Skip to main content

Masih mood roti ~ Red Bean Bun

Assalamualaikum....

Hari ni dah Selasa ehh.. hehe..lame tak update blog. Semalam pun ambil cuti ganti sebab awal pagi tu duty jaga Bilik Gerakan Bencana dari jam 12.00 tengah malam sampai jam 8.00 pagi semalam.

Kali ni masih entry pasal roti lagi.. hehe.. jemu ke? hehe.. tengok memang jemu tapi bab makan, tak jemu pun hehehe..

Yang ni special request by mr.husband. Red Bean Bun. Red bean paste pun homemade okehh =D. Kene rebus 2 kali lak tu pasal yang 1st time rebus tu saya tertido lak.. lupe lak nak pesan ngan husband utk tengokkan.. bile terjaga dalam jam 2 pagi camtu dah bau hangit seluruh rumah haha!! dah rentung dah kacang2 tu.. frust giler..(but alhamdulillah takde pape jadi hehe). nasib baik ade lagi stok kacang tu, so rebus balik. tapi kali ni rebus dalam rice cooker pasal lebih selamat kalau terlebih tido hehe..

Subuh tu start buat doh. Red bean tu blend, and masak sampai kering sikit. Then buat la red bean bun tu. Pagi2 lagi Husna dah bangun nak tolong ummy buat roti.. semangat betul!! Kalau tak bagi karang menangis merajuk pulak..

Resipi seperti kat bawah ni

Sweet Red Bean Paste
http://chinesefood.about.com/

resipi ni saya tak sukat pun dan saya tak rendam semalaman so masa memasak memang lame gilerrr. sukatan bahan main agak2 sesedap rasa aje.. tapi guna semua bahan2 yg dicadangkan ni

Prep Time: 8 hours
Cook Time: 2 hours, 30 minutes
Total Time: 10 hours, 30 minutes

Ingredients:

* 2/3 cup dried red beans
* Water for boiling
* 1/2 cup sugar
* 1/4 cup oil for frying

Preparation:

1.Wash the beans and throw out any that are damaged. Place the beans in a small to medium-sized saucepan, cover with water and soak overnight. (This helps shorten the cooking time).

2.The next day, bring the beans and water to a boil. Simmer for 1 1/2 - 2 hours, until the beans have softened, adding more water as necessary. Drain.

3.Process the beans in a blender until smooth. Remove from the blender, and stir in the sugar.

4.Heat the oil in a wok or frying pan. Fry the beans on medium-low heat (about 4 on an electric stove) for a few minutes until they are dry, pressing them gently with the back of a spatula to form a paste. Cool and use as called for in the recipe.

(Stored in a sealed container in the refrigerator, homemade sweet red bean paste will last for approximately one week). Yields approximately 1 3/4 cups.

Basic Sweet Bun
Sumber : Alan Ooi

Bahan A
300 g high protein flour / 300 g tepung biasa + 1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
Susu Segar

Cara-caranya

1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.

2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.

3. Sekiranya menggunakan breadmaker, masukkan air terlebih dahulu ke dalam breadmaker diikuti dengan tepung diikuti dengan bahan-bahan lain. Pastikan garam dan yis tidak kena antara satu sama lain sebelum ia digaul oleh breadmaker kerana garam boleh mematikan yis. Pilih mode ‘dough’ pada breadmaker. Ia akan menguli dan naik di dalam breadmaker.

4. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g. saya punye 30g & 15g (nk roti kecit2 sikit)

5. Masukkan inti ke dalam doh.

6. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.

