PREGNANCY SEBELUM INI
Ramai yang kata nampak teruk sangat keadaan saya.. Asyik lemah je. Alahan pun boleh tahan.. Selalu terpaksa berlari nak ke tandas sebab muntah. Kadang-kadang tak sempat nak sampai ke sinki/tandas dah terkeluar isi perut. Terpaksa la ambil alih tugas cleaner tandas, cuci lantai yang dikotorkan sendiri huhuuu...
Masa tu saya mula pregnant bulan April. Disebabkan badan sangat lemah, bulan Jun itu je saya hanya datang bekerja selama 9 hari sahaja. Hari-hari lain semuanya ambil cuti kecemasan.. cuti harian..sebab tak mampu nak angkat kepala pun.. Dugaan... :)
Masak memasak?
Memang cuti memasak sepanjang trimester pertama masuk ke trimester kedua.. sebab sangat tak larat. Bau tumis, minyak pun boleh buat nak pitam..
PREGNANCY SEKARANG - Anak keempat
Pregnancy dah masuk 20minggu sekarang... Alhamdulillah, pregnancy kali ni diberikan kemudahan oleh Allah...
Ramai
kawan pejabat yang tegur nampak cergas, segar.. malah ada yang baru
perasan saya pregnant sebab tak nampak macam pregnant.. tak nampak ada
alahan, lemah longlai dll..
Jika dibandingkan dengan pregnancy terdahulu :)
Cuti yang saya ambil disebabkan alahan pun hanya 2 hari masa di awal-awal pregnancy.
Syukur...
Masak memasak pun saya rasa lain, bertenaga. Kalau saya sediakan makanan korea, penyediaannya sahaja ambil masa 1jam -1 1/2 jam berdiri.. tapi masih ok :)
Saya memang berdoa sunguh-sungguh agar Allah mudahkan pregnancy ini.. mungkin disebabkan Ammar pun masih kecil, masih mahu menyusu, masih perlukan perhatian.. maka saya memang sangat berharap tahap kesihatan saya dalam keadaan TERBAIK. Kalaulah saya kekal lemah macam pregnancy sebelum-sebelum ini... tak tahu la apa nak jadi dengan Ammar dan anak-anak yang lain... :(
Untuk tujuan itu, selain bertawakal memohon kemudahan dari Allah, perlu juga kita berusaha kan?
Jadi sebagai usaha diri sendiri, selain diet control (disebabkan sejarah diabetes semasa hamil), saya juga mengambil makanan tambahan iaitu SET KEHAMILAN SHAKLEE untuk memastikan badan saya mendapat khasiat secukupnya.
Hasil pengambilan Set Kehamilan ini
memang menjadikan badan saya lebih bertenaga dan kurang letih walaupun
rutin harian saya bermula dari bangun tidur jam 4.30 pagi, bertolak keluar dari
rumah pukul 5.30 pagi dan hanya sampai dirumah hampir jam 10.00 malam..
Kalau ikut logik akal, confirm tak mampu nak handle kan?.. tapi Alhamdulillah.. dipermudahkan...
Disebabkan
saya mengambil vitamin-vitamin ini, saya tak perlu lagi ambil vitamin
dari klinik. Malah memang tak diberi pun bila saya katakan saya dah
ambil vitamin-vitamin ini..:)
Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada :
ESP - Energizing Soy Protein
- Makanan berindek glisemik rendah (sangat baik sekiranya ibu-ibu menghidap GDM), memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu.
- Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
- Saya mengambil ESP sebelum makan, maka saya dapat mengurangkan makan. Bila ada GDM, saya tak boleh naik berat badan mendadak. Kena kawal..
Ostematrix (calcium-magnesium)
- Mineral yang penting untuk ibu mengandung. Ostematrix membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah ibu, juga mengelakkan kekejangan yang sering berlaku pada ibu-ibu hamil
- Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi
- Setiap kali pregnant saya selalu alami gusi berdarah, kejang kaki, sakit betis, pinggul, sakit lutut & tumit. Dan selalu sembelit, sukar tidur. Pengambilan Ostematrix ni amat membantu. Sehingga kini belum lagi terjadi masalah-masalah tersebut.
B-complex (with folic acid)
- Kandungan asid folik di dalam B Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.
- Juga menghalang ibu dari risiko kanser dan strok
- Bila ambil B-complex saya jarang mengantuk siang. Biasanya bila pregnant saya mesti sangat mengantuk dan tidur je masa lunch break. Dan dapat bagi kekalkan tenaga sehingga malam. Kalau tak, biasanya balik kerja sebelum maghrib dah lelap dulu ataupun pukul 9 malam dah tumbang (tidur).
Vitalea (multivitamin)
- mengandungi zat besi yang tinggi mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
- Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan
Vita-C
- Membantu mengurangkan risiko terkena demam atau selsema, satu biji Vita-C Shaklee bersamaan 71/2 biji buah oren
- Masa pregnant memang tak berani ambil apa-apa ubat kalau sakit demam, batuk, selsema. Baru ni saya batuk-batuk, saya ambil 2 biji Vita-C secara konsisten. Alhamdulillah.. biasanya kalau batuk saya berlarutan sampai 1 bulan, tapi kali ni masuk minggu kedua dah sembuh.. Kalau demam-demam pun memang saya ambil Vita-C sahaja, dah lama tak ambil paracetamol/panadol.
Omega Guard
- Mengandungi DHA tinggi untuk membantu perkembangan otak bayi
- Saya ambil ni bila kandungan masuk trimester kedua, untuk pembentukan perkembangan otak bayi..
Saya yakin semua ibu-ibu kalau boleh memang nak dapat kehamilan yang selesa, mudah dan badan yang cergas.. InsyaAllah Set Kehamilan Shaklee ni dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan badan ibu-ibu yang hamil..
Malah, set ini juga boleh diteruskan sehingga selepas bersalin dan semasa penyusuan. Hanya tambah Zinc (selepas bersalin) dan Alfalfa (semasa menyusu bayi) sahaja..
Penggunaan yang tahan lama = menjimatkan!!
InsyaAllah ibu-ibu akan dapat banyak manfaatnya dan yang terpenting adalah KESIHATAN! Kalau ibu tak sihat, terjejas kelancaran urusan rumahtangga dan anak-anak kan? :D
Ingin rasa kebaikan Set Kehamilan Shaklee??
Inginkan isteri anda cergas dan sihat semasa hamil??
Jom hubungi kami..
No comments:
Post a Comment