Assalamualaikum dan hello :)
Baru aje siap dodoikan baby Ali ni. Fuhh.. anak lelaki ni asyik nak 'melekat' aje. Tidur pun asyik tidur-tidur ayam je. Sambil-sambil mata gerak-gerak buka sikit intai ada ke tak ummy dia kat sebelah.. emmm... cepat la kamu besar sikit Ali hehe...
Kali ni saja nak share pasal set lepas bersalin/ set berpantang yang saya gunakan. Actually saya tak banyak pengalaman guna macam-macam brand. Tak berani sangat nak try test macam-macam. Cari dulu sebanyak mungkin info then baru beli. Dah tu bila dah serasi dengan badan, tak ada lah nak tukar-tukar brand lagi. Setia.. gitu! :)
Bersalin kali ni saya ada juga nak cuba 1jenama ni yang berasaskan jamu. Banyak kali nak klik beli tapi hold dulu. Sebab semua anak ada sejarah jaundis. Nak pulak orang kata darah O memang tak boleh lari mana lah. Cuma sekejap atau prolong je.
Tengok-tengok Ali lama pula jaundis nya. Sampai 3minggu. Masa 1st check jaundis doktor dah pesan JANGAN ambil 4 benda ni sampai jaundis hilang.
JANGAN makan JAMU
JANGAN makan LADA HITAM
JANGAN makan HALIA
JANGAN makan KUNYIT
Hambek ngko!
1st time pantang tak ambil lada hitam/halia ni. Tapi demi anak turutkan juga.
Nasib baik la tak jadi beli set jamu tu. Kalau tak dah tentu-tentu 3 minggu tak usik. Rasa membazir lak.
So kali ni untuk penjagaan dalaman still stick dengan set berpantang Shaklee sama macam masa bersalin Zara. Lagipun masa mengandung dah memang ambil Set Hamil Shaklee. So just continue je.
Cuma saya ada tambah produk lain macam Garlic, Zinc dan Lecithin. Kenapa saya tambah??
Saya memang standby Garlic Complex masa pantang sebab tiap kali bersalin akan bengkak susu sampai demam. Garlic bagus bantu masalah keradangan yang disebabkan bengkak tu. Bertindak macam antibiotik semulajadi.
Lecithin pula kawan-kawan yang cadangkan untuk bantu lancarkan aliran susu yang tersumbat bila bengkak susu ni. Bila saluran susu tersumbat kan nanti susu yang keluar biasa sikit daripada biasa. So selain bantu dengan urut/sikat breast, Lecithin pun dapat bantu juga.
Zinc baik untuk bantu penyembuhan luka-luka. Walaupun saya bersalin normal, saya ambil juga :)
B-complex dan Ostematrix pun item penting saya masa berpantang. Masa pantang ni memang cepat stress dengan tak cukup tidur/rehat, perangai anak-anak lagi.. so wajib ambil.
Item-item lain pernah saya terangkan dalam post sebelum ni pasal set hamil. Boleh klik di sini -> Set Hamil Shaklee
Mudah je berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Telan je. Tak perlu bancuh-bancuh sangat (kecuali ESP). Lagipun tahan lama, boleh guna daripada mengandung, bersalin/berpantang dan menyusu. Pada saya berbaloi lah.
Lepas ni untuk menyusu just tambah Alfalfa je sebagai milk booster :D
Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan Shaklee. Show all posts
Friday, 11 November 2016
Monday, 20 June 2016
5th Pregnancy dan Ramadhan Kareem :)
Assalamualaikum dan hello :)
Punyalah lama nak tulis apa-apa kat sini. Last January rupanya. Busy benau tahun ni kot hehe :)
Salahkan media sosial yang melambak-lambak kat luar. Kurang perhatian pulak pada blog ni.
Banyak yang berlaku sepanjang 6 bulan tahun 2016 ni.
Perubahan pada diri saya sendiri, sekarang tengah pregnant anak ke-5. Minggu ni kandungan dah 22minggu. EDD 24 Oktober 2016. Baby tengah aktif bergerak2 dalam rahim ni :). Asalnya ingat plan nak stop masa anak 4 je tapi mana lah tau ada rezeki lagi pula. Selalu doa mohon dimurahkan rezeki, tup tup Allah bagi sorang lagi anak... Anak pun rezeki juga kan :D
InsyaAllah didoakan jadi anak yang soleh/solehah.. Jantina.. emm belum tau lagi ;). Harap-harap gigirl so Zara boleh ada geng nak main. Ni asyik kena buli dengan Ammar aje. Dah tu berjangkit jugak perangai 'kasar' Ammar tu.
