Assalamualaikum...
Tak pasti bila..
Tiba-tiba je terasa nak cuba..
.
.
.
T.a.k.o.y.a.k.i
First time try di Sushi King Aeon Jusco Rawang
Oklah jugak..not bad...
sumber : google |
Lepas-lepas tu teringin lagi..suruh husband belikan kat situ, asyikla lupa walaupun memang dia dah ke Aeon Jusco tu..
Masa gi Midvalley dengan ofismate, jumpa stall Tako Tao. Try yang isinya udang.. Okla jugak..
sumber : google |
then minggu yang sama gak gi Sushi King Ikano nak jugak takoyaki Sushi King... sebab masa tu cam teringinnnnn sangat..
Kesimpulan yang dibuat, yang Tako Tao tu ok lagi kot sebab ade fish flake & serbuk seaweed tu.. lagi menarik rasanya...
Bila husband bawa gi Tesco Ara Damansara, dia belikan takoyaki lagi.. inti ayam.. hmm macam tak berapa kena je rasanya... tapi ingatan en.suami tu amat dihargai :)
Pastu kemaruk pula gi google cara nak buat takoyaki, resipi takoyaki, mana nak beli takoyaki maker dll...
Selepas banyak survey.. akhirnya...
Bila husband tiba-tiba minta belikan barang kat Lazada [klik sini], terus masuk sekali beli takoyaki maker brand TRIO hehe...
Resipi takoyaki ambil dari LittleJapanMama [klik sini]
Perfect Crisp Takoyaki Batter Recipe (26 - 30 biji)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung (atau1 Tbsp katakuriko - tak tau ni apa jadi guna tepung jagung lah :))
2 biji telur (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk dashi atau serbuk stok/kiub ayam (saya guna kiub ayam)
3 tsp kicap/sos soya Jepun (saya guna kicap cair)
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk sederhana besar. Gaulkan dengan menggunakan pemukul telur (whisk).
- Tambahkan telur, serbuk dashi/stok ayam dan 1 cawan air. Gaulkan sehingga sebati/licin/ tiada gumpalan tepung.
- Tambahkan sos soya dan baki 1 cawan air. Sebatikan.
- Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam. Sediakan bahan lain/inti pula.
Octopus - direbus dan dipotong kepada 26 bahagian (saya guna sotong biasa aje, tak jumpa octopus lagi)
Daun bawang - hiris nipis
1~2 Tbsp beni-shoga (halia jeruk merah) - saya tak guna
Saya tambah hirisan kobis bulat..
Bahan hiasan atas:
Sos Takoyaki (atau Sos Okonomi atau Tonkatsu) - tak guna sebab tak jumpaMayonis Japanese - saya guna Kewpie
Katsuobushi (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga.. asalnya tak jumpa so guna seasoned seaweed aje, hancur-hancurkan..
Nak bagi crispy/ garing, drizzle minyak kat celah-celah acuan tu sambil takoyaki tu dimasak..
Dalam pembikinan... :)... disarankan buat sambil duduk-duduk.. saya buat sambil berdiri kat kitchen counter top (nak elakkan Ammar mengacau).. tapi mak aiii sakit pinggan den :)
Siap!! Mula-mula takat buat satu batch aje.. tapi sekejapan dah habis.. Buat balik lagi satu batch :).
Mula-mula buat ni tak jumpa Ao-nori/ serbuk seaweed kat Jusco Rawang. Later terjumpa kat Jusco Sunway Pyramid. Tapi sampai sekarang tak jumpa sos okonomiyaki.takoyaki tu..
Takoyaki ni khas untuk Ammar. Intinya hanya kepingan cheddar cheese :)
Kakak Husna & Abang Aliff berebut nak suapkan Ammar tersayang..
Saya tak rasa yang inti cheese ni tapi husband kata sedap :)
Puas hati dapat buat sendiri dan makan sebanyak yang mahu hehe :D
Terima kasih kerana sudi membaca :)
* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.
mcm best je..mcm sedap je...syoknya
ReplyDeleterajinnye akak ni masak2 kan.. xpe.. de org tlg makan.. sy ske.. tapi tu la.. buat sje.. pastu org opis jadik mangsa.. hahahaha.. nyum2.. nak cbe gak la tako ni.. tq resepi akak..
ReplyDeleteakak..sy nak pesan..jgn beli tonkatsu sos sbb itu ada pork essence.ton maksudnye khinzir...harap maklum
ReplyDeleteterima kasih LasFaye untuk perkongsian.
DeleteAkak memang masak sendiri sos nya sebab memang tak yakin :)
Sepanjang kita masak ni kna gna api kecil ka??
ReplyDeletekalau guna api dapur gas boleh adjust besar kecil. bila kita nak mula menggolek boleh kecilkan api sebab nanti tak sempat habis goleknya dah terhangus kat bola2 lain. bila time nak garingkan, boleh besarkan sikit apinya :)
Delete