Showing posts with label AlfalfaComplex. Show all posts
Showing posts with label AlfalfaComplex. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

Susu Badan Sikit?? Syarat Wajib Yang Ibu Selalu Lupa

Assalamualaikum dan hello
Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah.. aamiin..

Baru-baru ni ada seorang kawan saya bertanya cara nak tambahkan susu badan. Baby nya baru 3 bulan tapi katanya bekalan susu perahan (EBM) untuk dibekalkan kepada pengasuh nampak tak cukup. Tiap kali pam pun macam sikit je hasilnya. Beliau dah cuba milk booster jenama lain tapi takde perubahan..


Nak pulak baby keduanya ni lelaki. Nampak gaya memang berbeza sangat dari baby 1st yang perempuan. 

Baby perempuan ni biasanya memang kurang sikit menyusu berbanding baby lelaki. So bila nampak tak cukup tu memang agak merisaukan jugak lah kan. Nanti terpaksa pulak topup dengan susu tepung.

Lain anak, lainlah style nya.. Ibu lah yang kena adjust sampai sesuai dengan cara baby.

SYARAT WAJIB NAK TAMBAH SUSU BADAN
Sebenarnya hanya ada SATU syarat wajib penyusuan ni. Tapi rata-rata kebanyakan ibu (termasuklah saya kadang-kadang) tak ikut. Syarat wajib atau RULES UTAMA yang kita WAJIB IKUT dan ingat ialah konsep SUPPLY and DEMAND.

Maksudnya lagi banyak demand (permintaan) lebih banyak supply (susu ibu). 

Demand ni termasuklah bilangan direct feeding dan sesi pam/perah. Lagi banyak kali feeding/ pam, lagi banyak susu terhasil.

Konsep yang mudah tapi susah sebenarnya nak follow. Kalau ibu memang 24jam sentiasa bersama baby, in syaa Allah tak ada masalah sebab direct feeding. Tapi kalau ibu bekerja, itu yang ada masalah. 

Kalau ibu yang bekerja, wajib pam/perah susu di pejabat. Sebaiknya tentulah 3-4 kali sehari. Tapi rutin di pejabat yang kadangkala tak mengizinkan ibu tu pam/perah susu mengikut jadual.

Nak buat macam mana?
Pada saya tak ada pilihan. Memang kena cari masa juga untuk pam/perah. 

Untuk saya yang anak dah empat ni, saya dah lama nyahkan rasa malu/segan tu. So sekarang kalau memang dah sampai masa untuk pam, saya akan pam. Walaupun tengah mesyuarat, jumpa bos, tengah kursus,tengah menghadap computer atau tengah drive.

Caranya? Dah tentu cover dengan shawl. Dan saya guna pam manual Medela Harmony. Takde bunyi yang menarik perhatian 

Kalau tengah drive atau perlu menaip (guna 2 tangan), saya guna Medela Freestyle saya.


SO PERLU KE SUPPLIMEN UNTUK PENYUSUAN ?
Kalau dah ikut syarat wajib tu, perlu ke nak ambil supplimen lagi? 

Ya. Pada saya perlu. Supplimen ni bukan bertindak sebagai milk booster semata-mata tapi tujuan asalnya untuk membantu mengekalkan kesihatan ibu sama ada yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa. 

Badan ibu perlu segar, cergas, bertenaga untuk memastikan supply susu meriah. Sebab keadaan kesihatan ibu turut ada kesan kepada pengeluaran susu ibu. So ibu patut kekal sihat, tidak tertekan, cergas, bertenaga. Disinilah supplimen membantu.


Saya pernah masa baru seminggu masuk bekerja selepas cuti bersalin, dengan tambahan rutin, dengan baby baru lagi, dengan anak-anak yang ada lagi.. memang terasa stress dan keletihan yang melampau. Sudahnya baru seminggu kerja dah demam.

Untuk atasinya, saya memang amalkan supplimen. Antara supplimen yang saya amalkan adalah ESP, B Complex, Alfalfa, Vita C, Vitalea, Ostematrix dan Omega Guard yang dikumpulkan dan dinamakan Set Menyusu/ Breastfeeding (Premium Set).  Banyak ke? Untuk kebaikan anak, ibu sanggup berkorban apa saja kan? Lagipun kebaikan/ manfaat tu bukan setakat dapat kepada anak, tapi si ibu pun merasa bonus manfaatnya juga tau..  


