Sunday, 7 September 2014

8 Kaedah Mengejutkan Bayi Dari Tidur Untuk Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan hi!..

Dah ada new baby ni pastilah tak lepas dari cobaan-cobaan (cabaran) semasa penyusuan susu ibu. Memang untuk saya sendiri penyusuan susu ibu walaupun untuk anak keempat, belum pernah lagi  'smooth' aje.. Memang ada sahaja cabarannya..

Di antara cabaran yang memang dihadapi untuk semua anak-anak saya semasa bayi adalah kesukaran untuk mengejutkan mereka dari tidur untuk menyusu.  Memanglah macam bonus besar bila baby tidur lama kan. Banyak benda boleh buat hihii...


Tapi dalam memastikan 'supply' susu yang mencukupi untuk target penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, penyusuan kerap 8-12 kali sehari itu amat penting di awal-awal kelahiran baby. 

KENAPA BAYI SENTIASA TIDUR?

Di awal-awal kelahiran, baby memang kerap tidur dan biasanya lama. Ada banyak faktor yang menyebabkan bayi tidur je dan tidak mahu bangun untuk menyusu.

Di antara sebab-sebab bayi sentiasa tidur adalah :
  • Proses kelahiran yang panjang dan ibu diberi ubat bius/penahan sakit. 
Semasa sakit untuk bersalin, ubat yang diberi biasanya akan membuatkan si ibu mengantuk dan baby juga berkemungkinan besar mendapat kesan sampingan
'mengantuk' juga.
  • Bayi menghidap demam kuning / jaundis
Anak-anak saya selalunya susah nak bangun disebabkan jaundis ni.. Tapi perlu juga dikejutkan sebab jaundis ni penawarnya adalah penyusuan susu ibu yang kerap.
  • Overstimulated baby (terlebih rangsang). 
Mungkin suasana yang terlalu bising atau keadaan bilik yang terlalu terang.

  • Bayi mendapat terlalu banyak atau terlalu sikit susu. 
Kalau aliran susu terlalu laju pun bayi akan taknak menyusu. Dan kalau terlalu perlahan pun bayi akan menolak penyusuan. So bila kurang menyusu, baby akan kurang bertenaga dan menyebabkan asyik tidur saja.


8 KAEDAH MENGEJUTKAN BAYI DARI TIDUR UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU

1. Longgarkan atau tanggalkan pakaian bayi. 

Just biarkan baby pakai diaper sahaja. Dan kemudian buat skin-to-skin stimulation. Biasanya kalau sejuk baby akan terjaga. Tapi pastikan bilik tak terlalu sejuk.


2.  Malapkan lampu. 

Kalau lampu terlalu terang,baby mungkin akan tutupkan mata sebab silau. Lagipun masa dalam kandungan, baby dah biasa keadaan gelap kan..


3. Bercakap-cakap dengan baby sambil pandang baby.  

Cakaplah apa-apa pun.. panggil panggil namanya ke.. 


4. Tengok tanda baby dalam keadaan macam tidur-tidur ayam (bukan tidur lena).  

Tanda-tandanya macam kelopak mata bergerak-gerak, pergerakan pada muka (buat mulut muncung ke..), macam menghisap sesuatu, tangan dan kaki bergerak. Masa tidur yang tak berapa lena ni bayi lebih mudah dikejutkan. So cuba kejut pada masa-masa begini 


Meh tengok petunjuk-petunjuk tahap kelaparan baby :)

5. Bangunkan baby perlahan-lahan dari keadaan baring kepada posisi duduk. Kadang-kadang baby akan terjaga. 

6. Stimulate (rangsang) baby.  

Caranya, usik-usik baby, usap-usap belakang badan baby, usap tapak kaki baby, gerak-gerakkan kaki baby macam kayuh basikal dan lain-lain.


7. Lap muka baby dengan kain lembap dan sejuk


8. Pegang baby secara 'football hold'.  

Kalau pegang 'cradle-type position' baby lebih mudah tidur. 


Itu lah diantara cara/ kaedah/teknik/petua yang boleh digunakan untuk mengejutkan bayi untuk menyusu.  Boleh cuba mana-mana kaedah untuk cari kaedah mana yang berkesan untuk bayi anda. Lain baby, lain fi'il nya bukan? :D

Kalau ada cara lain, boleh juga share kan disini okay ;D

4 comments:

  1. Tq info yg sangat berguna :) Senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Thanks ye share info yg berguna ni:), tula saya ada juga dgr yg bayi ni susah nak bangun kalau dh tidur , tp risau dia lapar. Ada kawan ofis cerita bila menyusukan baby meragam sbb susu tak keluar banyak. Org recommend suruh guna Pump It Milk Booster sapu2 je nk tambah susu..InshaAllah boleh cuba nnti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby memang kadang susah nak gerak. tapi kalau baby jaundis memang wajib paksa menyusu jugak :)

      Delete