Alhamdulillah kali ni masa ujian MOGTT (minum air gula), result ok, normal. So tak perlu lagi buat test BSP (blood sugar profile) yang membosankan tu hehe.. Pregnant kali ni sama macam sebelum ni, saya ambil Set Prenatal Shaklee so tak perlu nak ambil lagi vitamin dari klinik. Badan masih segar dan cergas lagi.
Tapi risau lak nak aktif sangat macam masa pregnant Ammar. Dok ke sana sini, panjat itu ini.. sudahnya keluar Ammar aktif terlajak haha! Panjat melompat tak ingat dunia. Dah berapa kali luka sana sini, gi hospital gam kulit kepala, kene seterika bagai huhuhu... Rasa nak dok diam-diam je. So anak keluar jadi sopan santun hihihii...
Allah lebih mengetahui :D
Ok apapun since kita dah dalam fasa kedua Ramadhan tahun ni (Alhamdulillah atas nikmat Allah izinkan untuk kita bersama Ramadhan kali ini).. saya dengan rendah diri memohon maaf sekiranya ada salah silap terutamanya dari penulisan saya yang entah apa-apa ni.. Semoga dengan habisnya Ramadhan tahun ini, dosa-dosa kita diampunkan Allah dan kita dan keluarga kita diselamatkan dari azab siksa api neraka.
Selamat berpuasa, selamat beribadah. Moga Ramadhan tahun ini menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.. InsyaAllah :)
Wassalam..
Friday, 7 November 2014
OmegaGuard Untuk Ibu Hamil & Menyusu
Assalamualaikum dan hai :)
Tahun 2014 dah hampir nak melabuhkan tirainya :). Hmm kat pejabat sekarang pun masing-masing tengah standby nak hadapi musim banjir nanti. SYMP!
Ok, taknak cerita pasal banjir ke ape eh.. nanti bila tiba musimnya saya cerita lah :)
JAGA PEMAKANAN SEMASA HAMIL DAN MENYUSU
Sebelum kahwin dan mempunyai anak, saya memang peminat makanan yang pedas-pedas. Mesti ada sambal cili/ cili api. Kalau takde, tak kick! Dan saya jarang memilih makan. Semua boleh balun. Takde pantang. Alhamdulillah, perut saya boleh tahan juga, takde nak angin-angin ke, sakit perut ke bila makan.
Tapi sejak mula pregnant anak 1st, saya mula ubah. Sebab, kalau kita mengandung dan menyusu badan, memang biasanya kita memang kena jaga pemakanan kita.. Sebab apa yang ibu makan tu, khasiatnya akan sampai kepada anak. Malah keburukannya pun..
Macam saya, masa menyusu, kalau makan nangka ke walaupun 1 ketul kecik, perasan mesti perut baby angin. Kalau makan terlebih pedas, baby macam sakit perut, nak jadi cirit birit. So baby akan tak selesa, meragam, asyik menangis, tak boleh tidur.
So sebagai ibu kenalah pilih makanan yang baik-baik aje kan.. Kalau mengandung, apa yang ibu makan, akan 'disampaikan' kepada bayi melalui plasenta/ uri. Kalau baby dah lahir pula, nutrien tu disampaikan melalui susu ibu.
So sebagai ibu kenalah pilih makanan yang baik-baik aje kan.. Kalau mengandung, apa yang ibu makan, akan 'disampaikan' kepada bayi melalui plasenta/ uri. Kalau baby dah lahir pula, nutrien tu disampaikan melalui susu ibu.
BERKORBAN DEMI ANAK
So bila sepanjang tempoh mengandung dan menyusu badan, memang terpaksa berkorban la.. tak boleh makan sebarangan walaupun makanan kesukaan huhuuu... Dan kalau ada makanan tu baik untuk baby, walaupun kita tak suka, kita akan paksa diri untuk telan jugak.. demi anak kan :)
Dan ibu perlu pula ambil supplemen. Penting diambil semasa mengandung dan selepas bersalin. Kalau masa mengandung, ibu-ibu selalu diingatkan untuk ambil asid folik dan kalsium. Dan berdasarkan kajian, satu lagi nutrien penting yang perlu diambil semasa mengandung dan menyusu adalah Omega-3. Tapi amat jarang kita tahu tentang manfaatnya.
