Patutla pelik monthly kadang2 ada gak tak sampai 50 but lately jadi lebih RM100.

Since mak not happy, kena cari option lain meaning tukar telco. Survey begins... ni survey bukan dari pandangan orang yang arif dengan benda2 related dengan telco. Based on apa yang diiklankan sahaja lah. Kalau tengok plan memang banyak fineprints. Tengok elok-elok la eh nanti terms and condition nya..

Kriteria yang menjadi keutamaan:
  • Postpaid
  • Coverage ok
  • Call unlimited
  • SMS unlimited
  • Data paling koman 3gb
  • Bil bulanan tak melebihi RM100
Tapi bila tanya mak, apa figure yang dia 'selesa' nak bayar. Katanya RM40 je monthly.. adeh.. lagi limited pilihan..

Dah tengok website masing-masing.
Celcom

Digi

U mobile

U mobile unlimited

Maxis

Webe
Webe Family

 Kita tulis atas kertas untuk compare.


Asalnya just survey 4 telco. Minta pendapat kawan2 masa kat UTM dulu, ada 2 member bagitau pasal Webe dan masing-masing kata berpuas hati. Masa tu macam tak pernah dengar Webe ni haha... So terus tengok website Webe.  Menarik tertarik!.

Selepas pengamatan, pemikiran, pertimbangan, terutamanya dari segi coverage dan penggunaan harian, saya decide pilih Webe.  Paksarela untuk husband and ayah haha... (actually dah tanya ayah dulu ok tak ;)).  Tapi just untuk 3 line sahaja since mak kata taknak bil RM49 (dengan GST jadi RM53). Selepas bincang dengan adik, untuk mak saya pilih U mobile aje since itu menepati kriteria yang dia nak.  Sebab adik kata mak selalunya guna phone ayah jeee haha.. Untuk penjimatan, kita ambil yang berbaloi dibayarlah hehe...

Memang rezeki rumah dekat dengan Sunway Pyramid, semua branch telco ada kat dalam tu. Settle semua dalam Sunway Pyramid je.. tapi hold dulu untuk line mak sebab bila asingkan 1 line, kena bayar upfront pakej baru. Guna dululah untuk 1 bulan ni.

Our new Webe
Senang hati sekarang bila data unlimited, call unlimited, sms unlimited. Kalau dengan plan sebelum ni, data saya ada 1GB je kahkah. Memang tak install Youtube kat phone (takut anak buka and habiskan data haha..). Laa ni dah install balik tapi masalah bateri cepat habis pulak dah huhu.

Kesudahannya bertukar juga saya ke telco lain selepas setia dekat 10 tahun (dari zaman UTM) lagi.. Sebab kuciwa huhu.. Lepas ni kalau rasa tak best, kita kasi tukar lagi hehe...

Ok bai. Wassalam..

Wednesday, 9 November 2016

Our newborn ~ Ali Imran

Assalamualaikum dan hello :)

Senyap sunyi je blog ni kan. Sebenarnya saya sedang berpantang hari ke-25 hari ni ��.

Alhamdulillah syukur kepada Allah, saya telah pun selamat melahirkan bayi lelaki pada 16 Oktober 2016 lepas, bersamaan dengan usia kandungan 39 minggu 1 hari. Sama macam Zara lahir pada usia kandungan yang sama.

Ikutkan EDD due date pada 22 Oktober 2016 tapi baby berjaya keluar awal hehe.. syukur sangat since badan pun dah tak larat sangat.

Ok mari berkenalan dengan our little hero ni

Ali Imran bin Abdullah
16 Oktober 2016 (Ahad)
7.28 pagi
3.49kg
SVD

Doa ummy dan ayah, Ali Imran jadi anak yang soleh, berjaya bahagia dunia akhirat. Amiin...

Wednesday, 27 July 2016

Al-kisah Laksam Dan Saya

Assalamualaikum dan hello :)

Oklah.. kali ni just nak cerita hal laksam ni. Dah 10 tahun kahwin dengan ore kelate ni. Kenal laksam pun sejak kahwin. Dulu-dulu masa bujang-bujang just tau makanan orang Kelantan ni nasi kerabu. Makanan lain tak kenal hehe...

Laksam ni jarang-jarang sangat kami beli. Biasanya husband akan request kakak sulungnya untuk buat laksam kalau kami pulang ke Tanah Merah. Dulu-dulu saya tak minat nak explore belajar masakan Kelantan ni sebab masa tu saya fikir biarlah masakan Kelantan ni special time kami balik Kelantan. So bolehlah husband special request nak makan itu ini kat family dia. Kira khas dan istimewa hehe..

