Wednesday, 2 July 2014

Resipi : Kimchi

Assalamualaikum...

Lama dah buat kimchi ni dan kali ni dapatlah juga snap gambar proses membuatnya tapi masih macam tak berapa nak lengkap.. Tapi harap-harap dapat membantu lah kan...

Dulu dah ada post resipi Kimchi ni [klik sini].  Basically memang resipi yang sama tapi dulu saya buat 1 paun kobis, kali ni buat 5 paun kobis.. banyak sikit sebab bajet nak peram sampai bagi masam nak  buat Stew Kimchi (Kimchi Jjiggae).

Homemade Kimchi
Husband saya sekarang ni pun apa-apa makan pun suka nak letak kimchi jugak. Anak-anak pun suka je.. Even Ammar pun boleh makan walaupun agak pedas.. kena standby air aje la untuk Ammar tu..

So mari kita teruskan :)

RESIPI : KIMCHI

Ada beberapa steps kat sini, penyediaan kobis, penyediaan 'bubur', penyediaan pes kimchi, penyediaan sayur-sayuran dan akhir sekali proses gaul semua bahan..

A) Penyediaan Kobis

Bahan-bahan :

  • 5 paun (2.25kg) Kobis cina/ kobis panjang ~ lebih kurang 2 biji kobis
  • 1/2 cawan garam

Bahan-bahan
Cara :

  1. Buang kelopak kobis yang tak cantik
  2. Belah 2 kobis memanjang, lepas tu belah 2 lagi.. (kira belah memanjang 4 bahagian/suku)
  3. Potong buang bahagian keras (empulur??) dan potong-potong kobis selebar lebih kurang 1"
  4. Rendam semua kobis dalam satu besen besar, paras air hanya ngam-ngam paras kobis aje
  5. Taburkan garam ke atas kobis
  6. Setiap 30 minit, gaulkan kobis supaya semua dapat 'merasa' garam :)
  7. Selepas 1½ jam, bilas kobis 3 kali sambil perah sikit
  8. Letak semua kobis dalam tapis besar untuk bagi baki-baki air menitis keluar dan ketepikan.

Rendam kobis dengan garam
B) Penyediaan 'bubur':

Bahan-bahan :

  • 1½ cawan air
  • 1/4 cawan tepung pulut
  • 1/8 cawan gula

'bubur'

  1. Campurkan air dan tepung dalam periuk dan kacau sehingga larut
  2. Didihkan campuran air dan tepung tadi sambil dikacau selama 5minit (sehingga keluar bubble/buih bunyi plup plup..)
  3. Masukkan gula. 
  4. Kacau dan masak lagi beberapa minit sehingga nampak berkilat.
  5. Matikan api dan sejukkan.

C) Penyediaan Pes kimchi

Bahan-bahan:

  • 'bubur'
  • 1 1/4 cawan serbuk cili (kalau nak kurang pedas, kurangkan serbuk cili ni.. bergantung kepada tahap kepedasan yang diingini)
  • ½ cawan sos ikan
  • ½ cawan bawang putih cincang
  • 1 tbsp halia cincang
  • ½ cawan bawang besar kuning/holland yang didadu

~ Kalau nak mudah, kisar aje semua bahan di atas, kecuali bubur & serbuk cili

Bahan kisar : sos ikan, bawang putih, halia, bawang besar
Campurkan semua bahan pes kimchi dalam mangkuk saiz sederhana

Dari kiri ke kanan : Bahan kisar, 'bubur', serbuk cili
D) Penyediaan Sayur-sayuran

Dari atas ikut jam : Daun bawang, Lobak putih, Lobak Merah, Leek

  • 1-2 pokok Daun bawang - hiris kasar serong
  • 1 cawan Leek - dihiris serong (lebih kurang 1 batang leek)
  • 1 cawan Lobak putih - dipotong mancis ( saya guna penyagat)
  • 1/4 cawan Lobak merah - dipotong mancis (guna penyagat juga)

Gaulkan pes kimchi
Campurkan semua sayur-sayuran ke dalam pes kimchi dan gaul sebati.

Sekarang!!! 
Step terakhir!!

E) GAULKAN SEMUA

Masa untuk campurkan kobis dan pes kimchi!!

  1. Sediakan 1 besen besaaaaarrrr (kalau takde, gaulkan sikit-sikit kobis dan pes kimchi)
  2. Campurkan pes kimchi dan semua kobis de dalam besen dan gaulkan sebati
  3. Gunakan sarung tangan getah/plastik semasa menggaul nanti pijar pula..
  4. Simpan kimchi dalam bekas kedap udara atau balang kaca 
  5. Simpan dalam fridge untuk bagi kimchi peram secara perlahan-lahan (lambat masam)

Gaulkan.. siap!
Saya suka simpan kimchi dalam balang kaca macam Ikea punya ni.. sebab selain kedap udara, bau kimchi tu tak melekat kat botol kaca. Kalau tupperware, memang bau la basuh pun.. ala.. macam kita simpan ciliboh.. kan bau cili tu kuat...

Kimchi ni boleh je makan dengan apa-apa.. nasi boleh, mee boleh.. 
Antara yang saya paling suka (walaupun kurang sihat) adalah di bawah ni!!


Mi segera perisa kari/ asam laksa + telur + kimchi!!!

sekali sekala aje okayy :D

No comments:

Post a Comment