Wednesday, 26 November 2014

Bertanya Allah Dahulu : Undang Allah Dalam Setiap Yang Kita Lakukan

November 26, 2014 5 Comments
Assalamualaikum semua..

Saya doakan rakan-rakan semua dalam limpahan kasih sayang Allah..

Awal Subuh tadi saya terbaca status yang dikongsikan oleh 'moyang' Shaklee saya iaitu Master Hafsah dari FB Ustazah Siti Khadijah. Ianya tentang sentiasa berkata-kata, berdoa, mengadu, berharap kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan.

Mari kita baca apa yang dikongsikan tu..

UNDANG ALLAH DAHULU DALAM SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada ketikanya kita berhadapan dengan kesulitan dan kesusahan yang menduga amal dan iman kita. Saat kesulitan tersebut mahu didepani, alangkah baik kita mengundang Allah dahulu (meminta atau bercakap-cakap dengan Allah terlebih dahulu) sebelum meminta pertolongan insan lain.Kerana Allah yang menghadirkan kesulitan, Allah jualah yang akan memberikan penyelesaian.
Betapa ramai di antara kita, yang lebih cenderung mencari penyelesaian dengan cara sendiri tanpa mengundang Allah terlebih dahulu. Lalu kita sibuk bertanya dengan seseorang yang kita percaya. Kita berkeyakinan bahawa dia mempunyai masa untuk mendengar dan menyelesaikan kisah susah kita. Namun kita kecewa saat harapan dan kepercayaan kita tidak dilayani mereka.
Kita fikir, Allah hanya boleh kita temui hanya di dalam solat, doa dan zikir-zikir tertentu sahaja. Allahu akbar! Allah sentiasa mempunyai masa untuk kita di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Belajar undang Allah dalam setiap kerja kita, biar di luar solat mahupun doa.
Saya tertarik dengan ebook yang ditulis Cikpuan Insyirah Azhar, berkenaan Bertanya Allah Dahulu (BAD). Tulisan beliau dalam ebooknya ini, banyak menyedarkan saya bahawa Allah harus ada dalam setiap apa jua perkara yang kita lakukan. Daripada sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-sebesar masalah yang tiada sudahnya, sebenarnya kita mampu mengundang Allah pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu saat di timpa kesusahan, baru mahu mencari Allah.
Cara mengaplikasi teknik BAD ini cukup mudah. Apabila kita mahu melakukan sesuatu, bercakaplah dengan Allah dahulu.
Sebagai contoh (saya beri contoh biasa-biasa sahaja),
1.Kita mahu keluar bekerja, cakap pada Allah, "Ya, Allah, saya mahu pergi kerja ya Allah. Pelihara saya, jadikanlah jalan saya mahu ke tempat kerja tidak sesak dan saya boleh sampai sebelum jam sekian-sekian."
2. Kita mahu buat kerja, namun anak tidak mahu dengan orang lain, cakap pada Allah, "Ya Allah, saya mahu buat kerja rumah ini ya Allah. Tetapi anak saya menangis, dia tidak mahu dengan orang lain. Tolong saya ya Allah. Pegang hati anak kecil ini, saya serahkan urusan ini pada-Mu ya Allah."
Kemudian, buatlah kerja seperti biasa. Jangan difikir-fikir. Allah akan buat kerja-Nya. Apabila kita benar-benar yakin pada Allah, Dia akan bantu kita selesaikan apa juga permintaan kita tidak kira cepat mahupun lambat.
Saya telah berulangkali mengaplikasikan teknik BAD ini. Dan subhanallah, kesannya luar biasa.Saya kongsikan di sini, kerana mahu mengajak rakan-rakan Fb merasai ketenangan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah.
Berminat mengetahui teknik ini, boleh hubungi Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah. Insya-Allah, saya akan kongsikan keajaiban mengaplikasi teknik BAD ini selepas ini.
*Untuk makluman semua, Teknik BAD bukan dikaji oleh Tim Hadith Psikologi (Teknik Nabi) ya. Kerana ia bermanfaat maka kami kongsikan.
‪#‎BertanyaAllahDahuluUSK‬



Alhamdulillah..

