Thursday 22 December 2022

Menonton Mechamato The Movie - Hall MBO Kecil (Family / Kids Friendly Hall)

Mechabotttt Mechanize!!

Sebelum masuk hall

Ahad lepas bawa 12 rakyat jelata menonton Mechamato The Movie. Anak-anak dan sepupu-sepupu masing. (Missing Nauraa seorang).

Ramai 'rakyat' kecil-kecil so kami cari MBO Cinema, hall MBO Kecil (family friendly/ kids friendly hall). Hall MBO Kecil ni ada playground dalamnya. Lampu pun malap je tak gelap sepenuhnya. Cuma suasana riuh sikit la ramai budak-budak layan playground 😆

Cuma Hall Kecil ini dah tak banyak kewujudannya sejak kebanyakan MBO Cinema dan diambil alih oleh GSC Cinema. Yang berdekatan PJ antaranya di Atria Shopping Gallery, SS22, Damansara Jaya. Untuk seat, kami pilih Family Bed. Yang available sesi malam je, redah aje lah walaupun risau ada yang lena je. Family Bed ni, malam ni tengok available, esok pagi sold out. Kena cepat 🤭

MBO Kecil Hall

Family Bed

Mechamato ialah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios (yang juga menerbitkan siri Boboiboy). Nama Mechamato adalah gabungan Amato+MechaBot.

Ceritanya berkisar tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato menemui kapal angkasa yang merupakan penjara bagi robot-robot jahat yang telah terhempas di Bumi setelah diserang oleh pasukan Grakakus. Salah satu robot tersebut ialah MechaBot yang mempunyai keupayaan untuk bergabung dengan objek biasa menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya menjadi tuan MechaBot dan berhadapan dengan robot jahat bernama Grakakus yang ingin merampas MechaBot. 

Menariknya Mechamato ini bila ada elemen-elemen yang kita familiar macam lokasi Melaka, ada beca, river cruise, silat, destar, keris, laksamana dan lain-lain.

Di akhir filem ditunjukkan Amato ini merupakan ayah kepada Boboiboy. Baru le tau 😄


Bergambar dengan semua poster movie 😁

Movie ok, sesuai untuk kids, banyak scene kelakar, makpak pun layan. Tiba scene serius, serius juga. Pada saya yang tak tahu teknikal sangat, saya rasa kualiti grafik/animasi sangat bagus 👍. Suka sangat ada movie animasi Malaysia macam ni. Harap ada banyak lagi seumpamanya. Teruskan berkarya. Kami sure support 💪

No comments:

Post a Comment