Tapi bila kadang-kadang pergi kedai pun order menu Kelantan, rasa baik lagi lah saya belajar dan masak. Jimat sikit dan boleh makan puas-puas.. So mula dari tu start belajar nak masak singgang hehe.. Singgang yang senang tu pun fail hihi.. Bila anak-anak pun tekak diorang pun suka makanan Kelantan ni, rasa perlulah juga belajar menu-menu yang diorang suka kan.. Cuma satu yang kurang suka sangat masakan Kelantan ni saya rasa terlalu banyak menu dengan penggunaan santan. Ni yang saya lemah sikit.

Sebab saya memang tak mahir sangat masakan yang ada guna santan. Even kalau dalam setahun tu mau ade 2-3 kali aje saya beli santan untuk masak. Kira bukan favourite sangatlah nak masak benda-benda bersantan ni.

Sebelum puasa haritu ada member ofis belanja laksam sempena gaji 1st dia. Nampak menarik je packaging nya. Whatsapp kat husband gambar bekas laksam tu, terus dia balas nak suruh kakak sulungnya buat laksam masa kami balik kampung nanti and nak saya belajar haha.. Terussss soh belajar tu yang tak tahan hehe...

Minggu sebelum puasa kami balik Kelantan, dapatlah puasa 1hari kat sana. Puasa ke-2 kami balik KL dah. Weekend tu gigihlah belajar buat laksam dari kakak ipar. Siap ambil video bagai hehe.. Since 'cikgu' masak pun jenis campak-campak aje takde sukat-sukat, kenalah cuba dulu dan modify resipi bagi mahir. 

Kakak ipar suggest guna tepung beras jenama ni tapi only available in Kelantan huhu

Kecairan adunan
Masak belakang rumah
dah masak

siap gulung. comel kan :)

masa makan.. laksam@05062016
Nak bagi mahir tu kenalah me'laksam' banyak kali kan? :D.. So since dari belajar tu, tiap-tiap hujung minggu bulan puasa tu ada buat laksam. Nak praktisss haha.. So sehingga hari ini rasanya dah 5 kali dah me'laksam'.  Tapi saya buat laksam nya nipis sikit sebab macam lagi comel tapi lagi lama nak siaplah huhu..

Kali pertama buat, emm rasa something missing. Kuah rasa kureng sikit. Kurang perasa dan kurang lemak. Tapi bila makan dengan sambal ikan bilis terasa ummph hehe..

1st try laksam @11062016
Second time buat untuk berbuka kat kampung.  Dah la kelam kabut. Time blender ikan, boleh pulak belnder rosak haha.. sudahnya kasar-kasar isi ikan. Tapi terasa ke'ikan'annya. Sedappp tapi ada yang komen pekat sangat kuah, kena bagi cair sikit.. Nak buat camne tu la periuk terbesar yang ada kat rumah. So kena beli periuk lain lah nampak gayanya hehe..

laksam berbuka@18062016

Saya masak laksam guna pengukus elektrik Trio ni. Senang sikit boleh duduk bersila je mendadar laksam :)

3rd time buat lagi untuk berbuka hujung minggu kat rumah mak. Masa tu kuah laksam ada extra so bagi cairkan aje cuma laksamnya saje yang nak di dadarkan.. ni takde gambar hehe....

Next try buat untuk raya kedua kat Kuala Selangor. Jamu tetamu yang datang..
laksam raya @07072016

Latest buat untuk jamuan raya ofis husband last week Khamis. Sama hari pulak dengan potluck raya CSFJ Tingkat 10 :D.. Nampaknya yang dijamu suka, siap ada yang nak order lagi hehe.. insyaAllah rezeki tu :D

laksam jamuan raya@21072016
Tu lah alkisahnya saya dan laksam ni.. InsyaAllah banyak lagi makanan yang saya nak belajar. Sikit-sikitlah kan :)..

So nak order laksam boleh la roger2 kita lepas ni eh hehehehe...
Ok baiiiii...

Tuesday, 12 July 2016

Aidilfitri 2016 kami

Assalamualaikum dan hello :)

Masing-masing dah mula masuk pejabat mulai semalam. Samalah dengan tuan tanah :). Pakkal la raya Selangor. Kalau raya Kelantan ni mau bercuti lagi hehe..

Tahun ni awal kami balik Kuala Selangor. Sabtu lagi dah balik. Sempat lah berpuasa 4 hari di kampung. Cuaca pergghh amatlah panassss.. Rasa mau berendam 24jam dalam kolah hehe.. dalam rumah pun terasa membahang. Pasang kipas pun rasa angin panas je. Takde aircond. Kesian kat atok yang terpaksa tahan panas tiap-tiap hari. Kita dok sekali sekala pun tak tahan.. 