Sebenarnya sejak tahun ni saya sebenarnya dah mula praktikkan apa yang Ustazah Siti Khadijah share kan cuma mungkin tak perasan sangat. Dan kesannya pun tidaklah saya perasan sangat. 

Tapi lepas baca coretan Ustazah ni, saya berazam untuk lakukannya sepanjang masa dan mungkin nak tengok kesannya supaya dapat dikongsikan kemudian nanti.


Contohnya pagi ni jam 6.45 pagi, sebelum bertolak untuk hantar Zara dan ke pejabat, saya cuba lakukan (dengan sedar). Saya cakap, "Ya Allah, saya nak bertolak ke pejabat. Mohon Ya Allah agar dilancarkan perjalanan dan dapat punch kad sebelum 7.25 pagi".

Alhamdulillah.. saya dapat punch kad 7.30 pagi. Walaupun bukan 7.25 pagi seperti diharapkan, tapi masih tidak lewat. (Biasanya kalau keluar time gitu, harapan nak sampai sebelum 7.30 pagi memang sangat sangat tipis).

Sebelum-sebelum ni kebiasaannya saya praktiskan sebelum tidur. Berdoa mohon Allah kejutkan saya untuk tahajjud. Alhamdulillah, kebanyakan masa memang tersedar sebelum alarm berbunyi.

Memang betul pun, kebanyakan masa kita cari manusia lain untuk luahkan perasaan/masalah. Sedangkan Allah Yang Maha Mendengar sentiasa ada bersama kita untuk dengar segala masalah kita. Kita je yang lupa.

Semoga dengan ini saya dan rakan-rakan dapat lebih 'berkomunikasi' dengan Allah. In syaa Allah, hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.

Wassalam..


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.



Tuesday, 25 November 2014

1st Time Jejak Kaki di Shaklee HQ di Sunway Pinnacle :)

November 25, 2014 0 Comments
Assalamualaikum 

Semoga ok-ok semuanya ye..

Nak pecahkan satu rahsia hikhik. Sebenarnya sejak Shaklee HQ pindah ke bangunan Sunway Pinnacle, saya belum pernah jejakkan kaki lagi kat sana walaupun sepelaung aje jaraknya dari rumah mak saya (sepelaung la sangattt..)


Selalunya kalau nak beli produk Shaklee, just minta cik abang sayam yang belikan. Lagi super duper senang sebab dia naik motor aje.. Pantas dan tuntas! 

Tapi semalam dengan rajinnya saya menjejakkan kaki ke Sunway Pinnacle lepas balik kerja. Since saya balik 4.30, by 5.30 petang dah sampai Pinnacle.


Parking kat level B2b, naik lif ke lobi. Disebabkan saya 1st time sampai situ, terpinga-pinga gak. Tengok ada mesin layan diri yang keluarkan pas untuk visitor. So saya pun cucuk la mykad. Tapi tiada rekod. 

Oh rupanya 1st time datang  kena register dulu kat kaunter.  Hihii.. malu le pulak. Nasib tak ramai orang kat lobi.

So bagi mykad kat pak guard kat kaunter tu. Sambil dia key-in maklumat, dia tanya “Shaklee ke?”
"Ya", saya jawab. Terkejut juga. Macam mana dia tau? Mesti ramai sangat visitor yang datang tu semuanya nak ke Shaklee. Hihii..

Lepas borak-borak dan selesai semua, pas visitor diberi berserta tunjuk ajar. Bagus betul pak guard Sunway Pinnacle tu. Saya doakan semoga Allah lapangkan rezeki beliau.

Tekan no.9. Lif akan terus naik ke level 9
Naik lif ke tingkat 9. Rupanya tingkat tu just Shaklee aje. Mula-mula keluar je saya terus meluru ke kanan. Try tolak pintu kaca.. eh eh apesal kunci ni. Kena swipe pass ke? Kena tekan bell ke? Konfius kejap. 

Mula-mula gi terjah pintu ni.. sekali silap daaa
Ni baru betul... nampak kaunter dari luar

Pusing belakang, laaa rupanya salah pintu. Ada 2 bahagian berbeza rupanya. Aduh laa.. malu lagi
Dah jumpa pintu yang betul, ambil borang dan isi maklumat order. Ambil nombor kat mesin kat kaunter 1. Tunggu giliran. 

kaunter order
Kaunter adalah sangat banyak. Kaunter order/pesanan ada 9 dan kaunter untuk ambil barang ada 3 ke 4 entah (lupa laks). Wah.. kagum. 

Teringat saya masa zaman saya join Shaklee tahun 2005 dulu, HQ masa tu kat Glenmarie. Ada 2 aje kaunter order dan 1 kaunter untuk ambil barang. Dulu branch KL pun tak wujud lagi. Bila tengok keadaan sekarang, memang nampak Shaklee sangat-sangat berkembang maju dari tahun ke tahun. Hebat!

set resdung. siapa berminat boleh wassap 0192722977
Dah ambil set resdung (Alfalfa, B-Complex & Vita C), saya round sekeliling. Nak tengok-tengok apa yang ada kat HQ ni.


Since saya datang tu lewat petang, memang lengang lah. Just ada sorang SID Chinese kat kaunter dan 2 orang tengah buat kerja dengan laptop kat meja bulat yang disediakan. Maybe check performance anak cucu cicit kot. :)


Kat sini disediakan juga 2 laptop untuk mana-mana SID nak semak akaun Shaklee2u mereka. Senang!


Dan setiap meja bulat yang disediakan, saya perasan ada plug point berdekatan setiap meja. Wah! Memang mudah sangatlah orang-orang bisnes Shaklee ni nak usung gajet/laptop masing-masing untuk buat coaching ke check order ke, duduk berjam-jam kat branch pun tak apa, tak perlu risau bateri kong sebab dah disediakan plug point. Nak caj bateri, senang!
    

Ada juga 2 bilik yang disediakan untuk discussion group. Anak cucu cicit boleh diskusi dalam tu. 



Waaa.. yang ni memang paling menarik hati saya. Rasa nak nangis pun ada. Terharu sangat-sangat sebab Shaklee sediakan Nursing Room. Senanglah kalau tiba-tiba perlu angkut Zara ke branch bila-bila. Tak risau mana nak menyusukan baby. Thank you Shaklee!! :')


Ada satu bilik besar yang dipanggil Shaklee Kids Club. Saya tak dapat buka pintu masa tu. Ambil gambar dari luar aje. Ibu-ibu boleh la tengok anak-anak main kat dalam ni dari luar sebab dinding kaca. Tak pasti sebab belum boleh digunakan ke.. tapi bilik tu khas untuk kanak-kanak bermain. Macam playroom. Ahhh best nyaaa.

Ruang display produk Shaklee
Terlepas pulak nak round satu area tu. Saya ternampak macam toilet. Tak pasti apa lagi yang ada kat ruangan tu. Kot lain kali datang boleh jenguk balik :)

Sekianlah kisah lawatan saya ke Shaklee HQ di Sunway Pinnacle.. Lain kali kalau ada kawan-kawan yang cam saya kat HQ, tegur-tegurlah eh.. hikhik..

Terima kasih kerana sudi membaca :)


* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION 
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Friday, 21 November 2014

10 Tips Kawal Keguguran Rambut Selepas Bersalin Secara Semulajadi

November 21, 2014 1 Comments
Tolong! Tolong!
Baru je bersalin tiba-tiba rambut luruh dengan dahsyatnya! Apa nak buat ni??

Sikat je rambut gugur
Syampu pun rambut gugur gak
Mandi pun rambut gugur
Pegang rambut sikit pun rambut gugur lagi..
Arghh tension nya!!


Ok, mula-mula tarik nafas dalam-dalam dulu.. ok.. lepaaaasss..hihii.. :)

Masalah keguguran rambut memang tak lari bagi ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya orang tua-tua kata kalau baby start menyembur-nyembur/ main dengan air liur, banyaklah luruh rambut maknya. Tak taulah dari mana datang 'fatwa' ni :).

Saya pun bila keguguran rambut lepas bersalin ni, rasa gerun juga. Mana taknya, sampai nipis betul rambut. Kalau dikira-kira bilangan helaian rambut yang gugur, mau beratus-ratus helai agaknya.

Mak saya pun pernah tegur, “Kenapa rambut ko ni nipis sangat?? Sampai nampak kulit kepala dah ni”.  Tak terjawab masa tu, sedangkan asalnya rambut saya agak lebatlah juga..