Kali ni saya nak share tentang Omega-3.
Kali ni saya nak share tentang Omega-3.
MENGAMBIL OMEGA-3 SEMASA HAMIL
Omega-3 perlu diperolehi dari diet pemakanan atau suplemen sebab ia tidak dihasilkan oleh badan kita.
Kajian menunjukkan bahawa 2 jenis keluarga Omega-3 yang sangat bermanfaat adalah EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic).
EPA berfungsi menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, DHA pula menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat. Jadi penting untuk wanita hamil dan menyusu.
IBU MAKAN, ANAK PUN DAPAT KESANNYA
Omega-3 mengandungi DHA yang penting dalam pembentukan otak bayi, mata dan jantung. DHA ni sangat penting untuk janin yang masih dalam kandungan dan bayi yang telah dilahirkan sehingga berumur 18bulan tapi badan bayi tak dapat nak hasilkan sendiri DHA.
DHA ni bayi akan dapat dari ibu iaitu dari plasenta (semasa masih dalam rahim) dan melalui susu ibu (selepas lahir). Jadi ibu-ibu perlulah tingkatkan pengambilan diet makanan yang tinggi kandungan DHA ni.
KEBAIKAN DAN MANFAAT OMEGA-3 SEMASA HAMIL
Sekiranya ibu kurang mengambil diet makanan yang mengandungi Omega-3, kandungannya di dalam tubuh ibu akan semakin berkurangan. Malah untuk setiap kehamilan berikutnya, ia akan semakin berkurangan.
Penyelidikan telah mengesahkan penambahan EPA dan DHA kepada diet wanita hamil memberi kesan berikut :
- meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi.
- mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
- mencegah kelahiran pramatang ,
- mengurangkan risiko pre-eklampsia dan
- mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
- mengurangkan risiko ibu kemurungan (post-natal depression).
Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Tapi ramai yang risau tentang keracunan merkuri atau toksin lain dalam ikan tu.
Atas sebab ini, supplemen minyak ikan/Omega yang adalah sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA dan DHA. Suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang bereputasi memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tanpa risiko keracunan.
Atas sebab ini, supplemen minyak ikan/Omega yang adalah sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA dan DHA. Suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang bereputasi memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tanpa risiko keracunan.
DOS OMEGA-3 YANG DISYORKAN
ISSFAL (International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids) telah mewujudkan carta DOS MINIMUM yang disyorkan seperti berikut :
Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs : 32 mg / lb EPA + DHA
Kanak-kanak (18 bulan-15 tahun):
15 mg / lb EPA + DHA
Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA + DHA
(dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
Wanita Hamil dan Menyusu:
300 mg DHA setiap hari
TERUSKAN PENGAMBILAN OMEGA-3 SELEPAS BERSALIN
Sejak pregnant Zara, saya memang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang mana antara satunya adalah OmegaGuard Shaklee untuk mendapat khasiat DHA & EPA ni. Memandangkan saya sendiri bukan peminat/pemakan ikan. Jarang sangat saya ambil ikan dalam setahun hihii.. Telan OmegaGuard lagi mudah :)
Selain dapat 'menyalurkan' DHA & EPA kepada Zara melalui susu ibu, OmegaGuard juga dapat membantu memecahkan lemak-lemak terkumpul dalam badan saya ni, sebab ia juga sebahagian dari Set Slimming Ibu Menyusu Shaklee.
Untung kan? :)
Alhamdulillah, sejak lahir, Zara tak pernah lagi demam/selsema/batuk walaupun kakak/abangnya kadang-kadang ada yang demam/selsema/batuk.
Mungkin Zara pun mendapat khasiat Omega dari susu ibu yang dia minum :)
Dan bila 1hb haritu dapat info yang bulan ni item promosinya adalah OmegaGuard, memang super excited!!
Kenapa? Sebab 1 family dari atok nenek sampai anak cucu boleh ambil. Dari anak-anak umur 1 tahun dah boleh mula ambil. (Bawah setahun tu, kita galakkan penyusuan susu ibu lah kan :))
JOM TENGOK KHASIAT LAIN OMEGAGUARD SHAKLEE
Dah pernah ambil minyak ikan/ Omega-3??