Husna & Aliff pun tak tahan puasa. Terpaksalah separuh hari dah berbuka. Nak dipaksa-paksa jadi mudarat pulak pada budak-budak ni.. Tak apa lah.. masih fasa bertatih-tatih berpuasa :)

Daun ketupat sampai Isnin pagi dan kualiti daun agak mengecewakan hihi.. Tahun ni bantu atok dan alang anyam total 300 ketupat. 50 biji ketupat pulut, 240++ ketupat nasi dan 2 ekor ketupat lembu/kerbau. Dapat buat 2 ekor aje sebab daun tak banyak. Kira buat sekadar syarat nak ingatkan balik step anyaman tu hehe..

Aidilfitri 2016. Sepasang. Seekor jantan seekor betina :)
Posing dengan ketupat lembu/kerbau. Siap pegang/peluk macam anak kucing pulak rupanya hehe..

Aidilfitri Tahun 2014 memang buat banyak ketupat lembu/ kerbau ni. Almaklumlah baru belajar dengan atok tahun tu. Gigih nak praktis haha.. Sebiji ketupat lembu/kerbau ni guna 4 pasang daun (bersamaan 4 biji ketupat biasa). Nak menyiapkan pun sikit punya lama part nak 'terik'/ ketatkan anyaman. Sebiji/seekor ambil masa dekat 20-30minit jugak baru siap :).

Aidilfitri tahun 2014 buat 15 ekor ketupat lembu/kerbau :D
Anak-anak a.k.a Cicit-cicit Nyang tahun ni bekerjasama mengisi kelongsong ketupat dengan beras dan pulut. Awal-awal seronok lah diorang menolong. Tapi lepas dah isi 50++ biji masing-masing surrender penat hehe...
Aliff & Husna gigih tolong Nyang. Terima kasih anak-anak :)
Raya kedua kami sponsor menu laksam.  Gigih betul sejak belajar buat laksam dengan kakak ipar sebelum puasa haritu, boleh kata tiap-tiap minggu me'laksam' hehe.. Ada juga family member yang tak pernah rasa laksam dan tak minat nak cuba pun. Tak apalah.. selera masing-masing kan.. :).


Macam pelik aje raya orang Selangor hidang laksam kan hehe.. Hidang pada tetamu yang datang. Alhamdulillah sold out hehe.. Saya dapat gak merasa semangkuk. Jadilaa.. Belajar pun sebab anak-anak dan husband suka. Nak buat macam mana, masing-masing memang darah Kelantan hehe.. Ramai gak tetamu yang rasa komen sedap, boleh meniaga haha!.. InsyaAllah...masih dalam proses finalize recipe kikiki.. :D

Apapun sempena Aidilfitri kali ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. Mohon maaf zahir dan batin... 


Ikhlas dari kami,
Liza, Abdullah, Husna, Aliff, Ammar dan Zara

Wassalam...

Wednesday, 9 September 2015

Sambutan Birthday Husna & Zara Tema Frozen

Assalamualaikum dan hello :)

Hari Kemerdekaan lepas 31 Ogos 2015, kami adakan majlis sambutan hari lahir buat Husna & Zara.  Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So  jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.

Princess Elsa

Princess Anna
Husna lahir 26 Ogos, Zara 23 Ogos.. Beza 3 hari je.. So  jimat jugalah kan sambut hari lahir 2 orang sekaligus.

Kali n i pun kali pertama jemput kawan-kawan sekolah kebangsaan dan sekolah agama Husna. 1st time, tak tau nak expect apa.. Risau jugak kalau tak ramai yang hadir. Dok tanya Husna siapa kawan yang cakap nak datang, tak tau aje memanjang jawapannya...

Refer gak dengan makcik yang selalu buat birthday jemput kawan-kawan anaknya.. Dapatlah tips-tips berguna :)

Dalam kad dah mention nombor telefon tapi tak siapa pulak bagi confirmation nak datang.. mungkin patut tulis mesej suruh inform kot.. 

So ni ala-ala redah aje lah...

nanyi lagu birthday :)

Alhamdulillah.. tak sangka juga ramai yang hadir. Kawan-kawan Husna pun ramai juga.. Sepupu, dua pupu, tiga pupu pun ramai yang sama-sama memeriahkan.. Siap ikut tema lagi... :D


Dengan kawan sekolah

Planningnya punyalah lama.. 1bulan jugak. Tapi disebabkan tenaga kerjanya boleh kata 85% kerja dibuat oleh tuan tanah ni.. or seorang, so ambil masa lama jugak la.. tambah pulak kalau tiba-tiba mood kelaut, haru jugak.. tak buat apa jadinya...


Husna nak buat tema Frozen.. Nak pakai baju Elsa.. 