Siap pernah terdetik dalam hati, ada penyakit kronik ke..
Astaghfirullah… Wal iyyazubillah…

KEGUGURAN RAMBUT? IANYA NORMAL KE TIDAK?



Perkara ni memang biasa sebenarnya. Dalam 50% ibu-ibu memang akan hadapi masalah ni termasuk saya juga. Masalah ni sepatutnya hanya sementara sahaja okay, bukan sepanjang hayat. Ia dipanggil Telogen Effluvium atau postpartum hair loss. (ops berbelit lidah menyebut :))

Masa kita hamil, hormon estrogen kita tinggi jadi rambut jarang gugur. Tapi bila kita dah bersalin, hormon akan kembali ke asal jadi mana-mana rambut yang sepatutnya gugur sebelum ni (tapi ditangguhkan 'kegugurannya' selama 9 bulan), luruh dengan super banyak dan boleh kata sekaligus!

Terpaksalah bertahan ye ibu-ibu.. selalunya ambil masa sehingga 12 bulan juga untuk rambut kembali tebal seperti asal.

So nak buat macam mana ye? Sebab memang tak boleh elak!

Disini saya kongsikan beberapa tips dan semula jadi/ natural remedy yang lebih murah, lebih semulajadi dan lebih mudah! Boleh cuba dan kongsikan pada rakan-rakan lain okay :)

10 TIPS KAWAL KEGUGURAN RAMBUT SELEPAS BERSALIN SECARA SEMULAJADI

1. ELAKKAN TEKANAN



Tekanan memang sumber banyak penyakit sebenarnya. Lepas bersalin memang lebih stress sebab banyak perubahan pada rutin hidup yang biasa. Ye lah, dah ada tambahan ahli keluarga kan? Tapi cuba elakkan. Nanti lebih banyak rambut gugur.

2. JENIS GAYA RAMBUT YANG PERLU DIELAKKAN



Elak gaya rambut yang 'menarik/menegang' rambut contohnya ikat tocang, ikat ekor kuda etc. Rambut memang senang luruh/putus walaupun setakat usap kepala aje.

3. MAKAN BANYAK BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN



Kekalkan diet pemakanan yang sihat. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi flavinoids dan antioksidan yang boleh memelihara folikel rambut. Ia juga dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut baru.

4. GUNA SIKAT JARANG (WIDE-TOOTHED COMB)



Ia memang mengurangkan risiko telebih tarik rambut dan tekanan pada kulit kepala. Memang sikat kena lemah lembut je, kalau tak, nanti banyaklah rambut yang gugur dan putus.

5. KURANGKAN GUNA PERALATAN PENGGAYAAN RAMBUT



Kurangkan penggunaan peralatan penggayaan rambut elektik contohnya pengering rambut, curling irons, hot rollers (untuk kerintingkan rambut), flat irons (untuk luruskan rambut). Biarkan je rambut tu kering sendiri. Takyah guna alat-alat ni..

6. MASKER RAMBUT DARI YIS



Ada juga pendapat mencadangkan buat DIY masker rambut guna yis (brewer's yeast). Ini kerana yis mengandungi biotin, asid folik dan riboflavin. Boleh cuba juga.

7. BIOTIN



Biotin adalah sebahagian dari keluarga Vitamin B. Biotin sangat penting sebab ia membantu tubuh untuk menghasilkan protein contohnya keratin. Kekurangan Biotin selalunya dikaitkan dengan masalah keguguran rambut, kuku rapuh dan rambut mudah putus.

Kalau nak dapat lebih Biotin, boleh ambil suppliment Biotin 5mg setiap hari.
Boleh juga cuba guna produk penjagaan rambut (syampu/conditioner) yang mempunyai Biotin atau silica.

Dikatakan ia dapat membantu menyihatkan rambut dan merangsang pertumbuhan folikel. Tapi hasil penggunaan produk secara luaran ini tak dapat dipastikan berkesan atau tak. Boleh cuba..

8. AMALKAN PENGAMBILAN VITAMIN B, C, E, ZINC & SELENIUM



Amalkan vitamin/supplemen. Vitamins B, C, E, zinc dan selenium adalah semua nutrien yang diperlukan untuk dapatkan kulit, rambut dan kuku yang sihat. Kalau masa hamil dah mula ambil vitamin, teruskan walaupun dah bersalin.