Dan sebenarnya semua item dalam Set Menyusu/ Breastfeeding ni sama dengan Set Kehamilan dan Set Bersalin/ Berpantang. Cuma bezanya ada tambahan Alfalfa. Since saya dah gunakan dari masa pregnant dan berpantang, just continue aje semua vitamin tu.. JIMAT BANYAK! Sebabnya ada vitamin yang sebotol pun tahan lama up to 6 bulan (macam vita C dan Vitalea).

Selain dari dapat mengekalkan kesihatan saya, manfaat lain antaranya adalah kulit jadi lebih gebu dan cantik hasil amal ESP & Vita C, pembuangan lebih lawas dan lancar disebabkan Alfalfa dan Ostematrix, kurang masalah cepat lupa hasil Omega Guard, kurang migraine, stress dan kelesuan hasil B Complex dan Vitalea.. 

Dan yang paling penting, bila badan ibu sihat cergas, penghasilan susu lebih MERIAH!


SUSU IBU LEBIH PEKAT
Saya suka tau Set Menyusu ni sebab setiap kali pam, memang nampak lain susu perahan tu. Nampak lebih creamy kekuningan, pekat, menyelerakan dan mengenyangkan hihii. Kalau biasa-biasa, susu perahan nampak agak cair. 

Memang benar apa yang ibu makan tu, khasiatnya akan turut sampai kepada baby melalui susu ibu. Jadi saya pilih Set Menyusu ni agar Zara untuk sama-sama mendapat khasiat terbaik darinya..

Dan In syaa Allah akan membantu saya mencapai target penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Saya doakan anda (ibu-ibu menyusu) juga direzekikan Allah untuk berjaya menyusukan anak masing-masing sehingga 2 tahun.. insyaaAllah aamiin... 


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Tuesday, 25 November 2014

1st Time Jejak Kaki di Shaklee HQ di Sunway Pinnacle :)

Assalamualaikum 

Semoga ok-ok semuanya ye..

Nak pecahkan satu rahsia hikhik. Sebenarnya sejak Shaklee HQ pindah ke bangunan Sunway Pinnacle, saya belum pernah jejakkan kaki lagi kat sana walaupun sepelaung aje jaraknya dari rumah mak saya (sepelaung la sangattt..)


Selalunya kalau nak beli produk Shaklee, just minta cik abang sayam yang belikan. Lagi super duper senang sebab dia naik motor aje.. Pantas dan tuntas! 

Tapi semalam dengan rajinnya saya menjejakkan kaki ke Sunway Pinnacle lepas balik kerja. Since saya balik 4.30, by 5.30 petang dah sampai Pinnacle.


Parking kat level B2b, naik lif ke lobi. Disebabkan saya 1st time sampai situ, terpinga-pinga gak. Tengok ada mesin layan diri yang keluarkan pas untuk visitor. So saya pun cucuk la mykad. Tapi tiada rekod. 

Oh rupanya 1st time datang  kena register dulu kat kaunter.  Hihii.. malu le pulak. Nasib tak ramai orang kat lobi.

So bagi mykad kat pak guard kat kaunter tu. Sambil dia key-in maklumat, dia tanya “Shaklee ke?”
"Ya", saya jawab. Terkejut juga. Macam mana dia tau? Mesti ramai sangat visitor yang datang tu semuanya nak ke Shaklee. Hihii..

Lepas borak-borak dan selesai semua, pas visitor diberi berserta tunjuk ajar. Bagus betul pak guard Sunway Pinnacle tu. Saya doakan semoga Allah lapangkan rezeki beliau.

Tekan no.9. Lif akan terus naik ke level 9
Naik lif ke tingkat 9. Rupanya tingkat tu just Shaklee aje. Mula-mula keluar je saya terus meluru ke kanan. Try tolak pintu kaca.. eh eh apesal kunci ni. Kena swipe pass ke? Kena tekan bell ke? Konfius kejap. 

Mula-mula gi terjah pintu ni.. sekali silap daaa
Ni baru betul... nampak kaunter dari luar

Pusing belakang, laaa rupanya salah pintu. Ada 2 bahagian berbeza rupanya. Aduh laa.. malu lagi
Dah jumpa pintu yang betul, ambil borang dan isi maklumat order. Ambil nombor kat mesin kat kaunter 1. Tunggu giliran. 

kaunter order
Kaunter adalah sangat banyak. Kaunter order/pesanan ada 9 dan kaunter untuk ambil barang ada 3 ke 4 entah (lupa laks). Wah.. kagum. 

