Monday, 1 November 2010

Semangat membuat roti : Sausage Roll & Choc Bun

Assalamualaikum...

Roti ni buat Sabtu lepas untuk sarapan.. ececehh.. mentang2 dah ade breadmaker, semangat betul nak meroti ni hehehe.. Jumaat malam tu sms husband minta belikan sosej. Sampai aje rumah dia tanya "nak buat roti sosej ke".. sengih aje laaa..macam tau2 ajee =D

Berangan dah lama nak buat roti ni sebab memang suka roti ni =D.. Since dah target nak buat untuk sarapan, sebelum tidur masukkan semua bahan2 dalam Breadmaker Tesco ku iteww.. start dengan bahan cecair..next bahan kering..and last sekali masukkan yis. Tengok manual tulis kalau setting Dough ambil masa sejam setengah (uli 30minit, perap 1jam). So buat setting Dough, pastu set Delay nak breadmaker tu start pukul 5.00 pagi. So that by 6.30 pagi doh akan siap sedia untuk dibentukkan.

Pukul 6.45 pagi jenguk breadmaker.."fuhh cun! doh ni dah siap!!"

So mula la sesi membuat Sausage Roll ni.. bentuk lilit memang OUT la.. keras kejung tangan, takde seni langsung hehe.. dah siap semua, biar roti kembang balik 45minit, then baru bakar.

Kitorang semua memang tak sabar la nak makan roti tu.. Husna pun dok la tanya "bila nak siap..lambat lagi ke.." Dah siap bakar, memang tak sempat sejuk terus ngap.. fuhhh... lembut membelai tekak hehehe.. best!!! Aliff pun nampak kami makan, dok cakap "nak!! nak!! nak!!"

Untuk roti ni saya guna resipi Sosej Roll dari blog Mat Gebu.. kat situ ade mention satu adunan ni dapat 14 biji. Since satu peket sosej tu ade 10 batang aje, 4 bahagian lagi tu saya buat bulat2 isi inti chocolate chip aje..

Rasa macam banyak la 10 biji sausage roll dengan 4 chocolate bun.. ingatkan nak le hantar kat mak sikit.. tapi sorry la mak.. kami dok ngap ngap ngap.. tak sedar tinggal le 4 biji aje.. simpan untuk tea time hehehe.. So semuanya habis hari yg sama =))

Resipi seperti dibawah.. saya copy paste dari blog Mat Gebu


SAUSAGE ROLL (Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram tepung
roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus

10 g susu tepung (saya guna coffemate aje)

1/4 camca teh bread improver (saya tak letak)
1/4 camca teh bread softerner
(saya tak letak)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)

6 gram instant yeast
(saya guna mauripan)
20 g mentega
(saya guna minyak jangung aje)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

14 batang sosej "Ayamas"
(saya ade 10 batang aje =D)
Bijan untuk hiasan
(saya guna breadcrumbs/serbuk roti)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

:: Doh dah siap diuli oleh Cik Breadmaker ::

:: Siap sedia untuk dibakar ::

:: My Sausage Roll (huduh nye rupe roll nye) ::

:: Chocolate Bun ::

Ajak Husna posing dengan roti, jadi model roti Ummy die.. sekali die kasi posing maut punyeee =)). Seriusss, ummy die tak suruh posing camtu yerrr... =D

:: gaya menggoda giteww ::

:: mari la cuba Roti Ummy.. freshly baked!! ::

4 comments:

  1. perghh..bes giler ada bread maker,aku sgt suka makan bun bun ni..pernah berangan nak bukak bakery dulu2 masa sekolah..

    emm,mana satu nak pau hubby ni,bread maker ke,mesin jahit..(aku teringin tul pandai jahit langsir gak)..

    ReplyDelete
  2. ashra:
    aku pun pernah request mesin jahit kat husband.. buat donno gak hehehe.. aku pun minat nak blaja jahit2 ni.. arituh pinjam SIL aku nye sbb nak jahit langsir (jahit biasa aje), tapi dapat buat 4 panel aje..pastu takde masa (+malas)..sudahnya SIL aku habiskan jahit, husband bayar upah hehe..

    ReplyDelete
  3. amboi.. bukan main lagi husna posing..

    ReplyDelete
  4. weiii aku jeles tgk roti ko...
    nk skit bley??? hehehhe....

    ReplyDelete