Kalau belum, anda patut fikirkan untuk mula ambil/ consume dari sekarang. OmegaGuard Shaklee sangat sesuai untuk seisi keluarga tau. Jom sama-sama berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita.
Tapi ada baaaanyak jenama minyak ikan/ Omega-3 di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana kan?. Nak tau panduan memilih suplemen omega-3 yang berkualiti tinggi, meh tengok gambar ni okay! :)
Yang paling best lagi, OmegaGuard tengah promo ni!. Memang sangat-sangat murah kalau nak banding dengan jenama lain. Setanding dengan kualitinya sebagai Minyak Ikan Terbaik Di Dunia. Rugi sangat kalau tak ambil peluang ni.
***********************
PROMOSI NOV 2014!!
***********************
OMEGAGUARD BUY 6 FREE 1
(SAVE UP TO RM200+)
* FREE MEMBERSHIP *
* FREE POSTAGE *
* FREE 1 BOTTLE OF OMEGAGUARD *
* MEMBER'S PRICE *
* CASH BONUS *
Promosi sah sehingga 30 November 2014 sahaja.
Cepat-cepat dapatkannya ya!!
Friday, 4 July 2014
Saat Saya Tersedar Dari Lena
Assalamualaikum...
Hari ni 4 Julai bersamaan 6 Ramadhan..
Hari ni juga kandungan dah mencecah 32 minggu..
TRIMESTER KE-3 : MINGGU 32
![]() |
It's 32 weeks! |
Perubahan diri..
Oh ni memang tempoh yang dirasakan terlampau perlahan :)
Dan saya memang perasan bila masuk 3 trimester ni perut memang besawww
Ramai sangat dah tegur..
Kalau tidur terlentang tu, senak perut dan tulang belakang.
Memang kena tidur mengiring je time ni..
Baby pun sangat aktif mengeras dan meng'karate' ummy die di sana sini hihii...
SOLAT DUDUK & DIABETES SEMASA HAMIL (GDM)
Masa pregnant Aliff dan Ammar, badan agak lesu sikit. Even ada masa tak boleh nak berdiri lama. Jadi saya solat duduk je. Masa Aliff dan Ammar, agak awal juga saya dah terpaksa solat duduk.. Emmm kalau tak silap seawal kandungan 5 bulan. Pelik kan?
Kali ni Alhamdulillah sampai ke hari ni, baru-baru ni je saya terpaksa solat duduk dan hanya sekali sekala sahaja bila tulang belakang rasa sakit dan tak boleh nak berdiri lama.. Saya yakin ia kesan positif dari pengambilan supplemen yang saya amalkan sekarang iaitu Set Hamil Shaklee.
Dan yang paling menggembirakan saya adalah ujian pertama MOGTT (minum air gula) LULUS!! Maka saya tak perlu berulang-ulang menjalani ujian Blood Sugar Profile (BSP) setiap 2 minggu. Syukur Alhamdulillah!!
![]() |
rutin saya masa pregnant Ammar .. ujian BSP |
![]() |
Masa pregnant Aliff kena cucuk insulin sendiri |
Doktor ada nasihatkan untuk jauhkan jarak mengandung sebab takut diabetes tu makin tinggi/susah nak kawal kalau terlalu awal hamil semula. Malah doktor yang saya jumpa di klinik bersalin swasta siap suruh jangan pregnant lagi dah.. Sayu sungguh.. :'(
Tapi bila ujian MOGTT lulus, syukur sangat-sangat... tak tau nak cakap apa.. SPEECHLESS..
Dulu-dulu mengandung saya tak ambil sebarang ubat/vitamin sebab masa pregnant biasalah pembawakan budak lah konon kan.. (sebenarnya banyak songeh/ngada-ngada) hihi.. masa tu segala macam vitamin/ubat yang klinik bagi saya taknak makan. Malas! Tapi kesannya, SMI (Sendiri Mau Ingat) la...
KOMITED MENGHARGAI KESIHATAN TUBUH
![]() |
Prof. Muhaya |
Apa yang membuatkan saya jadi komited untuk ambil supplemen sekarang ni adalah sejak saya dengar ceramah Prof Muhaya dalam segmen Islam Itu Indah di Ikim.fm tahun lepas. Prof kata (lebih kurang ginilah maksudnya..),
Salah satu cara kita BERSYUKUR dengan Allah adalah dengan menjaga/memelihara sebaik mungkin segala nikmat/pemberian Allah. Yang mana salah satunya adalah TUBUH KITA SENDIRI.
Ya, jika kita bersyukur kepada Allah, maka kita akan tidak abuse tubuh kita.. Kita akan layan tubuh kita dengan baik-baik..
Contohnya, kita akan pastikan udara yang kita hirup adalah bersih so maybe kita invest air purifier di rumah. Air yang kita minum bersih, so kita ada water filter terbaik di rumah. Pakaian kita, kita pakai yang elok-elok.
Juga makanan/minuman yang dimasukkan dalam tubuh kita! Pilih makanan/minuman terbaik (yang kita mampu), ambil supplemen terbaik dan semulajadi, bersenam, jaga kesihatan kita.. sebagai tanda kesyukuran kita kepadaNya..
Allah kata, bila kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat kepada kita..
Cuba bayangkan bila kita tiba-tiba sakit?, kita akan berusaha sungguh-sungguh untuk sihat. Malah kadang-kadang sanggup pula guna pelbagai teknik/petua berubat walaupun tak masuk akal/ menghampiri syirik atau makan apa sahaja ubat walaupun kita taktau dari sumber mana ubat tu.. Nauzubillah..
Jadi semasa kita masih diberi nikmat sihat, jagalah..peliharalah..
Moga, bila kita berusaha menjaga kesihatan kita, maka Allah tambah nikmat kesihatan dan kekuatan menyempurnakan tiap ibadah serta tanggungjawab kita di muka bumi ini... InsyaAllah.. :)
![]() |
ummy perlu sihat untuk kamu kamu kamu juga :) |
Friday, 18 April 2014
Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee !!!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah..
Saya mula mengenali Shaklee sejak awal-awal kewujudan Shaklee di Malaysia. Masa itu, mak saya yang menjadi Distributor nya..
Saya sendiri mula menjadi ahli dan mengambil supplemen Shaklee sejak 2004. Disebabkan produk Shaklee telah banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada kesihatan diri saya, saya memutuskan untuk menjadi ahli.
Kini saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee sepanjang kehamilan iaitu Set Kehamilan.. dan insyaAllah akan diteruskan dengan Set Bersalin dan Set Menyusu pula.. :)
Set Kehamilan, Set Bersalin dan Set Menyusu memang sangat-sangat mendapat sambutan luarbiasa.. Semuanya kerana ramai orang telah sedar kepentingan mengambil supplemen..
Tapi, saya just nak share, sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua.
Alhamdulillah..
Saya mula mengenali Shaklee sejak awal-awal kewujudan Shaklee di Malaysia. Masa itu, mak saya yang menjadi Distributor nya..
Saya sendiri mula menjadi ahli dan mengambil supplemen Shaklee sejak 2004. Disebabkan produk Shaklee telah banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada kesihatan diri saya, saya memutuskan untuk menjadi ahli.
Kini saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee sepanjang kehamilan iaitu Set Kehamilan.. dan insyaAllah akan diteruskan dengan Set Bersalin dan Set Menyusu pula.. :)
Set Kehamilan, Set Bersalin dan Set Menyusu memang sangat-sangat mendapat sambutan luarbiasa.. Semuanya kerana ramai orang telah sedar kepentingan mengambil supplemen..
Tapi, saya just nak share, sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua.
Kiranya produk Shaklee ni memang sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga.
Alhamdulillah, berdasarkan feedback dari customer. Memang ramai yang sudah merasai kesannya. Mereka berpuas hati dengan set yang mereka makan. Dan syukur Alhamdulillah, ramai kini berminat untuk menjadi ahli..
Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee, jadi dalam entry kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang bagaimana dan kebaikan menjadi ahli Shaklee.
BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?
Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-
1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.
ATAU
2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.
Anda boleh hubungi kami untuk mendaftar..
Nak jadi ahli Shaklee adalah sangat mudah.
Cuma daftar, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan. Makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus.
Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat kat situ.
MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN
Just nak share, yuran keahlian yang anda bayar tu cuma SEKALI SEUMUR HIDUP. Tak payah renew every year. Boleh pakai seumur hidup.
Kalau anda cuma nak makan sendiri, tak payah maintain points bulanan atau minimum belian.
Cuma gunakan produk, dan share dengan kawan-kawan dan saudara-mara je. Kalau mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah. Iaitu 25% lebih murah daripada Retail Price.
