Tuesday, 20 December 2022

Elak Renjatan Elektrik Ketika Banjir

Assalamualaikum dan hello.

Sedih baca berita 3 beradik maut akibat renjatan elektrik semasa banjir. Lagi sedih bila ada yang rekod dan sebarkan video jenazah. Innalillahiwainnailaihirojiun, Al-Fatihah.

Dulu-dulu bila orang cakap jangan bagi anak-anak main air banjir, saya pun tak faham sangat kenapa. Mungkin tak nak jadi hanyut/ lemas atau isu penyakit bawaan air sahaja. Dan bila dengar TNB potong elektrik pun macam fikir kenapa ye kena potong? Masa tu fikir mungkin tak nak bagi kerosakan peralatan TNB jadi teruk kalau dibiarkan on walaupun banjir.

Tapi rupa-rupanyanya untuk keselamatan nyawa dari risiko renjatan elektrik. Risiko yang orang tak boleh nampak dengan mata kasar. 

Jadi, bila pihak berkuasa/ berkaitan beri arahan dan info, sama-samalah kita ambil cakna.

TNB ada keluarkan poster Panduan Keselamatan Elektrik Ketika & Selepas Banjir. Tapi saya komplen kat kawan yang ada relate dengan TNB, saya kata poster TNB ini terlalu banyak ayat 😂. Orang sekarang tak rajin baca macam ini. Kena buat lebih infografik atau video. Zaman sekarang banyak ke arah entertainment

Saya rumuskan dari poster ini :

KETIKA BANJIR
  1. Jangan guna peralatan elektrik. Cabut kepala plug. Tutup semua plugpoint. Tutup suis utama.
  2. Jauhi peralatan/kabel elektrik /tiang besi /pepasangan TNB yang terendam dalam banjir.
  3. Hubungi 15454/FB TNB Careline untuk putuskan bekalan elektrik.

SELEPAS BANJIR
  1. Tutup suis utama sebelum bersihkan peralatan elektrik/pendawaian. Peralatan elektrik terendam kena diperiksa dulu oleh pihak berkaitan.
  2. Jangan guna galah/tangga besi/aluminium berdekatan talian elektrik
  3. Jangan hampiri tiang/kabel elektrik yang rosak / dahan pokok di talian elektrik.



Banjir tahun ini ada yang kata lebih teruk dari banjir 2014. Memang ramai yang terkesan. Saya doakan semua yang terlibat sama ada penduduk, petugas frontliners, sukarelawan dipermudahkan urusan semuanya.

Sekian, wassalam.

#banjir

No comments:

Post a Comment