Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, 18 May 2019

1st Time Beli Kurma Di Yusuf Taiyoob Shah Alam

Assalamualaikum dan hello ☺

Super busy sekarang. Tak sempat nak tengok/update medsoc. Blog apetah lagi 😅.
Selamat berpuasa semua. Sekejap aje dah hampir separuh Ramadhan. 

Standard kalau Ramadhan tak lari la cerita kurma kan. Macam tahun-tahun sebelum ni memang beli kurma dalam 15kg. Lepas tu agih-agih la nak bagi sesiapa. Untuk makan sendiri dalam 2kg ok dah.

Tahun ni lambat sikit cari kurma. Biasa sebulan awal sebelum puasa dah beli. Tahun ni Isnin puasa, Sabtu baru cari 😂.

Plan nak ke Yusuf Taiyoob Kota Damansara hari Jumaat waktu rehat tengah hari tapi call katanya waktu solat Jumaat tutup. Tapi sempena Ramadhan, branch tutup lewat pukul 7.30 malam dan dibuka setiap hari termasuk Ahad.  So fikir ok lah kena pergi Sabtu.

Kebetulan Sabtu ada hari sukan tadika anak-anak kat Seksyen 24 Shah Alam, lepas habis sukan terus ke Yusuf Taiyoob Shah Alam.  Sebenarnya baru tahu dah ada branch Shah Alam kat Seksyen 21. 

Macam biasa saya beli kurma mariami natural je. Mariami tapi kecil sikit saiznya. Ada jenis mariami jumbo dan gred AA juga. Tapi kami memang suka kurma yang ni. Cuma biasa beli kotak 5kg tapi staf kata dah habis. So belilah yang kotak 10kg je (RM180). Beli juga kurma safawi medina untuk makcik 5kg (RM155). 






Kat branch ada juga jual yang loose pack dan kacang-kacang ada jual pek kecil-kecil. Cuma kurma timbang tak ada. Still kena beli by kotak. 





Saya share kan harga-harga untuk tahun 2019 ni. 















Ni pula maklumat alamat dan no telefon Yusuf Taiyoob branch Shah Alam.

Yusuf Taiyoob Shah Alam
6 Jalan Serendah 26/41, Seksyen 26, Sekitar26, Hicom Industrial Estate, 40400 Shah Alam, Selangor
03-5614 4722
Google map :
https://goo.gl/maps/85bWsU89PHupLzFcA

Salam Ramadhan semua. Semoga semua amalan kita diterima Allah. InsyaAllah 😊

Wassalam..

Friday, 1 July 2016

Ramadhanku & Salam Aidlifitri Semua

Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni last day kerja sebelum mula cuti raya next week. Ramai staf kat ofis dah mula bercuti pun hari ini.
Sejujurnya tahun ni saya tak de feel raya.. Rasa bersalah pun ada sebab Ramadhan kali ni paling sikit pengisian. Cuba juga sedaya yang boleh. Tak pasti sama ada sebab letih pregnant atau letih otak lepas kerja tanpa henti seharian kat ofis. Balik rumah je memang rasa nak letak kepala kat bantal je hehe..

Persiapan raya tahun ni? Hmm.. tak ada persiapan. Dah kata takde mood pun tadi kan hehe.. Biasa tiap tahun menjahit baju raya dan buat beberapa jenis biskut raya. Tapi tahun ni yillekk.. memang tak buat satu pun. Baju pun tak buat, biskut pun tak buat. 

Tahun ni ingat baju raya sendiri & husband pakai je la apa yang ada. Lagipun tengah pregnant 6 bulan malas nak cari  baju yang pakai time pregnant je. Rugiiii.. Mujur la anak-anak dah ada beli baju dari bulan April hari tu. Hehe terlajak awal. Ada la hikmahnya rupanya beli baju yang diidamkan sangat tu.. Rupanya mak nye tak sempat nak bukak mesin pun :D

Anyway since tahun ni turn beraya di Selangor, boleh la rileks sikit sebab tak balik awal nak elak jem. Masih sempat lagilah nak uruskan apa-apa last minute kat kl ni hehe.. Nak gi Jalan TAR malam raya pun masih sempat. Dan yeayyy saya gembira sebab tahun ni dapat menganyam ketupat hehe.. terutamanya ketupat kerbauu :)

Apapun buat semua kawan-kawan.. selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.. Hati-hati memandu di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan beraya dengan gembira. Mohon ampun dan maaf jika ada salah silap tutur kata, tulisan dan perbuatan.. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan lebih banyak Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.. insyaAllah amin..

