Showing posts with label HaruHaru Takoyaki. Show all posts
Showing posts with label HaruHaru Takoyaki. Show all posts

Tuesday, 17 January 2017

HaruHaru Takoyaki ~ Homemade Takoyaki Delivery

Assalamualaikum dan hello ;D

Lama tak bersiaran. Dah mula bekerja lepas cuti bersalin bermula 3 Januari lepas. Sama macam anak-anak masuk sekolah pulak :)

Ok kali ni just nak war-warkan pada semua, kami dah mula bisnes takoyaki homemade atas nama HaruHaru Takoyaki. Takoyaki homemade, sos pun special homemade. 


HOMEMADE TAKOYAKI
Since 2014 mula buat takoyaki. Selama 2 tahun ni biasa2 buat takoyaki just untuk makan-makan famili dan majlis2 famili. Dalam pada tu ada juga request order dari rakan-rakan kami yang dah pernah rasa. Most of them memang dah jadi regular customer dah sekarang ni. Siap ada juga yang order nak bawak balik untuk kenduri kat kampung. Dah 'jejak' juga la takoyaki kami kat Kuantan dan Cherating :D



TAKOYAKI DELIVERY & SELF PICKUP 
Delivery dan self-pickup pun ada ye. Buat masa ni kita buat delivery/ pick up pada hari Sabtu dan Ahad je. Tapi if ada special request, weekdays pun insyaAllah boleh. Kena request dulu lah ye hehe.. 


Delivery cover sekitar Bandar Sunway, Subang Jaya, Shah Alam, KL, Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya.  FREE delivery untuk 100pcs takoyaki balls ke atas okey. So kalau nak buat makan-makan, kenduri ada takoyaki just Whatsapp je kami untuk order. Kita pun ada plan buat gerai 'live' kat kenduri2 ke.. so boleh golek-golek takoyaki secara 'live' kat majlis korang :D.  Apa2 boleh Whatsapp untuk pertanyaan.

FILLING MENU, PACKAGING
Buat masa ni filling yang ada adalah crabmeat, hotdog/sosej, udang dan sotong. InsyaAllah akan datang HaruHaru Takoyaki akan explore fillings dan sos yang berbeza pulak :)
HaruHaru Takoyaki datang dalam 3 jenis pek berbeza (5biji = RM5, 10biji = RM10 & 25biji = RM25). 


 FB PAGE & INSTAGRAM
Jemput 'follow' dan 'like' our FB Page & Instagram "HaruHaru Takoyaki" okey.


Sekian, wassalam... :D

Thursday, 27 March 2014

Berjaya Membuat TAKOYAKI :)

Assalamualaikum...
Tak pasti bila..
Tiba-tiba je terasa nak cuba..
.
.
.
T.a.k.o.y.a.k.i

First time try di Sushi King Aeon Jusco Rawang
Oklah jugak..not bad...

sumber : google

Lepas-lepas tu teringin lagi..suruh husband belikan kat situ, asyikla lupa walaupun memang dia dah ke Aeon Jusco tu..

Masa gi Midvalley dengan ofismate, jumpa stall Tako Tao.  Try yang isinya udang.. Okla jugak..

sumber : google

then minggu yang sama gak gi Sushi King Ikano nak jugak takoyaki Sushi King...  sebab masa tu cam teringinnnnn sangat..

Kesimpulan yang dibuat, yang Tako Tao tu ok lagi kot sebab ade fish flake & serbuk seaweed tu.. lagi menarik rasanya...

Bila husband bawa gi Tesco Ara Damansara, dia belikan takoyaki lagi.. inti ayam.. hmm macam tak berapa kena je rasanya... tapi ingatan en.suami tu amat dihargai :)

Pastu kemaruk pula gi google cara nak buat takoyaki, resipi takoyaki, mana nak beli takoyaki maker dll...
Selepas banyak survey.. akhirnya...

Bila husband tiba-tiba minta belikan barang kat Lazada [klik sini], terus masuk sekali beli takoyaki maker brand TRIO hehe...




Resipi takoyaki ambil dari LittleJapanMama [klik sini]






Perfect Crisp Takoyaki Batter Recipe (26 - 30 biji)


Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung (atau1 Tbsp katakuriko - tak tau ni apa jadi guna tepung jagung lah :))
2 biji telur (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk dashi atau serbuk stok/kiub ayam (saya guna kiub ayam)
3 tsp kicap/sos soya Jepun (saya guna kicap cair)

  1. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk sederhana besar.  Gaulkan dengan menggunakan pemukul telur (whisk).
  2. Tambahkan telur, serbuk dashi/stok ayam dan 1 cawan air.  Gaulkan sehingga sebati/licin/ tiada gumpalan tepung.
  3. Tambahkan sos soya dan baki 1 cawan air. Sebatikan.
  4. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.  Sediakan bahan lain/inti pula.
Bahan inti :
Octopus - direbus dan dipotong kepada 26 bahagian (saya guna sotong biasa aje, tak jumpa octopus lagi)
Daun bawang - hiris nipis
1~2 Tbsp beni-shoga (halia jeruk merah) - saya tak guna
Saya tambah hirisan kobis bulat..


Bahan hiasan atas:
Sos Takoyaki (atau Sos Okonomi atau Tonkatsu) - tak guna sebab tak jumpa
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Katsuobushi (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga.. asalnya tak  jumpa so guna seasoned seaweed aje, hancur-hancurkan..

Cara nak buat nye saya tengok youtube je.. oleh runnyrunny999



Nak bagi crispy/ garing, drizzle minyak kat celah-celah acuan tu sambil takoyaki tu dimasak..








Dalam pembikinan... :)... disarankan buat sambil duduk-duduk.. saya buat sambil berdiri kat kitchen counter top (nak elakkan Ammar mengacau).. tapi mak aiii sakit pinggan den :)









Siap!! Mula-mula takat buat satu batch aje.. tapi sekejapan dah habis.. Buat balik lagi satu batch :).
Mula-mula buat ni tak jumpa Ao-nori/ serbuk seaweed kat Jusco Rawang.  Later terjumpa kat Jusco Sunway Pyramid.  Tapi sampai sekarang tak jumpa sos okonomiyaki.takoyaki tu..


Takoyaki ni khas untuk Ammar.  Intinya hanya kepingan cheddar cheese :)



Kakak Husna & Abang Aliff berebut nak suapkan Ammar tersayang.. 
Saya tak rasa yang inti cheese ni tapi husband kata sedap :)

Puas hati dapat buat sendiri dan makan sebanyak yang mahu hehe :D


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.