Kalau ambil vitamin yang memang dikhaskan untuk ibu selepas bersalin, memang lagi terrrbaik sebab boleh penuhi keperluan nutrien ibu tu. Kalau taknak ambil vitamin, wajib pastikan makan makanan yang kaya dengan semua nutrien yang disebutkan.

9. AMBIL ASID LEMAK PERLU (ESSENTIAL FATTY ACIDS) OMEGA 3-6-9



Pastikan ibu-ibu makan banyak ikan yang kaya dengan minyak ikan ataupun paling mudah, ambil supplemen Omega 3-6-9 dari minyak ikan atau flaxseed.

Asid lemak perlu ni bukan setakat untuk kolesterol tapi dikatakan juga dapat menjadikan rambut lebih sihat dan berkilat (shiny).

10. TRIM/ POTONG RAMBUT



Trim hujung rambut yang bercabang. Rambut bercabang bermaksud rambut tidak sihat. Rambut yang tak sihat ni lebih mudah gugur.

Atau.. terus potong rambut jadi pendek. Hah! Ni memang pilihan utama saya. Setakat paras bahu pun okay juga. Rambut pendek lebih mudah diuruskan dan kurang stress pada kulit kepala sebab rambut tak 'berat'. So in syaa Allah memang kurang sikit rambut gugur.

Pengalaman sebelum-sebelum ni lepas habis pantang bersalin je, potong rambut jadi pendek. Kalau rambut panjang memang mudah rambut tu jadi kusut/berpintal dan kalau tersekat sikit kat sikat, mesti putus. Rambut pendek pun untung juga sebab low maintenance kan.. syampu/perapi pun tak perlu guna banyak :)

Itulah di antara tips yang saya perolehi dari pelbagai sumber.  Mana tau ada di antaranya berkesan untuk ibu-ibu yang hadapi masalah ni ;)

Sekiranya kawan-kawan rasa ada kenalan yang hadapi masalah yang sama macam ni di luar sana, silalah “like’ dan ‘share’ ye. Terima kasih… :D

Friday, 14 November 2014

Alhamdulillah.. Jumaat Yang Menggembirakan :D

November 14, 2014 2 Comments
Assalamualaikum & hai :)

Alhamdulillah..
Jumaat yang menggembirakan!! :D

ALIFF RAYYAN


Aliff dah makin sihat. Dah bersemangat nak gi sekolah lagi. Dari hari Selasa Aliff demam. Viral fever. Dua kali buat lawatan ke klinik. 

Selain ubat demam, saya bagi Aliff Chewable Vita-C, Mealshakes dan OmegaGuard secara konsisten untuk tingkatkan imunisasi badan Aliff. Sebelum ni culas! 

Bila anak tak sihat, memang jadi huru hara juga. Baru tau pentingnya jaga kesihatan kan.. 

ASYRANI HUSNA


Husna dapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun.

Alhamdulillah.

Hari ni Hari Terbuka a.k.a Parents Meet Day kat sekolah Husna. Takdelah nak harap tinggi-tinggi pun Husna dapat Top 10 kat kelas. Baru darjah 1 aje pun. Saya tak pernah lagi paksa-paksa Husna dapat Top 10. Asalkan Husna suka dan minat belajar dan faham apa yang cikgu ajar, itu pun memadai buat masa ni.  

Husna akan dapat hadiah kecemerlangan next week. Cikgu dah pesan untuk hadir. In syaa Allah. Saya memang berazam untuk jadi ibu yang sentiasa support anak-anak. 

Cuma cikgu bagitau Husna agak pendiam kat kelas. Emm nak buat camne cikgu, ummy Husna ni pun masa sekolah dulu pendiam gak. Hihii...

SAYA & SHAKLEE

Bonus Shaklee dah masuk! Term yang geng-geng Shaklee guna "Harimau dah mengaum!!" Harimau tu en.Maybank lah hihii..


Alhamdulillah.. 
Untung juga bila berbisnes Shaklee sebab bonusnya masuk tengah bulan. Walaupun belum cecah 4-5 angka, 2-3 angka pun rezeki juga. Sape nak bagi free-free tak? :)

Nak pulak sebab saya pekerja kontrak, cuti bersalin memang tak diberi gaji, memang rahmat besar lah dapat bonus Shaklee ni.. dapatlah lepas renew roadtax kereta akhir bulan ni.. :)

Alhamdulillah..

