Showing posts with label Resipi : Kuih Muih & Snek. Show all posts
Showing posts with label Resipi : Kuih Muih & Snek. Show all posts

Wednesday, 19 August 2020

Resipi Waffle Yang Senang Aje Pun :) (Buttermilk Waffle)

Assalamualaikum dan hello:)

Hai waffle 😋

Rasa lama tak buat waffle kat rumah. Hampir terlupa waffle maker Russell Taylor dalam gerobok 😀😂. Tiap kali nak buat waffle mesti google balik resipi. So kali ni simpan sini senang nak rujuk sendiri.

Tak susah mana pun nak buat waffle sendiri walaupun tak guna tepung premix. Guna bahan-bahan yang biasa je kat dapur.  Resipi ni ambil dari Anna Olson my favourite chef hehe. Resipi Buttermilk Waffle.

Thursday, 17 September 2015

Frozen Birthday : Marshmallow Lollipop

Assalamualaikum...

Another sharing antara snek masa jamuan birthday Husna & Zara tema Frozen yang lepas. Konon-konon nak buat makanan pun tema ala-ala Foren la..

Standard warna tema Frozen ni biru, silver, putih dan ada juga pink purple melambangkan warna Princess Anna. Tapi yang ni ada extra sikit letak warna coklat. Kontra sikit hihi..

So antara snek yang disediakan adalah Marshmellow Lollipop.  


Bahan-bahan:
Marshmellow
Batang lollipop 
coklat putih (cairkan dalam mangkuk)
chocolate rice/ sprinkles berwarna - masukkan dalam mangkuk kecil

Bahan-bahannya

1. Cairkan coklat putih

2. Celup batang lollipop dalam coklat putih, dan cucuk marshmellow


2. Susun yang dah siap cucuk
3. Celup separuh marshmellow dalam coklat putih dan celup dalam bekas sprinkles/ chocolat rice.
4. Siap hidang





Thursday, 11 September 2014

Jom Main Masak-masak - Sosej Roll

Assalamualaikum.. 

Saje-saje bila scroll gambar-gambar dalam FB Album, ternampak gambar ni.  Aktiviti masak-masak dengan Husna. Buat Sosej Roll aje pun :)

Masa ni Husna baru 3 tahun tapi minat sungguh masak-masak ni..

Jom tengok! Mana tau, boleh jadikan idea untuk aktiviti anak-anak kawan-kawan :)

JOM MAIN MASAK-MASAK BERSAMA CHEF HUSNA - BUAT SOSEJ ROLL



BAGUSNYA AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK

Husna memang suka la menolong kat dapur (or actually menyebok). Kalau ikutkan ummy die ni tak berapa suka budak-budak

Monday, 14 July 2014

Resipi : Burger Malaysia / Pau Sambal

Burger Malaysia / Pau Sambal

Assalamualaikum dan hello...

Lama dah post ni ber'title' draf hihii..
So share aje lah kan..

Tiba-tiba hari tu kemaruk nak cuba buat burger malaysia a.k.a pau sambal ni bila terpandang entri seorang rakan di FB.  Tak pernah buat tapi antara my favorite kuih juga. Terutamanya bila dapat sambal yang ummphh dan rasa yis dalam pau tu tak melampau sangat.

Burger Malaysia/ Pau Sambal yang saya buat ni tak guna inti sambal tumis. Kebetulan ada lebihan masakan sardin, lenyek-lenyek isi ikan untuk jadikan inti burger malaysia/ pau sambal ni.. 

Recycle apa yang ada je.. elakkan pembaziran :)

Resipi ni ambil dari blog Cik Mat Gebu [klik sini] jadi ni copy paste aje lah ye..
Letak kat blog sendiri supaya senang nak refer balik  bila-bila masa teringin nak buat :)

RESIPI BURGER MALAYSIA / PAU SAMBAL

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh instant yeast (mauripan)
100 ml air suam
Sambal tumis secukupnya - saya guna sambal sardin
Hirisan timun secukupnya (10 keping)
Sedikit daun salad (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bancuh instant yeast bersama 50 ml air suam dan 1/2 camca besar gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.
  2. Sementara itu masukkan tepung baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  3. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  4. Kemudian bahagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun dan selitkan sedikit daun salad, jika suka. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....

NOTA :

  • Resipi ini akan menghasilkan 10 biji pau sambal bersaiz sederhana, takde lah besar sangat. 
  • Selalunya nak perap 35 - 40 minit hingga naik gebu, dan digoreng, tapi sebab nak cepat, ikut macam Cik Mat buat juga iaitu masukkan dalam oven dan on kan, tapi suhu letak paling rendah dalam 45C dan biar dalam 20 minit macam tu atau hingga nampak naik gebu. 
  • Goreng dalam minyak sederhana panas, minyak tak boleh panas sangat, nanti cepat hangus dan dalamnya tidak berapa masak. 

