Sunday, 8 February 2015

Susu Badan Sikit?? Syarat Wajib Yang Ibu Selalu Lupa

Assalamualaikum dan hello
Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah.. aamiin..

Baru-baru ni ada seorang kawan saya bertanya cara nak tambahkan susu badan. Baby nya baru 3 bulan tapi katanya bekalan susu perahan (EBM) untuk dibekalkan kepada pengasuh nampak tak cukup. Tiap kali pam pun macam sikit je hasilnya. Beliau dah cuba milk booster jenama lain tapi takde perubahan..


Nak pulak baby keduanya ni lelaki. Nampak gaya memang berbeza sangat dari baby 1st yang perempuan. 

Baby perempuan ni biasanya memang kurang sikit menyusu berbanding baby lelaki. So bila nampak tak cukup tu memang agak merisaukan jugak lah kan. Nanti terpaksa pulak topup dengan susu tepung.

Lain anak, lainlah style nya.. Ibu lah yang kena adjust sampai sesuai dengan cara baby.

SYARAT WAJIB NAK TAMBAH SUSU BADAN
Sebenarnya hanya ada SATU syarat wajib penyusuan ni. Tapi rata-rata kebanyakan ibu (termasuklah saya kadang-kadang) tak ikut. Syarat wajib atau RULES UTAMA yang kita WAJIB IKUT dan ingat ialah konsep SUPPLY and DEMAND.

Maksudnya lagi banyak demand (permintaan) lebih banyak supply (susu ibu). 

Demand ni termasuklah bilangan direct feeding dan sesi pam/perah. Lagi banyak kali feeding/ pam, lagi banyak susu terhasil.

Konsep yang mudah tapi susah sebenarnya nak follow. Kalau ibu memang 24jam sentiasa bersama baby, in syaa Allah tak ada masalah sebab direct feeding. Tapi kalau ibu bekerja, itu yang ada masalah. 

Kalau ibu yang bekerja, wajib pam/perah susu di pejabat. Sebaiknya tentulah 3-4 kali sehari. Tapi rutin di pejabat yang kadangkala tak mengizinkan ibu tu pam/perah susu mengikut jadual.

Nak buat macam mana?
Pada saya tak ada pilihan. Memang kena cari masa juga untuk pam/perah. 

Untuk saya yang anak dah empat ni, saya dah lama nyahkan rasa malu/segan tu. So sekarang kalau memang dah sampai masa untuk pam, saya akan pam. Walaupun tengah mesyuarat, jumpa bos, tengah kursus,tengah menghadap computer atau tengah drive.

Caranya? Dah tentu cover dengan shawl. Dan saya guna pam manual Medela Harmony. Takde bunyi yang menarik perhatian 

Kalau tengah drive atau perlu menaip (guna 2 tangan), saya guna Medela Freestyle saya.


SO PERLU KE SUPPLIMEN UNTUK PENYUSUAN ?
Kalau dah ikut syarat wajib tu, perlu ke nak ambil supplimen lagi? 

Ya. Pada saya perlu. Supplimen ni bukan bertindak sebagai milk booster semata-mata tapi tujuan asalnya untuk membantu mengekalkan kesihatan ibu sama ada yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa. 

Badan ibu perlu segar, cergas, bertenaga untuk memastikan supply susu meriah. Sebab keadaan kesihatan ibu turut ada kesan kepada pengeluaran susu ibu. So ibu patut kekal sihat, tidak tertekan, cergas, bertenaga. Disinilah supplimen membantu.


Saya pernah masa baru seminggu masuk bekerja selepas cuti bersalin, dengan tambahan rutin, dengan baby baru lagi, dengan anak-anak yang ada lagi.. memang terasa stress dan keletihan yang melampau. Sudahnya baru seminggu kerja dah demam.

Untuk atasinya, saya memang amalkan supplimen. Antara supplimen yang saya amalkan adalah ESP, B Complex, Alfalfa, Vita C, Vitalea, Ostematrix dan Omega Guard yang dikumpulkan dan dinamakan Set Menyusu/ Breastfeeding (Premium Set).  Banyak ke? Untuk kebaikan anak, ibu sanggup berkorban apa saja kan? Lagipun kebaikan/ manfaat tu bukan setakat dapat kepada anak, tapi si ibu pun merasa bonus manfaatnya juga tau..  


Dan sebenarnya semua item dalam Set Menyusu/ Breastfeeding ni sama dengan Set Kehamilan dan Set Bersalin/ Berpantang. Cuma bezanya ada tambahan Alfalfa. Since saya dah gunakan dari masa pregnant dan berpantang, just continue aje semua vitamin tu.. JIMAT BANYAK! Sebabnya ada vitamin yang sebotol pun tahan lama up to 6 bulan (macam vita C dan Vitalea).

Selain dari dapat mengekalkan kesihatan saya, manfaat lain antaranya adalah kulit jadi lebih gebu dan cantik hasil amal ESP & Vita C, pembuangan lebih lawas dan lancar disebabkan Alfalfa dan Ostematrix, kurang masalah cepat lupa hasil Omega Guard, kurang migraine, stress dan kelesuan hasil B Complex dan Vitalea.. 

Dan yang paling penting, bila badan ibu sihat cergas, penghasilan susu lebih MERIAH!


SUSU IBU LEBIH PEKAT
Saya suka tau Set Menyusu ni sebab setiap kali pam, memang nampak lain susu perahan tu. Nampak lebih creamy kekuningan, pekat, menyelerakan dan mengenyangkan hihii. Kalau biasa-biasa, susu perahan nampak agak cair. 

Memang benar apa yang ibu makan tu, khasiatnya akan turut sampai kepada baby melalui susu ibu. Jadi saya pilih Set Menyusu ni agar Zara untuk sama-sama mendapat khasiat terbaik darinya..

Dan In syaa Allah akan membantu saya mencapai target penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Saya doakan anda (ibu-ibu menyusu) juga direzekikan Allah untuk berjaya menyusukan anak masing-masing sehingga 2 tahun.. insyaaAllah aamiin... 


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

No comments:

Post a Comment