Masa tu tak terfikir pulak nak beli baju or survey baju.. Decide untuk jahit sendiri je.. Mujur jugak En.Google sangat-sangat membantu.. Rupa-rupanya memang melambak orang yang D.I.Y costume Frozen ni.. tapi kebanyakkannya memang orang obersi (oversea) lah.  So untuk tema ni saya jahitkan baju Elsa untuk Husna, Zara baju Anna, Aliff nak jadi Olaf dan Ammar jadi Kristoff.

Masa hari majlis, Ammar pakai sekejap aje baju Kristoff. Maybe panas kot. So takde langsung 1 gambar pun dengan baju tu.. Later nanti bila-bila kenalah ambil gambar semua orang dengan costume masing-masing.



Aliff je yang paling semangat dengan baju Olaf nye.. Sampaikan tidur pun still pakai topi Olaf ni... Masa potong kek, si puteri Anna (Zara) tidur pulak. Lena sungguh sampai habis majlis, orang dah balik, barulah bangun..


Mostly semua yang ada di majlis adalah D.I.Y. Nak save bajet lah kononnya :). Next entri saya akan share ok :). Pagi-pagi lepas subuh dah kumpulkan semua costume dan props nak angkut ke rumah mak. Empat kali ulang alik angkut barang.


Makanan utama Nasi Lemak CikJah Keramat. Mak saya order. Dah habis majlis baru saya dapat rasa. Sedappp!!. Boleh makan bertambah-tambah ni.. Tapi siapa-siapa tengah diet tak boleh lah melantak ye... hehe.. sekadar rasa je ok lah... Ada juga masak Nasi Mendy Arab sikit. Ayah nak suruh buat jugak sikit.

Menu lain Fettuccine Carbonara, Takoyaki (by Hani), mini donut La Boheme, aiskrim malaysia,  dadih (by mak), jeli kelapa muda (by Makngah Tg Karang), cupcake & chocolate lollipop (by Andak), sandwich (by Yan & Shidah), Tembikai (by siapa eh?:)), brownies (by LinaLicious), air mineral Olaf, Marsmallow Lollipop, Biskut celup coklat dan lain-lain.. (dah tak ingat hehe..)



Gambar makanan pun mostly tak sempat nak snap.. (Acaner nak tulis blog ni huhuu...)... Tak sempat.. Orang dah ramai datang sebelum habis setup tempat.. Terpaksa lepaskan je pada sesiapa yang boleh handle masa tu.. huhu..


Kek ni saya buat sendiri.. Tak berapa cantik.. 1st time nak try buat frills, tengok youtube je.. Tapi kena pergi berguru gak ni... Dah berkarat dah skil mem'baking'.. Lama sangat tak buat kek.. 

Saya suka buat kek, makan kek.. Anak-anak pun suka.. Sayang jugak dengan ilmu baking yang dah ada bila tak digunakan... Tapi untuk birthday anak-anak, saya memang akan buat kek tu.. letakkan sepenuhnya perasaan kasih sayang dalam tu.. seikhlas hati dan doa-doa.. mana tau sampai pada jiwa anak-anak :)




Sven & Olaf :D. Dua-dua ni D.I.Y eh.. bukan beli ;)


Disebabkan sedikit kesilapan teknikal, banyak aturan yang saya plan tak menjadi. Huhu.. Sedih gak.. Dan disebabkan dari pagi majlis saya dok sibuk kat dapur, tetamu pun saya kurang layan.. Ada silap kat situ.. Banyak yang saya belajar lepas organize birthday ni..

So lepas ni dah belajar dari pengalaman... insyaAllah akan diperbetulkan :)




Bila semua dah bersurai, masa untuk buka hadiah.. ada yang tulis nama, ada yang tak ada... Zara siap dapat soft toy OCTOPUS dari Tok Anjang!.. Haha! Saja lah tu suruh ummy buat takoyaki selalu hihiii...
 
Zara dapat Octopus. Simbolik anak tauke takoyaki haha!!



Saya berterima kasih pada semua jemputan yang hadir memeriahkan majlis.. kepada yang banyak menyumbang dan membantu kerahan tenaga dan kepada yang memberi hadiah dan angpow, Terima kasih banyak-banyak.. 

Pada mak ayah juga, sponsor venue dan tak henti-henti tolong dan berpenat lelah... maaf kalau menyusahkan :)

Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan anda...  Semoga diberi ganjaran syurga tanpa hisab.. insyaAllah amiiiin.. :)


Untuk Husna & Zara,

Ummy dan Ayah sentiasa mendoakan kebaikan dunia dan akhirat buat kamu berdua...
Semoga Allah sentiasa melindungi Husna dan Zara dalam setiap perkara di dunia dan di akhirat..
Jadilah hambaNya yang bertaqwa, jadi anak-anak yang solehah pada ibubapa..
InsyaAllah, Husna dan Zara berjaya dan bahagian dunia akhirat..
amiin..

Ummy & Ayah sayang Husna & Zara
xoxo