Wednesday, 24 September 2014

3 Petanda Apabila Kucing Datang Tiba-tiba

Assalamualaikum..


Suatu hari ketika aku sedang makan di sebuah kedai makan, tiba-tiba datang seekor kucing ke mejaku.

Kucing itu mengiau-ngiau sambil menyondol-nyondol kakiku..
Arrghh rimasnya..

Kucing itu memandangku dengan harapan.. untuk dapatkan sedikit makanan.. Ya, kucing itu lapar dan sedang meminta makanan denganku.

Aku angkat muka dan pandang sekeliling.  Banyak lagi meja lain. Tapi kenapa kucing itu memilih mejaku? Kenapa tak meminta pada orang lain?

3 PETANDA APABILA KUCING DATANG TIBA-TIBA

Pernah tak kita alami situasi ini? Saya  rasa mesti semua pernah alaminya..

Kenapa kucing tiba-tiba datang pada kita? Kenapa tak pergi kepada orang lain? Ada rahsia mungkin?

Disini saya kongsikan 3 petanda apabila kucing datang tiba-tiba (yang saya perolehi dari rakan saya) untuk renungan bersama...


PERTAMA
Allah sedang beritahu kita secara indirect yang makanan yang sedang kita makan itu bukanlah hak kita sepenuhnya.

Makanan itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu.

Sebab itu ia datang pada kita.

Dalam rezeki kita sentiasa ada hak orang lain. Dalam gaji bulanan kita ada hak bank, hak pengasuh anak kita, hak isteri/anak kita, hak mak ayah dan lain-lain..

KEDUA
Allah sedang beritahu ketika mana kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti. Rezeki yang lebih baik dari apa yang kita sedang ada. Sebabnya, setiap 1 kebaikan itu, Allah balas 10 kebaikan /pahala.

Allah Maha Mampu 
Allah Maha Pemberi
Allah Maha Kaya
Allah Maha Berkuasa
untuk beri kita lebih dari itu.

KETIGA
Allah juga sedang beritahu..
Apabila kita tidak/ enggan memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru. Rezeki yang Allah nak beri kepada kita.

Malah rezeki yang lebih baik pula tu..


Rezeki itu luas.
Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.

Ingin ikhlas memberi??
Berilah pada haiwan.
Kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment