Follow Us @norliza_ot

Follow Us @soratemplates

Wednesday, 19 August 2020

Resipi Waffle Yang Senang Aje Pun :) (Buttermilk Waffle)

Assalamualaikum dan hello:)

Hai waffle 😋

Rasa lama tak buat waffle kat rumah. Hampir terlupa waffle maker Russell Taylor dalam gerobok 😀😂. Tiap kali nak buat waffle mesti google balik resipi. So kali ni simpan sini senang nak rujuk sendiri.

Tak susah mana pun nak buat waffle sendiri walaupun tak guna tepung premix. Guna bahan-bahan yang biasa je kat dapur.  Resipi ni ambil dari Anna Olson my favourite chef hehe. Resipi Buttermilk Waffle.


Bahan nak buat waffle (missing: air, garam, gula)

Resipi : Buttermilk Waffle (Wafel Buttermilk) 

(Boleh dapat dalam 4 keping waffle (or mungkin 5 keping pun boleh dapat))

Bahan kering: 

1 ½ cawan (225 g) tepung gandum
2 Tbsp (25 g) gula
1 Tbsp (9 g) baking powder
½ tsp (2.5 g) garam

Bahan basah A: 

1 ¼ cawan (310 ml) buttermilk (boleh ganti dengan susu + 1 tbsp cuka makan)
½ cawan (125 ml) minyak masak
2 biji kuning telur* (gred A), 

Bahan basah B: 

2 biji putih telur*

*Nota: 2 biji telur (gred A) diasingkan kuning telur dan putih telur

Cara:

 1. Campur semua bahan kering dan gaul rata dengan sudu/senduk (tepung gandum, gula, baking powder dan garam).

2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan basah A. Masukkan campuran ke dalam mangkuk bahan kering dan kacau perlahan sehingga rata (jangan terlebih kacau, kalau ada ketul2 sikit tu OK/BOLEH aje)

3. Dalam mangkuk lain yang bersih, pukul 2 biji putih telur tadi dengan hand whisk (pemukul telur) atau hand mixer (kalau nak cepat) sehingga soft peak (bila angkat whisk tu putih telur jadi macam bentuk 'cangkuk'). Masukkan ke dalam adunan dan kaup balik perlahan.

4. On dan panaskan waffle maker, griskan acuan (jika perlu), sendukkan dalam 3/4 cawan adunan ke tengah-tengah acuan dan tutup penutup waffle maker. Biar masak dalam 3 - 5 minit (ikut suka/ tahap kegaringan). Saya guna waffle maker Russell Taylor. Untuk waffle maker Russell Taylor ni saya set suhunya maximum dan masa masak 3 minit (set la timer kat telefon ke hehe).

Nyum nyummy. Guna waffle maker Russell Taylor

Waffle boleh buat in advance dan simpan dan panaskan semula guna oven, grill atau toaster. Microwave tak sesuai sangat sebab tak jadi garing (rasanya le hii). Hidangkan dengan apa-apa yang suka, peanut butter ke, chocolate spread ke, berries ke, mapple syrup ke, aiskrim ke. Ikut lah masing-masing.

Adunan waffle pun boleh mix dengan chocolate chip kalau suka.  Mix masa last step kaup balik tu. Kalau taknak mix susu dengan cuka pun ok aje. guna susu aje. Kalau tak ada susu segar/kotak, bancuh aje susu tepung dengan air pun boleh. 
 
Kalau nak buat version savoury pun ok. Skip gula tu, masukkan kucai ke, daun bawang ke, letak serbuk lada hitam sikit. Makan dengan sos cili, mayonis, sos cheese.. wallah. Semua boleh belaka 😃 
 
 Versi savoury letak daun bawang, sosej hiris
 

 Nampak tak apa isi dalamnya? hihi
 
 
Macam ni pun sedap kan? :D

Sekian, wassalam...

p/s: dah try buat waffle up la gambar waffle korang :)

No comments:

Post a Comment

HaruHaru Takoyaki