Di bawah ni saya kongsikan pada semua nombor telefon pegawai syarikat Konsesi yang menjalankan kerja penyenggaran Jalan Persekutuan (bukan highway ye). Apa-apa kecemasan/ laporan/ aduan boleh hubungi mereka sepanjang musim perayaan ni.


Monday, 20 June 2016

5th Pregnancy dan Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum dan hello :)

Punyalah lama nak tulis apa-apa kat sini. Last January rupanya. Busy benau tahun ni kot hehe :)
Salahkan media sosial yang melambak-lambak kat luar. Kurang perhatian pulak pada blog ni.

Banyak yang berlaku sepanjang 6 bulan tahun 2016 ni. 

Perubahan pada diri saya sendiri, sekarang tengah pregnant anak ke-5. Minggu ni kandungan dah 22minggu. EDD 24 Oktober 2016. Baby tengah aktif bergerak2 dalam rahim ni :).  Asalnya ingat plan nak stop masa anak 4 je tapi mana lah tau ada rezeki lagi pula. Selalu doa mohon dimurahkan rezeki, tup tup Allah bagi sorang lagi anak... Anak pun rezeki juga kan :D

InsyaAllah didoakan jadi anak yang soleh/solehah.. Jantina.. emm belum tau lagi ;).  Harap-harap gigirl so Zara boleh ada geng nak main. Ni asyik kena buli dengan Ammar aje.  Dah tu berjangkit jugak perangai 'kasar' Ammar tu. 

 

Alhamdulillah kali ni masa ujian MOGTT (minum air gula), result ok, normal. So tak perlu lagi buat test BSP (blood sugar profile) yang membosankan tu hehe..  Pregnant kali ni sama macam sebelum ni, saya ambil Set Prenatal Shaklee so tak perlu nak ambil lagi vitamin dari klinik. Badan masih segar dan cergas lagi. 


Tapi risau lak nak aktif sangat macam masa pregnant Ammar. Dok ke sana sini, panjat itu ini.. sudahnya keluar Ammar aktif terlajak haha! Panjat melompat tak ingat dunia. Dah berapa kali luka sana sini, gi hospital gam kulit kepala, kene seterika bagai huhuhu... Rasa nak dok diam-diam je. So anak keluar jadi sopan santun hihihii...

Allah lebih mengetahui :D

Ok apapun since kita dah dalam fasa kedua Ramadhan tahun ni (Alhamdulillah atas nikmat Allah izinkan untuk kita bersama Ramadhan kali ini).. saya dengan rendah diri memohon maaf sekiranya ada salah silap terutamanya dari penulisan saya yang entah apa-apa ni.. Semoga dengan habisnya Ramadhan tahun ini, dosa-dosa kita diampunkan Allah dan kita dan keluarga kita diselamatkan dari azab siksa api neraka.


Selamat berpuasa, selamat beribadah. Moga Ramadhan tahun ini menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.. InsyaAllah :)

Wassalam..

Friday, 19 June 2015

Tips Minum 8 Gelas Air Kosong Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan hello :)
Alhamdulillah 2nd day Ramadhan..
 

Okay harini nak share pasal AIR KOSONG :)

MINUM AIR KOSONG BOLEH KURUS!
Umum memang tahu kebaikan minum air kosong dan keperluan minum sebanyak 8 gelas air kosong setiap hari. Even antara tips untuk kurus atau menurunkan berta badan adalah dengan minum air kosong secukupnya 2-3 liter. Ada yang up sampai 4 liter. Percaya tak? :)

Tapi bulan puasa ni kita pun garu kepala juga, macam manalah nak minum cukup 8 gelas air ni atau 2-3 liter air ni.. dan realiti yang sadis nya sebenarnya bila berbuka puasa mesti kita minum minumam manis kan.. hehe.. tuan tanah ni pun same je..

Malang sekali untuk pengetahuan semua, minuman bergula atau yang manis ni melambatkan proses penurunan berat badan tau. Sebabnya minuman bergula ni mempunyai kalori manakala air kosong 0 kalori. So memang la betul teori kalau banyak minum air kosong boleh turun berat badan dengan cepat!.

Jom bulan puasa ni kita ubah sikit rutin. Kita berbuka puasa dengan AIR KOSONG je. Elakkan minuman bergula tau.. Kata nak KURUS.. bukan nak gemuk kan ;)

AIR KOSONG ITU MEMBOSANKAN!
Kalau rasa air kosong tu tak best or boring, boleh SEJUKkan. Dan kalau nak rasa lain sikit boleh letak sepotong hirisan lemon (bukan perah lemon tau) atau boleh juga letak daun pudina dalam botol air kosong. Then simpan dalam peti sejuk. Lain tau rasa dia. Rasa segar. Husna pun suka. 


