Burger Malaysia / Pau Sambal |
Assalamualaikum dan hello...
Lama dah post ni ber'title' draf hihii..
So share aje lah kan..
Tiba-tiba hari tu kemaruk nak cuba buat burger malaysia a.k.a pau sambal ni bila terpandang entri seorang rakan di FB. Tak pernah buat tapi antara my favorite kuih juga. Terutamanya bila dapat sambal yang ummphh dan rasa yis dalam pau tu tak melampau sangat.
Burger Malaysia/ Pau Sambal yang saya buat ni tak guna inti sambal tumis. Kebetulan ada lebihan masakan sardin, lenyek-lenyek isi ikan untuk jadikan inti burger malaysia/ pau sambal ni..
Recycle apa yang ada je.. elakkan pembaziran :)
Resipi ni ambil dari blog Cik Mat Gebu [klik sini] jadi ni copy paste aje lah ye..
Letak kat blog sendiri supaya senang nak refer balik bila-bila masa teringin nak buat :)
RESIPI BURGER MALAYSIA / PAU SAMBAL
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh instant yeast (mauripan)
100 ml air suam
Sambal tumis secukupnya - saya guna sambal sardin
Hirisan timun secukupnya (10 keping)
Sedikit daun salad (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh instant yeast bersama 50 ml air suam dan 1/2 camca besar gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih-buih.
- Sementara itu masukkan tepung baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
- Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
- Kemudian bahagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
- Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun dan selitkan sedikit daun salad, jika suka. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....
NOTA :
- Resipi ini akan menghasilkan 10 biji pau sambal bersaiz sederhana, takde lah besar sangat.
- Selalunya nak perap 35 - 40 minit hingga naik gebu, dan digoreng, tapi sebab nak cepat, ikut macam Cik Mat buat juga iaitu masukkan dalam oven dan on kan, tapi suhu letak paling rendah dalam 45C dan biar dalam 20 minit macam tu atau hingga nampak naik gebu.
- Goreng dalam minyak sederhana panas, minyak tak boleh panas sangat, nanti cepat hangus dan dalamnya tidak berapa masak.
Selamat mencuba!! :)
Sedapnya Liza. Nak try la nantim liza tak pernah buat kuih yg guna yis ni.
ReplyDelete