Teringat saya masa zaman saya join Shaklee tahun 2005 dulu, HQ masa tu kat Glenmarie. Ada 2 aje kaunter order dan 1 kaunter untuk ambil barang. Dulu branch KL pun tak wujud lagi. Bila tengok keadaan sekarang, memang nampak Shaklee sangat-sangat berkembang maju dari tahun ke tahun. Hebat!

set resdung. siapa berminat boleh wassap 0192722977
Dah ambil set resdung (Alfalfa, B-Complex & Vita C), saya round sekeliling. Nak tengok-tengok apa yang ada kat HQ ni.


Since saya datang tu lewat petang, memang lengang lah. Just ada sorang SID Chinese kat kaunter dan 2 orang tengah buat kerja dengan laptop kat meja bulat yang disediakan. Maybe check performance anak cucu cicit kot. :)


Kat sini disediakan juga 2 laptop untuk mana-mana SID nak semak akaun Shaklee2u mereka. Senang!


Dan setiap meja bulat yang disediakan, saya perasan ada plug point berdekatan setiap meja. Wah! Memang mudah sangatlah orang-orang bisnes Shaklee ni nak usung gajet/laptop masing-masing untuk buat coaching ke check order ke, duduk berjam-jam kat branch pun tak apa, tak perlu risau bateri kong sebab dah disediakan plug point. Nak caj bateri, senang!
    

Ada juga 2 bilik yang disediakan untuk discussion group. Anak cucu cicit boleh diskusi dalam tu. 



Waaa.. yang ni memang paling menarik hati saya. Rasa nak nangis pun ada. Terharu sangat-sangat sebab Shaklee sediakan Nursing Room. Senanglah kalau tiba-tiba perlu angkut Zara ke branch bila-bila. Tak risau mana nak menyusukan baby. Thank you Shaklee!! :')


Ada satu bilik besar yang dipanggil Shaklee Kids Club. Saya tak dapat buka pintu masa tu. Ambil gambar dari luar aje. Ibu-ibu boleh la tengok anak-anak main kat dalam ni dari luar sebab dinding kaca. Tak pasti sebab belum boleh digunakan ke.. tapi bilik tu khas untuk kanak-kanak bermain. Macam playroom. Ahhh best nyaaa.

Ruang display produk Shaklee
Terlepas pulak nak round satu area tu. Saya ternampak macam toilet. Tak pasti apa lagi yang ada kat ruangan tu. Kot lain kali datang boleh jenguk balik :)

Sekianlah kisah lawatan saya ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle.. Lain kali kalau ada kawan-kawan yang cam saya kat HQ, tegur-tegurlah eh.. hikhik..

Terima kasih kerana sudi membaca :)


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Tuesday, 15 April 2014

Pengalaman Menggunakan Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum..


PREGNANCY SEBELUM INI

Ramai yang kata nampak teruk sangat keadaan saya.. Asyik lemah je. Alahan pun boleh tahan.. Selalu terpaksa berlari nak ke tandas sebab muntah.  Kadang-kadang tak sempat nak sampai ke sinki/tandas dah terkeluar isi perut.  Terpaksa la ambil alih tugas cleaner tandas, cuci lantai yang dikotorkan sendiri huhuuu...

Masa tu saya mula pregnant bulan April.  Disebabkan badan sangat lemah, bulan Jun itu je saya hanya datang bekerja selama 9 hari sahaja.  Hari-hari lain semuanya ambil cuti kecemasan.. cuti harian..sebab tak mampu nak angkat kepala pun.. Dugaan... :)

Masak memasak? 
Memang cuti memasak sepanjang trimester pertama masuk ke trimester kedua.. sebab sangat tak larat.  Bau tumis, minyak pun boleh buat nak pitam..

PREGNANCY SEKARANG - Anak keempat


Pregnancy dah masuk 20minggu sekarang... Alhamdulillah, pregnancy kali ni diberikan kemudahan oleh Allah...

Ramai kawan pejabat yang tegur nampak cergas, segar.. malah ada yang baru perasan saya pregnant sebab tak nampak macam pregnant.. tak nampak ada alahan, lemah longlai dll.. 
Jika dibandingkan dengan pregnancy terdahulu :)
Cuti yang saya ambil disebabkan alahan pun hanya 2 hari masa di awal-awal pregnancy.
Syukur...