TIPS MINUM 8 GELAS AIR KOSONG DI BULAN RAMADHAN / PUASA
Disini saya share gambar yang kawan kongsikan di FB. Tips nak minum cukup 8 gelas air kosong di bulan Ramadhan ni... kredit kepada empunya Nurul Azlyana. Moga Allah beri kebaikan padanya..

Selamat beramal :)
Wassalam...

Thursday, 18 June 2015

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan Tahun 2015 /1436H

Assalamualaikum wbt...

Salam 1 Ramadhan.. selamat berpuasa buat semua...

Saya doakan kita semua mendapat barokah dari bulan mulia ini.. dan moga setiap ibadah kita diterima Allah...

Amiinnn......

Awal-awal Ramadhan for sure cari jadual berbuka/sahur/imsak ni kan...

Disini saya share kan jadual waktu berbuka, sahur/imsak bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Selangor Zon 1: Gombak, Petaling/ Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat & Sepang serta kawasan yang sewaktu dengannya untuk panduan kita bersama.


Tahun ni nampaknya Jakim tak/belum keluarkan dalam bentuk poster lah.. yang ada pdf kosong je..

So untuk amal jariah yang tak seberapa, saya buatkan poster jadual ni.. Boleh download dan print.
Silalah share kepada rakan-rakan, saudara mara :)

Kalau ada apa-apa kesilapan typo. boleh maklumkan kepada saya ye..

Untuk jadual imsak/berbuka bagi kawasan-kawasan lain boleh rujuk dilaman web Jakim ye.. sila klik sini http://www.islam.gov.my/node/50772

Selamat berpuasa, selamat beribadah :)

Wassalam...

Ramadhan : Kurangkan Juadah, Tingkatkan Ibadah!

Assalamualaikum.. Ramadhan Kareem.. Ramadhan Mubarak semua :)

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Allah izinkan kita tahun ni bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan ni. Dimana setiap saat dikira sebagai ibadah. Malah tidur pun boleh jadi ibadah juga.. Maka marilah kita gunakan setiap saat dengan sebaiknya.. :)

Pagi tadi masa memandu dengar radio IkimFM, dikatakan sisa pepejal makanan pada bulan Ramadhan bertambah 5%-10% berbanding pada bulan-bulan biasa. Fakta ini memang memalukan!

Bukankah masa bulan Ramadhan dah punya ramai orang Islam di Malaysia ni berpuasa, tak makan, tak minum..  seharusnya kuranglah kan jumlah sisa makanan yang terbuang? Tapi malang sekali, boleh pulak bertambah?


Emm... maksudnya tersangat banyaknya pembaziran makanan pada bulan Ramadhan oleh orang Islam..
ohh malunye...malunye.. malunye..

Ustaz tadi pun ada share, pasal hakikat penyakit kencing tikus. Sebab asalnya? Dari sisa makanan juga lah.. yang tak diuruskan dengan baik oleh manusia sendiri. Dan dari perbuatan manusia yang kurang bertanggungjawab, sudahnya kembali balik kesan negatif tu kepada manusia semula..

Mulai puasa tahun lepas, kami dah berazam untuk kurang membeli juadah di bazar Ramadhan a.k.a param. Bukanlah tak beli langsung tapi berpada-pada. Sebaiknya memang masak sendiri sahaja dirumah. Kauntiti dan kualiti dalam kawalan diri sendiri.


Memang kalau kita dalam keadaan lapar, nampak pulak macam-macam jenis juadah, memang terasa nak beli semua. Sudahnya tak habis. Encik Tong lah jadi mangsa.

Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dahaga tapi ia jalan menuju ketaqwaan. Banyak hikmah yang perlu kita sedari. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

InsyaAllah...
Jom kita!!
Kurangkan Juadah, Tingkatkan Ibadah

Wednesday, 9 July 2014

Yusuf Taiyoob Kota Damansara - Hajat Tak Kesampaian...

Salam 11 Ramadhan..

Allah sudah hari ke-11 ye..
Adakah matlamat Ramdahan kali ni telah tercapai atau masih sama aje macam bulan-bulan terdahulu?
Jom muhasabah diri :)

Okay, 
Bukan nak bagi tazkirah Ramadhan pun entri ni. Just nak share lawatan ke gudang Yusuf Taiyyob minggu terakhir sebelum Ramadhan yang lepas (25 Jun 2014).

Kurma Yusuf Taiyoob
Kenapa lawatan? Sebab tak tercapai hajat beli kurma yang diidamkan huhuu... 

