Wednesday, 27 March 2013

Pendaftaran Tahun 1 Sekolah Rendah Sesi 2014

March 27, 2013 6 Comments

Permohonan pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 sesi persekolahan 2014 dan 2015 Sekolah Rendah Negeri Selangor dah pun bermula pada 1 Mac 2013 sehingga 30 April 2013.

Step by step :

1. Isi borang secara online melalui laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor atau boleh juga terus ke link Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online
Kelahiran pada :
02.01-2007 – 01.01.2008 (Sesi Persekolahan 2014)
02.01.2008 – 31.12.2008 (Sesi Persekolahan 2015)

2. Selepas mengisi permohonan online, ibubapa perlu mencetak dokumen permohonan tersebut dan kemukakan ke sekolah yang dipohon untuk tujuan Perakuan Permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online.
Masa urusan : Isnin - Jumaat   8.00 pagi – 4.00 ptg.Tempat         : Pejabat Sekolah

3. Bawa bersama dokumen :
  • Sijil Kelahiran/Borang-W, atau Sijil Anak Angkat 
  • Bukti alamat tempat tinggal (Bil Elektrik atau Bil Air
  • Kad Pengenalan Ibu dan bapa/penjaga
  • Sampul surat putih bersaiz 115cm x 245cm (4” x 9”) dan setem 60sen

