Thursday, 11 September 2014

Jom Main Masak-masak - Sosej Roll

Assalamualaikum.. 

Saje-saje bila scroll gambar-gambar dalam FB Album, ternampak gambar ni.  Aktiviti masak-masak dengan Husna. Buat Sosej Roll aje pun :)

Masa ni Husna baru 3 tahun tapi minat sungguh masak-masak ni..

Jom tengok! Mana tau, boleh jadikan idea untuk aktiviti anak-anak kawan-kawan :)

JOM MAIN MASAK-MASAK BERSAMA CHEF HUSNA - BUAT SOSEJ ROLL



BAGUSNYA AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK

Husna memang suka la menolong kat dapur (or actually menyebok). Kalau ikutkan ummy die ni tak berapa suka budak-budak
kecil kat dapur. Mengganggu lebih dari menolong.

Tapi kalau memang khaskan aktiviti tu untuk buat sama-sama dengan anak lain la ceritanya. Lebih santai camtu. Kalau memang tengah kita nak cepat, memang nanti naik hangin aje la..

Bila dikenang-kenangkan, memang bagus ada aktiviti khas bersama anak-anak ni.. Selain merapatkan hubungan parents-child, aktiviti begini boleh rangsang motorskil anak-anak, tahap confidence mereka dan juga kreativiti mereka. 

Memang bagus!

KENANGAN YANG TERINDAH

Tapi sekarang ni dengan anak dah ramai, kerja makan gaji, keluar subuh balik malam, masa pun terhad, rasa kecewa dengan diri sendiri pun ada juga. Sebab dah kurang sangat aktiviti bersama ni dapat dibuat di rumah. Entah apa yang disibukkan pun taktahu lah.. 

Sedangkan masa anak-anak ni kecil lah mereka membina kenangan yang mungkin tak dapat dilupakan seumur hidup mereka..

Saya berdoa agar direzekikan Allah untuk jadi WAHM berjaya dengan masa yang banyak dan berkualiti untuk digunakan untuk anak-anak.. Semoga mereka mempunyai kenangan terindah untuk mereka ingat dan kenang sepanjang hayat mereka :)

Sosej Roll Bersalut Nestum - serbuk roti ditukar kepada nestum

No comments:

Post a Comment