Saya berhajat nak beli Kurma Mariami Natural sama macam yang saya beli tahun lepas [klik sini]. Tapi nampaknya jenis tu dah tak dijual dah.. Sebab saya call Yuta tadi, memang diberitahu yang ada hanya Mariami Prima dan Mariami Jumbo sahaja.. :(

Add caption

Memang apa yang saya perhatikan banyak jenis kurma baru yang terpamer kat almari pameran tu.. Pelanggan yang datang pun memang ramai sungguh.  Nak ambil gambar kurma di display cabinet pun susah sebab ramai pula yang berkumpul depan tu untuk ambil gambar.. 

Disebabkan kekangan masa nak berkejar untuk hantar bos ke aiport lepas zuhur tu, masing-masing balik dengan tangan kosong.

Saya tanya adik kat kaunter tu, katanya apa yang ada kat display cabinet tu la sahaja yang ada stok buat masa tu. Silap saya juga dah nak masuk Ramadhan baru nak beli. Sedangkan tahun-tahun sebelum ni awal Syaaban dah borong dulu sebab takut kehabisan jenis kurma yang diminati.

Dan kalau dari segi harga, memang saya perasan setiap tahun Yusuf Taiyoob akan naikkan harga.  Jadi tak perlu terkejut :D

Kurma Mabroom & Safawi


Pelbagai jenis kismis
  
Kurma siap pek dalam kotak kecil - sesuai untuk hadiah
 Selain kurma, ada juga dijual pelbagai jenis kismis, figs (buah tin kan?), kekacang macam pistachio, apricot kering dan lain-lain.





Produk terbaru Yuta yang baru kali pertama saya tengok adalah pes-pes, serbuk perencah dan jeruk untuk makanan arab macam serbuk Ayam Tandoori Masala dan pelbagai yang lain.  Tak pernah dengar pun ada. 


Pelbagai pes, pickles..

 Ada juga cuka kurma, pati delima, minyak zaiton dan lain-lain.. Ni pun semua macam produk baru je..

Minyak zaitun, cuka kurma, pati delima etc
 Geng-geng UKPIUB ni masing-masing tertarik nak beli chocodate tapi masing-masing dok berkira-kira juga hihii... sudahnya tak beli jugak.. :)

khusyuk membelek chocodate :)
Saya pun belum lagi membeli tahun ni sebab kononnya nak tunggu juga Kurma Mariami Natural ada stok tapi nampak gayanya terpaksa pergi beli apa yang ada aje lah...

Stok untuk makan sendiri bersahur dan berbuka masih ada banyak lagi.. Ni beli sebab nak bagi orang lain je :)

Macam mana nak pergi gudang Yusuf Taiyoob di Kota Damansara ni?
Actually saya dah share kan di entri lepas [klik sini]

Tapi since saya pernah dapat mesej bertanyakan waktu operasinya, saya dah call untuk dapatkan maklumat..

Waktu Operasi Yusuf Taiyoob Kota Damansara
Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu - 9.00 pagi - 1.00 petang
Ahad - Tutup

Sekian....
Thanks for reading :)

Tuesday, 8 July 2014

Testimoni : Vivix Membantu Pesakit Diabetes

Assalamualaikum..

Kali ni nak share testimoni dari seorang sahabat kami berkenaan ayahnya yang merupakan penghidap diabetes.

Testimoni : Vivix Membantu Pesakit Diabetes

Testimoni Vivix Membantu Pesakit Diabetes

Biasa-biasa bacaan gula mesti dalam lingkungan 20.  Tapi sejak dihadiahkan Vivix oleh sahabat ini, walaupun belum sampai sebulan penggunaannya, bacaan gula telah menurun kepada 13.

Syukur Alhamdulillah..
Vivix memang membantu mengawal paras gula dalam darah..
Jom doakan ayah sahabat ni dapat bebas dari belenggu penyakit diabetes ni :)

Kesihatan mak ayah kan paling utama buat kita anak-anak..
Famili Sihat, Famili Bahagia !!
Untuk anak-anak prihatin yang ingin mendapatkan Vivix untuk mak ayah, boleh hubungi kami okey!
Memang tepat sekali sebagai hadiah Ramadhan yang mulia ni atau hadiah Aidilfitri buat mak ayah tersayang :)

Dan paling best!!
Bulan Julai 2014 adalah bulan PROMOSI VIVIX BELI 6 PERCUMA 1 BOTOL!!!
Cepat! Sebelum Out of Stock!

Thanks for reading :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjanan pendapatan 4-5 angka sebulan dari rumah?
Hubungi kami untuk :

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!