Masak memasak pun saya rasa lain, bertenaga. Kalau saya sediakan makanan korea, penyediaannya sahaja ambil masa 1jam -1 1/2 jam berdiri.. tapi masih ok :)

Saya memang berdoa sunguh-sungguh agar Allah mudahkan pregnancy ini.. mungkin disebabkan Ammar pun masih kecil, masih mahu menyusu, masih perlukan perhatian.. maka saya memang sangat berharap tahap kesihatan saya dalam keadaan TERBAIK.  Kalaulah saya kekal lemah macam pregnancy sebelum-sebelum ini... tak tahu la apa nak jadi dengan Ammar dan anak-anak yang lain... :(

Untuk tujuan itu, selain bertawakal memohon kemudahan dari Allah, perlu juga kita berusaha kan?

Jadi sebagai usaha diri sendiri, selain diet control (disebabkan sejarah diabetes semasa hamil), saya juga mengambil makanan tambahan iaitu SET KEHAMILAN SHAKLEE untuk memastikan badan saya mendapat khasiat secukupnya. 


Hasil pengambilan Set Kehamilan ini memang menjadikan badan saya lebih bertenaga dan kurang letih walaupun rutin harian saya bermula dari bangun tidur jam 4.30 pagi, bertolak keluar dari rumah pukul 5.30 pagi dan hanya sampai dirumah hampir jam 10.00 malam..

Kalau ikut logik akal, confirm tak mampu nak handle kan?.. tapi Alhamdulillah.. dipermudahkan...

Disebabkan saya mengambil vitamin-vitamin ini, saya tak perlu lagi ambil vitamin dari klinik. Malah memang tak diberi pun bila saya katakan saya dah ambil vitamin-vitamin ini..:)


Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada :

ESP - Energizing Soy Protein
  • Makanan berindek glisemik rendah (sangat baik sekiranya ibu-ibu menghidap GDM), memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
  • Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
- Saya mengambil ESP sebelum makan, maka saya dapat mengurangkan makan. Bila ada GDM, saya tak boleh naik berat badan mendadak. Kena kawal..

Ostematrix (calcium-magnesium)
  • Mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
- Setiap kali pregnant saya selalu alami gusi berdarah, kejang kaki, sakit betis, pinggul, sakit lutut & tumit. Dan selalu sembelit, sukar tidur. Pengambilan Ostematrix ni amat membantu. Sehingga kini belum lagi terjadi masalah-masalah tersebut.

B-complex (with folic acid)
  • Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
  • Juga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok
- Bila ambil B-complex saya jarang mengantuk siang. Biasanya bila pregnant saya mesti sangat mengantuk dan tidur je masa lunch break.  Dan dapat bagi kekalkan tenaga sehingga malam.  Kalau tak, biasanya balik kerja sebelum maghrib dah lelap dulu ataupun pukul 9 malam dah tumbang (tidur).

Vitalea (multivitamin)
  • mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
  • Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan
- Bila pregnant HB saya selalu  border.. Alhamdulillah ada peningkatan.

Vita-C 
  • Membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita-C Shaklee bersamaan 71/2 biji buah oren
- Masa pregnant memang tak berani ambil apa-apa ubat kalau sakit demam, batuk, selsema. Baru ni saya batuk-batuk, saya ambil 2 biji Vita-C secara konsisten. Alhamdulillah.. biasanya kalau batuk saya berlarutan sampai 1 bulan, tapi kali ni masuk minggu kedua dah sembuh.. Kalau demam-demam pun memang saya ambil Vita-C sahaja, dah lama tak ambil paracetamol/panadol.

Omega Guard
  • Mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi
- Saya ambil ni bila kandungan masuk trimester kedua, untuk pembentukan perkembangan otak bayi..

Saya yakin semua ibu-ibu kalau boleh memang nak dapat kehamilan yang selesa, mudah dan badan yang cergas.. InsyaAllah Set Kehamilan Shaklee ni dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan badan ibu-ibu yang hamil..

Malah, set ini juga boleh diteruskan sehingga selepas bersalin dan semasa penyusuan.  Hanya tambah Zinc (selepas bersalin) dan Alfalfa (semasa menyusu bayi) sahaja.. 
Penggunaan yang tahan lama = menjimatkan!!

InsyaAllah ibu-ibu akan dapat banyak manfaatnya dan yang terpenting adalah KESIHATAN!  Kalau ibu tak sihat, terjejas kelancaran urusan rumahtangga dan anak-anak kan? :D

Ingin rasa kebaikan Set Kehamilan Shaklee?? 
Inginkan isteri anda cergas dan sihat semasa hamil??
Jom hubungi kami..