4. Semak keputusan permohonan bermula 16 Julai 2013


5. Ibu bapa perlu membuat Pengesahan Kemasukan ke Sekolah pada 1 - 30 Ogos 2013


6. Bagi yang permohonannya gagal, boleh buat rayuan secara online bermula 1 - 30 September 2013. 
  • sahkan dulu penempatan di sekolah asal (yg diputuskan JPN)
  • isi borang rayuan secara online. Tempoh hanya 1 - 30 September 2013
  • cetak maklumat Permohonan Rayuan + sertakan dokumen yang diperlukan, buat Pengesahan Rayuan di sekolah asal yang ditempatkan (guru besar akan memperakukan permohonan rayuan)
  • Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan selepas 15 November 2013
~~~~~ mak aii banyaknye stage die...


7. Murid lapor diri pada hari pertama persekolahan

nota : tatacara dan panduan permohonan yang lengkap, boleh rujuk disini

..............................................................................................................

Salam....


Adoii wa dah pening... 
laa ni en.suami dok tanya dah daftar Husna skolah ke belum.. 

buntu jugak tak pasti nak hantar Husna ke mana.  
Laa ni baru pindah Batu Arang. 
Nak hantar sekolah dekat dengan rumah ke?
dekat dengan ofis ke?
dekat dengan rumah mak ke?
sekolah agama lak camne?

arrangement untuk hantar-ambil camne?
naik bas ke? or van? or hantar-ambil sendiri?

kena transit somewhere gak lepas skolah..
kat mana lak?

haiyaaaaaa susahnye anak nak masuk skolah ni....

Husna next year dah masuk skolah rendah... 
oh my, aku sudah tuoooo nooo

nape anak ummy besar cepat sangat?? :'(

Friday, 22 March 2013

Jom semak arah kiblat :)

March 22, 2013 2 Comments
Baru-baru  ni bukak web e-solat nak semak waktu solat.. wahh rupanya laman ni dah berubah rupa.. patutla akhir2 tahun lepas tak dapat masuk atau lamaaaa betul laman ni nak load..

Benda baru yang saya jumpa adalah penentuan arah kiblat melalui GoogleMap.  Sebelum ni pernah try guna website lain (tak ingat namanya)..

Bila tengok dah ada kat web ni.. Alhamdulillah... Lepas ni lebih  mudah nak semak sebab kita punye sendiri kan, senang ingat :)

So jom semak arah kiblat rumah/pejabat kita betul ke tidak :D

Mula-mula masuk laman web e-solat. Taip/google aje "e-solat", confirm jumpa wensite tu..
Pilih Zon /kawasan rumah/pejabat/lokasi yang kita nak semak arah kiblat tu..
Link "Tukar Zon" ada kat tanda anak panah merah dalam gambar tu

Drop down menu untuk tukar zon.. pilih pilih...
Automatic map tu akan zoom ke kawasan/zon yang kita pilih..
Pastu kenalah kita kena zoom in sampai jumpa rumah/pejabat kita tu..
Cara zoom in? klik ikon tambah (+) tolak (-) or klik 2 kali kat map (semua tau kott :))

Ok, dah jumpa pun rumah kita.. dah dapat arah kiblat nye...
Begitulah caranya.. mudah aje kan? :)


Thursday, 21 March 2013

Termometer digital untuk bayi / anak kecil

March 21, 2013 3 Comments
A must have thing for all parents..

Maybe tak semua fikir camtu but at least untuk saya & suami, memang wajib ada...

Sebelum ada anak memang tak pernah ada pun termometer ni.. start ada anak tahun 2007, nak pulak Husna masa baby tiap2 bulan dia akan demam malam, pukul 3-4 pagi pergi klinik 24jam.. lepas2 tu memang kami simpan termometer ni kat rumah.. 

Mula2 beli jenis fever strip/ forehead termometer. Senang, letak kat dahi aje.. Dia akan ada perubahan warna kat strip tu. Nak tau suhu tengok kat mana perubahan warna tu stop. Tapi saya dapati suhu tu tak tepat so susah nak tau sama ada baby demam panas or light fever aje or ada signs ke arah nak demam..

Gambar hiasan (source pic : google)
Pastu saya beli pulak digital thermometer biasa yang boleh letak celah ketiak/ bawah lidah. Mudah jugak dan lebih tepat sebab tau suhu secara digital. Tapi masalahnya budak2 kecik ni susah nak suruh dok diam masa nak ambil suhu. Sebab perlu ambil masa sampai dia berbunyi (lebih kurang seminit kot kan? tak ingat..). 

Gambar hiasan (source pic : google)

At last saya beli digital ear thermometer. Kalau kat klinik kanak2 memang doktor biasa guna termometer telinga ni aje pun. Beberapa saat saje dah boleh dapat suhu badan. Termometer saya guna tu kalau demam dia bunyi lain dan display screen suhu tu tukar warna merah yang bermaksud demam la.. kalau tak demam screen tu warna hijau.. Senang kan? Cepat, mudah dan lebih tepat. Biasa2 termometer jenis ni jarang dapat harga bawah rm100. Biasanya lagi mahal ikut brand.

Gambar hiasan (pic source : google)

Sekarang memang kami bawa kemana2 termometer ni especially kalau travel mana/balik kampung ke.. senang.. Anak2 saya kalau demam terus suhu naik mendadak hampir ke 40degree. Biasa kalau ambil suhu badan 37degree belum kaler merah (demam) tapi saya tau tu petanda diorg akan demam. So boleh bersedia. 

Harini tengok kat web Groupon jumpa offer termometer ni.. klik sini untuk laman promo nye


pada saya murah sangat la kalau dapat rm49 aje.. offer tamat Sabtu ni je (23/3/2012 jam 00:00).. sape nak beli kena cepat :)