Selamat mencuba!! :)

Saturday, 12 March 2011

My 1st Ever Karipap =D

Assalamualaikum...

Hari ini tercatat sejarah baru dalam hidup saya..kenapa??

Jeng jeng jeng...

saya berjaya membuat karipap sendiri yahoo!! takpe takpe.. gelak arrr gelak arrr haha!!

Saya memang mengaku yang saya tak pandai buat kuih.. cakap la kuih apa pun, memang saya tak reti. So ini antara percubaan berani mati ni buat. Mula-mula disebabkan takut tak jadi, saya ingat just nak masak inti je pastu isi dalam puff pastry jenama Kawan tu.. tapi rasa nak try pulak buat kulit karipap tu. Semua buat sendiri okeh..siap google cara kelim karipap haha!!

Pasni nak try buat karipap pusing lak (tapi entah bile la kot nye...)

Ok, mula-mula tengok iklan karipap dengan model baru (model lama (husna) tido lak time posing2 ni)

:: yah!! aliff pun nak enterpremm::

Ok, resipi seperti dibawah..

Karipap Inti Sedap

resipi sumbangan : hana6877 (myResipi)

Bahan-bahan ( 20 biji ) ~ saya dapat 21 biji

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air

  • INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Ga ul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masuk kan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun su p.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Komen saya, saya pun tak pastila sama ada inti nye betul2 sedapke tak.. pasal saya pun bukan la peminat karipap so takle nak judge. Since ni kali pertama buat, tak pandai gak nak bajet berapa banyak nak letak banyak mana garam, gula & air tu.. belasah aje.. Tapi husband kata sedap =D.

Tukang uli adalah my husband hehe.. tenkiu bebeh!!

1st batch buat 9 biji dulu.. begini la rupa karipapku yang terhasil.. ermm macam2 bentuk, rupa, saiz, color, kurus gemuk..semua ada laa.. hasil kelim pun buruk!! chettt..

hampir putus asa.. huhu...

:: my 1st batch.. ok, takpe..sila lah gelakkan hehe.. ::

Dah goreng 1st batch tu, sambil2 makan dok la pikir camne nak kasi improve sikit.. teringat salah satu tips yang soh gunting lebihan doh sebelum kelim..

So kat bawah ni rupa 2nd batch.. ade improvement kan? hehe.. so dah dapat rentak nye camne.. saya adalah happy!!

:: rupe my 2nd batch =D ::

Kire oklah kan untuk 1st timer ni =D.. btw, 6 biji kasi kat mak, baki 15 biji telah habis di'ngap' oleh kami berempat =D

Thursday, 10 September 2009

Resipi : Popia Daging Lada Hitam


Semalam sesaje buat popia ni untuk makan after tarawih.. kire cam supper lah.. selalu popia inti sayur je, but kali ni try buat lain dari lain.. Semalam goreng 11 ketul jer, habis jugak walaupun makan berdua je ngan suami..

Semalam makan popia ni dengan mayonis dan sos cili, makan begitu aje pun ok gak. Rasenye inti ni boleh jugak dimakan dengan salad/coleslaw & roti bakar ke.. & boleh jugak dijadikan inti telur bungkus.

Resipi : Popia Daging Lada Hitam Maveles
(Dapat dalam 20 biji popia)

Bahan:
kulit popia
250g daging kisar
1/2 biji (60g) lada benggala (dadu kecil2)
1/2 biji bawang besar kuning (dadu kecil2)
100g kobis (dihiris nipis) + lobak merah (hiris nipis & memanjang cam mancis)
1 1/2 sudu makan lada hitam biji (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tomato
sedikit minyak untuk menumis


Cara:
1. Tumis bawang merah & putih sekejap, masukkan lada hitam dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan kacau sekejap.
3. Masukkan kicap, sos tiram & sos tomato. Masak sehingga air dari daging hampir kering.
4. Masukkan lobak merah, kobis, lada benggala & bawang besar. Kacau sehingga air kering.
5. Bila inti dah agak sejuk boleh letak 1 sudu makan bumbum (agak2 lah yer) kat kulit popia dan gorengkan.. siap sedia untuk dimakan..

Nota: inti mungkin akan berminyak sangat kalau pakai banyak minyak mase menumis. Boleh letak inti dalam penapis untuk toskan minyak.. tapi saya belasah je nak cepat hehe..