Tapi kalau anda ingin mulakan business dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price)
2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.
3) BERPELUANG membuat bisnes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.
4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.
5) Mereka yang register dengan saya, saya akan masukkan mereka dalam sebuah group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini.
Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.
Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.
Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah.
Sebab itulah saya rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan ni.
SELAMAT DATANG
Saya nak ucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli Shaklee yang baru mendaftar di bawah group kami. Jom jadi lebih sihat dengan supplemen Shaklee!!
HEALTHIER, WEALTHIER and HAPPIER WITH SHAKLEE!!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah pengalaman sebenar mentor kami menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DI:-
Thanks for reading! :)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Tuesday, 15 April 2014
Pengalaman Menggunakan Set Kehamilan Shaklee
Assalamualaikum..
Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada :
ESP - Energizing Soy Protein
Ostematrix (calcium-magnesium)
B-complex (with folic acid)
Vitalea (multivitamin)
Vita-C
Omega Guard
PREGNANCY SEBELUM INI
Ramai yang kata nampak teruk sangat keadaan saya.. Asyik lemah je. Alahan pun boleh tahan.. Selalu terpaksa berlari nak ke tandas sebab muntah. Kadang-kadang tak sempat nak sampai ke sinki/tandas dah terkeluar isi perut. Terpaksa la ambil alih tugas cleaner tandas, cuci lantai yang dikotorkan sendiri huhuuu...
Masa tu saya mula pregnant bulan April. Disebabkan badan sangat lemah, bulan Jun itu je saya hanya datang bekerja selama 9 hari sahaja. Hari-hari lain semuanya ambil cuti kecemasan.. cuti harian..sebab tak mampu nak angkat kepala pun.. Dugaan... :)
Masak memasak?
Memang cuti memasak sepanjang trimester pertama masuk ke trimester kedua.. sebab sangat tak larat. Bau tumis, minyak pun boleh buat nak pitam..
PREGNANCY SEKARANG - Anak keempat
Pregnancy dah masuk 20minggu sekarang... Alhamdulillah, pregnancy kali ni diberikan kemudahan oleh Allah...
Ramai
kawan pejabat yang tegur nampak cergas, segar.. malah ada yang baru
perasan saya pregnant sebab tak nampak macam pregnant.. tak nampak ada
alahan, lemah longlai dll..
Jika dibandingkan dengan pregnancy terdahulu :)
Cuti yang saya ambil disebabkan alahan pun hanya 2 hari masa di awal-awal pregnancy.
Syukur...
Masak memasak pun saya rasa lain, bertenaga. Kalau saya sediakan makanan korea, penyediaannya sahaja ambil masa 1jam -1 1/2 jam berdiri.. tapi masih ok :)
Saya memang berdoa sunguh-sungguh agar Allah mudahkan pregnancy ini.. mungkin disebabkan Ammar pun masih kecil, masih mahu menyusu, masih perlukan perhatian.. maka saya memang sangat berharap tahap kesihatan saya dalam keadaan TERBAIK. Kalaulah saya kekal lemah macam pregnancy sebelum-sebelum ini... tak tahu la apa nak jadi dengan Ammar dan anak-anak yang lain... :(
Untuk tujuan itu, selain bertawakal memohon kemudahan dari Allah, perlu juga kita berusaha kan?
Jadi sebagai usaha diri sendiri, selain diet control (disebabkan sejarah diabetes semasa hamil), saya juga mengambil makanan tambahan iaitu SET KEHAMILAN SHAKLEE untuk memastikan badan saya mendapat khasiat secukupnya.
Hasil pengambilan Set Kehamilan ini
memang menjadikan badan saya lebih bertenaga dan kurang letih walaupun
rutin harian saya bermula dari bangun tidur jam 4.30 pagi, bertolak keluar dari
rumah pukul 5.30 pagi dan hanya sampai dirumah hampir jam 10.00 malam..
Kalau ikut logik akal, confirm tak mampu nak handle kan?.. tapi Alhamdulillah.. dipermudahkan...
Disebabkan
saya mengambil vitamin-vitamin ini, saya tak perlu lagi ambil vitamin
dari klinik. Malah memang tak diberi pun bila saya katakan saya dah
ambil vitamin-vitamin ini..:)
Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada :
ESP - Energizing Soy Protein
- Makanan berindek glisemik rendah (sangat baik sekiranya ibu-ibu menghidap GDM), memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
- Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
- Saya mengambil ESP sebelum makan, maka saya dapat mengurangkan makan. Bila ada GDM, saya tak boleh naik berat badan mendadak. Kena kawal..
