Assalamualaikum dan hello ☺
Super busy sekarang. Tak sempat nak tengok/update medsoc. Blog apetah lagi 😅.
Selamat berpuasa semua. Sekejap aje dah hampir separuh Ramadhan.
Standard kalau Ramadhan tak lari la cerita kurma kan. Macam tahun-tahun sebelum ni memang beli kurma dalam 15kg. Lepas tu agih-agih la nak bagi sesiapa. Untuk makan sendiri dalam 2kg ok dah.
Tahun ni lambat sikit cari kurma. Biasa sebulan awal sebelum puasa dah beli. Tahun ni Isnin puasa, Sabtu baru cari 😂.
Plan nak ke Yusuf Taiyoob Kota Damansara hari Jumaat waktu rehat tengah hari tapi call katanya waktu solat Jumaat tutup. Tapi sempena Ramadhan, branch tutup lewat pukul 7.30 malam dan dibuka setiap hari termasuk Ahad. So fikir ok lah kena pergi Sabtu.
Kebetulan Sabtu ada hari sukan tadika anak-anak kat Seksyen 24 Shah Alam, lepas habis sukan terus ke Yusuf Taiyoob Shah Alam. Sebenarnya baru tahu dah ada branch Shah Alam kat Seksyen 21.
Macam biasa saya beli kurma mariami natural je. Mariami tapi kecil sikit saiznya. Ada jenis mariami jumbo dan gred AA juga. Tapi kami memang suka kurma yang ni. Cuma biasa beli kotak 5kg tapi staf kata dah habis. So belilah yang kotak 10kg je (RM180). Beli juga kurma safawi medina untuk makcik 5kg (RM155).
Kat branch ada juga jual yang loose pack dan kacang-kacang ada jual pek kecil-kecil. Cuma kurma timbang tak ada. Still kena beli by kotak.
Saya share kan harga-harga untuk tahun 2019 ni.
Yusuf Taiyoob Shah Alam
6 Jalan Serendah 26/41, Seksyen 26, Sekitar26, Hicom Industrial Estate, 40400 Shah Alam, Selangor
03-5614 4722
Google map :
https://goo.gl/maps/85bWsU89PHupLzFcA
6 Jalan Serendah 26/41, Seksyen 26, Sekitar26, Hicom Industrial Estate, 40400 Shah Alam, Selangor
03-5614 4722
Google map :
https://goo.gl/maps/85bWsU89PHupLzFcA
Wassalam..
No comments:
Post a Comment