Wednesday, 2 November 2022

Family Camping @Hulu Tamu Eco Resort, Batang Kali, Selangor | 23 - 25 Okt 2022

Assalamualaikum dan hello :) 

Hulu Tamu Eco Resort

1st time pacak khemah di Hulu Tamu Eco Resort (HTER) untuk tahun 2022. Last pacak Krismas 2021 @PD. Disebabkan lama nau tak pacak, barang dah merata tak tau kat mana. Then siap terlupa bawa macam-macam. Paling sadis tertinggal bahan masak utama untuk menu yang dah plan. Guna apa ada je la tapi masing-masing dok komen lapar 😅. CO kena buat mini market juga kot nanti sebab nak ulang alik meredah ladang kelapa sawit dan jambatan besi itu macam tiada kekuatan 😆.

(update Nov 2022 : CO dah ada sediakan vending machine di tapak 😍)

Laluan masuk ke HTER melalui ladang kelapa sawit.

 
Pagar buka dan tutup sendiri.


Overall dari pemerhatian saya, campsite ini sangat well maintained dan dibina dengan teliti. Fasiliti di forest area memang sangat memuaskan. Campsite ini pun sangat sesuai untuk newbies camping sebab fasiliti sangat baik. Kami pun InsyaAllah sure repeat tapi itulah susah nak ada kosong.

HTER ni campsite yang selalu full booked. Susah nak dapat especially weekend. Even yang ni secara kebetulan saja-saja check tiba-tiba pula ada kosong masa cuti sekolah Deepavali. Mungkin ada yang batalkan tempahan saat akhir. Cuma tinggal lot no. 24 (forest area) ni saja. Lain fully booked.
 
Dah booked dan bayar semua, tiba-tiba terbaca orang share dalam group camping yang kata ELAKKAN lot no.24 ni sebab bermasalah🤦🏻‍♀️. Kalau hujan sini jadi mini sungai. Gitulah komennya. Bila search lagi info memang ada campers yang camping disitu September lepas bagitahu lot 24 ni memang tak dibuka untuk booking. Serba salah jadi nak batalkan booking atau redah je 😥. Lastly teruskan juga plan sambil fikir-fikir macam mana nak uruskan masalah ni nanti.
 
Kawasan forest area lot 23-26 (tak sempat belek lot lain), tapaknya diratakan batu chipping stone. Antara kebaikannya yang saya tengok, bila hujan, air mengalir di bawah batu dan tak mengalir direct di bawah lapisan ground sheet/khemah, ground sheet juga bersih dari kesan tanah berlumpur disebabkan hujan. Khemah pun kurang berpasir sebab tak ada contact sangat dengan kawasan berpasir. 

Forest Area dilapisi chipping stone.
 
Untuk isu lot no.24, hari pertama hujan agak lebat jadi dapat lihat kawasan belakang khemah ada air bertakung. Jadi awal-awal saya dah klip ground sheet ke khemah so air mengalir ke bertakung ke kurang risiko meresap masuk dalam tent. Kami guna air mattress untuk tidur so apa-apa hal tidaklah rasa tidur atas air/lantai basah. Flysheet pun peg setiap sudut dan tetapkan laluan air hujan turun tak tuju setempat. Sambil-sambil doa cuaca tak bertambah buruk 🤲🤲. 2nd day petang hujan renyai dari petang ke malam tapi Alhamdullillah tak ada bertakung air.

(update Dis 2022: CO maklum biasa campers akan dimaklumkan dulu tentang isu puddle di lot 24, terpulang pada campers nak teruskan atau tidak).

Air bertakung di bawah khemah bila hujan lebat. Ditambah lagi jiran buang air yang bertakung dari tarp diorang.
 
Untuk isu water ponding ni ada campers kata CO dah buat macam-macam untuk perbaiki. Rasanya kena treat/strengthen base tu, level dan compact balik sebelum lay chipping stone. Sebab kalau base yang mendap, akan sentiasa ada water ponding bawah chipping stone tu. (Pendapat sekupang je based on kerja jalan✌️ ).
 