7. Sapukan dengan susu segar di atas bun.

8. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.

pendapat saya resipi ni tak berapa ngam ngan red bean sbb tekstur/rongga roti tak padat gebu cam red bean bun yg dijual (ke saya buat tak berapa betul ehh?). lain kali nak try guna resipi roti loaf bread kot2 ok ataupun nak buat bulat2 susun rapat dalam baking tin 4segi (cam roti kentang) so roti tunggu jadi tinggi & kurus sikit. pasti akan ku CSI, lagipun husband request buat lagi red bean bun =D


:: mengisi inti red bean ::

:: dah isi inti, katupkan then bulat2 kan doh ::

:: ini husna yg buat =D ::

:: dah siap!! ::


:: ermmm shedapnyeee ::

Comments

  1. Kak Liza, post aka kebelakangan ini amat menggangu fikiran sy.. Hehehe.. (intro terpengaruh)

    Brand ape BM akak beli ni? Ade lagi x promosi tu? ehehehe... sy nak jugak :( tapi labuan ni sy xjumpe lagi yg murah cmtu

    ReplyDelete
  2. Jane : sorry le kalau mengganggu hahaha!!.. nak buat camne, asyik masyuk sekarang dengan roti.

    Akk beli brand Tesco aje.. Brand Tesco dijual di Tesco aje la.. kalau kat Labuan takde Tesco, kene mai semenanjung lah ye hehe.. promosi cam dah takde, harga sekarang rm249. masih murah kalau nak compare dengan brand lain. ...

    ReplyDelete
  3. husna ade bakat la.. & bun tuh nampak sgt sedap okeh!!!

    ReplyDelete
  4. ninie: aku akan train die jadi assistant buat kek pasnih.. tunggu la die beso sikit hehehe =D

    ReplyDelete
  5. alaaa...asik wat roti je..geram tgk..bak mai la sini sikit. heheh... :)

    ReplyDelete
  6. Mak sy ternampak sy dok tilik page akak ni. Tak pasal2 mak sy fire dgn soalan bertubi2 kat mane beli? ade lagi tak promosi? Berat ke ringan? Mcmana mesin tuh boleh menguli dam membakar sekali gus? Fenin sy kak liza. Siap suh sy carik online. hahaha.

    Berat tak kak BM tuh? agak2 brp kg? Ehehe..kalau ok nak suh adik pos je.. Hahahaha (Bersungguhnye aku..~~)

    ReplyDelete
  7. wah..husna pun da teror cam uminya gak..
    ni rasa tercabar ni.hehe =p

    ReplyDelete
  8. btul la ckp kwn ko tu..
    post ko skang sgt menganggu jiwa aku..

    aku mmg giler roti segala bun bagai ni.hehe..ni nak kena blaja dr resepi ko ni.tp,kena tggu aku pindah dulu la..kapau gile umah aku skang.keke

    ReplyDelete
  9. che pah: maii ler datang KPI, ade bawak sardine loaf utk tea time nanti =D

    -------------------------------------
    jane: jawapan nye
    1. mane beli - tesco damansara (mane2 tesco pun ade)
    2. promosi? - dah takde rasenye but harga die rm249 je.. masih sangat murah
    3. berat/ringan? - berat dlm 5-6kg kot. boleh je angkat sorang2
    4. macam mana leh uli & bakar? - mmg die ade function tu semua. kite just letak bahan ikut turutan, pilih setting nak buat doh aje ke, nak roti basic ke, tekan on, tunggu siap. die akan uli (cam pakai mixer gak), pastu perap, pastu bakar.

    soh je adik pos hehehe =D

    -----------------------------------------
    ashra : husna tu mmg minat masak2 ni. aku suka gak nak ajar die tapi kecik benor lagi =D
    kalau ko suka roti/bun, ade breadmaker memang pilihan tepat lah. tapi kalau nak buat bun/roti pintal2 tu kene ade oven gak lah pasal nak bakar luar breadmaker. uli je guna breadmaker

    ReplyDelete
  10. Salam..nk tnya,sekali masak bpe roti dpt bakar kalo buat bun mcm ni?msk sekali dgn pan tu ke?

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam @solehah86

    berapa banyak tu ikut berapa besar roti yang kita buat. Kalau 30g, boleh dapat 18-20 biji kot.

    Kalau solehah maksudkan tray/dulang pembakar tu, ya, memang masuk sekali tray tu dalam oven semasa bakar roti. :)

    harap membantu..
    kalau ada apa-apa lagi boleh tanya ye...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …