Friday, 18 July 2014

MH17 : Satu Lagi Hari Yang Tragik Dalam Tahun Yang Penuh Tragik

Assalamualaikum dan hai...

Sungguh terkejut dan berdebar-debar bila dengar berita flight MH17 terhempas di Ukraine lewat malam semalam. 
Allah, rasa tak dapat nak lelapkan mata. Sepanjang nak tidur sentiasa baca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada semua mangsa.

Belum lagi reda dan selesai tragedi kehilangan MH370, kita diuji lagi dengan tragedi terbaru melibatkan pesawat MAS juga..

Sungguh, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui rahsia setiap yang berlaku.. 

Bangun sahur tadi buka siaran Astro Awani untuk ketahui berita sebenar. Kerajaan Ukraine mendakwa pesawat MH17 ditembak jatuh.  Dan tiada seorang pun penumpang atau kru penerbangan yang selamat.

Berita di radio pagi tadi, 43 penumpang, 2 kanak-kanak dan 15 kru penerbangan adalah warganegara Malaysia.. 

Al-Fatihah buat semua mangsa.. 

Bila jenguk FB wall, ada pula komen-komen tak enak. Datang pejabat pun dah macam-macam spekulasi. Saya tak berani nak kata apa sebab bukan dalam bidang kepakaran saya atau ada ilmu mengenainya.. Jadi daripada menyebarkan fitnah yang entah apa-apa lebih baik tunggu info dari pihak berkuasa sahaja..


Sedikit info dari blog Tasnim a.k.a nimboking (wallahua'lam..)

Detail pesawat:
Jenis pesawat: Boeng 777
No: MH17
Nyawa: 295 penumpang terdiri dari 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak
Perjalanan: AMSTERDAM- KUALA LUMPUR
Waktu bertolak: 12.14pagi dari Schipol Airport, Amsterdam

Kejadian:
Ditembak oleh angkatan bersenjata yang menjaga sempadan Ukraine. Menurut sumber senjata yang digunakan adalah peluru berpandu jenis BukMissile. Sumber mengesahkan yang pihak tentera Ukraine yang melepaskan tembakan tersebut

MAS terputus hubungan dengan pesawat sebaik sahaja pesawat berlepas dari airport Schiphol. Pesawat hilang dari radar sewaktu melintasi ruang udara Ukraine

Terhempas di:
Daerah Snizhne , Ukraine

Ketinggian perjalanan sewaktu kejadian:
10km

Pergolakan di Ukraine/ Rusia
Kawasan kejadian merupakan kawasan pergolakan perang antara askar Rusia dan pejuang pemisah Ukraine. Dan pergolakan di sempadan Rusia dan Ukraine memang agak hebat ketika ini.

Sesungguhnya kita takkan tahu pengakhiran hidup kita bagaimana skrip nya.. 
Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa memohon agar Allah menghadiahkan Husnul Khotimah kepada kita..

Al-Fatihah

18 Julai 2014
20 Ramadhan 1435H

No comments:

Post a Comment