Skip to main content

Memborong Kurma di Yusuf Taiyoob Kota Damansara

AsSalam....

Ramadhan atau puasa adalah sinomin dengan kurma sebagai hidangan wajib kebanyakan orang.. tak terkecuali juga kami :)

Sejak tahun 2006 ke 2007 camtu (tak ingat pule..) bila masuk bulan Syaaban aje kami (saya dan geng2 tempat kerja lama) akan share order beli kurma secara borong dari Yusuf Taiyoob di Penang.  Tapi kalau dah namanya borong memang tak dapat la takat beli 1kg kurma.. kena la beli pek 5kg atau 10kg punya.. sehingga tahun lepas memang kami order dari HQ Yuta di Penang.  Dan kena minima order 10 kotak untuk Yuta hantar ke KL. So kena la share beramai-ramai...

Alhamdulillah.. bulan lepas saya terdengar iklan Yuta ni kat radio ada mention diorang dah buka gudang di Kota Damansara. Memang terbaikkk sebab dekat dan tambah terbaikkk lagi sebab boleh walk-in beli 1 kotak je (tak perlu minima 10 kotak dah...) tapi still tak jual 1kg naaaa...tu gi beli kat pasar tani je ye :)

So semalam lunch hour berbondongan dengan geng UKG & UK gi gudang Yuta. kami la kot yang paling kecoh kat situ hehe.. So masing2 dah mencapai hasrat membeli kurma.. lepas ni boleh gi sendiri la yek ;)

Meh tengok apa ada kat gudang tu..

display shelf kurma2 yang dijual..
Ada display cabinet ni memang membantu la dalam nak memilih kurma yang cantik ke gemuk ke kurus ke kilat ke dll... ingatkan boleh rasa tapi tak boleh kot... or maybe jugak boleh kot sebab masa tengah dilema nak pilih antara Mariami Natural atau Mariami Special saya tanya mana lagi sedap, cik adik kat kaunter tu  terus gi cabinet tu ambil sebiji bagi saya hehe.. Dan kami yang datang dapat merasa chocodate.. kurma dengan badam dan salut coklat.. sedap!..

Antara kurma-kurma yang ada kat display cabinet tu adalah seperti di bawah..

chocodate with almond~~ emm shedapp :)
pek kotak-kotak kecil

dalam bentuk pek







Kurma Mariami Natural kat display cabinet.. 5kg - RM80 je :)
 Dah belek2 kurma pilihan, boleh pi kaunter dan buat tempahan, bayar dan tunggu nombor giliran dipanggil..

kaunter tempahan

geng UKG :)


tempat menunggu nombor giliran dipanggil

bayar sudaa
Bila nombor dipanggil tu means untuk collect kurma la.. settle sudaaa...

saya beli ni... Kurma Mariami Natural

rupanya dalam kotak
Tahun-tahun sebelum ni saya biasanya beli Kurma Mabroom, Kurma Madu Yuta (dulu namanya Rotab Bam), Dry Apricot, Dry Figs.. tahun ni tukar angin lak.. Kurma Mariami Natural.. comel2 aje dan sedappp... 

Siapa2 nak memborong kurma boleh pergi sana.. Cara termudah melalui NKVE exit Kota Damansara. GPS: 3.159124, 101.567664

Alamat gudang di Kota Damansara:
18, Jalan Teknologi 3/3A,
Surian Industrial Park,
Taman Sains Selangor 1, PJU 5
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Tel : 03-6141 4786
Fax : 03-6140 2413
www.yuta.com

Comments

  1. Wah.bestnye g gudang trus
    Aku pun suka brand yuta.

    Last yr..beli chocodate.memang sdp.aku antu ckelat kan.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe baru ade gudang kat sini haruslah gi terjah kan :)

      sedap chocodate tu..
      tiba2 terasa nak buat sendiri untuk snek budak2 hehe..

