Tengah cuti bersalin ni ada masa terluang sambil2 Ammar tidur, nak clear kan beberapa barang dapur antaranya tepung roti dan pes kacang merah. Beli dah lama tapi tak buat apa pun.. Sebelum tarikh luput haruslah dikerjakan dengan segera :)
Sorry lah kalau banyak kali sangat buat bun kacang merah.. nak buat camne? kegemaran tuan tanah :)
Resipi yang sama dan boleh dipelbagaikan dengan inti2 atau topping kegemaran anda :)
Sweet Dough
Sumber : Alan Ooi
Bahan A
300 g high protein flour / 300 g tepung biasa + 1/3 sdt bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor
Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)
Bahan C
40 g mentega
Untuk Sapuan
Fresh milk
Resipi ni saya buat 2 kali ganda jumlahnya (600g tepung)..
Dan macam biasa kerja menguli dilakukan oleh cik puan Breadmaker Cap Tesco saya yang dah lama berhibernasi.
Caranya :
1. Masuk semua bahan dalam breadmaker ikut turutan : cecair -> bhn kering -> yis.
2. Tekan setting "dough" dan tunggu sampai doh siap..
Nota penting : Yis diharamkan bersentuh dengan garam
3. Dah siap uli, keluarkan doh dari Breadmaker. Kasi tumbuk2 untuk keluarkan udara.
Lepas tu bahagikan doh ikut banyak mana nak..
Saya timbang doh 30g dan bulat-bulatkan tiap satu. Total dapat 37 biji bun.
4. Biar kembang dalam 20-30 minit.
5. Lepas tu leperkan, isi inti readymade, bulat-bulatkan semula dan susun dalam baking tray.
Kalau nak buat inti sendiri pun boleh.. sila rujuk resipi Homemade Inti/Pes Kacang Merah
6. Biar naik sekali ganda lagi baru dibakar.
Saya bakar pada suhu 200degree celcius selama 15-17minit (bergantung jumlah bun dalam baking tray tu)
Nmpk senang...tp x de bm.......kena uli sendiri tu yg malas tu.....
ReplyDeleteRajinye ko....nyempat je eh..hehe
ReplyDeletealahaiii bestnya buat roti sndri...jenuh aku cari bm tesco tu..semuanya out of stock :(
ReplyDelete