Walau bagaimanapun, antara tapak 23-26, saya rasa masih akan pilih no.24 sebabnya:
1. Privacy - pintu tent tak menghadap mana-mana tent lain. Yang berdekatan facing 24 adalah surau terbuka (jarang orang guna) dan kiri sikit ada pondok buluh (penggunaan siang shj).
2. Paling dekat dengan surau terbuka
3. Paling dekat dengan tandas
4. Dekat dengan sungai

 
Tandas dari pandangan Lot 24


Review campsite :
---------------------------

Campsite: Hulu Tamu Eco Resort (HTER), Batang Kali, Selangor
Tarikh : 23 - 25 Oktober 2022 (3H2M)
Tapak : Forest Area, Lot 24
Kos: Forest Area RM100/mlm
Check in 2.00ptg, Check out 12.00 tgh hari
 
1. Campsite ⭐⭐⭐⭐⭐
Well maintained, teratur, bersih. Jarak antara lot tak rapat sangat, just nice antara tent. 
 
2. Sungai ✅⭐⭐⭐⭐
Most kawasan sungainya cetek. Ada juga bahagian yang dalam di area river bend. Sungai ada bahagian teramat berbatu (kena pakai watershoe, sakit woo kaki), ada juga bahagian berpasir. Bahagian berbatu arus deras sikit. Kena awasi anak-anak. 
 
3. Tandas ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Tandas duduk. Bersih, wangi.
Bahagian forest area - 4P & 3L (berasingan)
(Bahagian main camp kalau tak silap toilet situ sharing L&P)
 
Toilet, sinki, paip, fist aid kit

4. Shower ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Air laju, setiap unit ada penyangkut kat pintu, cermin 😍, paip untuk wudhu, shower head.
Bahagian forest area - 4P & 2L (berasingan)
 
5. Sinki ✅ ⭐⭐⭐⭐⭐
Belakang ladies shower ada 3 unit, belakang toilet lelaki ada 3 unit.
 
6. Plugpoint ✅ ⭐⭐⭐⭐⭐
Disediakan disetiap tapak. Extension 2m pun ok tapi kena park tent rapat dengan plug. Disarankan bawa 5m ke atas. Tapak 24 tengok ada 2 plug point. Di main camp 1 plugpoint each lot. Lot-lot Forest Area yang lain tak sure

Plugpoint dekat aje di setiap lot.
 

7. Wagon ✅ ⭐⭐⭐⭐⭐
Campsite ada sediakan so kalau tak nak bawa wagon sendiri pun ok. Kena sharing dengan campers lain je la. 
 
8. Lampu ✅ ⭐⭐⭐⭐⭐
Tandas sentiasa terang.
Kawasan campsite waktu malam tak gelap pun sebab ada lampu dipasang.
Tak guna pun torch light/headlamp yang dibawa.
 
9. Tong sampah ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Ada 2 unit berdekatan sinki.
Sampah diuruskan oleh CO.
 
10. Surau ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Surau konsep terbuka. Bersih. Forest Area 1 buah, Main Camp 1 buah.
 
11. Telco
Unifi 😥❌
Celcom ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Terpaksa menumpang kasih hotspot laki den 😆.
 
12. Parking ✅⭐⭐⭐⭐⭐
Parking kereta di Kawasan yang dikhaskan sahaja. Tak boleh park sebelah khemah. Ada tempat untuk load/unload barang then gunakan kemudahan wagon yang disediakan untuk ke tapak khemah ande. Bawa wagon/troli sendiri jika ada. Masa berjalan kaki dari tempat unload barang ke tapak 24 dalam 2 minit.
 
Jom layan gambar-gambar 😃


Wagon campsite ada sediakan

Pondok untuk sewa day trip

Sungai di hadapan pondok ada bahagian dalam juga

Sungai berhadapan Forest Corner juga ada yang dalam di bahagian river bend.

Water tubing kanak-kanak ok. Kalau adult mencabar sikit sebab sungai cetek berbatu-batu.

Watershoes wajib. Batu-batunya menyucuk hingga ke jiwa 😄

Kalau nak layan hammock sesuai ambil Lot 23 (pokok besar2 dan banyak)

Tenang is good. Indah semua ciptaan Ilahi.

Menu day 1 tak sempat snap elok-elok semua kelaparan 😆

Menu Day 2


Menu breakfast Day 3

Tanda hadir.

No comments:

Post a Comment