Ostematrix (calcium-magnesium)
- Mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil
- Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
- Setiap kali pregnant saya selalu alami gusi berdarah, kejang kaki, sakit betis, pinggul, sakit lutut & tumit. Dan selalu sembelit, sukar tidur. Pengambilan Ostematrix ni amat membantu. Sehingga kini belum lagi terjadi masalah-masalah tersebut.
B-complex (with folic acid)
- Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
- Juga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok
- Bila ambil B-complex saya jarang mengantuk siang. Biasanya bila pregnant saya mesti sangat mengantuk dan tidur je masa lunch break. Dan dapat bagi kekalkan tenaga sehingga malam. Kalau tak, biasanya balik kerja sebelum maghrib dah lelap dulu ataupun pukul 9 malam dah tumbang (tidur).
Vitalea (multivitamin)
- mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
- Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan
Vita-C
- Membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita-C Shaklee bersamaan 71/2 biji buah oren
- Masa pregnant memang tak berani ambil apa-apa ubat kalau sakit demam, batuk, selsema. Baru ni saya batuk-batuk, saya ambil 2 biji Vita-C secara konsisten. Alhamdulillah.. biasanya kalau batuk saya berlarutan sampai 1 bulan, tapi kali ni masuk minggu kedua dah sembuh.. Kalau demam-demam pun memang saya ambil Vita-C sahaja, dah lama tak ambil paracetamol/panadol.
Omega Guard
- Mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi
- Saya ambil ni bila kandungan masuk trimester kedua, untuk pembentukan perkembangan otak bayi..
Saya yakin semua ibu-ibu kalau boleh memang nak dapat kehamilan yang selesa, mudah dan badan yang cergas.. InsyaAllah Set Kehamilan Shaklee ni dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan badan ibu-ibu yang hamil..
Malah, set ini juga boleh diteruskan sehingga selepas bersalin dan semasa penyusuan. Hanya tambah Zinc (selepas bersalin) dan Alfalfa (semasa menyusu bayi) sahaja..
Penggunaan yang tahan lama = menjimatkan!!
InsyaAllah ibu-ibu akan dapat banyak manfaatnya dan yang terpenting adalah KESIHATAN! Kalau ibu tak sihat, terjejas kelancaran urusan rumahtangga dan anak-anak kan? :D
Ingin rasa kebaikan Set Kehamilan Shaklee??
Inginkan isteri anda cergas dan sihat semasa hamil??
Jom hubungi kami..
Saturday, 22 March 2014
Tak ambil kisah kepentingan vitamin semasa hamil.. kesannya?..(kutanggung sendiri..huhuu)
Assalamualaikum...
Perkongsian dari blog Dr. Zubaidi :)
Jenama susu terbaik untuk wanita hamil
11/02/2014
By drzubaidi“Salam doktor. Saya sedang hamil sulong dua bulan, bolehkah doktor cadangkan jenama susu yg terbaik bagi ibu hamil?”
Wa alaikum mus salam.
Saya merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk wanita hamil minum susu tepung berjenama kerana jika mereka boleh mengambil susu segar yang puan boleh beli dari pasaraya besar. Minum susu segar adalah lebih baik.
Namun begitu puan telah mengambil pemakanan yang seimbang, beserta dengan suplemen lain seperti kalsium, omega 3 dan multivitamin, tidak perlu puan minum susu lagi.
Jadi bagi menambah kalsium dalam pemakanan puan, selain dari pemakanan yang seimbang dan mendapat kalsium dari pemakanan seperti daging, puan mempunyai dua pilihan untuk menambahkan kalsium.
Jika puan mengalami alahan pada susu atau mengalami ceret-beret selepas mengambil susu segar atau susu tepung, puan boleh mengambil tablet kalsium.
Namun tablet kalsium boleh menyebabkan sembelit. Bagi wanita yang mengalami masalah sembelit yang kuat, boleh mengamalkan mana-mana jenama susu tepung untuk wanita hamil atau meminum susu segar.
Bagi mereka yang mengalami ceret-beret, alahan susu atau sembelit perbanyakkan makan daging merah sebagai sumber protein dan kalsium.