alahaiii nape la jaman saya dok beli benda2 ni takde promo2 cenggini huhuu...

p/s: sekarang terjebak dengan Groupon le pulak.. start pantang aritu terbukak web tu dah terbeli beberapa offer.. aiseymannnnnn...



Wednesday, 20 March 2013

Semangat baru untuk breastfeed : new cooler bag :)

March 20, 2013 6 Comments
Isnin baru ni survey nak beli cooler bag baru. Cooler bag lama tu dah bersemadi dalam en.tong.. dah koyak sana sini dah.. dah uzur pun beli sejak 2007 lagi...

Rasanya bertahun tak bukak mana2 online shopping web untuk barang2 baby ni.. Tengok dah bermacam2 jenis cooler bag dijual. Memang rambang mata lah makcik.. Dan memang rezeki betul lah kan sebab few website memang tengah ade buat sale.. macam LittleWhizFabulousMom e-mumshop...

Tapi sebab cooler bag ni urgent sangat2 nak guna. Kalau boleh memang terus gi kedai and beli direct. Dah tengok kat Babyland SS2 tapi tak banyak pilihan dan mahal2 pulak tu.. Beli online ni nak kena tunggu few days pulak... So antara kedai2 yang rasanya dalam lingkungan boleh pergi ni LittleWhiz & FabulousMom

Jenguk LittleWhiz..  berkenan few design brand Autumz ni... LittleWhiz punye sale until 14 April 2013




Showroom die kat Setia Alam.. fikir2 macam tak sempat nak rushing ke sana pulak waktu lunch break. Kalau lepas kerja pun takut tak sempat sebab tutup pukul 7pm. (maklumat showroom disini)

Try pulak tengok FabulousMom lak.. sale until 7 April 2013.. Brand JungleJingle aje yang ade.. Hmm kalau ade Autumnz kan terbaekk sebab harga lagi murah 

Lokasi pun ok.. nak pergi yang dekat MRR2 tu tak pandai jalan pulak.. so pergi branch di TTDI je..

Mula2 pilih yang ni sebab murah hehe dan terberkenan jugak dengan ruang yang besar dan ade 2 compartment berasingan.. tapi salesgirl tu cakap sejuk tak berapa lama sebab lapisan yang kekalkan kesejukan beg tu agak nipis.. alahaiii... dah cun sangat dah ni.. walaupun rupa tu tak mengancam laa :)


Belek2 yang ni pulak... hmm kalau nak sumbat pam + botol2 + icepack macam tak cukup besar aje ni... Tapi die ade corak cantik2 :)


Selepas dekat setengah jam membelek, membanding... akhirnya pilih cooler bag ni.. ada 4 pilihan warna




Ada 2 compartment berasingan. Bahagian atas boleh letak parts pam Medela Harmony saya dan few bottles 5oz. Kalau nak kemana2 kursus ke seminar ke jalan2 ke, boleh letak wallet/handphone/pen etc.. cuma wap sejuk tu masuk jugak dlm compartment atas tu, lapik aje la dengan pape.. 

Bahagian bawah boleh letak 6 botol + 3 icepack. Memang just nice. Without icepack boleh muat 8 botol 5oz tu.. tapi saya lagi suka kalau beg ni lebih lebar (banyak songeh tull) :)


Friday, 15 March 2013

Thursday, 7 March 2013

IKEA Sale 7 - 24 March

March 07, 2013 0 Comments

Tertengok kat dinding FB IKEA Malaysia... start hari ni.. aigooo sape suruh terrrrtengok?? 

Banyak2 benda yg diorang iklankan tertarik dengan satu benda ni.. 

Dari dulu dok ushar benda ni.. Tapi tengok rege, aigooo nanti2 ajelah... 
Tiba2 terasa sesuai sungguh untuk letak baju baby heheee..


Untuk tengok iklan sale diorang boleh tengok sini http://bit.ly/IKEAMYSALE

Nasib badan la bersalin takde gaji.. tengok aje laa kan huhuu...

Tuesday, 5 March 2013

Bun kacang merah ~ lagik?

March 05, 2013 3 Comments
Assalamualaikum..
Tengah cuti bersalin ni ada masa terluang sambil2 Ammar tidur, nak clear kan beberapa barang dapur antaranya tepung roti dan pes kacang merah.  Beli dah lama tapi tak buat apa pun.. Sebelum tarikh luput haruslah dikerjakan dengan segera :)

Sorry lah kalau banyak kali sangat buat bun kacang merah.. nak buat camne? kegemaran tuan tanah :)
Resipi yang sama dan boleh dipelbagaikan dengan inti2 atau topping kegemaran anda :)



Sweet Dough
Sumber : Alan Ooi

Bahan A
300 g high protein flour / 300 g tepung biasa + 1/3 sdt bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Fresh milk

Resipi ni saya buat 2 kali ganda jumlahnya (600g tepung)..

Dan macam biasa kerja menguli dilakukan oleh cik puan Breadmaker Cap Tesco saya yang dah lama berhibernasi.

Caranya : 
1. Masuk semua bahan dalam breadmaker ikut turutan : cecair -> bhn kering -> yis.
2. Tekan setting "dough" dan tunggu sampai doh siap..

Nota penting : Yis diharamkan bersentuh dengan garam

3. Dah siap uli, keluarkan doh dari Breadmaker.  Kasi tumbuk2 untuk keluarkan udara.
    Lepas tu bahagikan doh ikut banyak mana nak..
    Saya timbang doh 30g dan bulat-bulatkan tiap satu. Total dapat 37 biji bun.


4. Biar kembang dalam 20-30 minit.
5. Lepas tu leperkan, isi inti readymade, bulat-bulatkan semula dan susun dalam baking tray.
    Kalau nak buat   inti sendiri pun boleh.. sila rujuk resipi Homemade Inti/Pes Kacang Merah

6. Biar naik sekali ganda lagi baru dibakar.
    Saya bakar pada suhu 200degree celcius selama 15-17minit (bergantung jumlah bun dalam baking tray tu)