Tapi opss sebelum nak berbelanja, Mentor pesan keluarkan zakat & infaq dulu.. Moga-moga rezeki makin tambah berganda-ganda lepas ni :)

SYUKUR  


Rasa sangat bersemangat hari ni.. 
Syukur dengan segala rezeki yang Allah bagi setiap saat..
Thank you Allah :D

Nimat Allah yang manakah yang ingin kami dustakan lagi?

Semoga segala rezeki ini kan menjadikan kami orang yang bersyukur, lebih dekat dengan Allah dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.. In Syaa Allah

Amin Ya Robbal Alamin..

Thursday, 13 November 2014

Master Celebration : Masters Maria Firdaus di Pullman, Putrajaya (Ahad ni, 16 Nov 2014)

November 13, 2014 2 Comments
Assalamualaikum :)

Tak sabar nak tunggu hari Ahad ni. Kenapa? 

Master Celebration untuk Mentor kami, Founder Empayar MariaFirdaus.. Siapa lagi? Tentulah Master Kam Maria & Master Mohd Firdaus.


Masa saya join team MFMS ni saya ingatkan Master Celebration mereka dah lepas.. Rupa-rupanya belum lagi.. 

Alhamdulillah.. dapat gak nak dengar sharing kisah kejayaan mereka dalam bisnes Shaklee ni..

ORANG BIASA YANG BERTINDAK LUAR BIASA

Nanti nak ambil gambar macam ni jugak lah dengan husband.. Tampal kat Vision Board!
Mentor kami ni sama je macam orang biasa lain-lain. Mereka mulakan bisnes Shaklee dari bawah, KOSONG. Master Maria sendiri tak pernah menjual hatta sebatang pen pun. 

Tapi mereka mula belajar, cari ilmu tentang bisnes, cari mentor yang bagus, bertindak luar biasa, mempunyai kemahuan yang tinggi dan paling utama meletakkan keyakinan sepenuhnya ke atas pertolongan Allah.

Masters Maria Firdaus ni antara Masters yang paling cepat capai MASTER COORDINATOR, rank tertinggi dalam Shaklee ni. Daripada rank pertama SUPERVISOR pada Mac 2013, mereka berjaya mencapai MASTER COORDINATOR  pada November 2013. .

Hanya 9 bulan! 

Dan sekarang, mereka berjaya dan membina empayar mereka sendiri dalam Shaklee.

Sebahagian team MFMS semasa program Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki : LUA & NLP
Dan untungnya saya dibukakan hati untuk re-join Shaklee di bawah Empayar MFMS ni.. 

MASTER CELEBRATION MEMANG BEST!

Saya pernah join Master Celebration lamaaaa dulu (tahun 2005) masa saya mula-mula kenal Shaklee (tapi bukan bawah team MFMS). Kalau tak silap saya di Pulai Spring Golf Resort, Johor. Itulah Master Celebration pertama yang saya join.

Jujur saya katakan, program Master Celebration memang BEST! Aura positifnya memang terrrlalu banyak. Semuanya POSITIF. Bila semua di sekeliling kita positif, kita sendiri secara tak sedar akan serap aura positif tu juga.

Our Mentors
Dan selepas 9 tahun, saya akan hadiri sekali lagi program Master Celebration ni. In Syaa Allah. Dan saya yakin, kali ni pasti lebih BEST lagi! .

Dalam Master Celebration akan ada perkongsian dari leaders yang telah berjaya. Segala rahsia kejayaan akan dikongsikan dengan semua yang hadir.  Master Maria dan Master Firdaus pun akan berkongsi kisah kejayaan mereka.

RM50,000 DITAJA SEPENUHNYA OLEH SHAKLEE

Kalau nak tahu, setiap program Master Celebration, Shaklee akan peruntukkan RM50,000 untuk kos program. Masters boleh pilih je hotel 5 stars mana yang mereka nak (dalam Malaysia sahaja ye :)) dan pilih tarikh mana yang berkenan. Semua urusan dengan hotel, pihak Shaklee akan uruskan terus.

