Assalamualaikum dan hello 😊
|
Berkhidmat untuk negara 💪 |
Tak pernah bermimpi lagi nak jadi petugas SPR di Pilihan Raya Umum (PRU). Sebenarnya tak tahu pun macam mana cara nak apply jadi petugas ni. Kebetulan ada kakak kelas Zumba offer sesiapa yang berminat nak jadi pengganti petugas kalau-kalau ada yang tarik diri. So volunteer bagi nama. Ada rezeki pula ada yang tarik diri saat akhir. Dapatlah pengalaman jadi Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).
|
Jumaat hari briefing dan serahan vest, topi, pass, susun-susun meja kerusi, banner
|
|
7.00 pagi dah sampai setup laptop |
Tugas PAPM nampak senang tapi serius penat juga sebab berdiri sepanjang masa, bergerak ke sana-sini bila diperlukan dan bercakap je sepanjang masa. Kering tekak. Tugasan utama pastikan bantu pengundi ke pusat mengundi yang betul. Kena hafal peta setiap nombor saluran untuk disampaikan pada pengundi yang hadir. Pusat mengundi saya bertugas ada 16 saluran di 3 blok. Hafal!
|
Rajin mereka ni. 'Adik-adik' umur 18-19 tahun dah sumbang bakti pada negara. |
Tugasan lain termasuk tukang tolak kerusi roda, tukang payungkan pengundi (mujur cuaca elok, tak hujan), tukang contact ketua bila ada pengundi nak mohon tukar ke saluran tingkat bawah atas pelbagai alasan, tukang menenangkan pengundi yang komplen beratur panjang, tukang pasang telinga jadi pendengar semua pengundi nak luahkan komplen, cadangan, kecaman 😂.
Kita dapat lihat kesungguhan semua pengundi menjalankan tanggung jawab sebagai pengundi. Ramai warga emas dan oku turut hadir. Sebelum 7.30 pagi dah ramai menunggu. Ikut pengalaman kali ini, ramai pengundi keluar mengundi awal pagi. Mungkin risaukan cuaca yang belah petangnya biasa-biasa hujan. Jadi memang sesak pagi dan beratur panjang terutamanya warga emas😢.
|
Ramai dah menunggu
| Geng KPDP ready
|
|
|
Stesen tugas KPDP (Kerani Penyemak Daftar Pemilih)
|
Selepas pukul 2 petang keadaan agak reda kecuali di beberapa saluran umur 38-40an. Petugas yang mana mengundi di pusat mengundi berdekatan boleh keluar mengundi dengan kebenaran ketua. Kena bergilirlah dengan yang lain. Mana-mana petugas yang mengundi luar daerah, kami dapat buat undi pos.
|
Done my part. Saluran 6 di pusat yang sama.
|
Lepas ni kalau nak mengundi saya nak datang pukul 4.30 ke atas 😂serius lengang tak perlu beratur. Tapi apa-apapun kena pastikan masa operasi pusat mengundi tu. Sebab ada tempat yang tutup seawal 2 petang. Tempat kami pukul 6.00 petang tutup.
|
Pakcik paling cool lagi 5 minit nak tutup pusat mengundi baru datang 👍 |
Untuk petugas PAPM dan KPDP waktu bertugas sehingga 6.30 petang selepas kemas semua peralatan. Petugas paling awal check put. Petugas lain macam yang kira undi dan ketua tempat mengundi masih bertugas sehingga lewat malam. Yang awal ni pun esoknya sakit seluruh badan. Ada kawan-kawan yang demam urat juga 😂. Merasalah! Apapun ia adalah pengalaman yang sangat berharga.
|
PAPM dan KPDP and abam polis |
Sekian. Wassalam.
norlizaothman
No comments:
Post a Comment