Thursday 10 December 2020

Sulaman : Tutorial PE Design 10 - Keychain Nama Snap Tab

Assalamualaikum & hello πŸ’š.


Sharing tutorial untuk design / digitize design sulam keychain nama jenis snap tab menggunakan software design PE Design 10.

Wednesday 18 November 2020

Sulaman : Tutorial Cara Save / Convert Fail Sulam Format EMB kepada PES, JEF, DST Sekaligus

 Assalamualaikum dan hello πŸ˜‰

Tutorial Save / Convert fail sulam software Wilcom EMB kepada pelbagai format untuk mesin sulam yang berlainan seperti Brother (PES), Janome (JEF), Tajima (DST) dan lain-lain mesin SEKALIGUS.

Tak perlu lagi save/convert satu persatu. Cepat dan mudah 😁

Saturday 24 October 2020

Sulaman : 14 Benda Wajib Ada Untuk Sulaman Mesin

 Assalamualaikum dan hello πŸ’™.

Video kali ni just sharing bagi beginner / newbies dalam bidang sulaman mesin. Apa barang/alatan/bahan yang diperlukan untuk menyulam serta tips penggunaan.

Ini cuma sebagai panduan asas sahaja dan boleh diubahsuai ikut keperluan sendiri.

Kebanyakan bahan/alat boleh dibeli melalui online cth Shopee. Sebab tak banyak kedai fizikal yang menjual bahan sulaman terutamanya WSS dan stabilizer.

Wednesday 19 August 2020

Resipi Waffle Yang Senang Aje Pun :) (Buttermilk Waffle)

Assalamualaikum dan hello:)

Hai waffle πŸ˜‹

Rasa lama tak buat waffle kat rumah. Hampir terlupa waffle maker Russell Taylor dalam gerobok πŸ˜€πŸ˜‚. Tiap kali nak buat waffle mesti google balik resipi. So kali ni simpan sini senang nak rujuk sendiri.

Tak susah mana pun nak buat waffle sendiri walaupun tak guna tepung premix. Guna bahan-bahan yang biasa je kat dapur.  Resipi ni ambil dari Anna Olson my favourite chef hehe. Resipi Buttermilk Waffle.

Sunday 16 August 2020

Asbab PKP berjaya membaca..

Baca novel aje lah pun. Fiksyen πŸ˜…

Antara buku yang berjaya dihabiskan

Assalamualaikum dan hello 😁.

Masa berkurung start PKP Mac tempoh hari memang banyak keluar kempen membaca kan. Walaupun mula-mula agak suam sikit nak mula maklumlah bertahun juga tak buka buku ni. Ralit dengan segala macam media sosial. Rugi. Berjam juga habis menghadap sudahnya.

Banyak apps yang offer untuk baca buku online tapi banyak jumpa yang kena beli ebook tu. Yang boleh baca novel free, tak jumpa. Sehinggalah jumpa apps PNM eReader. PNM stands for πŸ‘‰ Perpustakaan Negara Malaysia. Means, boleh pinjam buku TANPA keluar duit (or beli). Yeahh boleh baca novel free😍.

KLIA2 dan PKPP

 Assalam... 

KLIA2 in PKPP. 

Serius lengang. Sunyi sangat.

Banyak kedai tak beroperasi dan peliknya McD pun tutup 😰. Staf kat FM bagitahu, since start PKP Mac tutup sehingga kini.

Nampak serius. 

Dalam pada ada yang ok ok kerja dan pendapatan tak terkesan sangat dengan PKP (dan stages seterusnya), boleh nampak industri pelancongan terkesan sangat. Nak pula mostly border semua tutup. 


Tak ketahuan berapa jiwa yang terkesan. Moga dipermudahkan urusan semua insyaAllah.






 Wsalam .

Tuesday 7 January 2020

1st post of 2020

Assalamualaikum dan hello :)

Alhamdulillah 2020 is here, finally.

Kalau dibandingkan masa awal-awal diwujudkan Wawasan 2020 dan compare dengan 2020 sebenar yang sekarang ni, memang banyak perbezaan dan kemajuan. Dari zaman sekolah belanja 50sen dah cukup beli air dan makanan, sekarang anak-anak pun kena bawa duit dalam lingkungan rm5 untuk dapat macam mana kita dapat dulu. Dari zaman naik bas loncat-loncat, sekarang dah guna LRT, MRT je. Banyak lagi pembangunan dan kemajuan yang kita lihat. Syukur atas nikmat.

Review tahun 2019, banyak benda tak achieve dan banyak masa terbuang especially dengan medsoc. Blog pun 2 post aje tahun lepas hahaha. Tahun ni ada azam nak contribute more to other people. Kalau bukan dari segi kewangan pun, jariah dari segi penulisan, ilmu, tutorial, tunjuk ajar, review or anything yang boleh bantu orang dari pelbagai segi.

Tahun berganti means umur semakin meningkat. Moga jadi orang yang lebih baik.