Fuhhh best wehh.. Dah berangan ni :)


So Master Celebration untuk Masters Maria Firdaus ni akan di adakan di Pullman Hotel, Putrajaya. Kehadiran adalah PERCUMA ya.. Just walk-in pada masa event tu.. Boleh datang dengan suami, isteri, anak-anak, kawan-kawan.. Even lunch pun akan disediakan PERCUMA

Event ni bukan khas untuk ahli Shaklee je ye. Yang belum join Shaklee pun boleh sertai event ni. Mana tau lepas dengar perkongsian dari our Masters ni ada yang terbuka hati nak join team kami Empayar MariaFirdaus (MFMS) ke... :)

Boleh aje okay :)

Jom! Jom! :D

Empayar MFMS di program Seminar OMG

Monday, 10 November 2014

Karipap Gergasi Kuala Selangor Memang Gergasi!

November 10, 2014 6 Comments
Assalamualaikum dan hello :)

Hari ni tiba-tiba nak cerita pasal karipap pulak.. Bukan nak cerita resipi karipap tau. Kalau nak resipi karipap yang saya pernah buat untuk pertama kali dalam hidup saya hihii..  boleh klik link ni [my-1st-ever-karipap]. :)




Saya bukanlah penggemar karipap. Tapi memang kuih ni antara paling glemer sebab pada saya karipap ni mudah dan tahan lasak :). Mudah sebab boleh buat sekali banyak then frozen kan. Nak makan just goreng. Maksudnya takdelah dan-dan tang tu gak nak kena buat untuk makan sebab tak tahan lama macam kuih talam ke.. Tahan lasak sebab kalau nak angkut gi mana-mana jaranglah senang benyek/penyek.

Tapi ada 2 tempat yang saya suka nak beli karipapnya iaitu Ikea dan gerai Karipap Gergasi Kuala Selangor ni..

Entri ni bukan untuk karipap Ikea tapi untuk Karipap Gergasi Kuala Selangor.


Mula-mula saya jumpa gerai jual Karipap Gergasi ni kat tepi jalan kat Kapar dah lama gak la.. tahun bila entah..rasanya sebelum 2013 lagi.. Selalu selisih je on the way balik ke Kuala Selangor. Tak pernah singgah masa tu. 

Bila saya pindah ke Kota Puteri awal tahun 2013, jumpa lagi gerai ni pun on the way ke Kuala Selangor juga (kampung nenek). Ada 2 gerai. Satu dekat dengan Cencol Bakar Kuala Selangor (3.3036273,101.2985179). Dan satu lagi dekaaat simpang tiga Jalan Kapar-Kuala Selangor berhampiran Taman Raja Udang (3.300752, 101.290061).

Ni ha gerai nye dekat dengan Cendol Bakar.. Akak ni pun baru nak buka gerai hihii...
gambar dari Google Streetview
Tak pastilah kalau semua gerai ni owner yang sama atau franchise :)

Rasanya? Rasa karipap lah hihii.. Sama aje.. tapi kelainan dari segi saiz. Isi memang mantop sebab penuh inti.. bukan penuh lompong hihii..


Biasa kami beli karipap ayam. Memang terasa ketulan ayam dalam tu.. Beli 2 biji pun dah cukup untuk 1 keluarga :)

Anak-anak memang terlajak excited lah dengan karipap gergasi ni.. 



Lama gak tak beli karipap gergasi ni. Maybe sebab kebanyakan masa kami balik kampung Kuala Selangor, timing nya tak kena. Kalau nak beli kena petang-petang lah.. Rasanya pagi/malam memang tak buka atau dah habis..

Ishh.. tiba-tiba rasa nak balik Kuala Selangor lah.. nak beli Karipap Gergasi lagi :) 

Saiz Karipap Gergasi Kuala Selangor di tangan saya :)

Saiz karipap bandau (read : bandar) di tangan saya juga.. huhu sedih :'(
Update @ 19.01.2015 : Ada beberapa orang contact saya nak beli karipap gergasi frozen.. saya ada letak infonya di entri lain.. Jemput baca ya --> Mana Nak Beli Karipap Gergasi Frozen Kuala Selangor


Terima kasih kerana sudi membaca :)

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.