      Delete
  2. tq atas info ni. baru tahu yuta ada di kd.rupanya dekat je la dgn rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Yuta baru buka gudang di KD. terjah ok :)

      Delete
  3. Murah gak mariami 5kg = RM80. Bole dapat sekilo RM16!! Biasa kalu beli 500gm dia jual RM18 kan...aritu kat ofis pak aji yg kedai kt cafe tu dtg sini jual sekilo mariami RM30. Sib baik aku tak beli...aku mmg suka mariami. Kering & tak terlalu manis... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, kalau beli runcit2 memang harga double. rasanya memang kat mana2 pun orang jual sekali ganda.

      kalau memang nak beli banyak, baikla beli borong lebih jimat. kalau rasa nak dapat harga borong tapi taknak banyak, boleh share order dengan member2.. kalau pek 5kg tu boleh la share 5 orang ke... :)

      Delete
  4. Are you still selling the kurmas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Li Ching Koh,
      I did not sell the kurmas. If you want to buy in bulk and cheaper, you can buy kurmas from Yusof Taiyoob Kota Damansara.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi : Homemade Takoyaki & Sos Takoyaki/ Okonomiyaki

Assalamualaikum..
Homemade Takoyaki lagi!!

Dalam keluarga besar saya, rupa-rupanya ramai gak yang kenal dan suka takoyaki dan ramai gak yang tak kenal 'apekebendanye menatang takoyaki tu?'

Hihiii...

Kali pertama saya perkenalkan takoyaki yang saya buat ni masa sesi usrah keluarga dirumah saya akhir April yang lepas. Sejak dari hari tu, tak putus-putus pula 'order' homemade takoyaki ni untuk apa-apa event keluarga hehe... addicted!

Setakat ni dah 3 event saya buatkan takoyaki; Hari Ibu, kenduri doa selamat kat Kajang dan Majlis Aqiqah anak buah di Kuala Selangor..

Tapi disebabkantakoyaki maker saya [klik sini] tu hanya ada 18 lubang aje dan lebih kecil dari saiz pasaran.. memang lama la nak menyiapkannya.. kalau ada 2 takoyaki maker ok gak ni hehe...

Acuan nak buat takoyaki (takoyaki maker) saya beli di Lazada aje sebab murah :).. kalau nak beli gak boleh klik sini -> TRIO Electric Takoyaki Pan

Saya sekarang nak beli takoyaki pun nak fikir banyak kali.. Walaupun lebih …

7 Tips Merawat Bengkak Susu/ Mastitis Di Rumah - Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

APA ITU MASTITIS?


Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Bagaimana nak tahu simptom mastitis?  Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah : Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudaraRasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayiMula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)PENGALAMAN SAYA

Pengalaman saya pula, setiap kali bersalin memang saya akan ke…

150++ Idea Bekal/ Bento Untuk Sekolah/ Pejabat

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni kami dah ada Geng Bekal Ofis (GBO) kat pejabat. Pioneer nya Zue dan Ziera. Bujang-bujang pun bawa bekal gi ofis. Rajinnnn.

Termotivasi dengan kawan-kawan ofis yang sama-sama nak bawa bekal, makin lama makin ramai yang join bawa bekal lunch dari rumah. Sekarang Geng Bekal dah ada Zue, Ziera, Hajar, Zana, Aqilah, Zimah dan saya, Liza ;)

Walaupun lauk ala kadar atau leftover makanan semalam, atau lauk ala kadar je macam telur goreng je.. tapi masih menyelerakan. Jimat pun jimat juga. At least RM4-5 sehari dapat jimat.

Dan masakan sendiri kita lebih tahu kualiti, khasiat, halal dan kebaikannya.

Buat masa ni just buat bekal untuk diri sendiri dulu. Tengah nak adjust masa dan plan arrangement untuk bekal anak & husband juga. Maklumlah pagi-pagi memang sedia ada pun macam lipas kudung menguruskan hal-hal anak sebelum ke ofis. Ni nak tambah lagi another kerja bento/bekal. Memang perlu perancangan yang betul-betul teratur :)

Saya pun dah masuk minggu …