Wallahu a’lam.
...................................................
[PENGALAMAN SAYA]
Pengalaman saya masa mengandung Aliff pada tahun 2009, entah kenapa memang
amat amat tak suka nak telan apa-apa ubat/ vitamin sama ada yang klinik
bekalkan atau beli sendiri.. dari mula mengandung,
asid folik ke obimin ke calcium ke.. memang tak makan.. malas sungguh…
Terbuang saja. Saya
bagitau nurse still ada banyak baki vitamin tapi dia cakap dah masuk dalam
pakej bersalin.. So nak tak nak memang kena ambil saja-saja je asid folik/
vitamin tu…
Saya tahu semasa hamil memang penting untuk ambil kalsium
secukupnya.. Untuk elak kekejangan, gusi berdarah dan baby pun akan ‘ambil’
kalsium dari ibu… so memang tau sangat.. cumanya entah eh… malasss…
Sudahnya saya merasai kesan kekurangan kalsium tu berlarutan
sehingga selepas bersalin pun… Saya mengalami sakit lutut yang teramat sangat
dan tak boleh berjalan/ berdiri lama sebab akan menyebabkan tumit kaki saya
sakit yang terrrr amat sangat..
Bayangkan, masa tu umur baru je 27 tahun tapi nak turun naik tangga saya terrrpaksa berpaut pada susurtangan (handrailing) untuk mengurangkan tekanan direct pada lutut dan kalau nak berjalan.. kadang2 kena jalan berjingkit-jingkit sikit supaya tumit tak sakit.. Kalau berjalan di shopping complex memang lagi laaa… kejap aje dah cari tempat duduk.. sebab tak tahan sakit kaki.. Solat pun dah ala-ala orang tua sakit lutut, nak sujud tu kena 'turun' tangan dulu kat tempat sujud then baru turunkan lutut perlahan-lahan.. sakitnya sakitnyaaa.... huhuhu..
Bayangkan, masa tu umur baru je 27 tahun tapi nak turun naik tangga saya terrrpaksa berpaut pada susurtangan (handrailing) untuk mengurangkan tekanan direct pada lutut dan kalau nak berjalan.. kadang2 kena jalan berjingkit-jingkit sikit supaya tumit tak sakit.. Kalau berjalan di shopping complex memang lagi laaa… kejap aje dah cari tempat duduk.. sebab tak tahan sakit kaki.. Solat pun dah ala-ala orang tua sakit lutut, nak sujud tu kena 'turun' tangan dulu kat tempat sujud then baru turunkan lutut perlahan-lahan.. sakitnya sakitnyaaa.... huhuhu..
Tapi saya baru 27 tahun.. bukan 72 tahun tau?... Malu
sungguh rasanya… huhuuu…
Masa tu la baru fikir camne nak buat..
Fikir punya fikir punya fikir…
Cari maklumat.. baca… study..
Kesimpulan yang saya dapat mungkin memang kesan dari kurang
pengambilan kalsium..
So selepas tu saya terus pergi branch Shaklee untuk beli
vitamin terutamanya kalsium…
(dulu dulu namanya Calcium Magnesium.. sekarang dah tukar
jadi Ostematrix.. )
Dan saya mula taat amalkan vitamin kalsium dalam pemakanan
seharian…
Syukur Alhamdulillah… saya tak ingat masa bila sakit-sakit
lutut & tumit tu hilang sepenuhnya.. tapi hingga kini memang takde masalah
tu…
Ok tu cerita 5 tahun lepas..
Untuk kehamilan seterusnya, saya dah belajar dari pengalaman...
Untuk kali ini saya ambil Set Kehamilan Shaklee (Full Set) memandangkan umur yang dah makin banyak ni (baru 32 tahun jerr punn :)), ditambah dengan Ammar yang masih mahu menyusu badan (walaupun perubahan hormon merubah banyak jumlah pengeluaran susu badan) dan tugas dan amanah sebagai pekerja, isteri dan ibu, saya perlu komited menjaga kesihatan saya..
dan yang PASTI saya memilih suplemen Shaklee untuk tujuan itu.. :D
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Thanks for reading! :)
Nak dapatkan produk Shaklee lebih murah dari harga pasaran?
Jom daftar keahlian Shaklee anda bersama kami.. Keahlian adalah seumur hidup :)
Subscribe to:
Posts (Atom)