Assalamualaikum...
Perkongsian dari blog Dr. Zubaidi :)
Jenama susu terbaik untuk wanita hamil
“Salam doktor. Saya sedang hamil sulong dua bulan, bolehkah doktor cadangkan jenama susu yg terbaik bagi ibu hamil?”
Wa alaikum mus salam.
Saya merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk wanita hamil minum susu tepung berjenama kerana jika mereka boleh mengambil susu segar yang puan boleh beli dari pasaraya besar. Minum susu segar adalah lebih baik.
Namun begitu puan telah mengambil pemakanan yang seimbang, beserta dengan suplemen lain seperti kalsium, omega 3 dan multivitamin, tidak perlu puan minum susu lagi.
Jadi bagi menambah kalsium dalam pemakanan puan, selain dari pemakanan yang seimbang dan mendapat kalsium dari pemakanan seperti daging, puan mempunyai dua pilihan untuk menambahkan kalsium.
Jika puan mengalami alahan pada susu atau mengalami ceret-beret selepas mengambil susu segar atau susu tepung, puan boleh mengambil tablet kalsium.
Namun tablet kalsium boleh menyebabkan sembelit. Bagi wanita yang mengalami masalah sembelit yang kuat, boleh mengamalkan mana-mana jenama susu tepung untuk wanita hamil atau meminum susu segar.
Bagi mereka yang mengalami ceret-beret, alahan susu atau sembelit perbanyakkan makan daging merah sebagai sumber protein dan kalsium.
Wallahu a’lam.
...................................................
[PENGALAMAN SAYA]
Pengalaman saya masa mengandung Aliff pada tahun 2009, entah kenapa memang
amat amat tak suka nak telan apa-apa ubat/ vitamin sama ada yang klinik
bekalkan atau beli sendiri.. dari mula mengandung,
asid folik ke obimin ke calcium ke.. memang tak makan.. malas sungguh…
Terbuang saja. Saya
bagitau nurse still ada banyak baki vitamin tapi dia cakap dah masuk dalam
pakej bersalin.. So nak tak nak memang kena ambil saja-saja je asid folik/
vitamin tu…
Saya tahu semasa hamil memang penting untuk ambil kalsium
secukupnya.. Untuk elak kekejangan, gusi berdarah dan baby pun akan ‘ambil’
kalsium dari ibu… so memang tau sangat.. cumanya entah eh… malasss…
Sudahnya saya merasai kesan kekurangan kalsium tu berlarutan
sehingga selepas bersalin pun… Saya mengalami sakit lutut yang teramat sangat
dan tak boleh berjalan/ berdiri lama sebab akan menyebabkan tumit kaki saya
sakit yang terrrr amat sangat..
Bayangkan, masa tu umur baru je 27 tahun tapi nak turun naik tangga saya terrrpaksa berpaut pada susurtangan (handrailing) untuk mengurangkan tekanan direct pada lutut dan kalau nak berjalan.. kadang2 kena jalan berjingkit-jingkit sikit supaya tumit tak sakit.. Kalau berjalan di shopping complex memang lagi laaa… kejap aje dah cari tempat duduk.. sebab tak tahan sakit kaki.. Solat pun dah ala-ala orang tua sakit lutut, nak sujud tu kena 'turun' tangan dulu kat tempat sujud then baru turunkan lutut perlahan-lahan.. sakitnya sakitnyaaa.... huhuhu..
Bayangkan, masa tu umur baru je 27 tahun tapi nak turun naik tangga saya terrrpaksa berpaut pada susurtangan (handrailing) untuk mengurangkan tekanan direct pada lutut dan kalau nak berjalan.. kadang2 kena jalan berjingkit-jingkit sikit supaya tumit tak sakit.. Kalau berjalan di shopping complex memang lagi laaa… kejap aje dah cari tempat duduk.. sebab tak tahan sakit kaki.. Solat pun dah ala-ala orang tua sakit lutut, nak sujud tu kena 'turun' tangan dulu kat tempat sujud then baru turunkan lutut perlahan-lahan.. sakitnya sakitnyaaa.... huhuhu..
Tapi saya baru 27 tahun.. bukan 72 tahun tau?... Malu
sungguh rasanya… huhuuu…
Masa tu la baru fikir camne nak buat..
Fikir punya fikir punya fikir…
Cari maklumat.. baca… study..
Kesimpulan yang saya dapat mungkin memang kesan dari kurang
pengambilan kalsium..
So selepas tu saya terus pergi branch Shaklee untuk beli
vitamin terutamanya kalsium…
(dulu dulu namanya Calcium Magnesium.. sekarang dah tukar
jadi Ostematrix.. )
Dan saya mula taat amalkan vitamin kalsium dalam pemakanan
seharian…
Syukur Alhamdulillah… saya tak ingat masa bila sakit-sakit
lutut & tumit tu hilang sepenuhnya.. tapi hingga kini memang takde masalah
tu…
Ok tu cerita 5 tahun lepas..
Untuk kehamilan seterusnya, saya dah belajar dari pengalaman...
Untuk kali ini saya ambil Set Kehamilan Shaklee (Full Set) memandangkan umur yang dah makin banyak ni (baru 32 tahun jerr punn :)), ditambah dengan Ammar yang masih mahu menyusu badan (walaupun perubahan hormon merubah banyak jumlah pengeluaran susu badan) dan tugas dan amanah sebagai pekerja, isteri dan ibu, saya perlu komited menjaga kesihatan saya..
dan yang PASTI saya memilih suplemen Shaklee untuk tujuan itu.. :D
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Thanks for reading! :)
Nak dapatkan produk Shaklee lebih murah dari harga pasaran?
Jom daftar keahlian Shaklee anda bersama kami.. Keahlian adalah seumur hidup :)
No comments:
Post a Comment